Sambungan dari SINI...
Kedua-dua pesawat Beaver yang membawa rombongan Tunku selamat mendarat di KL pada jam 1630. Dah pastilah beliau menjadi buruan para wartawan.
Beliau menyatakan bahawa beliau berharap Chin Peng akan keluar lagi untuk berunding. Tetapi bertegas "I certainly shall not make the first approach. I won't approach them any more. The Communists must ask for the talks." (The Straits Times, 'We hope they'll be back for new talks', 30 Dis 1955, hlm. 1). Tak tahu rupanya Tunku tegas orang. Ingatkan beliau happy go lucky punya orang...He...He...He. Tapi memang betul pun. 7 juta rakyat Malaya menyebelahinya berbanding hanya 3,000 pengganas komunis!
Sekali lagi beliau menegaskan bahawa beliau percaya kegagalan rundingan ini tidak akan memberi kesan semasa rundingan dengan gomen Inggeris di London pada Jan 1955. Rasanya Inggeris dah pasti kagum dengan ketegasan Tunku. Nampak sangat sia-sia bebeno mereka terlalu bimbang yang Tunku dapat dicucuk hidungnya oleh Chin Peng. William Shaw dalam bukunya, Tun Razak: His Life and Times, mencatat respons Sir J Martin kepada soalan Tun Razak di London: "Are you going to make things difficult for us?" ialah: "No, we are going to give you on a golden platter." (William Shaw, 1976, Tun Razak: His Life and Times, Longman, hlm. 106. Tun Razak adalah salah seorang delegasi ke London).
Marshall juga menyatakan kemungkinan Chin Peng akan cuba meminta satu lagi mesyuarat. Dia sedia menghadirinya "If they could sink their pride for the welfare of the people we should be glad to meet them." Tidak seperti Tunku, Marshall berpendapat Chin Peng ada mandate untuk membuat sebarang keputusan. Masalahnya ialah ketua pengganas "did not appear to have room for manoeuvre."
Rumusan Marshall mengenai sikap PKM ialah "To hell with the welfare of the people. The Communists Party comes first."
Setiba di Singapura pada waktu malam, Marshall menyatakan bahawa dia percaya Chin Peng bukannya ketua PKM (The Straits Times, Marshall: I don't believe Chin Peng leads Malaya's Reds, 30 Dis 1955, hlm. 4). Alasannya ialah Chin Peng asyik-asyik menyatakan "...he had no mandate, no authority."
Mengenai Chin Peng pula, Marshall menyatakan "He looked like a chap who has been mollycoddled in his office. When I offered him some coffee, he said 'No thanks: I am not used to this heat.' I wondered then if Chin Peng had just come from Switzerland."
Rumusan Marshall ialah: "To them it is to Hell with the welfare of the people - the Communist Party comes first. They say they cannot disband the Communist Party and that it will last for ever in Malaya. We did not seem to be able to talk the same language."
Chin Peng tak ada ruang untuk manoeuvre? Heran bin Ajaib juga...Kan mereka yang nak sangat rundingan ini. Jadi dah pastilah mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan, betul tak? Ingat Tunku nak pergi tanpa sebarang persedian ke?
Sebenonya, Inggeris dah bimbang apa yang akan berlaku semasa rundingan itu nanti. Mereka takut Tunku hentam setuju saje terhadap tuntutan ketua pengganas itu nanti. Jadi, pada lewat Okt atau awal Nov 1955 Mej Jen Lindsay, PSO/Timbalan Pengarah Operasi, telah membuat 1 raptai mesyuarat Baling itu di pejabatnya. Dia telah mengarah C. C. Too, Pegawai Perang Saraf (kanan) datang ke pejabatnya pada jam 1400. Dah tentulah C.C. Too memikiokan apa yang orang No 2 nak jumpa dia. Bila dia masuk saje, terkejut dia bila hampir sedozen staf kanan Pak Jen berada dalam pejabat.
Mat Saleh ni 'bengang' dengan C.C. Too kerana apa yang diramalkan oleh C.C. Too mengenai tindakan yang akan diambil oleh Chin Peng memang jadi kenyataan. C.C.Too yang merupakan seorang anti-komunis tegar dan boleh 'baca' pemikiran Chin Peng. Dia tidak bersetuju Tunku berunding dengan Chin Peng. Dia kata Chin Peng akan mengeksploitasi keadaan untuk mendapat simpati rakyat dan akan membuat pelbagai tuntutan. Memang betul pun!
Jadi, Lindsay kata dah hang tu pandai sangat, mari kita play-acting. You jadi Chin Peng dan saya sebagai Tunku (lebih kurang begitu le agaknya dialog mereka). Mula dah tentulah C.C. Too membantah kerana tak diberi masa untuk membuat persedian. Namun, dia kata OK. Dipendekan cerita, dia dapat out-maneuvered Lindsay (Lim Chen Leng, 2000, The Story Of A Psy-Warrior: Tan Sri Dr C.C. Too, Batu Caves: Lim Cheng Leng KMN AMN, hlm. 103-105).
Hasil raptai ini diberikan kepada Tunku supaya tidak terperangkap dengan hujahan Chin Peng nanti. C.C. Too turut pergi ke Baling tetapi tidak dibenar masuk ke kawasan sekolah tersebut. Kepakaran dalam bidang psy-war membuatkannya dilantik sebagai Head Psywar Section pada 1956 dan bersara sebagai Ketua Perang Saraf Negara pada 1983. Hebat bebeno.
Sikap anti-komunis ini membuat Tan Sri Dr C.C. Too enggan hadir walaupun diundang semasa majlis menandatangani Perjanjian Damai di antara Malaysia dan PKM di Hat Yai pada 2 Dis 1989. Sebabnya? Aloysis Chin dalam bukunya, The Communist Party Of Malaya: The Inside Story, mengulas artikel yang ditulis oleh C.C. Too mengenai perjanjian dan masa hadapan PKM:
"...was putting on a remarkable, amazing and highly charismatic public relations performance, which was obviously well rehearsed beforehand, He warned that the CPM was merely 'temporarily suspending' its armed struggle, but through infiltration and subversion with the help of communist surrogates would create a 'new revolutionary situation' which would be expedited and aggravated by any future economic recession in the country. He further stated that it was a brilliant example of the classic communist tactic of taking one step backward to go two steps forward. The communist should never be underestimated. They would never give up easily. History is likely to repeat itself unless timely and positive actions are taken to prevent any recurrence." (Aloysis Chin, 1995, The Communist Party Of Malaya: The Inside Story, Kuala Lumpur: Vinpress Sdn Bhd, hlm. 248).
Apakah impak Rundingan Baling kepada Tunku? Sikap anti-komunis ini menjadi asas kepada dasar luar negara Malaya selepas merdeka. Memetik Tunku dalam buku Abdullah Ahmad, Tengku Abdul Rahman And Malaysia's Foreign Policy, "...Malaya's independent foreign policy was not neutral, the country's fundamental security concerns made it undoubtedly anti-communist but not in any evangelical sense. It was simply to protect our independence." (Abdullah Ahmad, 1985, Tengku Abdul Rahman And Malaysia's Foreign Policy, Kuala Lumpur: Utusan Publications, hlm. 26).
Mana tidaknya, baca antara petikan beliau:
"Saya percaya jika kita tidak dapat berjumpa Chin Peng, dan kita tidak tahu niat sebenar Chin Peng, saya rasa perjuangan menentang mereka akan berterusan. Zaman darurat berlangsung semala 12 tahun, suatu jangka masa yang amat menyeksakan rakyat. Macam-macam penderitaan yang rakyat tanggung. Macam duduk dalam neraka." (Wahba, 1994, Baling Membuka Jalan Damai, Kajang: Masa Enterprise, hlm. 188).
"Chin Peng sendirilah yang telah memberi ingatan kepada saya akan bahayanya fahaman komunis. Oleh itu, saya bukannya takut kepada "momok"; bahkan saya telah mendapat pengajaran daripada mulut komunis sendiri tentang bahaya yang akan ditimbulkan oleh komunis yang bercorak China itu." (Wahba, op. cit., hlm. 173).
"Meskipun komunis telah membuat perjanjiannya dengan kita di Baling, namun mereka tetap juga melancarkan keganasan bersenjata". (Tunku Abdul Rahman, 2007, 13 Mei: Sebelum Dan Selepas, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 177. Beliau menyentuh mengenai catatan oleh Chen Tien).
"And then after my meeting with Chin Peng in Baling, he said to me, "Tunku, you are anti-communist and I am communist. Between the two of us, we can never work together. We can never co-exist". He made it very clear that the communists can never be friendly towards us. In the same way, we can never be friendly towards them as between east and weest-that type of east and west-there can never be true friendship. The best thing is to make you policy clear on this issue and not to do one thing one day and another thing another day. I have made my position quite clear, I am not a communist. I am anti-communist because communism is against my religion and against my policy." (Tan Sri Abdullah Ahmad, 2016, Conversations With Tunku Abdul Rahman, Singapore: Marshall Cavendish, hlm. 151. Penulis menemubual Tunku di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 1982-1984).
"Baling led straight to Merdeka." (Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, 2011, Looking Back, Petaling Jaya: MPH Publishing & Star, hlm. 14. Edisi pertama diterbit oleh Pustaka Antara, 1977).
Berakhir episod yang membabitkan Tunku. Apa pula cerita John Davis dan Chin Peng di Gunung Paku?
Bersambung, in syaa Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan