Pengikut

Khamis, 22 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian iv

Bersambung dari SINI...

Image result for images of tunku abdul rahman in 1950sBerbalik kepada posting sebelum ini, Inggeris betul2 terkejut berok bila Parti Perikatan menang pilihanraya pertama di Malaya. Jadi, mereka nak tak nak, terpaksa melantik Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri. Sebenonya, depa pandang rendah terhadap Tunku seperti yang dinyatakan oleh Henry Gurney apabila Tunku dilantik sebagai Presiden UMNO pada 25 Ogos 1951 "...I am  afraid that he will not be the sort of leader who will be capable of holding UMNO together in any important controversy. He will not of course be persona grata to the Rulers, and sooner or later these differences will have to be faced" (CO 537/7263, Gurney to Higham, 29 Aug. 1951. Dalam Fernando, British Attitude Towards The Alliance Party, 1952-1957, Jurnal Sejarah, 11 Nov 2017, hlm. 44).

Templer: Tiger of Malaya. The Life of: Cloake, JohnSama le juga Gerald Templer. Dia tak boleh terima sikap Tunku yang 'happy-go-lucky'. Dalam suratnya kepada Lyttelton pada14 Ogos 1952, beliau menyatakan "Tunku Abdul Rahman has behind him a lot of bad hats" kerana kerap menimbulkan subjek kemerdekaan (Cloake, John, (1985), Templer: Tiger of Malaya, hlm. 311). Tapi pandangan ini adalah 'mutual'. Tunku menyatakan bahawa Templer "...friendly but frank-he would talk in a very soldierly way. He objected to the speeches I was making in political rallies. I told him I couldn't praise the British while I was fighting for independence. After one speech he summoned me and said it was seditious. "All right," I told him, "put me in prison. It's your job." He glared at me and replied, "I wouldn't give you that satisfaction. I don't want to make a martyr of you!" (Cloake, hlm. 307). 

Bila dilantik sebagai Ketua Menteri, Inggeris memperuntukkan sebuah rumah kepada Tunku. Masalahnya ialah rumah ini bocor bila hujan. Beliau terpaksa mencari tempat kering dalam rumah bila hujan lebat (Fernado, hlm. 51). Macam ini  pihak penjajah melayan seorang Ketua Menteri!

Ekoran ini, beliau nekad untuk mendapatkan kemerdekaan seberapa segera dengan mengisytihar pemberian pengampunan kepada gerila komunis jika mereka menyerah diri. Malahan, usul Tunku ini telah dibincang semasa mesyuarat UMNO-MCA di Melaka pada 12 Januari 1955 lagi. Keputusan mesyuarat ialah "...to ask the Federation Government to offer amnesty terms to the Communist terrorist". Komunis yang menerima tawaran ini akan dihantar balik ke China atau "...be rehabilitated and allowed to remain to be good citizens." (Nik Anuar Nik Mahmud, (1998), Tunku Abdul Rahman, hlm. 3).

Keputusan ini telah dibawa kepada pihak Inggeris yang curiga tentang cadangan Tunku. Mereka ragu ramai komunis akan menyerah diri, lagi pula mereka sudah pun ada dasar yang menawarkan supaya komunis menyerah diri secara individu. Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi, telah menghantar telegram kepada Setiausaha Negara untuk Koloni yang menyatakan "This would be unfortunate, particularly as we see nothing in present situation which would support the belief that an offer of amnesty at this juncture would be likely to be successful" (Nik Anuar Nik Mahmud, (1998), Tunku Abdul Rahman, hlm. 4).

La....panjang pulak....berhenti dulu le dan bersambung nanti, insyaAllah.

Selasa, 20 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian iii

Bersambung dari SINI...

Ya...Bagaimana nak menamatkan darurat dengan segera supaya Inggeris memerdekakan Malaya? Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, UK yang diberi gelaran sebagai "Sick Man of Europe" kerana menghadapi masalah ekonomi yang kronik pasca Perang Dunia II. Sudah pasti mereka tidak begitu mudah untuk melepaskan 'Lombong Emas' ini. Mereka mempunyai kepentingan dalam pengeluaran getah asli, kelapa sawit dan bijih timah.

Bagaimana pun, Inggeris terpaksa menerima hakikat bahawa desakan untuk kemerdekaan begitu kuat sepertimana yang dibuktikan apabila Parti Perikataan yang berselogankan "Bergerak Mennuju Kemerdekaan (Moving Towards Independence)" telah memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya Persekutuan pada 27 Julai 1955. Sebenonya, menurut Fernando, Joseph M. (British Attitude Towards the Alliance Party, 1952-1957. JURNAL SEJARAH. Vol. 11, no. 11, Nov. 20117. University Malaya: Journal of the Department of History, hlm. 50, di SINI), Inggeris mengharapkan Parti Negara dibawah pimpinan Dato' Onn memenangani sekurang-kurangnya 30% kerusi yang dipertandingkan. Mereka memihak Parti Negara kerana parti ini memenuhi kehendak mereka sementelah ia merupakan sebuah parti pelbagai kaum. Mereka menghendaki sebuah parti pelbagai kaum untuk menerajui Malaya apabila merdeka nanti.

Inggeris begitu yakin bahawa Parti Perikatan hanya boleh memenangai hanya 30-45 kerusi sahaja. Memetik Fernando, jika jangkaan ini berlaku, "...This would mean that there would be no clear majority among the parties and reduce nationalist pressure on the colonial administration." Sungguh malang bagi Dato Onn dan Inggeris...Parti Negara memenangi sifar/0 kerusi!

Apakah formula Parti Perikataan sehingga hampir berjaya menyapu bersih pilihan raya pertama ini? Mengikut Arkib Negara, Parti Perikatan berjanji dalam manisfestonya (di SINI):

1. Kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.
2. Pendidikan untuk semua tanpa mengira kaum.
3. Pembentukan perkhidmatan awam mengikut acuan tempatan.
4. Mempertahankan hak asasi rakyat.
5. Mempertahankan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Perlembagaan.

Selain itu, A J Stockwell (Malaya Part III, hlm. 119) pula mencatatkan bahawa Parti Perikatan berjanji memberi pengampunan kepada semua gerila komunis.

Terma-terma pengisytiharan pengampunan ini....bersambung...

Ahad, 18 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian ii

Bersambung dari SINI....

Image result for images of gerald templerDalam perenggan 9 kepada "Directive given to HE the High Commissioner, Federation of Malaya, General Sir Gerald Templer, KCB, KBE, CMG, DSO, by His Majesty's Government" bertarikh 4 Februari 1952, kerajaan Inggeris dengan jelasnya menyatakan bahawa:

"9.  You may assure the Malayan peoples of all communities that they can count on the powerful and continuing assistance of His Majesty'  Government not only in the immediately task of defeating the terrorists but in the longer term objective of forging a United Malayan Nation. His Majesty's Government will not lay aside their responsibilities in Malaya until they are satisfied that Communist terrorism has been defeated and that partnership of all communities which alone can lead to true and stable self-government has been established." (Cloake, John. (1985). TEMPLER: Tiger of Malaya. Appendix 1. London: Harrap).  

Dengan lain perkataan, Inggeris hanya akan melepaskan koloni mereka yang kaya ini sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat apabila ancaman komunis berakhir. Masalahnya ialah keadaan keselamatan di waktu itu tidak menunjukkan bahawa PGK dapat dimusnahkan dalam masa terdekat. Ini diakui oleh Sir D MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British dalam laporannya kepada Lennox-Boyd, Setiausaha Negara untuk Koloni. Beliau menegaskan bahawa "... I reached the general conclusion that no early end to the Emergency in Malaya can be looked for so long as large sections of the Chinese community continue to give support to the Malayan Communist Party and thereby enable the communists to keep their armed forces in being." (Stockwell, A. J. (1995). Malaya: The Alliance Route to Independence 1953-1957. (Editor). Series B Volume 3. London: HMSO, hlm. 89. Stockwell merujuk kepada dokumen CO 1030/174, no 9, despatch no 104/55 from Sir D MacGillivray to Mr Lennox-Boyd on Chinese support for MCP and MCP Strategy). 

Parti Perikatan di bawah presidennya, Tunku Abdul Rahman yang juga Ketua Menteri, menerima hakikat ini. Justeru, objektif utama parti ini ialah untuk menamatkan darurat dengan kadar segera. Tetapi bagaimana? 

Related image
Oh ya...terlupa pula cerita the human side of Templer. Sesiapa yang membaca tentangnya tentu bersetuju yang dia ni memang strict orangnya. Sama seperti manusia biasa, dia juga ada kelemahan yang pada saya sungguh melucukan.

Menurut Cloake (hlm. 217), Supremo ini suka makan durian tapi masalahnya isteri beliau, Lady Templer/Peggie (Ethel Margery) melarang raja buah ini dibawa masuk dalam King's House (Carcosa). Untuk  mengatasi masalah ini, ADC beliau, 265 Lt. Raja Saigon bin Raja Mahmud, RAMD (Supplement to the London Gazette, 13 December, 1949, hlm. 5907) juga seorang pencinta durian, akan beli buah durian dan mereka berdua makan dalam garaj.  Saya tak boleh bayangkan Supremo menikmati raja buah bersama dengan ADC dalam garaj. Kelazatan raja buah produk Malaysia dapat "menundukkan" seorang jeneral yang begitu hebat. Masa itu belum lagi ada Musang King..He...He...He.  

Bersambung.....

Isnin, 12 Mac 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir

Assalamualaikum...dah lama tak menulis...

Topik Rundingan Baling bukannya satu topik yang asing bagi rakyat Malaysia tercinta ini. Rasanya mustahil jika orang Malaysia tak pernah dengar "Rundingan Baling/Baling Talks" di antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng di Baling pada 1955. Malahan peminat sejarah boleh baca transkrip apa yang dibincangkan oleh para peserta atau menonton video mengenainya di bawah ini.



Sementara itu, peminat sejarah yang terlepas pandang mengenai latar belakang yang membawa kepada rundingan ini boleh membaca tulisan Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dalam bukunya "Tunku Abdul Rahman and His Role in the Baling Talks",  (1998), terbitan Arkib Negara Malaysia. Buku ini turut memuatkan transkripnya sekali.

Saya pula cuba mengenengahkan pandangan British sebelum Tunku di"benar" bertemu dengan Chin Peng dan juga menyentuh aspek keselamatan, wallahualam.

Bersambung...insya-Allah.   

Isnin, 1 Januari 2018

Permulaan Operasi Helikopter Di Malaysia


Sambungan dari DI SINI...

Sungguh lama kisah ini terpendam. Sebenonya, saya sedang menunggu artikel mengenai permulaan operasi helikopter di Malaysia diterbitkan oleh jurnal. Semalam, 31.12.2017 barulah diterbitkan oleh JONUS, Kusza.

Sesiapa yang berminat bolehlah membacanya DI SINI...

Adalah diharapkan agar artikel ini dapat memberi gambaran awal kewujudan helikopter di Malaysia, wallahualam.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan....


kepada semua pembaca blog yang tidak sepertinya ini. Terima kasih.

Khamis, 30 November 2017

Apa Signifikannya "Darurat Ke-2"?

Sambungan dari sini...

Mungkin ada yang bertanya apa signifikannya terma "DARURAT" dalam tempoh 1968-1989? Sebenonya memang ADA!

Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa anggota Rifle Company Butterworth (RCB) yang berkhidmat di RAAF Butterworth 1970-1989, telah petisyen gomen Australia supaya perkhidmatan mereka melayakkan mereka mendapat 'insentif' kewangan dan penganugerahan pingat Australian Active Service Medal (AASM). Alasan mereka ialah mereka berkhidmat "active duty" kerana Malaysia ketika itu berhadapan dengan ancaman insurgensi komunis. Mereka menegaskan Pangkalan Butterworth berhadapan dengan ancaman komunis bersandarkan laporan ini:
ANZUK INTELLIGENCE GROUP (SINGAPORE)- THE THREAT TO AIR BASE BUTTERWORTH UP TO THE END OF 1972, NOTE NO. 1/1971, 30 November, 1971

Laporan ini menyatakan perisikan menunjukkan pada 1971,  "8th Assault Unit" telah membolos sempadan Malayisa/Thai dan membina pangkalan di kawasan hutan simpan Gunong Inas yang jaraknya lebih kurang 25 batu timur pangkalan RAAF Butterworth (hlm. 10). Seterusnya laporan ini mencatatkan "...that there is likely to be an increase in armed terrorist activities, largely confined to the border area in Kedah, Perak and Kelantan, although isolated incidents might occur further south" (hlm. 14).



 Namun, rumusan laporan menegaskan "Although we expect the Base to increasingly used by the RMAF during 1972 for anti-CT operations, a "reaction" attack by the CT is assessed as unlikely" (hlm. 22).

Rumusan laporan ini tidak menghalang RCB mempetisyen gomen. Berlandaskan kepada petisyen ini, gomen telah menubuhkan tribunal mengenai tuntutan RCB, di  SINI. Walaubagaimana pun, dapatan tribunal tidak menyebelahi mereka, di SINI, juga di SINI.

Alasan yang mengnohtahkan tuntutan RCB ditegaskan oleh Stuart Robert, Assistant Minister for Defence yang menegaskan "...The petition posits the RCB served during the period of a Second Malaysian Emergency. While some authors have referred to the activities of the Communist Party of Malaysia during this period as a 'Second Emergency', this title appears to have been applied retrospectively. It is not reflected in any official history records of Malaysia.The Malaysian Government did not declare this period to be an emergency" (hlm. 2 di SINI). 

Jika para pembaca ada lain-lain maklumat mengenai tajuk ini, harap sudi kongsi bersama. Terima kasih.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Darurat Ke-2/2nd Emergency?


1968-1989...Mungkin ramai yang menganggap tempoh tersebut sebagai Darurat Ke-2/2nd Emergency, termasuk saya. Tapi tanggapan ini oleh orang seperti saya ini kira OK lagi kerana terdapat literatur2 yang ditulis oleh penulis2 ilmiah turut mencatat tempoh tersebut sebagai Darurat Ke-2/2nd Emergency. Sebagai contoh, lihat buku ini (kiri), "Malaysia's Defeat Of Armed Communism - The second emergency, 1968-1989". 

Malahan, tesis PhD penulis tersebut juga ada kaitan dengan 2nd Emergency, "Securing the Population from Insurgeny and Subversion in the Second Emergency (1968-1981), di sini. Sementara itu, dalam 1 perenggan dalam  publikasi TDM juga ada menyentuh tempoh tersebut, "DARURAT KEDUA (1968-1989)".


Masalahnya, 1 penerbitan TDM yang lain pula, "The Malaysian Army's Battle Against Communist Insurgency In Peninsular Malaysia 1968-1989" (2001), tidak mencatatkan tempoh tersebut sebagai darurat ke-2. Sama juga dengan Dr Ho Hui Ling, beliau tidak menganggap tempoh tersebut sebagai darurat ke-2 dalam bukunya, "Pergerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya 1968-1989 - Kebangkitan Semula dan Penumpasannya" (2015).

Saya telah bertanya Dr Ho mengenai persoalan ini. Jawapannya melalui emel pada 8 Mac 2016, beliau menulis "...Dalam kebangkitan insurgensi komunis 1968, setakat kajian saya tidak ada undang-undang yang diisytiharkan di Semenanjung. Saya juga tidak menggunakan first or second emergency dalam tulisan saya".

Pada saya yang serba kurang dalam perkara seperti ini, memang mengelirukan. Jadi saya bertekad nak tahu perkara sebenarnya. Hasil pencarian setakat ini menunjukkan gomen tidak pernah mengisytihar darurat semata-mata untuk menghapus insurgensi komunis selepas darurat (1948-1960) diisytihar tamat pada 31 Julai 1960.

Selepas 31 Julai 1960, memang gomen ada isytihar darurat. Dari kajian saya, gomen telah mengisytihar 4 darurat tetapi tiada kaitan dengan menentang pengganas komunis. Darurat2 tersebut adalah seperti berikut:

1. 3.9.1964 (L.N.271/64) merangkumi seluruh negara berikutan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
2. 14.9.1966 (P.U.[A]339A/1966) di Sarawak bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak.
3. 15.5.1969 (P.U.[A]145/1969) merangkumi seluruh negara berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
4. 8.11.1977 (P.U.[A]358/1977) di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik di Kelantan.

Namun demikian, pengisytiharan darurat 2 hingga 4 telah diungkai oleh PM semasa persidangan parlimen pada 24 November 2011, rujuk Hansard Bil. 62, 24 November 2011. Sementara darurat membabitkan konfrontasi terbatal bersandarkan kepada keputusan Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh melawan Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50. Sebelum dibawa ke Parlimen, Pejabat PM telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini, di sini.

Saya bersetuju dengan tulisan SAC Dato' A. Navaratnam dalam bukunya, "The Spear and The Kerambit" (2001), dimana beliau mencatat "...very little is known about the so-called Second Armed Struggle, sometimes referred to by the security force people as the "Second Emergency", hlm. ix.

Bersandarkan kepada maklumat ini, saya berpegang bahawa gomen tidak pernah mengisytihar darurat semata-mata untuk menangani ancaman komunis selagi tiada ketemuan dokumen yang menyanggah dapatan ini, wallahualam.