Subject: Pertayaan mengenai HCV
To: nibsny@yahoo.comHi, Salam dan apa khabar En Nor Ibrahim? Diharap anda sihat di samping isteri tersayang. Tujuan saya menulis email kepada en Nor adalah berkenaan penyakit HCV. Saya adalah salah seorang pengidap HCV dan secara tidak sengaja terjumpa blog en Nor bertarikh Saturday, December 5, 2009 (di sini) dan terbaca article mengenai pengalaman isteri en Nor yang pulih dari rawatan HCV.
Saya dinasihati oleh doktor untuk menerima rawatan memandangkan umur yang masih muda iaitu 36 tahun dan HCV saya adalah peringkat yang boleh dirawati tetapi saya menolak memandangkan terdapat banyak kesan sampingan dan diberitahu kemungkinan virus ini akan serang kembali walaupun selepas rawatan. Boleh saya tahu adakah isteri en nor sembuh 100% dari HCV sampai ke hari ini kerana saya dalam pertimbangan untuk menerima rawatan jika ada pesakit yang sembuh 100%. Doktor saya juga mengatakan ada ubat baru yang akan sampai ke malaysia tetapi saya masih ragu-ragu. Diharap email ini dibaca oleh en nor dan sudi dibalas untuk saya mendapatkan khidmat sumber rujukan pada masa akan datang. sekian terima kasih.
Saya telah menyarankan kepada isteri agar beliau respons emel pengirim. Beliau bersetuju dan ini responsnya...
As Salam, Xxxx.
Suami saya sarankan saya sendiri menjawab email saudari. Saya agak berbeza dari saudari kerana saya tidak langsung teragak-agak bersetuju untuk dirawat apabila diberitahu saya perlu menjalani rawatan walaupun pada masa itu umur saya sudah mencecah 56 tahun! Saya bersetuju bukan kerana saya tidak tahu kesan dari rawatan. Saya telah google semua tentang HCV sebelum doktor menerangkan segalanya.
Matlamat saya hanya satu. Saya hendak sembuh dengan kehendak Allah, sudah pasti. Saya bertekad akan mengharungi segala kesan walaupun perit. Saya bukannya berbadan tegap dan kuat sangat pun. Berat saya ketika itu 49.3 kg dan tinggi saya 160cm. Perlu diingat saya 20 tahun lebih tua daripada saudari apabila saya mulakan rawatan.
Betul seperti apa yang kita selalu dengar. Jangan percaya segala apa yang diceritakan orang atau apa yang kita baca. Selalunya ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Saya agak terkejut apabila mendapati kesan rawatan tidaklah seteruk yang saya dengar dan baca. Hanya pada peringkat permulaan sahaja, lebih kurang dua minggu, agak kuat sedikit kesannya. Itu pun saya masih boleh berjalan seperti biasa. Bukan terbaring saja. Selepas badan sudah dapat menyesuaikan dengan ubat yang dimakan, keadaan saya tidaklah seteruk mana pun. Tetapi selera makan memang tiada. Saya ambil kesempatan ini untuk makan makanan kegemaran saya iaitu chocolates.
Rambut memang gugur tetapi tidaklah sampai botak seperti chemotherapy. Orang tidak akan nampak kesan keguguran rambut.
Tiada siapa pun boleh memberi kepastian penyakit akan sembuh selepas rawatan. Tetapi saya tiada pulihan lain. That was my only chance and I didn't want to waste it. Syukur Alhamdulillah selepas 6 bulan rawatan, virus sudah tidak dapat dikesan dalam badan saya. Saya masih perlu di periksa setiap tahun dan 6 tahun sudah pun berlalu. Untuk menjawab soalan saudari samada saya sudah sembuh, setakat ini saya sembuh. What lies ahead only Allah knows. Wallahualam.
Si hamba Allah bertanya lagi kepada isteri saya sama ada beliau dah 100% sembuh. Ni masalah beso. Percayalah....Tiada super-duper pakar boleh memberi gerenti 100% virus HCV dah dimusnahkan. Nasihat saya, jangan bio keadaan dah sampai ketahap seperti dalam gambar ini baru nak berubat. Pada pandangan pakar serba-serbi ini, di waktu itu mungkin agak payah sikit kut.
Pandangan sudah diberi. Yang akan menanggung adalah tuan punya badan. Kita hanya mampu berusaha diikuti mengguna senjata yang paling hebat pemberianNya...DOA untuk yang TERBAIK. Selepas itu, redha sajalah apa jua penentuan Allah, wallahualam.
Dah ke tahap busung