MacGillavray terpaksa berding-dong dengan Lennox-Boyd, Secretary of State for Colonies, mengenai kerenah Tunku nak jumpa Public Enemy No. 1 ni. Tunku ini betul2 menyusahkan Mat Saleh...eh...eh...eh!
The Straits Times, 1 Mei 1952
Sementara itu, Sir Robert Scott, Commissioner General for South East Asia yang turut hadir semasa perbincangan MacGillavray dengan Tunku di SINI, telah menghantar rumusannya yang panjang lebar terus kepada Sir A Eden, Perdana Menteri mengenai isu ini pada 23 Oktober 1955 (CO 1030/27, no 1, Telegram no 140 from Sir R Scott to Sir A Eden, Assessing the risks, 23 Oct 1955).
Dalam rumusannya, Scott menjelaskan kepentingan ketiga-tiga pihak, iaitu Chin Peng, Tunku dan Inggeris.
Mengapa Chin Peng beriya-iya nak berunding dengan Tunku? Scott berpendapat bahawa Chin Peng menerima hakikat bahawa "...They have no hope of military victory." Chin Peng menyedari bahawa darurat sudah hampir penamatannya. Lagi pula, "shooting war" tidak selari dengan dasar "peaceful coexistence" hasil Bandung Conference.
Tapi faktor utamanya ialah ketua pengganas ini sangat bimbang pergerakan menuju kemerdekaan "...led by Malays rather than Chinese." Mana taknya, PKM dah lama menentang Inggeris, Jepun dan Inggeris semula semenjak penubuhan partinya pada 1931, tup...tup...Tunku pula senang-senang dapat memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah...he...he...he.
Jadi, dengan mengambil jalan untuk 'berdamai', Chin Peng dapat memberi fokus untuk melakukan kegiatan subversif dan terlibat dalam parti politik. Dia tak kisah sangat jika proses assimilasi mengambil masa asalkan objektifnya menjadi kenyataan.
Sekarang Tunku pula. Scott berpandangan Tunku bukannya mudah untuk perkotak-katik oleh Chin Peng. Lagi pula Tunku menyedari sebarang keputusan dibuat tak semestinya dipersetujui oleh Inggeris. Selain itu, Tunku nak selesaikan masalah darurat ini dengan kadar segera sebelum pergi ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan. Tunku dikatakan tidak begitu percaya dengan Inggeris yang begitu berwaspada mengenai pertemuannya dengan Chin Peng dan menganggap Inggeris sengaja nak melengahkan darurat dan akhirnya melewatkan kemerdekaan.
Tunku begitu yakin dapat mencapai sesuatu keputusan hasil perundingan itu nanti. Scott anggap Tunku akan berfikir bahawa beliau (Tunku) "...serenely confident of his ability to absorb the Chinese terrorists into the community and to deal with any who give trouble (an assessment which incidentally betrays his lack of experience and which, in my view, is highly questionable)."
Apa pula tindakan yang sepatutnya diambil oleh Inggeris? Pertama sekali, Scott mengingatkan bahawa Inggeris perlu terima hakikat bahawa bahawa amnesty tidak berjaya menarik gerila komunis untuk menyerah diri dan rakyat dah letih dengan darurat. Tunku pula telah diberi mandate oleh rakyat untuk menamatkan darurat.
Scott memberi pro & con sekiranya Inggeris melarang Tunku bertemu Chin Peng atau hanya sekadar untuk menjelaskan terma2 amnesty. Beliau menyatakan "...I think we are making a mistake if we do not see (not, or course, for public admission) that the forthcoming talks with the Communists will be negotiations carrying far more risks than if they were merely to clarify the announced terms of an amnesty."
Scott menjangkakan, dalam keterujaannya mencapai kemerdekaan, Tunku akan tunduk kepada kepada terma Chin Peng mengenai tempoh tahanan yang akan dilalui oleh gerila bila menyerah diri nanti; tidak menghar pulang ke China; dan kebebasan dalam kegiatan politik. Mat Saleh ni betul2 underestimate Tunku!
Jadi, satu opsyen ialah tidak membenarkan Tunku berunding dengan Chin Peng tapi secara halus! OK le untuk Tunku bertemu Chin Peng hanya untuk menjelaskan amnesty...tak kurang...tak lebih dari itu. Jika beliau memandai buat sebarang keputusan, Tunku akan di "told off" bahawa hanya Inggeris memupunyai kuasa mutlak sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan Tunku. Atau pun memaklumkan bahawa wakil Inggeris turut hadir semasa rundingan itu. Dah gerenti Tunku dan Chin Peng tak setuju dan rundingan tidak diadakan.
Tapi Scott beritahu Eden implikasi opsyen ini. Sudah tentulah Tunku bengang. Mana tidaknya, ada ke Ketua Menteri langsung tak boleh bersuara...eh...eh...eh...melampau bebeno Mat Saleh ini! Selain itu, Chin Peng juga sudah pasti tak setuju dengan kehadiran Mat Saleh. Tunku pun tak nak dicop sebagai "running dog of the Imperialists" atau "Colonial stooge" oleh Chin Peng. David Marshall, Ketua Menteri Singapura, juga sudah pasti tidak mahu digelar yang sama. Dengan syarat begini, 100% Tunku, David Marshall dan Chin Peng tak setuju dan rundingan tidak diadakan.
So What jika rundingan dibatalkan? Jangan...tak semudah itu. Scott yakin Tunku akan letak jawatan. Tunku dan komunis pula akan mengekploitasik keadaan ini dengan menegaskan Inggeris sengaja melengah-lengah menamatkan darurat dan kemerdekaan. Inggeris akan berhadapan masalah menangani gerila komunis tanpa kerjasama Tunku. Jangan lupa, Parti Perikatan mempunyai kerusi majoriti dalam Dewan. Dan juga morel anggota RAMD dan polis yang kebanyakan terdiri daripada orang Melayu akan merudum!
Dia juga mengingatkan, suka tak suka Inggeris kena terima hakikat bahawa Malaya sedang melalui proses evolusi menuju kemerdekaan...hanya masa yang akan menentukannya. Bila tiba masanya nanti, rakyat akan ambil tindakan sendiri untuk mengatasi masalah ini. Justeru,dia berpendapat adalah tidak wajar Inggeris menghalang pertemuan di antara dua musuh ini.
Jadi, dalam menghadapi senerio ini, Scott menyarankan supaya Tunku diberi "...written clarification of the terms of the amnesty offer" dan hak mutlak Inggeris menolak apa jua keputusan selain dari itu. Knowing Mat Salleh, depa bermain dengan perkataan:
"...H.M.G. fully reserve the right to reject proposals going beyond these terms (but not going so far as to say that we shall reject them); warn him in writing against the dangers of allowing the terrorists to figure as heroes after an amnesty and against the dangers of subversion for both Malaya and Singapore; and orally explain (as a personal view of the High Commissioner) that he will no doubt to listen to whatever the Communists have to say but that he should be careful to avoid committing himself ever to a promise to consider a Communist proposal, though he is, of course, at liberty to reject outright."
Scott juga menyarankan kepada Eden supaya Lennox-Boyd menghantar personal message kepada Tunku untuk "...wish him luck, remind him of the heavy responsibilities that lie on him and the world-wide interest that will be taken in the meeting, state that it is the sincere aim of H.M.G. to bring the emergency to an end as soon as possible so that the resources of the country can be devoted to raising living standards of the people and to economic development, and express the conviction that Rahman and Marshall will be able to make invaluable contributions to these ends without concession which, by endangering Malayan security, will impede orderly progress towards independence.
In addition, we can I think, count on Marshall to do what he can for his own sake to prevent Rahman from being too rash. But Marshall does not trust him and it is difficult to say how much influence he has over him; and, in the last resort, Marshall would find it almost impossible to disassociate himself publicly from a line taken by Rahman. Ends."
Nota:
Saya tak tahu siapa Sir Robert Scott ini tapi dia mesti orang yang berpengaruh yang membolehkannya mengakses kepada PM. Being a resourceful person, saya telah menghantar emel kepada Prof Emeritus A J Stockwell, University of London, editor "Malaya: Part III The Alliance Route To Independence 1953-1957, (1995), British Documents On The End Of Empire pada 27.4.18 jam 05:33 dan terima jawapannya pada 27.4.2018 jam 14:31. Hebat saya..he...he...he.
Bersambung...

1 ulasan:
Terbaiklah tuan
Catat Ulasan