Tunku dan rombongan dah balik dengan membawa berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat. Tarikh merdeka telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Meroyan bebeno le Chin Peng kerana nampak sangat PKM tak relevan lansung. Depa pun keluarkan kenyataan ini:
"SURAT KENYATAAN PKM BERKENAAN DENGAN KEADAAN SEKARANG
PKM telah mengumumkan manifesto program pada 22 Disember 1955 dalam mana telah menjelaskan tujuan parti kami berjuang untuk melaksanakan kemerdekaan, demokrasi dan keamanan di Malaya serta mengemukakan jalan yang betul bagi melaksanakan tujuan itu.
Rundingan damai telah diadakan di Baling pada penghujung bulan Disember yang lalu. Di dalam pertemuan itu PKM telah mengambil sikap yang paling sabar dan bertolak ansur dan berikhtiar dengan sedaya upaya supaya rundingan itu boleh mencapai persetujuan supaya rakyat di seluruh negeri boleh bersatu lebih erat lagi dan berjuang untuk melaksnakan kemerdekaan tanah air.
Oleh itu, parti kami telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami sanggup memberhentikan perlawanan-perlawanan dan menamatkan peperangan asal saja pihak yang berkuasa Malaya sanggup mengambil sikap yang munasabah, umpamanya membatalkan Undang-Undang Drurat, Memberikan hak-hak demokratik dan kebebasan politik kepada rakyat seluruh Malaya termasuk orang-orang komunis, menjamin tidak melakukan keaiban politik dan pembalasan ke atas batang tubuh orang-orang komunis dan anggota-anggota tentera kebebasan dan lain-lain. Tetapi sangatlah dikesalkan kerana pihak lawan di dalam perundingan itu menolak sama sekali kepada usulan-usulan kami yang munasabah, tetap berpegang kepada syarat-syaratnya yang tidak menasabah yang memaksa pihak kami supaya menyerah diri, sedangkan syarat-syarat yang kasar dan tidak munasabah itu tak dapat tidak kami tolak dengan tegas sehingga menyebabkan pertemuan itu tidak dapat mencapai persetujuan. Dari sini bolehlah nampak bahawa sebabnya pertemuan Baling itu tidak mencapai hasil adalah sama sekali kerana haluan yang telah lama sedia ditetapkan oleh British sebelum pertemuan itu lagi untuk mengkhianati rundingan damai tersebut.
Sesudah pertemuan Baling itu, British telah mengadakan rundingan London dengan pihak yang berkuasa Malaya. Hasil-hasil rundingan itu membuktikan bahawa British telah membuat sesetengah tolak ansur kepada pihak yang berkuasa Malaya, tetapi Malaya tidak pun mendapat kemerdekaan, Malaya masih tetap sebagai tanah jajahan British. Mesti ditegaskan bahawa tolak ansur itu telah dibuat oleh British juga kerana menerima tekanan-tekanan dari gerakan kemerdekaan rakyat negeri kita dan perjuangan parti kami. Apa yang lebih penting lagi ialah British masih mempunyai satu niat jahat yang baru iaitu mencuba dengan menerusi sesetengah tolak ansur itu untuk mengumpan sebahagian anasir-anasir atasan Malaya supaya bekerjasama dengannya untuk meneruskan peperangan bagi mencapai tipu daya niat jahatnya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya”.
PKM yang bertanggungjawab untuk menyedarkan rakyat seluruh negeri, menuntut kepada rakyat seluruh negeri supaya mengambil pengertian yang waras kepada tipu daya kaum kolonial British yang jahat itu. Boleh dipastikan, jika sekiranya tipu daya British itu berhasil dan peperangan di Malaya terus menerus berkepanjangan, maka bukan saja segala bangsa-bangsa yang berpersaudaraan di negeri kita akan saling membunuh dan kesengsaraan rakyat di negeri kita akan semakin bertambah-tambah, tetapi juga ada kemungkinan bagi kaum kolonial menggunakan

3 kelanjutan peperangan dan perpecahan di dalam Malaya untuk mengetatkan lagi penguasaannya kepada Malaya, melambatkan kemerdekaan Malaya, bahkan menghampakan sama sekali segalapenyerahannya kepada Malaya dahulu.
Oleh itu, PKM berpendapat bahawa kewajipan mustahak bagi segala bangsa, segala lapisan dan segala parti dan perkumpulan-perkumpulan di negeri kita sekarang ini ialah untuk mencegah perpecahan, meneguhkan perpaduan, meleburkan tipu daya yang jahat dan bisa dari British iaitu tipu daya “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita. PKM berpendapat bahawa kemerdekaan, demokrasi dan keamanan Malaya adalah saling berkaitan dan tak boleh dibelah bagi. Parti kami sedang dan akan berjuang terus menerus dengan tidak sayang menggunakan segala tenaga untuk memulihkan keamanan. Parti kami menyatakan sekali lagi dengan tegasnya bahawa sebarang percubaan untuk memaksa parti kami menyerah diri itusemestinya akan gagal, tetapi kalau pihak yang berkuasa Malaya sanggup menamatkan peperangan dengan bersendikan syarat-syarat yang adil dan menasabah sebagaimana yang kami sebutkan di atas itu, maka kami adalah mengalu-alukan supaya rundingan-rundingan diadakan semula.
Dengan ikhlasnya kami menasihati lagi kepada pihak yang berkuasa Malaya bahawa orang-orang yang menumpahkan taat setianya kepada usaha kemerdekaan negeri kita hendaklah dan tidak pula susah dengan penuh kesanggupan meninggalkan sikap yang dipertahankan oleh British untuk memaksa pihak kami menyerah diri itu, dan mengadakan semula rundingan-rundingan dengan parti kami di bawah syarat-syarat yang adil dan menasabah, kalau tetap berpegang kepada haluan yang salah untuk memaksa orang-orang komunis menyerah diri sehingga peperangan tak dapat ditamatkan dan keamanan tak dapat dipulihkan dengan segera, nescaya akan jatuh ke dalam perangkap British dan merosakkan usaha kemerdekaan negeri kita, bahkan tidak akan dapat terelakkan daripada tanggungjawab meneruskan peperangan, tidak syak lagi, bahawa di dalam keadaan yang demikian itu pihak kami akan terpaksa meneruskan penentangan bersenjata yang semestinya bagi membela kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.
Saudara-saudara di seluruh negeri! Bersatu padulah lebih erat lagi, mencegah perpecahan, meleburkan niat jahat British “menggunakan orang-orang Malaya melawan orang-orang Malaya” dan berjuang dengan sekeras-kerasnya untuk kemerdekaan, demokrasi dan keamanan negeri kita! Kita pasti mencapai kemenangan asal saja kita bersama-sama berusaha.
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya
5 Mac 1956."
(https://www.scribd.com/document/22587689/Surat-Kenyataan-PKM-Berkenaan-Dengan-Keadaan-Sekarang, SINI. Maaf saya tidak pasti kesihahan kenyataan ini).
Depa hantar beberapa surat kepada Tunku dan Chen Lock Tan untuk berunding semula. Masalahnya mereka tetap bertegas dengan terma-terma mereka.
31 Ogos 1957, di Stadium Merdeka, bergegerlah laungan keramat Tunku...
Tak cukup dengan itu, Tun Razak, selaku Menteri Pertahanan menandatangani pengisytiharan menentang habis-habisan PGK pada 30 Jul 1960 di sepanjang sempada Malaya-Thailand. Pengisytiharan ini selari dengan dengan Internal Security Act (ISA)/Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang diluluskan pada 22 Jun 1960 (The Straits Times, Border War Laws, 30 Jul 1960, hlm. 1). Dengan adanya ISA, pada 31 Jul 1960 Tunku menandatangani pemansuhan Emergency Regulations Ordinance pada 31 Jul 1960 dan berkuasa pada 1 Ogos 1960 . Ini bermakna, mulai 1 Ogos 1960 Malaya tidak lagi dalam keadaan darurat (The Sunday Times, Back To Normal - Official, 31 Jul 1960, hlm. 1).
Maka, berakhirlah 1 episod hitam yang melanda negara selama 12 tahun (1948-1960). Dalam ucapannya melalui Radio Malaya, DYMM SPB Agong mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap elemen subversif yang "...still seek to set up a Communist regime in our country." (The Straits Times, The Danger Ahead by the King, 1 Ogos 1960, hlm. 1).
Di mana pula Chin Peng pada tahun penamatan darurat? Pada Dis 1960 pun memulakan perjalanan ke China dan tinggal di sana sehingga 1989 (Chin Peng, op. cit., hlm. 413).
Ingatan DYMM SPB Agong memang betul. Walaupun darurat sudah berakhir, namun perjuangan komunis tidak pernah pudar. Chin Peng mengarahkan PKM untuk terus menentang gomen Malaya/Malaysia melalui remote control dari China. Cerita kebangkitan semula itu dah diketahui umum, wallahualam.
Rundingan Baling merupakan turning point dalam sejarah negara tercinta ini. Tunku memang terkesan hasil penemuannya dengan Chin Peng. Beliau menyatakan:
"Chin Peng really taught me what Communism was. I had never really understood and appreciated its full meaning. When I was briefed on Communism by the British experts I always felt that they were interested in making a bad case against the Communists. But there in that room in Baling Chin Peng taught me something I shall not forget. He taught me that Malayan Communism can never co-exist." (Harry Miller, 1959, Prince and Premier, London: Harrap, hlm. 192-193).
Ni dah betul-betul terlajak cerita. Dengan ini berakhirlah coretan saya mengenai Rundingan Baling. Saya percaya apa yang dicoretkan ini masih tidak lengkap; pasti masih ada input yang tersorok. Maka, sekiranya para pembaca ada input baharu, harap sudi kongsi bersama, wallahualam.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kepada saudara Zaini Zain yang sedia kongsi bersama dokumen-dokumen dari National Archives, UK; Prof Emeritus Tony Stockwell, University of London yang sedia melayan emel saya; ACP Norizan Murad, Perustakaan Awam A. Setar, Arkib Negara A. Setar dan Muzium A. Setar.
Pada pandangan saya, jika ada peminat sejarah nak buat kajian untuk Sarjana/PhD, saya syorkan jadikan Rundingan Baling sebagai topik kajian. Banyak bahan sumber boleh diakses melalui portal rasmi, seperti National Archives UK, CIA, National Library Board, Singapura untuk mengakses The Straits Times dan agensi-agensi gomen. Juga Arkib Negara Malaysia (ANM) banyak menyimpan dokumen-dokumen terbabit. Tapi ANM tak boleh akses online dan kena bayar untuk salin gambar.
Ada juga memikio untuk dibukukan coretan ini. Dah tentu le diolah semula. Masalahnya ialah buku sejarah not saleable. Ini kenyataan. Jika ada yang sudi menaja, boleh le difikirkan, wallahualam.
Depa hantar beberapa surat kepada Tunku dan Chen Lock Tan untuk berunding semula. Masalahnya mereka tetap bertegas dengan terma-terma mereka.
Sumber: Portal rasmi PDRM
Dipendekkan cerita, Rundingan Baling merupakan pertemuan pertama dan terakhir di antara Tunku dengan Chin Peng.
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
Sumber: Leadernomics.com
Tak cukup dengan itu, Tun Razak, selaku Menteri Pertahanan menandatangani pengisytiharan menentang habis-habisan PGK pada 30 Jul 1960 di sepanjang sempada Malaya-Thailand. Pengisytiharan ini selari dengan dengan Internal Security Act (ISA)/Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang diluluskan pada 22 Jun 1960 (The Straits Times, Border War Laws, 30 Jul 1960, hlm. 1). Dengan adanya ISA, pada 31 Jul 1960 Tunku menandatangani pemansuhan Emergency Regulations Ordinance pada 31 Jul 1960 dan berkuasa pada 1 Ogos 1960 . Ini bermakna, mulai 1 Ogos 1960 Malaya tidak lagi dalam keadaan darurat (The Sunday Times, Back To Normal - Official, 31 Jul 1960, hlm. 1).
Tunku Abdul Rahman menandatangani pemansuhan Emergency Regulations Ordinance dengan disaksikan oleh Tun Abdul Razak (TPM & Menteri Pertahanan) dan Tan Siew Sin (Menteri Kewangan). Sumber: The Sunday Times, Back To Normal - Official, 31 Jul 1960, hlm. 1)
Maka, berakhirlah 1 episod hitam yang melanda negara selama 12 tahun (1948-1960). Dalam ucapannya melalui Radio Malaya, DYMM SPB Agong mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap elemen subversif yang "...still seek to set up a Communist regime in our country." (The Straits Times, The Danger Ahead by the King, 1 Ogos 1960, hlm. 1).
Di mana pula Chin Peng pada tahun penamatan darurat? Pada Dis 1960 pun memulakan perjalanan ke China dan tinggal di sana sehingga 1989 (Chin Peng, op. cit., hlm. 413).
Ingatan DYMM SPB Agong memang betul. Walaupun darurat sudah berakhir, namun perjuangan komunis tidak pernah pudar. Chin Peng mengarahkan PKM untuk terus menentang gomen Malaya/Malaysia melalui remote control dari China. Cerita kebangkitan semula itu dah diketahui umum, wallahualam.
Rundingan Baling merupakan turning point dalam sejarah negara tercinta ini. Tunku memang terkesan hasil penemuannya dengan Chin Peng. Beliau menyatakan:
"Chin Peng really taught me what Communism was. I had never really understood and appreciated its full meaning. When I was briefed on Communism by the British experts I always felt that they were interested in making a bad case against the Communists. But there in that room in Baling Chin Peng taught me something I shall not forget. He taught me that Malayan Communism can never co-exist." (Harry Miller, 1959, Prince and Premier, London: Harrap, hlm. 192-193).
Ni dah betul-betul terlajak cerita. Dengan ini berakhirlah coretan saya mengenai Rundingan Baling. Saya percaya apa yang dicoretkan ini masih tidak lengkap; pasti masih ada input yang tersorok. Maka, sekiranya para pembaca ada input baharu, harap sudi kongsi bersama, wallahualam.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kepada saudara Zaini Zain yang sedia kongsi bersama dokumen-dokumen dari National Archives, UK; Prof Emeritus Tony Stockwell, University of London yang sedia melayan emel saya; ACP Norizan Murad, Perustakaan Awam A. Setar, Arkib Negara A. Setar dan Muzium A. Setar.
Pada pandangan saya, jika ada peminat sejarah nak buat kajian untuk Sarjana/PhD, saya syorkan jadikan Rundingan Baling sebagai topik kajian. Banyak bahan sumber boleh diakses melalui portal rasmi, seperti National Archives UK, CIA, National Library Board, Singapura untuk mengakses The Straits Times dan agensi-agensi gomen. Juga Arkib Negara Malaysia (ANM) banyak menyimpan dokumen-dokumen terbabit. Tapi ANM tak boleh akses online dan kena bayar untuk salin gambar.
Ada juga memikio untuk dibukukan coretan ini. Dah tentu le diolah semula. Masalahnya ialah buku sejarah not saleable. Ini kenyataan. Jika ada yang sudi menaja, boleh le difikirkan, wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan