Pengikut

Jumaat, 21 Februari 2014

Dataran Pahlawan

Baru-baru ini saya terima mesej daripada seorang pembaca, 'Eyna Razali'. Setelah membaca coretan di sini, beliau memaklumkan bahawa dreber ambulan berkenaan adalah arwah bapanya, 450764 L/Kpl Razali Bin Mohd Nor. Ketika insiden itu berlaku, bapanya bertugas di Batalion Kedua Kor Perubatan, Kem Kinrara, Selangor. Bersama ibu dan kakak, mereka telah pergi ke Pangkalan Hulu minggu sudah untuk melihat plaq  tapi kecewa kerana tak jumpa. Memang le tak ada kerana plaq tu ada di Muzium TDM di Port Dickson.

Sebenonya, sebelum ini saya juga tertanya-tanya mengapa ambulan tersebut perlu dieskot sekiranya ia adalah ambulan awam? Kan komunis nak hentam orang awam yang sakit kut. Saya telah bertanya kepada muzium siapa 2 orang awam tersebut tapi siapa pun tidak dapat memberitahu sehingga Eyna Razali memaklumkannya. Bila ditanya siapa bersama ayahnya, beliau tidak tahu. Menurutnya lagi, arwah bapanya menggantikan rakan yang sepatutnya membawa ambulan pada hari itu. Tetapi kerana rakannya itu ada sesuatu yang tak dapat dielakkan, maka bapanya ambil alih tugas tersebut.

Saya telah menghubungi seorang kurator muzium TDM tentang arwah itu.  Beliau memaklumkan bahawa sekarang ini mereka sedang menyenaraikan nama-nama wira ATM yang terkorban semenjak Perang Dunia Ke2 lagi untuk diabadikan di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Saya percaya pembukaannya pada 31 Julai 2014 sempena Hari Pahlawan.Tidak lama kemudian, kurator telah memaklumkan bahawa nama arwah termasuk dalam senarai wira2 tersebut. Beliau tidak tahu yang arwah adalah dreber ambulan dalam insiden serang hendap tersebut. Saya telah memaklumkan kepada Eyna Razali tentang kedudukan terkini.

Saya harap sesiapa yang ada masalah seperti di atas, hubungilah Muzium TDM secepat mungkin. Setelah mendapat pengesahan, saya percaya nama2 mereka akan terpahat di Dataran Pahlawan itu nanti, inyaAllah. Semasa bertemu dengan PTU pada 19/2/14 di Rumah Tetamu, KTU, sempena lawatan beliau, Tan Sri memaklum nama wira2 TUDM yang telah diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk dipahatkan di Dataran Pahlawan ialah mereka yang terkorban dalam insiden 26/4/1976. Mereka ialah mendiang Kapt (U) Choo YB, arwah Kapt (U) Mustapha Kamal, arwah Lt (U) Wan Munsiff, mendiang Lt (U) Chung MT dan Sjn Leong. 

Memang satu kepuasan dapat membantu keluarga arwah Razali, syukur alhamdulillah.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih banyak kepada Mejar (B) Nor Ibrahim. Segala teka teki kenapa nama arwah abah saya takde pada monumen tersebut telah terjawab. Syukur pada Allah yang telah menemukan saya dengan blog beliau ketika kami sekeluarga buntu mencari sesuatu untuk kenangan arwah sebagai wira negara. Kami sangat bangga menjadi anak wira2 negara yang sanggup menggadaikan kebahagian keluarga dan nyawa demi negara. Saya amat berterima kasih kepada mejar kerana mengambil berat dan memberi respon yang sangat baik kepada saya dan adik saya. Kalau singgah ke taiping...mai lah makan mee udang...Kami belanja...

askartua berkata...

Tuan,
Harimau mati meninggalkan Belang,Maanusia mati meninggalkan Nama....Kepada Perwirax Negara yang berugama Islam yang telah gugur marilah kita sedekahkan ALFATIHAH dan yang bukan beragama Islam jasa mereka akan sentiasa dikenang dengan adanya Dataran ini.

Tanpa Nama berkata...

Drnaznie. Taiping byk meninggalkan kenangan kpd saya dan keluarga. Melihat jenazah tentera yg gugur di Gubir diturunkan dari Nuri sekitar mid 70an adalah biasa. Yg sedihnya melihat but mereka msh kelihatan tanah liat dari ops yg mrk sertai. Al-fatihah bt mrk yg gugur. Whatapps saya di 019-3557305