Pengikut

Rabu, 17 April 2013

Asyik-Asyik Dia Saja

Pada jam 1319, 17/4/13, saya terima message daripada saudara Mohd Radzi '...salam bos, tanya cikit masa baru pembetukan terumbu2 layang adakah RAMD terlibat spt yg  tertulis dlam Utusan hari ni,  saya ingat RAJD, navy ship, paskal and GGK aja'. Menggaru kepala bila membacanya kerana saya tak tahu apa yang diperkatakan. Setelah berkomunikasi dengannya, baru le saya faham yang dimaksudkan. Engkohnya, hari ini (17/4/13) satu rencana tentang 'Bab 1' buku kedua saya telah terpapar dalam ruangan 'MegaTentera' berikut....


'MegaTentera' UM 17/4/13

Bila buku siap saja, saya telah menghantar senaskah buku kepada Dato' Zaini Hassan, penukil kolum "Cuit'' setiap Rabu dalam UM. Mudah saja nak agak apa yang tersurat tu...tak lain tak bukan nak minta beliau menukil 1-2 ayat tentang buku saya dalam rencananya. Tapi, malangnya, 'wrong timing' kerana beliau sibuk dengan PRU 13. Jadi, bila keluar saja rencana di atas, saya berandaian beliau telah mengdeligasikan tugas itu kepada wartawan beliau. Itu le cerita sebenonya. 

Mejar pencen ini memang kurang asam bebeno. Orang dah tulis pasal dia, dia boleh hantar emel berikut kepada wartawan berkenaan...Eh...Eh...Eh... 

'Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas rencana anda di 'MegaTentera' hari ini. Namun demikian, terdapat sedikit kesilapan sehingga ada yang menghubungi saya. Untuk makluman anda, seingat saya RAMD tidak pernah tercatat dalam bab transformasi Terumbu Layang-Layang. 'RAJD' ialah Rejimen Askar Jurutera Diraja'. Warga unit ini yang membina tugu dan 'living module' di peringkat awal transformasi tersebut.

Juga, banyak 'quoation' yang anda tulis adalah petikan Kept Johari ('Kept' = Kol...bukannya Kapt). Alangkah gembiranya saya jika anda turut menyelit bagaimana nak membeli buki ini. Anda sedia maklum, buku saya tidak dijual di kedai-kedai. 

Mereka yang berminat boleh menghubungi saya melalui emel ini atau sms kepada saya. Harga ialah RM40 senaskah (termasuk pos). Sila kredit amoun dalam CIMB 0210-0001938-20-2 Nor Ibrahim Bin Sulaiman. Kemudian sms/emel nama dan alamat,

Akhir kata, sekali lagi....TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
019-4744849


Bukannya saya tak berterima kasih tapi jika terdapat kesilapan fakta, kena le dibetulkan. Sesiapa yang telah membaca blog atau buku tentang pentransformasi Terumbu Layang-Layang, banyak statement dalam rencana tersebut adalah petikan daripada tulisan Kept Johari TLDM (B), bukannya saya. Give the credit to those who deserve it.

Apa pun, saya sungguh bersyukur kepada-Nya. Itulah cerita sebenonya, wallahualam. 

Dato' Zaini Hassan & Saudara Sofian Baharom...TERIMA KASIH.

Tiada ulasan: