Pengikut

Sabtu, 2 Mac 2013

Tragedi 1 Mac 2013

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un انا لله وانا اليه راجعون


Satu sejarah hitam negara angkara Pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan....

2 'bodevacs' 

 dan 3 'casevacs' anggota VAT 69

Dengan mandat yang diberikan oleh pihak tertinggi negara kepada Panglima-Panglima Pasukan Keselamatan untuk memusnahkan saki-baki para penceroboh, saya berdoa agar wira-wira kita berjaya melaksanakan tugas dengan kadar seberapa segera tanpa sebarang kecelakaan keatas mereka (wira-wira), amin.

Kepada kaum keluarga allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat & Kpl Sabarudin Daud...Ucapan takziah saya sekeluarga dan berdoa semoga  roh mereka ditempatkan bersama dengan golongan yang soleh. Al-Fatihah...

9 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Seluruh negara bersedih diatas pemergian perwira2 69 Komando yg gugur dlm serangan mortar di lahad datu semalam.. Buat anak2 arwah inspektor zulkifli mamat dan koperal sabaruddin daud tanamkn tekad kuatkn azam utk meneruskan tradisi warisan darah perwira arwah bapa2 kalian semua,gugurnya mereka sebgai pahlawan negara! Al fatihah!

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Nor Ibrahim,

Speechless...Teramat menyedihkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, berat dan pedih lagi hati2 mereka yang ditinggalkan yang menanggung dan merasa...

AL fATIHAH...Mudah2an Allahyarham berdua dihimpunkan bersama para solihin mujahidin.

Arunzab berkata...

I have just learnt another policeman has been killed by the invades in a fire fight in Semporna . The two policemen killed earlier were not by motar bomb but rifle fire. How many more of our security forces need to be killed before handing this ops to the Armed Forces . This is the job of soldiers not policemen. It is time for the army to be deployed and wipe out any intruder who does not want to surrender.

Arunzab berkata...

What happened to my comment that I sent yesterday which was waiting your approval !!!

Katon Tin Ton berkata...

salam tuan, saya rasa kalau mandat dah diberi, pengganas2 tu dah abih dah. Ni panglima2 kita still tunggu mandat kot? Wallahualam

Nur Emyinda berkata...

Salam.

YA ALLAH....La ilahailla anta subhanakainni kuntum minazolimin...

YA ALLAH...Engkau selamatkanlah para pejuang anggota keselamatan negara ini; tentera/polis Malaysia yg mujahid ini dan bumi Malaysia yg tercinta dari kezaliman manusia2 yg rakus dgn harta dunia. Sesungguhnya mereka ini telah alpa lupa akan tuntutan agama - hingga sanggup berbunuhan sesama saudara seagama sebangsa.

p/s doaku pastinya berterusan utk kalian wahai perwira pejuang agama, bangsa dan negara...

Kepada yg berkenaan:

CUKUP2LAH – JANGAN MENGGANGGU GUGAT KEDAULATAN NEGARA INI DAN DIUJI KESABARAN PARA PEJUANG MALAYSIA INI LAGI …

Abu Amir berkata...

Simpati dan al-Fatihah utk yg terkorban. Apa yg saya muskilkan kenapa polis buat kepongan tanpa bantuan unit berperisai dan sekatan jalanraya pun tanpa adanya kubu pertahanan. Ini akan mendedahkan anggota kita kpd serangan hendap penceroboh. Kita kena ingat mereka bersenjata agak berat dan pengalaman bertempur dgn tentera filipina dan sesama mereka .

Maklumlah ditempat mereka ada banyak kumpulan sultan sulu palsu pun banyak, MNLF, MILF , komunis dll "warlord". Harap2 kes ini dpt diselesaikan dgn cepat dan tidak berlarutan menjadi macam perang dgn komunis dulu. Kaum sulu ni kebanyakannya keturunan pejuang dan lanun serta mereka sanggup mati utk balas dendam.

Mengaku sultan sulu tetapi sanggup bernaung dibawah negara filipina yg kafir. Mereka sanggup menumpahkan darah sesama Islam kerana hilang kuasa keatas wilayah sulu dan moro . Perjanjian damai MILF dgn filipina menyebabkan mereka terpinggir, kerana nafsu mereka tuntut Sabah & Sarawak juga.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan...nuri digunakan lagi untuk ops di sabah...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya pasti gomen telah mengambilkira beberapa faktor sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka melihat dari pelbagai sudut dengan maklumat yang mereka ada.

Apa pun, kita berdoa agar anggota Pasukan Keselamatan selamat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.