Saya ingin mengetahui tentang kos sebenar pembuatan buku ini, format dan bagaimana utk memasarkannya.
Jika buku mempunyai gambar warna, berapa kos nya dan jika warnya hitam putih pula bagaimana?
Format yg diguna pakai adalah? Jika tuan berikan saya contoh format pun mmg saya harapkan dan saya ucapkan terima kasih. Gambar yg dimuatkan ke dalam halaman buku adakah ia final atau kita perlu memberikan gambar hi-res kepada syarikat penerbitan?
Dan kosnya. Jika kita ingin memasarkan dibawah DBP, adakah mempunyai syarat? Bagaimana pula dgn dana?'
Tak jadi masalah. Saya sedia kongsi pengalaman jika ia dapat membantu bakal penulis tu. Bukankah kongsi ilmu/pengalaman satu amalan sedekah? Dah senja-senja ni, apa jua cara nak dapat pahala pasti 'grab' punya. Jadi, saya pun hantaq le emel berikut....
'....Terima kasih terhadap persepsi anda yang saya seorang 'arif' tentang penerbitan buku. Jujur dikatakan, pengetahuan saya tentang penerbitan buku adalah '0' ketika menerbitkan buku pertama saya - "Coretan Xnuripilot". Saya sendiri berasa malu apabila melihat kembali buku itu. Saya cuba memperbaiki kelemahan itu dalam penerbitan buku ke2 - "Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-Kisah Lain". Namun demikian, kekurangan ini tidak menghalang saya kongsi bersama pengalaman dengan anda.
Persoalan pertama. Adakah anda berhasrat untuk menerbit buku itu sendiri atau buku diterbitkan oleh pihak ke3? Sekiranya ingin menerbit secara persendirian seperti saya, anda perlu melakukan semua aktiviti, seperti menyediakan draf, edit, mencari pencetak, memasarkanya, dll. Lebih kurang andalah messenger, book-keeper, manager, banker, dll.
Jika anda mahukan pihak ke3 menerbitkannya, seperti DBP, anda hanya menyediakan draf untuk pertimbangan mereka. Jika mereka setuju untuk menerbitkannya, anda tidak perlu melakukan apa2. Anda hanya perlu tandatangan kontrak dengan mereka.
Jika kaedah ini dipersetujui, anda hanya akan menerima 'royalty' sahaja diatas penjualan buku. Dan, penerbit akan mengawal 'hakcipta'. Ini bererti anda perlu memohon kepada mereka jika anda hendak mengguna bahan terbitan itu nanti.
Berbeza jika menerbitkannya sendiri. Untung rugi semuanya terpulang kepada usaha anda. Dan paling penting, anda pemilik hak cipta.
Sebagai penerbit persendirian, kos penerbitan yang perlu diambil kira termasuk saiz kertas, seperti A4, A5. Untuk buku ke2, pencetak menasihatkan saya mengguna kertas A5. Kaedah ini menjimatkan kos kerana kertas A4 dipotong 2.
Berapa halaman buku itu? Lagi tebal buku, lagi mahal kos pencetakan. Ketebalan pula bergantung kepada 'indent', 'font' dan spacing. Dan, apa jenis kertas yang diperlukan? 'Matt-Art' atau 'glossy' lebih mahal berbanding dengan kertas biasa.
Penggunaan & susunan gambar meningkatkan kos. Gambar berwarna lebih mahal daripada hitam putih. Jika anda perhatikan, kebanyakan buku mengumpul gambar2 berasingan daripada kandungan buku.
Hampir semua gambar dalam kedua-dua saya adalah kiriman para pengirim melalui emel. Kaedah ini menjadikan gambar2 kabur apabila dicetak.
Masalah besar yang dihadapi oleh saya dan beberapa rakan ialah memasarkannya. Kebanyakan kedai buku, seperti MPH, Popular, tidak mengambil buku terbitan individu. Mereka mengambil buku daripada penerbit yang sudah established, seperti PTS, DBP. Untuk makluman, MPH mengambil komisyen 55% daripada harga jualan buku. Jika ada outlets yang sedia mempamer & menjual buku anda, purata komisyen yang dikenakan ~40%!
Saya memasarkan kepada para pembaca blog saya, perpustakaan negeri2 & rakan taulan. Di masa inilah media massa paling penting. Jika ada kenalan di kalangan wartawan, tv, gunakan mereka. Wartawan boleh membuat 'book review'.
Dan, jangan lupa mendapatkan ISBN. Tanpanya, tiada agensi kerajaan yang sedia membeli buku anda. Untuk mendapatkannya, anda perlu hubungi Perpustakaan Negara Malaysia.
Oh ya, apa itu MHG dan bidang penyelidikan anda?
Sekian. Harap nukilan ini sedikit-sebanyak dapat memberi gambaran tentang apa yang perlu diharungi untuk menerbitkan buku secara persendirian, wallahualam.'
Oh ya. Sibertanya berhasrat mendokumentasikan pengalaman beliau '....membuat penyelidikan khusus tentang sejarah ketenteraan di Malaysia. Skop kajian cenderung kepada perang dunia ke dua dan zaman komunis dimana saya akan tertumpu kepada skop kajian kesan tapak peperangan dan kajian kepada bangkai pesawat yg terhempas di dalam hutan. Saya byk membantu agensi kerajaan seperti muzium tentera darat dan muzium tentera udara dalam penyelidikan mereka. Hasil penyelidikan kami dapat membantu menyelesaikan beberapa kes tertunggak seperti bangkai pesawat dakota KN630 yg terhempas di Kelantan yg mengorbankan 12 orang dimana hasil kajian kami dan lawatan ke kawasan nahas membantu mengeluarkan cebisan tulang dan pada Mac tahun lepas, kesemua mereka yg terkorban dikebumikan di Cheras. Satu lagi adalah mangsa nahas pesawat pengebom liberator B-24 KL654 di Negeri Sembilan. Kajian saya selama 14 tahun membuahkan hasil dan dgn bantuan muzium tentera darat dan wakil waris keluarga, cebisan tulang dapat dikeluarkan dan mereka ditanam di Cheras pada tahun lepas juga.'
Sesiapa yang berminat nak menerbit buku, mungkin nukilan di atas boleh dijadikan panduan. Saya menerbitkan buku pertama tanpa sebarang pengetahuan atau bantuan daripada mana-mana pihak. Itu sebabnya saya berasa malu apabila melihat 'end-product'. Saya berterima kasih kepada pada pembeli yang masih sudi membeli (depa mana nak tahu keadaan buku sebelum membelinya. He...He....He). Justeru, saya tidak mahu melihat orang lain menghadapi masalah sepertimana yang pernah saya alami. Belajarlah daripada kesilapan orang agar kita dapat mengelak daripada turut membuat kesilapan yang sama.
2 ulasan:
Salam Mejar Nor,
Jika tuan dari MHG itu berminat mahu menerbitkan buku itu dengan ITBM, mohon hubungi saya: adabi99@gmail.com.
Saya berbesar hati untuk kongsikan dengan beliau maklumat yang saya peroleh baru-baru ini.
Waalaikumussalam saudara Iskandar,
Terima kasih. Jika MHG membaca komen anda, harap beliau menghubungi ITBM.
Catat Ulasan