Pengikut

Rabu, 1 Januari 2014

Aidi Munawir Dalam Kenangan

31/12/2013...Tutupnya tirai 2013 dan ia begitu bermakna pada saya. Pada jam lebih kurang 1000, terima panggilan daripada adik di Taiping. Beliau memaklumkan bahawa anak kedua kakak saya, Aidi Munawir bin Ahmad Shukri, 42, dalam keadaan kritikal di IJN. Mujurlah ada kekosongan dalam Malindo Air untuk penerbangan ke LTAB Subang jam 1130. Sampai di Subang anak adik saya, Kak Yong, menjemput saya untuk ke IJN.

Semua kaum keluarga sudah berada di IJN. Aidi dalam keadaan koma dan mengguna 'life support equipment'. Sungguh sedih melihatnya. Seperti yang pernah saya coretkan di sini, beliau adalah salah seorang daripada 8 orang di Malaysia yang bergantung kepada 'jantung mekanikal'.  Pada Julai 2013 beliau dimasukkan ke ICU IJN dalam keadaan kritikal juga, klik di sini. Sebenonya, IJN dah jadi rumah keduanya.

Seorang adik saya telah menghantar saya ke LTAB Subang untuk penerbangan balik ke Jitra pada jam 1750 sementelah beliau nak balik ke Ipoh. Pada jam lebih kurang 2030, baru saja selesai solat maghrib, adik saya di KL memaklum Aidi telah menyahut panggilan Ilahi pada jam 2020..إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 Berita ini dimuatkan dalam fb 'Sulaiman's clan' ....Aidi dah dibawa balik kerumahnya. beliau akan di kebumikan pada pukul 10 pagi esok jam 10 pagi di seksyen 21 s/alam'.

Arwah pernah tinggal bersama keluarga saya di Taiping semasa kecil. Itu sebabnya arwah turut memanggil ibu saya 'mak'; cucu2 yang lain memanggil mak 'Atah'. Pada setiap Hari Raya Aidilfitri, kecuali 2013 yang lepas kerana berada di IJN, arwah dan keluarga beraya di Taiping.

Minggu sudah saya menghubungi kakak saya bertanya khabar tentang Aidi. Saya mengetahui arwah berada di IJN setelah tamat 'cuti' untuk pemeriksaan. Kakak menangis dan menyatakan Aidi akan meninggalkan kita semua. Sungguh terkejut mendengar berita itu dan terus bertanya adik saya tentang keadaan Aidi. Adik memaklumkan apa yang beliau ketahui ialah arwah memang dimasukkan ke IJN tapi kesihatannya OK. Inilah prarasa seorang ibu terhadap anaknya!

Bersama arwah pada 10/12/2012

Semoga Allah menempatkan roh arwah dengan mereka yang soleh....Al-Fatihah.

3 ulasan:

Wahinuddin Sulaiman berkata...

Terimakasih kekanda Nor (Abang) yang telah melabuhkan tirai 2013 di blog dengan berita yang amat menyayat hati. Pemergian anakanda Aidi Munawir sungguh memilukan semua sanak saudara apatah lagi isteri serta keluarga yang tercinta. Terasa seperti Anakanda masih ada di dunia ini. Ayahanda-ayahanda amat terharu serta sebak yang tidak dapat dibayangkan apabila diketahui bahawa ayahanda2 mempunyai seorang anakanda yang bertawaduq, penuh dengan kebaikan sebagai seorang mujahid. Ayahanda tidak dapat menahan airmata ketika kebaikan anakanda diluahkan oleh para imam, cendekiawan (prof), mantan pengerusi zakat selangor dan lainnya yang turut melinangkan airmata mereka. Sesungguhnya kami semua berdoa kepada Allah swt semuga anakanda Aidi Munawir yang mempunyai nilai keperibadian yang murni ini didtempatkan di kalangan ahli syurga firdaus, bersama Rasulullah saw. Anakanda akan menjadi legacy yang tidak akan padam, menjadi panduan dan pengajaran kepada yang masih hidup.
Selamat Jalan Anakanda yang tersayang.
Al Fatihah.

Tanpa Nama berkata...

ALFATIHAH!

Arunzab berkata...

Very sad to hear this news. Ina lilah wa ina ilayhi raji'oon (may Allah the all mighty bless him with jannah) and give his family Sabr, InshaAllah.