Baru-baru ini saya terima mesej daripada seorang pembaca, 'Eyna Razali'. Setelah membaca coretan di sini, beliau memaklumkan bahawa dreber ambulan berkenaan adalah arwah bapanya, 450764 L/Kpl Razali Bin Mohd Nor. Ketika insiden itu berlaku, bapanya bertugas di Batalion Kedua Kor Perubatan, Kem Kinrara, Selangor. Bersama ibu dan kakak, mereka telah pergi ke Pangkalan Hulu minggu sudah untuk melihat plaq tapi kecewa kerana tak jumpa. Memang le tak ada kerana plaq tu ada di Muzium TDM di Port Dickson.
Sebenonya, sebelum ini saya juga tertanya-tanya mengapa ambulan tersebut perlu dieskot sekiranya ia adalah ambulan awam? Kan komunis nak hentam orang awam yang sakit kut. Saya telah bertanya kepada muzium siapa 2 orang awam tersebut tapi siapa pun tidak dapat memberitahu sehingga Eyna Razali memaklumkannya. Bila ditanya siapa bersama ayahnya, beliau tidak tahu. Menurutnya lagi, arwah bapanya menggantikan rakan yang sepatutnya membawa ambulan pada hari itu. Tetapi kerana rakannya itu ada sesuatu yang tak dapat dielakkan, maka bapanya ambil alih tugas tersebut.
Saya telah menghubungi seorang kurator muzium TDM tentang arwah itu. Beliau memaklumkan bahawa sekarang ini mereka sedang menyenaraikan nama-nama wira ATM yang terkorban semenjak Perang Dunia Ke2 lagi untuk diabadikan di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Saya percaya pembukaannya pada 31 Julai 2014 sempena Hari Pahlawan.Tidak lama kemudian, kurator telah memaklumkan bahawa nama arwah termasuk dalam senarai wira2 tersebut. Beliau tidak tahu yang arwah adalah dreber ambulan dalam insiden serang hendap tersebut. Saya telah memaklumkan kepada Eyna Razali tentang kedudukan terkini.
Saya harap sesiapa yang ada masalah seperti di atas, hubungilah Muzium TDM secepat mungkin. Setelah mendapat pengesahan, saya percaya nama2 mereka akan terpahat di Dataran Pahlawan itu nanti, inyaAllah. Semasa bertemu dengan PTU pada 19/2/14 di Rumah Tetamu, KTU, sempena lawatan beliau, Tan Sri memaklum nama wira2 TUDM yang telah diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk dipahatkan di Dataran Pahlawan ialah mereka yang terkorban dalam insiden 26/4/1976. Mereka ialah mendiang Kapt (U) Choo YB, arwah Kapt (U) Mustapha Kamal, arwah Lt (U) Wan Munsiff, mendiang Lt (U) Chung MT dan Sjn Leong.
Memang satu kepuasan dapat membantu keluarga arwah Razali, syukur alhamdulillah.
Pengikut
Jumaat, 21 Februari 2014
Rabu, 12 Februari 2014
Sumber Prima
8/2/14, Sabtu jam 0800... Pandu le bersendirian ke KL. Objektif pemergian ada kaitan dengan coretan di sini. Saya telah membuat temu janji dengan Jen Tan Sri Hashim Ali, xPAT, di The Mine Golf Club pada jam 1500. Terpaksa tolak awal kerana saya dah memang tak tahu sangat jalan di Lembah Klang. Memang betul pun, berpusing2 untuk tiba di kelab. Namun demikian, tepat jam 1500 saya dah terpacak kat lokasi. Tidak lama kemudian, Tan Sri pun tiba le.
Bersama Jen Tan Sri Hashim Ali. Beliau adalah salah seorang daripada 3 delegasi Malaysia yang menantangani Perjanjian Perdamaian dengan PKM pada 2/12/1989 di Hotel Lee Gardens, Hatyai
9/2/14, Ahad, jam 0530...Pandu pula dari rumah adik di Subang ke Ampang Jaya untuk menemuramah Lt Jen Dato' Nawi Alias, xKS ATM. Berpusing2 nak mencari Taman TAR sebelum ke Ampang Jaya. Syukur alhamdulillah, terpacak di depan rumahnya pada jam 0730 seperti yang dijanji.
Bersama Dato' Nawi. Bos saya selama 6 bulan di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Beliau yang membuat kertas kerja pembelian 20 Nuri tambahan & perancang penubuhan skuadron komposit. Salah seorang pelopor Nuri
Dari Ampang Jaya, kelang kabut pula nak cari Kampung Melayu Ampang. Orang lama macam saya ini berpegang kepada peribahasa Melayu...Segan bertanya, sesat jalan. Jadi, bertanya sana, bertanya sini, akhirnya tiba di distinasi 30 minit lebih awal. Jam 1130, bersembanglah dengan Supt Syed Ali Zainal Abiddin, xCO 19 PPH (Senoi Praq).
Bersama Supt Syed Ali Zainal. Pelopor pasukan Senoi Praq dan Ops Bamboo
10/2/14, Isnin, jam 1200...Pandu ke Bukit Damansara (BD) untuk temu janji dengan AVM Tan Sri Sulaiman Sujak pada jam 1500. Saya tak pernah pergi ke BD. Jam 1230 dah jumpa rumah. Jadi, sementera menunggu, melepak kat Masjid Saidina Ali.
Bersama AVM Tan Sri Sulaiman Sujak. Saya terima 'sayap' darinya. Pembelian Nuri semasa beliau menjawat PTU. Beliau adalah anak Malaysia pertama menerajui TUDM
Selepas solat zuhur dan sebelum memandu ke rumah Tan Sri, rakan seperjuangan telah datang ke masjid untuk bertemu saya. Saya sungguh menghargai kehadiran beliau.
Bersama Kol Zainal Piee TUDM di Masjid Saidina Ali. Beliau meminjamkan buku "Tentera Darat 1933-2008"
Lebih kurang jam 1700, setelah berakhir sesi bersama Tan Sri, saya pun pandu le balik ke Jitra. Tiba pada jam 2200, syukur alhamdulillah.
Tan Sri Hashim Ali dan Tan Sri Sulaiman memang saya kenal, tapi, masalahnya, mana le mereka nak kenal saya...He...He...He. Manakala saya hanya mendengar nama Supt Syed Ali Zainal apabila bertanya tentang Ops Bamboo.
Letih memang letih. Itu belum ambil kira kos yang semuanya Sdn Bhd. Tak apalah....Sendiri buat, sendiri tanggunglah. Apa pun, rumusan daripada temuramah tersebut ialah Nuri memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan memusnah kegiatan gerila komunis. Kehadirannya telah mengubah corak operasi pasukan keselamatan dalam misi menghapus pengganas komunis sehingga termeterainya Perjanjian Perdamaian pada 2/12/1989. Tidak ketinggalan, siburung besi ini turut menyumbang kepada proses pembangunan negara. Maklumat ini semua adalah 'sumber prima' untuk kajian saya.
Label:
Patriotism
Rabu, 5 Februari 2014
Dah Mengorak Langkah
Ini le orang kata, tak ada susah nak cari susah. I don't know what I'm getting into. Sudah dalam comfort zone, gatai pergi mohon mengikuti program PhD di UUM, Sintok. Depa lulus permohonan tu...
Surat Tawaran UUM
Kajian saya ialah, tak lain tak bukan, tentang 'Burung Besi', iaitu "Peranan Helikopter Nuri Di Era Insurgensi Di Semenanjung Malaysia 1968-1989".
5/2/14, selepas 9-lubang dengan geng golf, saya pun pergi le ke UUM untuk mendaftar. Semalam dah kredit RM3984 dalam akaun UUM.
Sempat berposing lagi
Bersama 'supervisor' Prof Madya Rohani (tengah)
Tak tahu le saya sama ada boleh meneruskan pengajian itu nanti. Kalau ada rezeki berjaya, syukur alhamdulillah. Jika tidak, tak apa, dah tak ada rezeki. Sekurang-kurangnya saya mencuba dan berusaha, Allah menentukan, wallahualam. Paling utama pada saya ialah tarik troli dengan members. PhD secondary saja. Objektif utama saya ialah agar peranan Nuri didokumentasi untuk dijadikan bahan rujukan nanti, itu saja. Bukannya kerana insentif kewangan atau pangkat-darjat. Semua kos sendirian berhad; tiada sebarang tajaan. Tak ada apa yang nak dikejo sekarang ini.
Gaya penulisan 'talking writing' saya tu mana boleh dipakai untuk program ini. Sekarang ni kena tulis secara 'academic'. Masalah....Memang masalah beso! Kena le mengikuti kursus 'Research Methodology' dan 'Academic Writing'. Anyway, I'll try to do my best, insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)