Pengikut

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kawan Atau Lawan?

Pembaca...Salah seorang yang kerap menyumbang cerita, Mej Ishak (B), terbang kembali ke Cairo selepas berhari raya di kampungnya, Kangar. Saya menerima e-mel ini pada 8 Oktober 2010 untuk dikongsi bersama dalam bentuk '...as is where is'...


Tuan,
assalamualikum dan selamat bertemu kembali.

saya ingin  memberi izin kepada tuan untuk menerbitkan semua catatan saya yg pernah saya hantar kpd tuan. samada ianya sensitive atau apa jua implikasinya. biar semua generasi kita tahu apa yg berlaku semasa kita  bertugas di zaman insurgensi dulu....good or bad biar mereka yg tafsir sendiri.
(Sebelum ini beliau ada mengirim 2 coretan tetapi bukan untuk disiarkan)

catatan  kali ini ialah peristiwa serang hendap oleh kompeni C 

Ops 792 alpha.
Jun 1979 - July  1979
Unit 14 MTA
CO Lt Kol Harchand singh
Ops Officer  Major Kassim Kadir PBG

Area Ops : Sadao, Selatan Thai....... Sekitar Banjaran   Khao Nang Khang (kini  destinasi pelancungan untuk melihat kubu kominis.)

Tac HQ : Sungai Temin... antara pekan Changlun dengan Sintok.

Ops ini merupakan ops encirclement., mengelilingi kubu musuh di sekitar banjaran Khao Nang Khang.

What was me then.... 

UCIS commamder 14 MTA. 
on Stand By at Tac HQ. 
Di tac HQ terdapat sebuah model kawasan Khoa Nang Khang.  Model ini anggaran 10 x15 kaki besar.
 setiap kali ada musuh  yg ditawan atau  menyerah diri mereka akan di hantar ke sini untiuk memberi taklimat pergerakan mereka supaya kita dapat  mengenal pasti kem / kubu musuh di Khao nang khang..

Setiap hari Pl UCIS akan meneliti model dan mendengar cerita SEP atau CEP  bercerita tentang activiti mereka. 

 Pada mulanya PL UCIS akan di aturgerak membuat heliborne assault ke atas kubu musuh tetapi pihak Thai tidak bersetuju kerana risiko nya terlalu tinggi maka dengan persetujuan kedua dua pihak PL UCIS di masukkan melalui darat dengan mengunakan truck pasukan Thai.

kami menaiki truck tentera Thai melalui, Bukit Kayu Hitam dan di letakkan di kawasan Ban Chang Hai. Bulan puasa tahun itu.
 dalam menjalankan ops ini kami di temani oleh 5 anggota pasukan Thai Border Police. (TBP) (Gambar anggota UCIS dan Thai BPP boleh tuan lihat dalam Blog major Dswami. )

 Tugas utama ialah membuat tinjauan untuk mengenal pasti kedudukan kem Musuh terbesar di kawasan itu. Dalam menjalankan tugas ini pada satu hari kami terdengar bunyi tembakan  dan dalam analisinya ia merupakan satu pertempuran dan melalui radio dalam mendengar panggilan untiuk untuk arti fire dan sebagainya.

Apabila mendengar tembakan itu kami terus bergerak menuju ke kawasan pertempuran untuk membantu . jaraknya tak sampai 2km. Sesampai kami di tempat kejadian semua nya telah selesai.

Menurut kata Lt Rashid yang mengetuaii kompeni C, 14 MTA. Unit yg bertempuran adalah subnitnya  yang berada di satu kedudukan ambush.
Apa yang berlaku ialah. semasa dalam kedudukan ambush.....apabila musuh  memasuki kawasan ambush, salah seorang anggota Thai Border Police telah berdiri dan menegur  musuh yang  menuju kedalam kawasan ambush... apabila di tegur, musuh pertama telah melepaskan tembakan dan mengena Thai BPP tersebut. tembak menembak berlaku dan  musuh terus melarikan diri .

Persoalanya mengapa anggota Thai BPP  itu berdiri dan menegur musuh yang memasuki kawasan  ambush tersebut.?

Thai BPP ini menyangka Musuh itu kawan dia, sebab musuh pertama memakai pakaian Thai BPP dan Musuh kedua memakai celoreng tentera Malaysia.
Thai BPP ini telah di medivac oleh heli Thai Police.

Pl UCIS hanya membuat follow up dan akhirnya hilang kesan sebab musuh telah lari ke kawasan perkampongan Thai......

Dalam Ops ini 4 anggota 14 MTA putus kaki kena booby trap .....kalau tak silap saya anggota A kompeni yg di ketuai oleh major Afifi.Mereka operate di sekitar Ban Kubu. Salah seorang mangsa booby trap ini,  putus kedua dua belah kakinya. saya tak ingat namanya nya tetapi rupanya macam Halil Chik penyanyi  Singapore tahun 70an..

Catatan selanjutnya akan menyusul......my first ops after my commissioned .Ops Indera in Karak Pahang.

assalamualaikum

major Ishak....Terima kasih.

Jumaat, 8 Oktober 2010

"Serang Hendap"?

Saya tabik wartawan yang sungguh kreatif...pintar menggunakan sesuatu perkataan dengan berkesan! Di suatu ketika dulu, tentera kita di'serang hendap' akan menggemparkan negara kerana ada yang terkorban dan tercedera seperti yang berlaku di sini. Sekarang ini, anggota tentera masih diserang hendap tetapi bukan kerana mempertahankan negara tetapi...

.......diserang hendap oleh mantan suami kepada isteri yang baru dinikahi...He...He...He.

Khamis, 7 Oktober 2010

Penerbitan Buku...Langkah Ke2

3 Oktober 2010...Saya dan keluarga telah bertolak ke KL. Sebelum itu terpaksa pergi ke Gurney Plaza, Pulau Pinang. Saya memakir kereta di 'basement' kompleks membeli belah tersebut. Ketika memasukkan tiket untuk keluar, mesin tidak dapat menerimanya dengan alasan 'Ticket is invalid'. Apa maksudnya? Setelah cuba beberapa kali mencuba, jawapannya masih sama. Saya pun bertanya kepada seorang perempuan yang berada di sebuah lagi mesin tentang masalah yang dihadapi. Beliau menyatakan bahawa saya kena bayar di hotel kerana saya telah memasuki tempat parkir melalui The Gurney Resort Hotel. Seterusnya saya bertanya, di mana hotel? "You don't know? Where are your from?"...Sungguh kurang sopan! Jawab saya "...I'm not a Penangite". Barulah beliau menunjuk arah ke hotel. Agaknya kalau saya kata 'Jitra', mungkin respons beliau...'No wonder'. 

Hai, orang dari 'hill-billy' ulu Jitraq nak pi ke KL. Bawalah apa yang patut untuk orang bandar raya seperti pokok buah nona. Mana nak cari pokok buah ni di sana. Mungkin ramai golongan  remaja yang tidak tahu atau terdengar buah nona. Kami bermalam di rumah ibu saudara isteri saya di Bayu Lake, Mantin (berhadapan dengan Staffield Golf Club). 

Terlupa nak beritahu mengapa saya pergi ke KL. Pusat Penerbitan Dan Percetakan (PPP), UKM, memaklumkan bahawa manuskrip saya ada merit untuk diterbitkan oleh IPTA tersebut. Namun demikian, mereka mahu berbincang beberapa perkara. Saya mencadangkan jam 1000 pada 4 September untuk temu janji. Bagi mengelak sesakan jalan raya, saya telah mengguna jalan kampung -Kpg Jalan Enam Kaki - yang membawa terus ke UKM. Pada pertemuan dengan Ketua PPP dan 2 orang pegawai beliau pada hari tersebut, Prof memaklumkan mereka bersetuju untuk menerbitkan buku ini. Menurut beliau, ketika ini banyak buku terdapat di pasaran yang melongjakkan nama-nama besar anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Buku-buku tentang pengorbanan anggota tentera sangat berkurangan. Kebanjiran buku yang mendewakan mantan pengganas komunis perlu diimbangkan. Ini adalah satu faktor kenapa terdapat ramai golongan muda yang menganggap anggota-anggota PKM adalah wira negara.

Masalah tentang manuskrip saya ialah gaya penulisannya. Anda sudah pasti sedia maklum, gaya tulisan saya ialah 'menulis bercakap (talking writing)'...terlampau 'informal'. Ini sudah pasti tidak memenuhi kriteria sebuah IPTA. Mereka mencadangkan saya menulis semula dalam bentuk 'buku', malah Prof telah bermurah hati menghadiah buku ini untuk dijadikan sebagai panduan.

Mengikut perancangan, mereka berhasrat untuk melancarkan buku tersebut pada 31 Julai 2011 sempena Hari Pahlawan. Justeru, mereka mahukan saya menyiapkan manuskrip baru dan datang ke UKM pada minggu pertama Disember ini...bermakna saya hanya ada 2 bulan sahaja lagi. Ini masalah besar bagi saya...Saya bukannya seorang penulis. Prinsip penulisan saya ialah 'A, B & C' - Accurate, Brief & Clear'...Short & Sharp! How I wish they accept it 'as is where is'...edit sikit-sikit tu...biasalah! 

Saya juga diberitahu, UPNM turut berminat untuk menerbit buku ini. Sungguh terharu dibuatnya apabila mendengar berita macam ini...He...He...He.

Tak apalah, saya akan cuba memenuhi keperluan ini sekiranya tiada pilihan lain, InsyaAllah. Saya masih berpegang...kalau tak cuba, mana nak tahu. Dengan itu, saya terpaksalah 'slow down' sikit penulisan coretan. Diharap pembaca sudi e-melkan pengalaman untuk dikongsi bersama bagi mengisi kekosongan ini.

Rabu, 6 Oktober 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 3

Pembaca...Antara warga Jurutera yang terkorban dan cacat anggota yang terpaksa ditanggung badan sehingga akhir hayat angkara jerangkap samar yang tidak mengenal kawan atau lawan...  


 

Mejar Baharudin Noryat...Terima kasih. 
Kepada yang tercedera....Jasamu tetap dikenang. Kepada mereka yang terkorban...Al-Fatihah.

Selasa, 5 Oktober 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 2

Sambungan dari sini...

Selain daripada jerangkap samar yang menggunakan arus kuasa bateri yang mungkin
daya tahan akan hilang dalam tempoh tertentu dan mungkin sukar untuk diperolehi
dalam kuantiti yang besar, PGK juga menggunakan perangkap artificial yang lebih
ringkas, mudah dengan menggunakan sumber tempatan yang senang diperolehi tetapi
berkesan iaitu ranjau atau punjis.



Suis‐suis jerangkap samar berasaskan kefungsian elektrik yang diubahsuai mengikut citarasa pereka dalam pelbagai fungsi.

Ranjau jenis ini digunakan tentera Vietcong semasa menentang tentera Amerika dan
digunakan juga oleh PGK.

RAJD sebagai Rejimen Bantuan Tempur Tentera Darat, banyak membantu dalam operasi-operasi menentang insurgensi komunis. Penglibatan utama RAJD dalam operasi-operasi ini adalah membersih/memusnahkan jerangkap samar, membina tapak pendaratan helikopter di samping membina penempatan-penempatan rakyat di kawasan-kawasan tertentu sebagai operasi gerak saraf bagi mengelak rakyat memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya(PKM). Antara operasi utama yang disertai oleh RAJD merangkumi:

Op Naga
Op Kota
Op Cahaya Bena I dan II
Op Selamat Sawadee
Op Daoyai Musnah I dan II
Op Seri Aman
Op Indera
Op Ukur
Op Pagar
Op Gerakan Sedar
Op Gerakan 802
Op Setia Khas
Op Tak Sin
Op Gubir

Operasi Naga dilancarkan pada tahun 1976-1977 adalah salah satu operasi dalaman. RAJD terlibat secara aktif menanam jerangkap samar (askar tanam ubi) bagi mengekang pengganas komunis menggunakan sesuatu kawasan. Telah dilaksanakan di Negeri Perak dan Kedah bersempadankan Thailand.

Operasi Kota dilancarkan oleh Tentera Darat pada 21 Februari 1968. Meliputi kawasan
perbatasan dari Negeri Perlis ke Kelantan. Beberapa operasi khas lain telah dilancarkan merangkumi Op Tedung, Op Banding dan Op Gubir. Kesemua operasi ini telah melibatkan terup RAJD terutama dalam kegiatan membersih/memusnahkan jerangkap samar pengganas komunis (PGK).

Operasi Daoyai Musnah I - Merupakan operasi gabungan bersama Royal Thai Army. Dilancarkan pada 14 Januari 1977. Terup RAJD turut terlibat dalam operasi ini. Dilaksanakan di kawasan Sadao, selatan Thailand. Operasi ini disusuli Op Daoyai Musnah II bagi meneruskan kecemerlangan Op Daoyai Musnah I.

Operasi Selamat Sawadee - Dilaksanakan di kawasan Betong di Selatan Thailand. Dilancarkan pada tahun 1978. Manakala Op Cahaya Bena I dan II pula adalah operasi bersama yang dilancarkan di sekitar kawasan Weang. Pengganas Komunis di sekitar Selatan Thailand agak kreatif dalam membuat jerangkap samar berbanding di kawasan lain, ini mungkin disebabkan mereka mendapat ‘teknologi’ dari Vietnam yang amat terkenal dengan pembikinan jerangkap samar buatan sendiri ketika itu. Anggota RAJD sentiasa terus mendalami ilmu dan kemahiran mengenai pembaharuan yang berlaku dalam bidang pembersihan/pemusnahan
jerangkap samar.

Di Sarawak, RAJD terlibat dalam Op Seri Aman bagi menentang kegiatan pengganas
yang diterajui oleh Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU). Pasukan-pasukan RAJD
di bawah perintah Markas RAJD 1 Div bersama-sama dengan unit-unit Tentera Darat
lain telah bekerjasama menjayakan operasi ini.



Bersambung...

Ahad, 3 Oktober 2010

Jerangkap Samar (Booby Trap)..Bhg 1

Pembaca...Berikut adalah sumbangan daripada Mej Baharuddin, Kurator Muzium RAJD, berkaitan dengan'Jerangkap Samar'. Sepertimana yang saya cadangkan kepada Lt Kol Basri Omar di sini , beliau telah memanjangkan cadangan tersebut kepada Baharuddin untuk menceritakan sedikit sebanyak 'apakah itu jerangkap samar'....

SEJARAH
Mengikut sejarah yang diceritakan tetapi tidak ada rujukan sebenar. Dikatakan ianya
berlaku dalam tahun 50an di United Kingdom. Asal nama “Booby Traps” adalah diambil
daripada nama orang yang pertama terkena perangkap ini yang bernama Booby iaitu
seorang anggota polis yang telah terkena atau terpijak jerangkap samar yang dipasang
oleh Tentera Merah Ireland (IRA - Irish Red Army).

Semasa peperangan Vietnam dalam tahun 60an tentera Vietcong telah menggunakan
jerangkap samar secara meluas dalam konsep peperangan gerila dan berjaya
melemahkan semangat tentera Amerika dan seterusnya menjadi salah satu penyebab
kekalahan tentera Amerika di Vietnam.

Begitu juga Pengganas Komunis (PGK) yang meniru taktik ala Vietcong sekitar tahun
1968 hingga 80an telah berjaya mengwujudkan suasana keresahan dan ketakutan ke
atas pasukan keselamatan. Walaupun berjaya dikekang oleh pasukan keselamatan,
sedikit sebanyak mereka berjaya juga melemahkan keberanian pasukan keselamatan
dalam setiap operasi yang dilaksanakan dengan jumlah kematian dan kecederaan yang
agak tinggi.

DEFINISI JERANGKAP SAMAR
Pertama - Sebuah perangkap yang direka dan dirancang untuk membunuh atau mencederakan mangsa yang terpijak atau cuba mengusik atau cuba menyelamatkannya. Dijadikan umpan dalam pelbagai bentuk tanpa disedari oleh mangsa. Merupakan muslihat musuh untuk mencedera dan melemahkan semangat serta melambatkan pergerakan pasukan keselamatan.

Kedua - Jerangkap samar adalah satu muslihat berbentuk alat atau objek yang mengandungi bahan letupan atau lain-lain bahan yang direka dan diletakkan dengan teliti sebagai perangkap. Bertujuan mencedera dan melemahkan semangat serta melambatkan pergerakan pasukan keselamatan.

KOMPONEN JERANGKAP SAMAR
Bateri - Menggunakan bateri size D yang dibalut dengan tar agar tahan lama
sehingga 6 bulan.
Kabel - Menggunakan kabel hitam merah yang mudah diperolehi dikedai menjual
alatan elektrik kerana kabel jenis ini mempunyai rintangan yang rendah.
Peletus - Menggunakan peletus komesial atau yang diubah suai menggunakan mentol
lampu. Berfungsi untuk meletupkan cas jerangkap samar.
Cas - Cas utama mengandungi bahan letupan yang dicampur dengan serpihan logam,
kaca atau bahan2 yang akan memberi kesan kecederaan yang teruk ataupun
membawa maut.
Suis - Peranti mengaktif kuasa letrik yang biasanya direka secara improvise. Suis ini
diperbuat daripada bahan yang mudah di perolehi seperti penyepit baju, buluh, plastik, kertas keras dan sebagainya.

Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh Pengganas Komunis (PGK)...

Cas Suis Kabel dan Peletus Bateri


Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh Vietcong...


Gambar Jerangkap Samar yang digunakan oleh pasukan keselamatan dalam Operasi
Naga sekitar tahun 70an...


Suis‐suis jerangkap samar berasaskan kefungsian elektrik yang diubahsuai mengikut citarasa pereka dalam pelbagai fungsi...
Terkini: Saya telah menghubungi pegawai Arkib Negara Malaysia (ANM) terbabit berkaitan coretan ini. Beliau bersetuju kisah terkorbannya arwah Kpl Mat Aznan SP ada merit untuk disiarkan dalam program 'Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS)'. Namun demikian, beliau tidak dapat memproseskan kisah tersebut disebabkan kesuntukan masa. (Insiden berlaku pada 3 Oktober 1993). Untuk makluman, ANM sedia menimbangkan sesuatu peristiwa, terutama yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme, bagi disiarkan dalam program HIDS. Tetapi mereka memerlukan masa untuk membuat penyelidikan. Sesiapa yang fikir sesuatu insiden perlu diketengahkan...sila hubungi mereka.

Bersambung...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Serang Hendap...Baling-Kroh


Pembaca...Sekiranya anda pergi melawat Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negri Sembilan, jangan lupa membaca "MONUMEN KROH/KROH MONUMENT"... 

 

Pada 29 September 2010, saya telah pergi ke Simpang 4 Kangkong untuk bertemu dengan tuan punya 'Haji Ramli Nasi Kandar'. Pemergian kali ini bukan untuk makan nasi ayam kampung tetapi untuk mendengar cerita beliau tentang insiden serang hendap sepertimana yang tercatat pada 'Monumen' di atas. 454038 Pte Ramli Bin Hassan (gambar kanan) mula berkhidmat sebagai seorang pemandu trak 3 x ton semenjak 9 September 1972. Pada 20 Julai 1979, beliau ditugaskan untuk membawa anggota RAMD ke Kroh. Konvoi yang mengandungi 1 x  ambulan,1 x 3 ton trak dan 2 x Land Rovers sudah berada di pekan Baling pada jam 0700. Mereka menunggu  pasukan Peninjau untuk mengeskot mereka ke Kroh. 

Pada jam lebih kurang 0900, konvoi meninggalkan Baling dengan dieskot oleh 2 x 'Commando V150' dari  pasukan 'Bravo' Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Susunan pergerakan  konvoi didahului oleh kereta perisai Commando V150 - ZA 744, diikuti ambulan, 2 x Land Rovers, 1 x 3 ton dan Commando V150. 
Ketika tiba di satu selekoh sebelum sekatan jalan raya yang dikendalikan oleh anggota tentera, tiba-tiba konvoi diserang hendap. Sasaran pertama pengganas komunis (KP) ialah ambulan. Oleh kerana jalan itu sempit untuk Commando  V 150 membuat pusingan, dreber Commando terpaksa mengundurkan  kenderaannya dan gunner pula memusingkan 'gun turret' ke arah PK. Sebelum sempat membalas tembakan, PK telah berjaya menembak kenderaan tersebut dengan senjata 'anti-tank'. Commando V 150 tersebut telah terbakar dan mengorbankan ketiga-tiga anggota di dalamnya. (Gambar ZA744). 

Lain-lain anggota terus terjun dari kenderaan masing-masing untuk mendapatkan perlindungan. Menurut Ramli, beberapa anggota dalam Land Rover turut tercedera. 

Tembak-menembak ini turut didengar oleh anggota tentera yang berada di Kem Kroh, termasuk Lt (U) Xxxx Xxx Xxxx, juruterbang Alouette gunship. Pada pagi hari tersebut, beliau dan gunnernya, arwah Sjn Baki, berlepas dari No 3 Skn, TUDM Butterworth, untuk tugas eskot kepada Nuri di kawasan Ops Selamat Sawadee, Kroh. Xxxx dan seorang pegawai pasukan Meriam, menceritakan yang mereka nampak kepulan asap dari tempat kejadian. Xxxx telah menghubungi pihak atasan TUDM untuk meminta kebenaran bagi beliau memberi bantuan kepada konvoi tersebut tetapi respons tidak diterima dengan segera. Justeru, tanpa kelulusan, beliau membuat keputusan untuk terbang ke lokasi serang hendap tersebut. Dengan initiatif sendiri, beliau telah mengarahkan Baki menembak ke arah pokok getah yang dipercayai kedudukan PK. 

PK sungguh bernasib baik kerana gunship hanya menggunakan peluru 20mm 'ball', bukannya 'HE'. Buat seketika waktu, TUDM kehabisan 20mm HE dan sementara menunggu sebuah C130 Hercules terbang ke Portugal untuk memperoleh stok HE, gunship terpaksa mengguna peluru 'ball' sahaja. Sudah pasti kesannya tidak seperti HE. Menurut seorang mantan pegawai Cawangan Khas PDRM, PK sungguh gerun dengan tembakan gunship kerana ianya lebih tepat. Ini pula cerita seorang mantan warga tentera, 28212 Sjn Aris Bin Md Isa (x-3rd Renjer) yang hampir terkena padah HE, kepada  anaknya '...Ayah saya ckp, HE bullet dr gunship meletup mcm bom bila kena sasaran. Sbb itulah bandits/PK cukup gerun dgn Aloutte gunship kita'. 

Kehadiran dan tindakan Xxxx menembak ke arah PK telah menyelamatkan anggota tentera yang terperangkap. Mereka yang terselamat mendengar arahan ketua PK '...chow...chow'.  Akibat serang hendap ini, 3 warga tentera dan 2 orang awam terkorban. GOC ketika itu, Mej Jen Dato' Jamil Ahmad, ingin mengucapkan penghargaan kepada Xxxx di atas tindakan beliau walau pun tanpa sebarang arahan. Disebabkan 'communication breakdown', beliau tidak sempat berjumpa dengan Xxxx.

Lain pula resepsi yang diterima Xxxx apabila beliau selamat tiba di No 3 Skn. Bukannya pujian, tetapi 'sergahan' oleh Skuadron Ekskutif berkenaan kerana tindakan beliau terbang dan menembak tanpa kebenaran. Menurut Xxxx '....I felt so disheartened'. Keadaan 'terselamat' apabila Skuadron menerima surat utusan penghargaan dari Mej Jen Dato' Jamil Ahmad, yang mengucapkan terima kasih kepada Xxxx terhadap tindakan beliau. Kemungkinan besar ramai lagi akan menjadi mangsa PK sekiranya Xxxx patuh menunggu dan menunggu arahan. (Sila klik di sini untuk maklumat ciri-ciri Cannon 20mm yang digunakan oleh Alouette Gunship).

Inilah dilema yang dihadapi oleh juruterbang....Dibuat salah...Tak buat salah!

Kapt Xxxx Xxxx, Mej Izam & Kapt Muhammad Zuraiman (Muzium TD), Saudara Hj Ramli & Katon Tin-Ton...Terima kasih. 


Kepada mereka yang terkorban dan arwah Sjn Baki...Al-Fatihah.