Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

SBPA ATM

Oh mak dato'....Terkejut bebeno bila terbaca imbuhan SBPA untuk anggota LLP yang diiklan dalam akhbar Ahad, 5 Feb 2012....Wow!!

SBPA bagi anggota LLP

Manalah saya tak terkejut. Nak tahu berapa gaji maksima mejar (saya le tu) setelah berkhidmat selama 25 tahun?....RM2,584.00!!!
Pencen bulanan RM1,292.00 sebelum sebarang pelarasan

Ini bererti gaji saya lebih kurang bersamaan dengan Laskar Udara (LU) = Junior Lans Koperal!! Apa pun, saya sentiasa dan tetap bersyukur kepada Ilahi kerana telah membuat perancangan sebelum mengucapkan sayonara kepada ATM. Dengan usaha dan berkat diredaiNya, buat masa ini Syukur Alhamdulillah. 

Kepada mereka yang masih berpendirian 'tiada esok bagiku'.....Fikir-fikirkanlah kedudukan kewangan apabila tiba masanya meninggalkan perkhidmatan nanti. Pandai-pandailah menabung demi masa hadapan kaum keluarga. Tanyalah mana-mana Pakar Pengurusan Kewangan tentang apa yang perlu dilakukan. Paling asas jawapannya ialah 'perancangan' dan 'willpower' untuk melaksanakannya.

Baru-baru ini, saya ada menghubungi seorang pegawai ATM. Saya menawarkan diri agar diberi peluang 'bersembang' dengan pegawai-pegawai unit  tersebut tentang topik ini. Saya katakan kepada beliau bahawa saya tidak mewakili mana-mana institusi kewangan mahu pun dibayar untuk kehadiran saya. Memadailah belanja Nescafe kurang manis. Well....Sepi sesepinya. No problem. Sekurang-kurangnya saya telah mencuba.

Ahad, 5 Februari 2012

5 Medals Of Equal Honour

Pada 3 Jan 2012, saya telah menghantar e-mel berikut kepada wartawan NST, Leslie Andres...

Dear Leslie,

May I wish you a HAPPY & PROSPEROUS NEW YEAR 2012. And congratulations for being  given a rare chance of a lifetime flying in an aerobatic aircraft during the recent LIMA. You're one of the few fortunate Malaysians given such an honour. I never had the opportunity to fly with those young and brave daredevil pilots when I was still in the service...Lucky you:) happy:) happy.

Just to let you know, I'm now embarking on a lonely struggle to convince the state governments to honour those unsung and forgotten heroes. My classification of heroes are those who are  physically handicapped, eg, totally blinded, legless/armless, etc, etc, due to their sacrifice in defending the sovereignty of this nation during the counter-insurgency era.  And also the recipients of KPK (Kepujian Perutusan Keberanian). As you may be fully aware, KPK is one of the nation's 5 Gallantry Awards. However, unlike the others, ie, SP, PGB, JPP &PTU, KPK holders do not enjoy the benefit of the monthly 'Elaun Kenangan'.  

What  I would like to see is that these heroes be given monetary incentives every 'Hari Pahlawan' on 31 July. I've started with the state of Kedah and Perak. Kedah allocated a budget for Raya bonus to the caddies of Royal Kedah Club (RKC) whilst Perak gave RM34k for the annual function of Ex-Servicemen Association conference held at Lumut on 1 December 2011. (Copies of the RKC bulletin and newspaper cutting are attached). I had sent an e-mail and a letter to the two states suggesting that they consider extending their generosity to the heroes as well. Regrettably, till today I'm yet to receive any response whatsoever:( sad:( sad.

I have no avenues to express my struggle other than writing to the agencies concerned. However, as an irrelevant and unknown rakyat, I don't think my letters receive the attention of the addressees. But, if it is highlighted in the mainstream newspapers, eg, NST especially from a popular columnist like you, I'm quite certain the relevant authorities might give some serious consideration. 
I would really appreciate if you could consider touching a little on this subject matter in your coming article. Thank you.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Tut...Tut...Terbaca artikel dalam 'VIEWPONT' di NEW SUNDAY TIMES, 5  Feb 2012...

Sudah pasti saya berterima kepada beliau dan meluahkannya melalui e-mel yang saya hantar sebentar tadi '.....I'm truly and sincerely grateful  for  your article entitled above which enlightens my lonely struggle. For that, THANK YOU. I hope  the right people would read it and take appropriate and positive actions.'

Saya harap Pembuat Keputusan di peringkat nasional dan negeri akan membaca artikel tersebut dan seterusnya mengambil tindakan positif bagi menghargai pengorbanan wira-wira yang tak didendang ini. Di samping itu, para penerima KPK dan juga persatuan-persatuan bekas anggota Pasukan Keselamatan, seperti PBTM, PBPM, RAFOC, turut melobi kerajaan negeri untuk mempertimbangkan cadangan saya ini dan di sini. Fikir-fikirkanlah!!

Isnin, 30 Januari 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 2

Sambungan daripada coretan ini. Gambar Tun Dr Mahathir di sini dirakamkan pada 09 Oktober 1976. Berikut adalah beberapa keping gambar semasa lawatan beliau ke Pangkalan TUDM Butterworth....

Berdiri dari kiri: Mendiang Kapt (U) Toh BF, Mej (U) Abdullah Mohd, Brig Jen (U) Sharuddin Ali, Mej (U) Amirul Ghani, Tun, Lt Kol (U) Jaafar Ismail, Lt Kol (U) Fauzi, Mej (U) Looi KH, Kapt (U) Tan KH, Lt (U) Victor Emanuelle
Depan dari kiri: Lt (U) Jusoh Embong, Lt (U) Shukur Hamidun, Lt (U) Mokhydin Abu Bakar, arwah Lt (U) Shubli, Lt (U) Alwi, Lt (U) Bashir

Tun berbual dengan Brig Jen (U) Shahruddin dan Lt Kol (U) Fauzi sebelum penerbangan dengan pesawat F5F

Pekena 'sekole' kopi selepas penerbangan

Catatan: Harap ada pembaca yang dapat memperbetulkan pangkat dan nama para juruterbang No 12 Skuadron di atas.

Nota: Nama-nama juruterbang telah diperbetulkan pada 31 Jan, jam 1706, dengan ihsan PTU (lihat komen). 

Ada lagi.... 

Sabtu, 28 Januari 2012

Elaun Kenangan

Saya sebenarnya dah nak 'mennoktahkan' isu 'Elaun Kenangan' setelah YAB PM mengumumkan pemberian elaun tersebut di sini. Saya pasti pembaca pun dah cemuih membacanya. Pada saya, pengumuman itu sudah mencukupi dan saya menganggapnya satu kejayaan. Bila gomen akan membayarnya bukan satu persoalan. Sebenarnya, sebelum pengumuman tersebut lagi, saya telah dimaklumkan kelewatan pembayaran kerana banyak proses birokrasi yang terpaksa dilalui. Paling utama sekali ialah satu akta khusus perlu diluluskan oleh Parlimen.

Masalahnya, ada rakan yang bertanya bila mereka akan menikmati elaun berkenaan.  Bagi meredakan kegusaran ini, saya telah menghantar e-mel kepada seorang penjawat awam terbabit. Respons beliau yang saya terima pada 4 Jan 2012, petikan '.....Saperti yg Tuan sedia maklum, sebuah akta khusus utk elaun kenangan tsb perlu  digubal dan kemudiannya di luluskan oleh Parlimen sebelum elaun tsb blh mula di bayar.Apa yg tlh di maklumkan kpd saya , JPM yg bertanggungjawab tentang perkara ni tidak dpt membentangkan rang undg2 berkaitan di sesi Parlimen di hujung tahun lepas kerana terlalu byk rang undg2 lain yg menanti giliran utk di bentangkan. Saya juga di fahamkan bahawa rang undg tsb di jangka akan di bentangkan di sesi Parlimen pada Mac akan datang. Oleh itu, saya menjangkakan elaun kenangan tsb hanya akan mula dibayar seawal awal nya pada pertengahan tahun mengambilkira proses legislatif rang undg2, penwartaan dan lain2 urusan pentadbiran JPM. 

Utk makluman Tuan semasa menguatkuasakan kadar baru elaun SP dan PGB, ia mengambil masa 10 bulan selepas pengumuman sebelum ia mula di bayar.'

Saya pun 'forwardkan' e-mel ini kepada rakan-rakan  terbabit untuk pengetahuan mereka. Semenjak itu, tiada lagi soalan   'bila' diajukan kepada saya! Tut...Tut...Diam tak diam, saya terbaca surat daripada 'MENUNGGU SAMPAI TUA' dalam kolum Forum Utusan Malaysia bertarikh 27 Jan 2012. Mana boleh mejar pencen ini duduk diam begitu saja. Jawabnya, melayanglah surat berikut....


Bagi memastikan surat tersebut membolos 'gate-keepers' penjawat awam terbabit, ia turut dihantar  melalui e-mel. Tak sangka juga apabila terima respons daripada salah seorang 'bos' di JPM...

From: Datuk Othman Bin Haji Mahmood
To: YBhg. Datuk Wan Hamidah Binti Wan Ibrahim
Cc: Chong KL ; khalid Ali ; Capt Murad ; Md Som ; Dato Zaini Utusan ; nor ibrahim sulaiman ; Dato Abu Bakar JPA ; YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Bin Haji Hassan ; YBrs. Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad
Sent: Friday, 27 January 2012 10:23 PM
Subject: RE: ELAUN KENANGAN

 Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh,

YBhg. Datuk, 

Harap dapat disampaikan maklumat yang sama kepada pengadu sepertimana cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar. Harap dapat diselaraskan.

Terima kasih. 

 "Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"  
"Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti" 

OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD 
27 Januari 2012 
( 03 – 887 21800 | 6 03 – 8888  3834 | * othmanm@pajpm.gov.my

Sebenarnya, Datuk Othman tidak tersenarai dalam 'Salinan kepada' surat di atas. Tapi dalam e-mel saya masukkan namanya kerana beliau adalah bos kepada Datuk Wan Hamidah. Saya ada musykil sedikit apa maksud '..cadangan jawapan kita kepada pihak akhbar.' Cadangan? Saya akan ajukan kemusykilan ini kepada Datuk nanti, Insya-Allah. 

Rabu, 25 Januari 2012

Lagi Panggilan Ilahi

25 Januari 2012 = 1 Rabiulawal 1433H, lebih kurang jam 1600, saya terima panggilan telefon daripada squad-mate, Brig Jen Dato' Muslim Yusof (B), memaklumkan bahawa Lt Kol Jamaluddin Bin Tajuddin TUDM (B), telah kembali ke rahmatullah pada jam 1400.....Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ!  Saya difahamkan arwah telah lama mengidap barah pankreas. Ketika panggilan dibuat, jenazah  masih di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Melewar, Batu Caves.

Dari kiri: Kapt (U) Raja Mohd, mendiang Mej (U) Stephen Ngiau, arwah Mejar (U) Jamaluddin, Lt Kol (U) Richard Jalleh, Mej (U) Ooi Ah Bah

Saya mengenali arwah ketika mengikuti kursus peralihan pesawat Nuri sebagai ko-pilot pada Jun 1974 selepas tamat kursus penerbangan di SEA Helicopter Sdn Bhd. Malah, semasa fasa penerbangan selepas tamat 'ground school', arwah adalah jurulatih pertama yang terbang dengan saya. 

19 Jun 1974 - Penerbangan pertama saya dengan pesawat Nuri 

Saya kerap terbang sebagai ko-pilot arwah, terutama penerbangan VVIP. Salah satu penerbangan yang masih segar dalam ingatan ialah membawa Sultan Perak, Almarhum Sultan Idris Shah. Mengikut 'tasking sheet', kami dikehendaki mengambil Tuanku di Grik dan 'offload' di Taiping. Seterusnya, terbang ke Butterworth untuk Ops Bamboo Xpress keesokan hari. Pagi-pagi 4 Feb 1975 lagi, kami telah terbang dari Kuantan. Mendarat sahaja di Grik, sebuah kereta telah dihantar menjemput kami ke Rumah Rehat untuk sarapan pagi dengan Tuanku. Pergilah kami bertiga bersarapan semeja dengan Tuanku, Y.M Datuk Sri Sharifah Salma, isteri Baginda dan seorang lagi. Sungguh teruja dibuatnya. Manakan tidak...Siapalah saya diberi peluang makan pagi semeja dengan seorang Sultan!

Sebelum berlepas dari Grik, Tuanku memaklumkan arwah Kapt (U) Jamaluddin yang beliau berhasrat untuk melawat arwah YM Raja Shariman, OBJ Dinding (Orang Besar Jajahan, Manjong) yang ketika itu berada di Hospital Besar Ipoh. Menjadi tugas saya untuk memaklum Bilik Operasi Pangkalan tentang 'diversion' yang dipinta oleh VVIP pax. Dari Ipoh, kami mendarat di Padang Esplanade, Taiping. Lagi sekali, Tuanku menjemput kami makan tengah hari di Rumah Rehat. Saya masih ingat, orang yang membawa kami ke Rumah Rehat ialah Dato' Razak, seorang 'dignitary' di Taiping. Para hadirin hanyalah Tuanku dan isteri, Dato' Razak dan kami bertiga. Kami makan di bilik VVIP. Salah satu hidangan yang sehingga sekarang saya masih ingat ialah sambal tumis ikan bilis. Selepas makan, kami pun berlepas ke Butterworth.

Kali terakhir saya terbang dengan arwah ialah pada 11 Disembar 1975. Beliau telah bertukar ke KEMENTAH pada Januari 1976. Semenjak itu, seingat saya, kami tidak pernah bersua sehingga berita yang saya terima ini.

11 Disember 1975 - Penerbangan terakhir dengan arwah Kapt (U) Jamaluddin 

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah.

Selasa, 24 Januari 2012

Dari Album XPegawai Memerintah - Bhg 1

Saya telah menghantar e-mel kepada Mej Jen Dato' Fauzi bin Hussain TUDM (B), mantan Timbalan Panglima Tentera Udara. Saya telah bertanya kepada beliau bilakah gambar-gambar di coretan ini diambil. Ketika itu beliau, berpangkat Wing Commander (Lt Kol), adalah Pegawai Memerintah TUDM Butterworth. Beliau, sebaliknya, telah menghantar beberapa keping gambar serta kapsyennya sekali, petikan '.... See and take whatever you can use'. Saya terpaksa membuat 'Mayday call' kepada saudara 'mangchikla' untuk membantu saya 'copy & paste' gambar-gambar tersebut untuk diposkan dalam blog ini. 

LAWATAN PERDANA MENTERI, ARWAH TUN ABDUL RAZAK, PADA 31 DISEMBER 1974  

The visit by the PM of Malaysia Tun Abdul Razak and Toh Puan Rahah – 31 Dec 74

Inspecting the quarter guard accompanied by the commander Sqn Ldr Looi

Walking past the saber aircraft, a squadron of this aircraft were donated by Australia

Visiting the No 3 Sqn

Toh Puan Rahah, the PM wife at the CO’s residence – 31 Dec 74

Toh Puan Rahah with the CO’s wife
Banyak lagi....

Dato'  Fauzi & Saudara Mangchikla....Terima kasih.

Khamis, 19 Januari 2012

AWAS/AMARAN

AMARAN...JANGAN SAMA SEKALI MEMPERCAYAI APA YANG TERCATAT DALAM E-MEL SEPERTI YANG SAYA TERIMA INI. INI HANYALAH HELAH PENYANGAK/PENYAMUN/PENIPU UNTUK MENGAUT SIMPANAN ANDA DALAM BANK. PERCAYALAH, BANK TAK AKAN MEMINTA BUTIR-BUTIR AKAUN ANDA MELALUI INTERNET. LAGI PULA, SAYA TIDAK TERFIKIR SIAPA YANG HENDAK MEMBUAT BAYARAN KEPADA SAYA DAN UNTUK APA. PALING TIDAK PUN, PERHATIKAN KETIADAAN ALAMAT PENERIMA.

BANK MEMPUNYAI BUTIR-BUTIR LENGKAP AKAUN PELANGGAN MEREKA. DELETEKAN SAJA APABILA MENERIMA E-MEL SEPERTI INI. KALAU TIDAK PUN, HUBUNGILAH BANK UNTUK MENDAPAT PENGESAHAN.
From: CIMB 
To:
Sent: Wednesday, 18 January 2012 9:42 AM
Subject: You have a pending incoming bill payment

   

Dear Valued Customer, 
You have a pending incoming bill payment from 10130006094524 to your account. This transaction cannot be completed due to errors present in your account information.
Kindly click on 'Submit' below and ensure you fill in the required information to have the money credited in your account
Thank you for your continuous support
All rights reserved. Copyright © 2011 CIMB Bank
   
Saya tiada masa untuk klik kat 'Submit' sebaliknya telah cuba 'forward'kan e-mel kepada CIMB melalui'cimbclicks@cimb.com' tetapi tidak berjaya dengan alasan....

Your message was not sent.
Suspicious activity was detected on your account. To protect your account and those of our users, your message was not sent. Please follow the guidelines outlined on our help page to resume sending mail.
If this error continues, please contactahoo! Customer Care for further help.
We apologize for the inconvenience.