Pengikut

Ahad, 30 September 2018

Nak ambil PhD? Bhg 2

Sambungan dari SINI...

Sekarang persoalan paling utama sekali adakah anda mempunyai 'DATA' yang menjadi basis kajian? Mula le saya familiar dengan istilah 'primer' dan 'sekunder'. Sebelum ini primer yang saya faham ialah untuk cat rumah dan untuk mengaktifkan hand-grenade. Engkohnya primer ialah primary sementara sekunder ialah secondary. Maaf le, vocab saya memang terbatas..He...He...He.

Setakat membaca buku/jurnal tak mencukupi; hanya sebagai rujukan saje. Sumber2 ini jatuh dalam kategori sekunder; akhbar, portal rasmi agensi gomen tergolong dalam kategori ini.  Macam ni saje le. Kalau dah ada dalam buku, tak perlu le nak buat kajian. Sumber yang dikehendaki ialah yang belum diterbitkan seperti dokumen rasmi agensi gomen, arkib, temubual, log book, laporan operasi, perjanjian, dll. Manakala sumber sekunder pula seperti buku2, akhbar, jurnal, portal rasmi, dll.

Jadi, susah ke nak dapat data primer ini? Kan sebelum ini saya dah katakan, iaitu "jangan sama sekali segan bertanya." Ingat, anda bukannya seorang nujum/bomoh/dukun. Bila pelanggan datang saja, bomoh beritahunya apa tujuan kedangannya melainkanlah sekiranya dia betul2 ada 6th sense. Apa yang saya cuba sampaikan ialah cuba tanya. Ni belum apa2 lagi, dah takut nanti orang tak layan. Mana anda tahu? Tak cuba mana nak tahu, betul tak? Tolak ketepi saje ego itu!

Namun di sebalik sifat positif itu, perlu ada sifat 'negatif'' juga dalam aspek ini. Mengapa? Sepatutnya kita mesti positif dalam kehidupan  untuk berjaya. Betul tapi nak elakkan frustration nanti sekiranya orang bolayan permohonan anda!

Beginilah, anda tulis surat/emel kepada agensi/individu tertentu memohon untuk mendapatkan sesusuatu maklumat atau nak temubual. Jika mereka bersetuju memenuhi permohonan anda, itu adalah BONUS, syukur alhamdulillah. Jika sebaliknya, malah acknowledgment penerimaan pun tak ada, tak frust ke? Jadi, dengan sifat ini, anda dah dari awal lagi bersedia dengan sebarang kemungkinan! Dilayan...syukur alhamdulillah; bolayan...OK, dah tak ada rezeki. Mesti ingat, tak ada sebab orang mesti melayan anda. Itu hak mereka. Hak anda hanya memohon saje. Betul tak?

Saya ni tulis melalui pengalaman. Saya hantar emel kepada 1 agensi gomen di PBB bertanya tarikh Tun Razak memberi ucapan UNGA (United Nations General Assembly) pada 1966. The Straits Times ada melaporkan pemergiannya ke PBB tapi tak sebut bila beliau berucap. Arkib Negara pula mencatatkan ucapannya semasa di New York tetapi bukan di UNGA.  Dah dijangka, acknowlegment pun tak ada! Saya tak kecil hati atau frustrated kerana saya yakin mereka begitu sibuk. Akhirnya saya dapat juga, malah ucapannya sekali. Dari mana? UN Archives le. Semua ucapan ada. Kesimpulanannya, kalau dari awal boleh terima hakikat ini, kurang le tension...He...He...He.

Disebalik negatif, ada positifnya! Percayalah, ramai responden yang sedia membantu anda, in syaa Allah. Jadi, jangan risau. Hubungilah mereka yang relevan. Saya telah menulis kepada PTD, PTU, PDRM, Panglima 6 BIM, 2 BIM, JUPEM (Jabatan Pementaan dan Ukur Malaysia), dan banyak lagi. Syukur alhamdulillah, respons mereka sungguh menggalakkan.

Sebagai contoh, kajian saya turut membincangakan Op Ukur. Saya dan rakan2 turut terlibat dalam operasi ini. Itu dari aspek perlaksanaannya. Persoalannya, mengapa diadakan operasi ini dan bila? Untuk jawapannya, saya hantar emel kepada KP JUPEM. Tak lama lepas itu, perjanjian di antara Malaysia dan Thailand pun tiba.

Di zaman moden ini, membuat kajian banyak dipermudahkan. Banyak archival documents dah di declassified dan boleh diakses online. Sebagai contoh, dokumen National Archives UK yang relevan untuk kajian saya boleh diakses. Sama juga dokumen State Department. Selain itu, CIA juga sudah declasssified lebih kurang 2 juta dokumen dan semuanya boleh diakses dengan mudah. Pokoknya, rajin2 le sikit mencari. Ha...sapa2 berminat dengan Peperangan Vietnam, boleh baca Pentagon Papers, yang asalnya Top Secret; lebih kurang 8k halaman, di SINI.

OK...Mana nak cari bahan mengenai permulaan operasi helikopter di Malaya dan juga permulaan pembelian Nuri? Mana nak dapat maklumat ini semua? Untuk data pertama, saya telah menghantar emel kepada RAF di UK. Presto...Tak lama kemudian saya terima 1 package dokumen dan publikasi, syukur alhamdulillah. Dokumen termasuk kawat dari Commander-in-Chief Far East Land Forces meminta Mindef UK menghantar helikopter ke Malaya, trial reports mengenai penggunaaan bucket untuk membawa casevac/medevac/bodevac dipasang diluar pesawat, masalah kesesuaian rotor blades yang diperbuat dari kayu beroperasi di iklim tropik dan dan banyak lagi. Mind you, helikopter yang dihantar tidak menjalani ujian beroperasi di iklim tropik.


Sumber: Air Historical Branch (RAF) 1987

Saya berterima kasih kepada Perkhidmatan Pos. Alamat yang digunakan oleh RAF ialah:

Mej Sulaiman N I
304 Darulaman Heights
Malaysia 

Tanpa Negeri dan Kod Pos! Clue untuk posman ialah Darulaman Heights. Hebat Perkhidmatan Pos kita. TERIMA KASIH.

Bagaimana pula nak mendapatkan maklumat mengenai permulaan Nuri?

Cukup le setakat ini. Bersambung, in syaa Allah.

Tiada ulasan: