Pengikut

Selasa, 14 September 2021

Musim Patriotisme

Hari ini, 14 September 2021, berakhir penglibatan saya dalam program yang dianjur oleh pihak-pihak tertentu bagi meraikan Musim Patriotisme untuk tahun 2021.

Bermula di sini...

UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2021

Disusuli oleh...

MRSM Muar pada 20 Ogos 2021
Diikuti oleh... 
SK Batu Bertangkup, Perlis pada 31 Ogos 2021
Seterusnya...
UUM (HEP) pada 7 September 2021
Dan berakhir...
UUM (IPK) pada 14 September 2021

Sememangnya Tokwan ini kerap bercerita kepada 'anak/cucu/cicit' tetapi secara bersemuka. Tapi kali ini semua 'online'. Tak malu saya katakan...memang kelang kabut dibuatnya. Slides dah saya sedia tetapi tak reti macam mana nak kongsi. Mujurlah hos sedia bantu untuk kendali slides tersebut tetapi mana nak sama!

Saya harap para pengundang sedia faham 'kehebatan' saya berkongsi pengalaman dalam norma baharu ini. Memang norma baharu untuk saya!😁
Namun disebalik itu, kembang hidung saya bila seorang kenalan hantar komen ini: "Memang norma baharu. Memang tuan hebat menyesuaikan diri mengikut arus zaman."😁😁 Kira-kira not bad le untuk seorang warga emas dalam lingkungan 7 series😁

Walaupun berhadapan dengan kekengan ini, saya bersyukur kepada Ilahi kerana masih ada pihak yang sudi mengundang saya berkongsi pengalaman dengan mereka. Saya bersyukur sekira penceritaan tersebut  membuat para penonton, walaupun seorang dua, menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu. Sekiranya jangkaan itu ada kebenarannya, itu satu kejayaan bagi saya. 

Pada saya, semangat patriotisme cintakan ibu pertiwi tidak mengira dalam apa jua keadaan, norma lama baik pun norma baharu.

Kepada UTM (Jalan Semarak), MRSM (Muar), SK Batu Bertangkup (Perlis), dan UUM (HEP & IPK)...TERIMA KASIH.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGASAAN DAN HARI MALAYSIA 

Tiada ulasan: