Bersama Jen Tan Sri Hashim Ali. Beliau adalah salah seorang daripada 3 delegasi Malaysia yang menantangani Perjanjian Perdamaian dengan PKM pada 2/12/1989 di Hotel Lee Gardens, Hatyai
9/2/14, Ahad, jam 0530...Pandu pula dari rumah adik di Subang ke Ampang Jaya untuk menemuramah Lt Jen Dato' Nawi Alias, xKS ATM. Berpusing2 nak mencari Taman TAR sebelum ke Ampang Jaya. Syukur alhamdulillah, terpacak di depan rumahnya pada jam 0730 seperti yang dijanji.
Bersama Dato' Nawi. Bos saya selama 6 bulan di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Beliau yang membuat kertas kerja pembelian 20 Nuri tambahan & perancang penubuhan skuadron komposit. Salah seorang pelopor Nuri
Dari Ampang Jaya, kelang kabut pula nak cari Kampung Melayu Ampang. Orang lama macam saya ini berpegang kepada peribahasa Melayu...Segan bertanya, sesat jalan. Jadi, bertanya sana, bertanya sini, akhirnya tiba di distinasi 30 minit lebih awal. Jam 1130, bersembanglah dengan Supt Syed Ali Zainal Abiddin, xCO 19 PPH (Senoi Praq).
Bersama Supt Syed Ali Zainal. Pelopor pasukan Senoi Praq dan Ops Bamboo
10/2/14, Isnin, jam 1200...Pandu ke Bukit Damansara (BD) untuk temu janji dengan AVM Tan Sri Sulaiman Sujak pada jam 1500. Saya tak pernah pergi ke BD. Jam 1230 dah jumpa rumah. Jadi, sementera menunggu, melepak kat Masjid Saidina Ali.
Bersama AVM Tan Sri Sulaiman Sujak. Saya terima 'sayap' darinya. Pembelian Nuri semasa beliau menjawat PTU. Beliau adalah anak Malaysia pertama menerajui TUDM
Selepas solat zuhur dan sebelum memandu ke rumah Tan Sri, rakan seperjuangan telah datang ke masjid untuk bertemu saya. Saya sungguh menghargai kehadiran beliau.
Bersama Kol Zainal Piee TUDM di Masjid Saidina Ali. Beliau meminjamkan buku "Tentera Darat 1933-2008"
Lebih kurang jam 1700, setelah berakhir sesi bersama Tan Sri, saya pun pandu le balik ke Jitra. Tiba pada jam 2200, syukur alhamdulillah.
Tan Sri Hashim Ali dan Tan Sri Sulaiman memang saya kenal, tapi, masalahnya, mana le mereka nak kenal saya...He...He...He. Manakala saya hanya mendengar nama Supt Syed Ali Zainal apabila bertanya tentang Ops Bamboo.
Letih memang letih. Itu belum ambil kira kos yang semuanya Sdn Bhd. Tak apalah....Sendiri buat, sendiri tanggunglah. Apa pun, rumusan daripada temuramah tersebut ialah Nuri memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan memusnah kegiatan gerila komunis. Kehadirannya telah mengubah corak operasi pasukan keselamatan dalam misi menghapus pengganas komunis sehingga termeterainya Perjanjian Perdamaian pada 2/12/1989. Tidak ketinggalan, siburung besi ini turut menyumbang kepada proses pembangunan negara. Maklumat ini semua adalah 'sumber prima' untuk kajian saya.
4 ulasan:
Salam Mejar Nor,
Bagaimana dengan pencarian tuan tentang Tuan Richard Jalleh? Sudah berhasilkah?
Subhanallah! Supt Syed Ali itu selalu saya ketemu di kedai kopi di tepi masjid Ampang.
Apabila kedai kopi dibuka semula nanti saya mahu interview dia tentang Ops Bamboo.
Salam Tuan!
Tk paparan...cuma terkilan tuan x bagitau saya ..setidak2nya blh tolong teman di Kwsan Ampang Jaya dan KG Melayu tu...saya pun Qualified Tourist Guide...any way there is always NEXT TIME gka tak keberatan!
Dr Bubbles,
Dato' Nawi telah beri no. anak Kol Richard Jalleh, Bruce. Melalui anaknya, saya telah menghubungi bapanya di Perth. Tapi tak cakap panjang. Faham2 le. Supt Syed tu memang pelopor Batalion Senoi Praq. Beliau adalah pakar rujuk Ops Bamboo.
Saudara Kol Basri,
Maaf tidak memaklum saudara kerana berada di sana di hujung minggu. Lepas banyak lagi trips ke KL. Saya akan hubungi nanti, insyaAllah.
Looking at your live traffic feed, it showed that I live in Phnom Penh, which is not true. I am in Battambang and it is 7 hours by bus to Phnom Penh.
By the way, my greetings to Nawi and Sulaiman Sujak when you see them next time. (if they remember me.)
Warmest greetings,
grace Chong.
(late Capt. Choo's widow)
Catat Ulasan