Pengikut

Isnin, 28 Oktober 2013

Roda Mula Berputar

Saya rasa tak puas hati isu di sini tergantung begitu saja. Al-maklum saja le, mana orang beso2 yang meluangkan masa membaca  blog mejar pencen ini walaupun dah di'link'kan. Jadi, saya pun hantaq emel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman

Date: 23 Oktober 2013 12:57:46 PTG GMT+08:00
To Tan Sri PATKSU KEMENTAHKSN Dato' Ali and 8 More...
Subject: KERENAH BIROKRASI

'...Selama 4 bulan menggunakan kaki palsu yg sudah rosak dengan hanya mengikat dgn dawai dan ditampal sendiri, akhirnya hari ini kaki palsu tersebut tidak boleh digunakan lagi,,' (Petikan rayuan seorang OKU yang terpapar dalam 'mukabuku'. Beliau kehilangan kedua kaki akibat jerangkap samar pada 25/11/1978. Ketika itu beliau berusia 21 tahun. Syukur alhamdulillah, beliau telah terima surat kelulusan daripada JHEV pada03/10/13).

Saya berbangga kerajaan menghargai pengorbanan para OKU dengan membiayai kos mendapatkan anggota palsu. Difahamkan, prosidur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
"3.    Menurut syarat permohonan semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 di bawah perkara tajuk Permohonan Perbelanjaan Untuk Pembekalan Anggota Palsu:

        3.    Syarat-syarat dan peraturan-peraturan tambahan bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu adalah ditetapkan seperti berikut:

            (iv)    Permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu yang berharga melebihi harga siling yang ditetapkan di Jadual 1 hendaklah dirujuk untuk sokongan / perakuan Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terlebih dahulu sebelum boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Jadual 1: Harga siling bagi permohonan perbelanjaan untuk pembekalan anggota palsu
                                       


Jenis Amputasi

Harga Siling (RM)

Amputasi bawah lutut

5,000.00

Amputasi paras lutut

10,000.00

Amputasi atas lutut

10,000.00

Amputasi ‘ through hip ‘

15,000.00

Masalah timbul apabila kos penggantian melebihi had siling yang memerlukan kelulusan KKM. Mungkin saya silap, saya berpandangan kerenah birokrasi ini merupakan punca utama kelewatan para pengguna mendapat alatan berkenaan yang sangat diperlukan, wallahualam. 

Jika insan kerdil ini diizinkan memberi pandangan, diharap pihak berwajib mengkaji semula prosidur bagi memendekkan proses tersebut. Ini dapat dilaksanakan dengan KEMENTAH dipertanggungjawab sepenuhnya untuk melulus kos yang melebihi had siling. Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk 'mengrakyatkan agensi kerajaan' supaya lebih mesra pelanggan. 

Sekadar satu cadangan untuk dipertimbangkan. Terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Tut..Tut...Pada 23/10/2013, jam 1619, saya terima 'cc' emel daripada KSU KEMENTAH yang dihantar kepada KSU KKM....

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
Ketua Pengarah kesihatan Malaysia

YBhg Datuk

Dimajukan luahan untuk di kongsi bersama
 
KSU Mindef

Ini respons KSU KKM kepada KSU KEMENTAH kepada pada 23/10 jam 1636...

Salam Dato Sri,

Saya mengambil perhatian dan akan menyemak segera perkara ini. Terima kasih. 

KSU KKM telah 'cc'kan kepada bos2 berkenaan. Dan salah seorang bos tu pun memberi respons yang di'cc'kan kepada saya....

'Sukacita lihat email Datuk KSU

Mohon kita bincang bersama Yg Bhg dato Dr Azmi - supaya kerenah birokrasi ini dapat diatasi'

Bos jabatan terbabit pun emel kepada 'The Big Boss' yang dicckan pada saya pada 23/10 jam 1457....

'saya akan semak dan susuli perkara ini'. 

Pada 26/10 jam 1002, saya telah menghantar emel berikut kepada pihak terbabit....

Assalamualaikum,

Diharapkan apa jua semakan dan tindakan seterusnya akan membawa perubahan terhadap proses berkenaan bagi mengurangkan kesengsaraan/keseksaan/penderitaan para pengguna alatan terbabit, wallahualam.

Akhir kata, terima kasih diatas keprihatinan pihak berwajib terhadap rentetan rakyat kerdil tanpa 'gelaran' dan 'ternama'.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pada 27/10 jam 1241, terima emel berikut daripada Pengarah Perkembangan Perubatan...

'Salam YBhg Datuk, YBhg Major En Nor Ibrahim,

Terima kasih diatas email yang dipanjangkan.
Sebagaimana dimaklumkan perkara ini adalah berkaitan dengan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarganya yang berkelayakan selaras dengan peruntukan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.21/2009.

Saya berkongsi keprihatinan yang dibangkitkan oleh YBhg Major Nor Ibrahim.

Pekeliling Perkhidmatan 21/2009 menetapkan bahawa ketua jabatan boleh meluluskan permohonan perbelanjaan anggota palsu sebagaimana yang dimaksudkan. 

jika kos permohonan tersebut berada di dalam julat harga yang telah ditetapkan di dalam pekeliling berkenaan, walau bagaimana pun jika Ketua Jabatan mempunyai sebarang keraguan atau kos anggota palsu berkenaan melebihi julat harga yang ditetapkan di dalam pekeliling berkenaan, permohonan tersebut dirujuk ke Kementerian Kesihatan (Bahagian Perkembangan Perubatan- untuk ulasan).

Saya akan susuli perkara ini dengan Pengarah Pasca Perkhidmatan, JPA, YBhg Dato Yeow Chin Kiong supaya keprihatinan ini dapat diperbincangkan / penambah baikan dapat dipertimbangkan.

Saya telah buat semakan, dan dimaklumkan pada masa kini tidak ada permohonan anggota palsu dari JHEV yang tertunggak di KKM, jika ada harap saya dapat dimaklumkan melalui email ini atau hp saya 0124100232.

Saya kongsi email ini bersama dengan Pengarah Pasca Perkhidmatan, JPA.

Terima kasih.

Dato' Dr Azmi Bin Shapie
MD, MPH, MSC Epid. PGD-LSHTM, CMIA.
Pengarah Perkembangan Perubatan.'

Saya telah menggerakkan roda. Sekarang terpulanglah kepada agensi dan pertubuhan2, yang objektifnya menjaga kebajikan para ahlinya, menentukan roda tidak 'terhenti' begitu saja. Ini saja yang termampu saya lakukan dalam usaha membantu mengurangkan penderitaan para OKU, wallahualam. 

KSU KEMENTAH, KSU KKM & semua mereka yang terbabit...Terima kasih diatas keprihatinan anda semua.

Tiada ulasan: