Pengikut

Jumaat, 7 September 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian xxxxxi

Sambungan dari SINI...

Apa yang dibincangkan oleh para ahli Politburo semasa mesyuarat pada 31 Dis 1955? Mereka membincang 3 opsyen yang terbuka kepada mereka dan implikasinya terhadap perjuangan ketenteraan dan politik:

1. Kekerapan menyerang PK dikurangkan.
2. Pertingkat menyerang PK.
3. Kekal tahap kekerapan menyerang PK semasa.

Masalah opsyen pertama ialah ia akan memberi gambaran bahawa mereka memang dah 'kalah' di Baling. Dropped le waterface depa. Sementara opsyen kedua pula melibatkan kekuatan 1 kompeni  untuk menyerang PK, bukan 20-30 orang. Sasaran mereka adalah stesen polis, pos tentera dan opportunity targets. Mereka percaya tindakan ini akan memberi mesej kepada gomen supaya jangan pandang enteng ancaman komunis. Justeru, gomen akan merayu-rayu untuk berunding semula. Confident betul depa ni!

Bagi menjayakan opsyen ini dengan lebih berkesan, serangan perlu dilaksanakan di kawasan berhampiran dengan sempadan Malaya-Thailand. Ya lah...lepas serang cepat-cepat balik ke safe sanctuary mereka. Taktik ini dipelajari daripada askar Vietnam Utara semasa menentang Perancis dalam Perang Indo-China di awal 50an. Viet-Cong menyeberang ke Cambodia semasa Perang Vietnam.

Itu pros tapi apa pula consnya? Pertama sekali, sepertimana yang diterangkan di atas, opsyen ini membabitkan ramai gerila yang mana mereka tak mampu menyediakannya. Selain itu, ia melibatkan kos yang tinggi selain terpaksa berhadapan dengan "increased casualties". Masalah ini boleh diatasi dengan membataskan kekerapan menyerang PK. Mereka juga terpaksa memikiokan berapa lama Thailand akan berdiam diri? Besar kemungkinan negara gajah putih itu akan tunduk kepada desakan politik dan diplomatik untuk menghapus pengganas komunis di sempadannya.

Selepas membincangkan pros & cons, akhirnya mereka bersetuju "...to maintain the level of attacks and, in this way, keep moderate pressure on the government until such time as the Tunku sought to reopen peace talk with us."  (Chin Peng, op. cit., hlm. 393-394).

Dengan keputusan ini, Chen Tien pun diarah untuk memberi taklimat kepada Abdullah CD di Dusun Nyor, Narathiwat iaitu penempatan 10 Rejimen (Abdullah CD, 1998, Perang Anti-British Dan Perdamaian, Hong Kong: Nan Dao Publisher, hlm. 166). Lepas itu, Chen Tien pun balik le ke markas PKM di kawasan Sadao.

Mana dia Rashid Maidin? Mengapa dia tidak mengiringi Chen Tien balik ke unitnya?

Mengikut Rashid Maidin, dia tak RTU (return to unit) kerana kut-kut Tunku nak berunding sekali lagi. Tapi yang bestnya, dia sempat terpikat dengan seorang gerila Cina. Jadi, dia pun melamar gerila tersebut, tapi tak le seromantik macam orang sekarang, "Aku hendak kahwin dengan awak, macam mana?"

Apa jawapan gerila tersebut? "Eh, nanti aku timbang dahulu." (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 77). Tak lama kemudian gerila Cina setuju menerima lamaran Rashid Maidin. Setuju tak sementinya boleh terus kahwin. Mereka berdua mesti menulis surat kepada ketua meminta kebenaran untuk berkahwin; dalam kes ini minta kebenaran Chin Peng. Permohonan ini dibawa ke suatu mesyuarat. Jika ada tentangan dari mana-mana pihak, frustlah kedua-dua bakal mempelai!

Memang dah jodoh mereka, tiada bantahan. Maka berkahwinlah mereka dan isterinya diberi nama Selamah binti Abdullah. Pasangan pengantin baharu balik ke Dusun Nyor selepas tiada lagi harapan Tunku mahu berunding dengan depa lagi. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kamariah. Dengan isteri pertama, Hamidah binti Abdul Rashid yang dikahwininya pada 1993 di kampungnya, Gunung Mesah, Gopeng, dia dikurniakan 4 orang anak, iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan (Rashid Maidin, op. cit., hlm. 8).

Rashid Maidin mendukung cucu bersama Selamah dan Kamariah (tengah). Sumber: Google

Apa pula cerita Tunku?

Tunggu sajelah sambungannya nanti, In Syaa Allah.

Tiada ulasan: