Followers

Saturday, December 5, 2009

Syukur Alhamdulillah...Lepas Satu Ujian!!

24 November 2009...Syukur Alhamdulillah. Pada hari tersebut saya tidak menarik troli golf kerana membawa isteri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk temujanji dengan doktor pakar perubatan, Dato' Dr Muhammad Radzi, Pakar Perunding Perubatan & Gasteroenterologi. Beliau ketika ini berada di luar negara. Jadi isteri saya berjumpa penggantinya. Apa yang saya bersyukur ialah kerana setakat ini, isteri saya boleh dikatakan pulih dari jangkitan Hepatitis C - HCV- setelah menjalani rawatan selama 6 bulan. Malah, paras kolesterol turut menunjukkan penurunan walaupun masih di tahap tinggi.

Anda tahu apa itu HCV? Sebelum Disember 2007, saya sendiri tidak pernah dengar virus ini. Yang saya tahu, hepatitis hanya dikaitkan dengan 'demam kuning' (jaundice). Ceritanya bermula...

Satu tabiat sebagai seorang pilot yang terbawa-bawa sehingga kini ialah setiap 6 bulan saya akan melakukan pemeriksaan darah di RSAT. Maklumlah, sudah asar ni, kenalah tahu tahap paras 'Lipid Profile', 'Liver Function Tests (LFT)', 'Renal Profiles' dan gula. Isteri saya turut menjalani ujian darah. Untuk tiga ujian berturut-turut,  ALT (ujian LFT) beliau menunjukkan kenaikan melebihi had (maksima 41 U/L). Saya dinasihatkan oleh adik saya, seorang Pakar Perubatan di Hospital Ipoh, untuk membuat ujian Hepatitis B dan C. Keputusan menunjukkan beliau dijangkiti HCV - 'reactive'. Temujanji dengan Dr Pakar (DP) diaturkan.

Sebelum berjumpa dengan DP, mulalah melayar internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang HCV. Bagaimana dijangkiti virus ini, simptom, ubat, kesan pengambilan ubat, soalan yang perlu ditanya, dan sebagainya. Semasa berjumpa dengan DP, apa yang beliau terangkan sama apa yang saya baca melalui internet.

Sebelum memulakan rawatan, sampel darah isteri saya terpaksa dihantar ke Malaysian Liver Foundation (MLF) di Kuala Lumpur. Pertama kali untuk 'Hepatitis C RNA Real Time PCR, Quantitative (Viral Load)'. Bahasa mudahnya...jumlah virus. Sebulan kemudian, sekali lagi darah dihantar ke MLF untuk 'Genotyping'. Bahasa mudahnya...penentuan jangka masa menjalani rawatan. Ini diikuti menjalani 'biopsy'. Satu proses yang menyakitkan kerana secebis hati terpaksa diambil. Tujuan biopsy bagi mengetahui tahap kerosakan pada hati.

Setelah semua ujian tersebut dilaksanakan, 'genotype 3' memerlukan beliau  menjalani rawatan selama 6 bulan. Untuk makluman, rawatan hanya dua - pengambilan ubat 'ribavirin'  4 biji setiap hari dan suntikan 'interferon' seminggu sekali. Tempuh rawatan pula ialah 6  atau 12 bulan....itu sahaja!  Pada 3 Mac 2007, bermulalah rawatan HCV dengan pengambilan 4 biji pil ribavirin dan suntikan interferon. HSB menjadi rumah kedua kerana pada setiap Ahad terpaksa ke sana untuk suntikan tersebut. Buat permulaan, jururawat menyuntik interferon tetapi seterusnya saya melakukannya. Sebenarnya, suntikan ini boleh dilakukan di rumah. Masalahnya, ubat ini terlalu sentitif kepada suhu sekeliling dan mesti sentiasa disuhu sejuk. Olehkerana kawasan rumah saya kerap terjadi gangguan elektrik, saya memohon jasa baik HSB untuk menyimpan ubat tersebut dalam peti sejuk di makmal.

Kesan pengambilan ubat-ubat tersebut? Pening, vertigo...semua berpusing, loya...tidak lalu makan, rambut gugur, gatal seluruh badan, sakit sendi-sendi, terlalu letih, dll. Anda boleh membaca pengalaman beliau di sitiroffinimy.blogspot.com  bertajuk "Retirement Blues".  Dalam 2 bulan pertama menjalani rawatan, setiap minggu terpaksa periksa darah. Tujuannya ialah untuk memantau paras 'haemoglobin'. Sekiranya, turun ke tahap di bawah 7, rawatan terpaksa dihentikan. Sekiranya hendak dimulakan semula....kena sendirian berhad lah. Oi mak dato'...ubatnya mahal! Setiap kali suntikan interferon sahaja...RM600.00. Oh ya...setiap kali hantar darah ke MLF...RM400.00. Olehkerana peruntukan kewangan HSB tahun itu telah habis, saya terpaksa menghantar Kiriman Pos untuk pemeriksaan darah di MLF. Syukur Alhamdulillah, kos ini boleh dituntut dari Kerajaan.

Suntikan terakhir beliau, ke 24, ialah pada 10 Ogos 2008. Dan seperti biasa, sampel darah dihantar ke MLF. Pada 9 September 2008, laporan MLF.... "Not Detected". Untuk kepastian lagi, sampel darah dihantar ke MLF pada 5 Februari 2009. Sekali lagi, Syukur Alhamdulillah...."Not Detected".  Pada 8 November 2009, pemeriksaan darah diambil dan keputusan diketahui semasa temujanji pada 24 November 2009.

Pembaca yang dihormati, masalah jangkitan HCV ini ialah tiada menunjukkan sebarang simptom di peringkat awal! Isteri saya tiada menghadapi sebarang masalah kesihatan. Simptom hanya di kesan di tahap kritikal....barah hati - 'cyrrhosis'. Orang Perak panggil 'busung'. Di peringkat ini....kita hanya boleh berdoa sajalah!

Seorang kenalan saya turut dijangkiti HCV. Saya faham apa yang beliau hadapi dan saya sentiasa memberi semangat kepada beliau. Syukur Alhamdulillah, beliau selamat menjalani rawatan 6 bulan.

Pembaca, nasihat ikhlas saya....sekiranya "ALT" anda melebihi paras maksima, eloklah lakukan pemeriksaan HBV dan HCV. Anggota Kerajaan dan pesara sungguh bertuah kerana kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Saya difahamkan, kos rawatan HCV untuk 12 bulan  ialah RM80,000 di hospital swasta. Sekiranya virus ini awal dikesan, kemungkinan boleh  pulih setelah menjalani rawatan adalah tinggi....InsyaAllah!

Apa pun, kita hanya berupaya untuk berusaha....Allah yang menentukan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Sultanah Bahiyah amnya, dan Jabatan Perubatan Dalaman khususnya, terutama Dato'  Dr Muhammad Radzi dan jururawat Faezah dan mereka yang terlibat semasa isteri saya menjalani rawatan HCV. Terima kasih.

9 comments:

Robert Rizal Abdullah said...

Squad,

Thanks for the write up and make us aware of this little-known disease called HCV. Your article has opened my eyes and awareness.

Gengis Khan said...

Dear Noh,
I am glad that all went well with your 2 i/c. Shukor Alhamdulliah. Which reminds me of a old saying........

There is something funny about life. All too often ,you really never know what you have, till it's gone.

So lets really take care of what we have.

Salam

Capt's Longhouse said...

Nor,
,,A "sustained response" means that the patient remains free of hepatitis C virus 6 months after stopping treatment. This does not mean that the patient is cured, but that the levels of active hepatitis C virus in the body are very low and are probably not causing more or as much damage.
,,,Sorry, unfortunately there is no cure for hepatitis C i.e. HCV, but medications in some cases can suppress the virus for a long period of time.
,,,the traditional medicine is to drink 'lemon grass' (serai)juice to help fight against cancer cells in the human body in this case for the liver. Or eat a lot of raw serai, thai style salad with bawang puteh (garlic) at part of the dressing..plus olive oil.
,,,also to get rid of gallstones by natural treatment i.e. 5 x days of drinking fresh green apple juices every night and on 6th night take 1 x spoonful of Epsom salt with warm water at 0600 pm and again at 0800 pm and finally 1 x glass of olive oil mixed with lemon juice equal amount. You will shit all the green color gallstones intially and next morning the brownish/redish gallstones will also come out.
,,,do this treatment again within next 6 x months and the remaining gallstones should also comes out of your system, !!
,,,effect of treament, will make your liver healthy in producing new blood for your body plus its biles production will flow normally to the stomach to help dissolve fatty/meaty meals. Best to limit such in-takes too-lah.
,,,suggest you check in google about gallstone natural treatment too for more details yaa. Hope these are useful info.

Salam to the wife..cabaran dunia Yeop Oii but Allah maha Besar. ameen.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Squad and Gengis Khan,

Thank you. I sincerely hope all of you take care of your health.

Sharif,

Thanks for the tip. Hai, ini tentu your Mrs beritahu..betul tak?

mangchikla said...

Salam. If i may suggest, Intra Life ...... Wallahu 'aklam

Anonymous said...

sy pengidap hcv..skrg ni da 3 tahun selepas sy buat ujian..sy xtahu ape nk buat..sy dgr rawatan terlalu mahal jd sy abaikn..tawakal je...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih kerana membaca posting saya ini. Sekadar bertanya, adakah anda seorang anggota perkhidmatan awam atau pesara? Sekiranya ya, anda tidak perlu risau kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan. Tidak dinafikan rawatan untuk HCV memang mahal.

Untuk makluman, baru-baru ini terbaca dalam akhbar tentang penemuan ubat terbaru untuk merawat HCV genotype 1 oleh University of Michigan. Pesakit tidak semestinya mengambil interferon dan ribavirin. Ubat terbaru ini kurang 'side effect', hanya cirit-birit sahaja, jika dibandingkan dengan ubat dewasa ini. Selain terus berusaha, banyak-banyaklah berdoa kepada Allah.

azmira said...

assalamualaikum tuan..terima kasih ats coretan mengenai HVC yg mana dpr mengurangkan sedikit rasa takut saya..
saya telah menderma drh pada mac 2011 dan pad 27/7/11 sy dipanggil ke jab patologi mengatakan terdpt maslh pd drh sy iatu terdpt antiboi/antigen HVC ttapi weak reactive..dn result adlh inappropriate.means 50/50 samada psitif or ngtve.
doc ambil drh utk dihntr ke kl..

sy pergi ke pathlab utk blood test dan hasil adlh -ve..ttp pada 4/10/11 sy skali lg dipnggil mengenai result drh...

doc ttp memberitahu result adlh inappropriate tetapi weak reactive..sekali lagi darah diambil utk dihantar ke kl..dan LFT juga dilakukan..

doc ckp tggu after 3month bru result keluar..tapi sehinggala 11/10/12 bru dpt surt dr hospt minta sy dtg utk review pd 19/10/12..setelah setahun...saya amat risau takut klu keadaan menjadi kronik..dan sy hairan knp masa g mereka ambil terlalu lama iaitu setahun sdgkan isteri tuan cuma 1-3bulan sahaj..

saya bukan org senag..tidak bekerja hnya mengharapkan suami..kos rawatan pula terlalu mahal..saya buntu..takut dan kecewa..rasa bersalah pada suami memandgkan sy belum mmpunyai ank..

bagaimana keadaan isteri tuan sekarang?
adakah kesan rawatan tersebut berpanjangan?
terima kasih

Robert Thomas said...

Bagaimana pula dgn nasib org yg tidak bekerja dgn kerajaan? sepatutnya kerajaan harus menolong golongan sasar iaitu org yg kurang berkemampuan..dan yg bergaji rendah