Sambungan dari
SINI...
Macam mana nak dapatkan maklumat mengenai sejarah awal Nuri? Memang ada beberapa publikasi TUDM yang mencatatkan secara ringkas sejarah TUDM dan juga penubuhan skuadron2 operasi. Tapi bahan itu tidak mencukupi.
Di sini le kena tanya rakan taulan. Saya beritahu Kol Zainal Piee TUDM (B) masalah ini. Beliau mencadangkan supaya menghubungi Kol Tuan Mustapha bin Tuan Hussin TUDM (Brig Jen Dato', Bersara) yang mungkin boleh membantu. Apa lagi, melayang le
WhatsApp kepada 'mangsa' saya ini...He...He...He.
Being a very helpful officer, beliau beri
link kepada
Office of the Historian, Department of State. Memang betul, banyak dokumen mengenai Nuri. Baru le saya tahu mengapa
Uncle Sam jual Nuri kepada kita dengan harga
special.
Bukan mereka berdua sahaja yang sedia membantu veteran ini, malah semua mereka yang saya hubungi. Depa yang menjadi mangsa saya bukan sahaja anggota ATM, PDRM tidak terkecuali. ACP Norizan Murad pula beri buku Aloysius Chin mengenai CPM dan beberapa buku lagi dan dokumen yang relevan mengenai Op Bamboo.
Terima kasih bebeno kepada semua yang sentiasa sedia melayan kerenah veteran ini. Jadi, lagi sekali... JANGAN MALU BERTANYA!
Dokumen mengenai perolehan Nuri dah dapat dari
State Department. Dokumen2 ini tak le menyatakan
airframe #, bila pesawat diserahkan kepada TUDM dan
airframe yang dilupuskan. Jadi, mana nak cari maklumat ini? Mudah saje, hantar emel kepada
Sikorsky Corp. Jeng...Jeng..Jeng...
President/Archivist Sikorsky Archives hantar senarai yang menjawab soalan saya.
Ada orang mempertikaikan apabila saya katakan Nuri pertama yang masuk dalam inventori TUDM ialah
FM1141, bukannya
FM1140. Secara lojiknya memang le FM1140 sepatutnya yang pertama berada dalam inventori. Namun, berlandaskan kepada dokumen
Sikorsky Archives,
FM1141 diserah kepada TUDM pada 31.10.1967; FM1143 - 4.12.1967; FM1144 - 6.12.1967;
FM1140 - 13.12.1967. Dah pastilah saya
stick saje pada sumber ini melainkan ada dokumen
yang menyanggahnya, wallahualam.
Saya juga tanya apa yang dimaksudkan
S61A-4? Apa dia
'A' dan
'4'? Model helikopter ini ialah
S61 Sea King. Jawapannya ialah 'A' merujuk kepada eksport sementara '4' khusus untuk Malaysia. Baru le saya tahu. Sebelum ini ingatkan 'A' merujuk kepada
Army...He...He...He.
Cukup le pasal dokumen. Anda pasti sedia maklum yang anda kena buat Sorotan Literatur (
Literature Review). Nasihat saya jangan sama sekali mengatakan sebelum ini tiada kajian dilakukan mengenai topik anda. Mula saya dakwa tak ada buku mengenai Nuri selain 'Coretan Xnuripilot'. Tapi sorang tu kata British tak guna ke
Sea King semasa
Falkland War? US tak guna
Sea King ke masa
Vietnam War? Tergamam juga saya dibuatnya! Jawapnya tanya
Dr Google le buku2 mengenai
Sea King. Memang ada tapi masalahnya buku2 terbabit tak ada di Malaysia. Jawabnya
order daripada
Amazon.
Satu buku yang relevan ialah
Perseverance: The Canadian Sea King Story oleh John L. Orr diterbitkan oleh
Sea King 50th Anniversary Committee, 2013. Kanada mula guna
Sea King pada
1963 dan ada
42 buah dalam inventorinya sementara Malaysia pada
1968 dengan
43 buah. Masalahnya, buku ini tak dijual di Amazon atau Ebay; kena beli
direct dari penerbit. Hantar emel tak ada respons. Masalah ini dipermudahkanNya. Dengan kuasaNya, sorang member dalam
WhatsApp group, Mej Peter Yeow TUDM (B) kebetulan berada di Kanada menziarah anaknya. Apa lagi, saya hubunginya bertanya sama ada dia boleh beli buku tersebut.
No problem Bro. Saya terharu bila beliau menghadiahkannya saje, syukur alhamdulillah.
Thank you Yeow.
Berbalik kepada Sorotan Literatur, peranan
Sea King yang diguna oleh Kanada, US, UK dan lain negara tidak sama dengan peranan Nuri. Depa lebih kepada
anti-submarine warfare dan
SAR sementara Nuri
jungle warfare. Depa beroperasi dalam iklim yang jauh berbeza dengan Malaysia. Dalam peranan
anti-submarine pesawat beroperasi dari kapal. Cabaran yang dihadapi tidak sama. Perbezaan ini perlu di
highlight dalam Sorotan Literatur. Saya menghubungi Kol John Orr bertanyakan sama ada mereka berhadapan dengan masalah yang kami hadapi di sini. Jawapannya tidak kerana mereka beroperasi di
operation theater yang berbeza. Cakap pasal
confine area (CA), depa punya
CA ialah
deck kapal di paras
sea level. Kita di sini
CA di paras 4k-6k kaki dah jadi kebiasaan dan saiznya ngam2 saje. Silap maneuver, bercium le
rotor blades dengan dahan pokok...He...He...He. Oh ya, beliau menyatakan kehairanan bagaimana bukunya boleh mendarat di Malaysia!
Habis bab dokumen dan buku. Sekarang, persoalan IPTA mana? Ini terpulang kepada anda. Saya mudah saje....IPTA yang terdekat dengan teratak saya. UUM menawarkan pengajian ini, jadi apa perlu saya ke IPTA di luar Kedah? Jujur saya katakan, saya tak sanggup nak
travel all the way to KL atau Penang sekali pun sementelah UUM juga menawarkan pengajian ini. Lagi pula, saya tak ada
loose change untuk menampung kos perjalanan, bukan sekali.
Mind you, anda dikehendaki menghadiri modul
Academic Writing dan
Research Methodology setiap hujung minggu untuk 1
semester. Kan nak berulang setiap minggu ke KL kut! Kalau bajet tiada batasan itu, lain le juga. Perjalanan melibatkan kos; petrol, tol, makan, hotel, dll. Andai pula bila bila dah berada di KL untuk temujanji dengan
supervisor pada hari yang dipersetujui, tiba2 beliau ada program lain yang tak dapat dielakkan dan terpaksa ditangguh atau ditunda? Kan ke rugi masa dan ongkos saje. Jadi, lebih praktikal mendaftar di IPTA yang berdekatan. Dari rumah saya ke UUM tak sampai
50 km saje; 30-40 minit dah sampai.
Anyway, bab ini 100% terpulang pada anda. Tepuk dada seluk poket...He...He...He.
Cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.