Pengikut

Ahad, 15 Julai 2012

Jantung Mekanikal...Fasa Ke2

Ini gambar terkini anak penakan saya, Edi, pada 20/07 yang masih di IJN. Sepertimana yang saya coretkan di sini, beliau telah selamat menjalani pembedahan bagi 'memasang' jantung mekanikal (JM) pada 05/07. Syukur alhamdullah.

2 x bateri.

4 dari kiri: Abang Chu (ayahnya)

Sekiranya pembaca menonton program 'Nona' pada 08/07 jam 1400, ada disiarkan tentang klip pembedahan organ. Juga dipaparkan seorang 'pengguna'  JM, berasal dari Pulau Langkawi,yang masih menunggu jantung daripada penderma setelah 2 tahun menjalani pembedahan berkenaan. Nona turut menemuramah penerima jantung, seorang xpramugari. Dan, keratan akhbar mempamerkan adik Tee menyorong peralatan JM yang beratnya lebih kurang 9 kg. Tidak ketinggalan, barulah pertama kalinya saya melihat wajah pakar bedah terbabit, Prof Dr Dato' Ezani yang dipertontonkan.

Sekarang, Edi dan mereka yang senasib dengan beliau, hanya mampu berdoa agar ada penderma bagi menjalani pembedahan pemindahan jantung. 

Saya hanya mampu mengingatkan diri saya sendiri dan kaum keluarga terdekat sahaja...Satu-satunya rezeki dan nikmat Allah yang paling berharga (pada saya) ialah kesihatan. Justeru, jangan abaikan kesihatan...Mencegah lebih baik daripada berubat/Prevention is better than cure!

Prof Dr Dato' Ezani dan Semua Mereka Yang Terlibat.....Terima kasih.

Tiada ulasan: