ISLAM DAN PARTI KOMUNIS MALAYA: SUATU PENILAIAN
Mejar
Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman TUDM (B)
"...bak
bumi dengan langit", Musa Ahmad, bekas Pengerusi PKM
Petikan
di atas adalah penjelasan Allahyarham Musa bin Ahmad, bekas Pengerusi Parti
Komunis Malaya (PKM) mengenai perbezaan di antara ideologi komunisme dan Islam. Penjelasan beliau sebagai seorang Melayu-Islam
dan salah seorang pemimpin tertinggi organisasi tersebut dipinta sementelah
ideologi komunis pada asasnya tidak percaya kepada sebarang agama selari dengan
pandangan Karl Marx, penulis ‘Das Kapital’.
Karl Marx menganggap agama sebagai candu rakyat kerana ia memaparkan rintihan
dan protes mereka yang tertindas. Kebenaran ideologi ini diakui oleh Ah Chen,
seorang gerila PKM dan penjaga 'Piyamit Tunnel'
di Betong, Thailand dan dia sendiri mengaku tidak menganut sebarang agama.
Tidak
dinafikan PKM menentang penjajah Jepun dan British, tetapi objektif mereka
tidak pernah berganjak untuk menjadikan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) sebuah
negara komunis yang tidak percaya kepada agama. Ini terbukti apabila penentangan bersenjata mereka berterusan terhadap kerajaan
yang dipilih oleh rakyat secara demokratik walaupun PTM mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957 diikuti dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963. Tentangan mereka memaparkan dengan jelasnya bahawa mereka
menentang Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai agama negara
ini.
Nak baca selanjutnya, pi le beli majalah tersebut...He..He..He.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan