Sesiapa yang terlepas menonton Helicopter Heroes di History Channel pada 30/31 Ogos tempoh hari, boleh le tonton di sini.
Zaini Zaid....Terima kasih.
Pengikut
Jumaat, 4 September 2015
Jumaat, 28 Ogos 2015
'Helicopter Heroes'
27/8/2015 jam ~1100...Akhirnya,....tercapai juga impian saya, yang bermula semenjak 2009, agar sumbang bakti The Old But Faithful Iron Birds - NURI - terhadap keselamatan dan pembangunan negara diabadikan dalam bentuk filem dokumentari. Filem ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertahanan di auditorium, KEMENTAN, syukur alhamdullah.
...This one hour documentary tells the story of crews and pilots who flew the Sikorsky S61 during the 1969 Communist insurgency and the evolution of its strategic role in protecting and building the nation.
UPCOMING AIRINGS:
SUNDAY,30 AUG, 2015 - 22:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 06:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 11:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 15:00"
Dari kiri: PW1 Mohsain, Lt Kol Mior Zubir, NIBS, Mej Oon L.H.
Dalam auditorium
Perasmian oleh Mentah
Bersama Zaini Zaid (Redz Productions) selepas perasmian
Momento dari Redz Productions
Sapa2 yang berminat, tontonlah di History Channel 555 seperti yang dicatatkan oleh Zaini Zaid melalui kumpulan WhatsApp 'Nuri Warriors'...
"Helicopter Heroes
UPCOMING AIRINGS:
SUNDAY,30 AUG, 2015 - 22:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 06:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 11:00
MONDAY,31 AUG, 2015 - 15:00"
Redz Productions....Saya tidak mewakili sesiapa tapi mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan diatas initiatif anda mengabadikan sumbang bakti "NURI" terhadap keselamatan dan pembangunan negara tercinta kita yang satu ini....MALAYSIA. Selepas ini para pengkaji boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang 'Talian Hayat' kepada anggota Pasukan Kesalamatan di suatu ketika dulu di Arkib Negara. Untuk itu....TERIMA KASIH.
MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA
Khamis, 20 Ogos 2015
Mak...Pergi Buat Selama-lamanya
20/8/2015...Genap 8 hari mak kembali ke rahmatullah.
Pada 12/8, saya terima panggilan daripada adik saya, Ahmad Kamarudin@Mek, memaklumkan mak, RAHAMAH BT MAT WAHI, sedang nazak di rumahnya di Taiping. Walau pun sepatutnya nak celebrate segelas nescafe ice kurang manis kerana mengalahkan members, saya bergegas balik ke Taiping. Adik saya, Wahinuddin, sudah tiba dari Ipoh manakala kak, Intan dan Cik Su tiba lewat petang.
13/8, jam 1039....mak pergi buat selama-lamanya. Saya telah membuat laporan kematian di balai polis Taiping. Jenazah selamat dikebumikan di Tekah pada jam lebih kurang 1730.
Laporan polis
Saya tabik spring kepada Mek. Pada 2/8/2015 isteri beliau, NOREHAN, telah pergi buat selama-lama. Arwah disemadikan di Tekah juga. Arwah mak juga tinggal bersama Mek. 2 kematian dalam tempoh 12 hari! Sungguh besar ujianNya.
Iman (anak kak) mengadap pusara mak sementara Bukhari (belakang berbaju hitam) mengadap pusara ibunya, Norehan
SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN MAK DAN NORIHAN DIKALANGAN ORANG YANG SOLEH
Label:
Balasungkawa
Ahad, 9 Ogos 2015
Gathering of Super Veterans
7 August 2015, 2000 hr; Loc: Wisma Pahlawan, MINDEF... I drove to KL to attend a gathering of the 'super veterans' of an instrument of modern warfare.....HELICOPTERS. Actually, I don't like to travel to KL with all those suffocating jams. Worse still, I'm no longer familiar with the roads. Nevertheless, this was one gathering I wouldn't want to miss since it was to honour Mej Benjamin Lee and his wife, Ailsa Lee. He was formerly an Alouette 111 and Nuri pilot. He has migrated to New Zealand a long time ago and they came over for a visit.
Frankly, I had never served under him when I was in the service. I knew him during my flying days at SEA Helicopter in 1973-74. He was then the OC Examining Unit. Throughout the flying course, I was checked by him on 4 occasions.
During the course of gathering information for my research, I had to get in touch with him to obtain information regarding the formation of No.7 and 10 Squadrons since he was the first OC of No. 10 Squadron.
Among my correspondences with him....
ben_lee@xtra.co.nz
5 Aug 2014
Dato' Rahim...Thank you for sponsoring the event.
Frankly, I had never served under him when I was in the service. I knew him during my flying days at SEA Helicopter in 1973-74. He was then the OC Examining Unit. Throughout the flying course, I was checked by him on 4 occasions.
During the course of gathering information for my research, I had to get in touch with him to obtain information regarding the formation of No.7 and 10 Squadrons since he was the first OC of No. 10 Squadron.
Among my correspondences with him....
ben_lee@xtra.co.nz
5 Aug 2014
- To
- nibsny@yahoo.com
Hello Nor Ibrahim
Well we did have a chuckle over Ben’s mood being judged by his legs!!! You’ll be pleased to
hear he hasn't smoked in years and of course no longer drives a Mazda Capella - that was a
pretty useless car!! Went to East Malaysia with us
after Ben left the Air Force and very glad to leave it there!!
These have been such interesting times for us both and has taken us back to such happy days in
both our lives for which I thank you sincerely - even though that wasn't the object of the
exercise. It is interesting to read everyone’s recollections of events - with everything being
new to the Air Force there was a lot of fun times, though the work being done was treated with
the utmost integrity.
I think you deserve some sort of recognition for digging through the history. Well done.
Regards
Ailsa
PS Like Ben, please call me Ailsa - I feel I know you too now.
Sent from Windows Mail
From: nibsny@yahoo.com
Sent: Monday, 4 August 2014 4:37 p.m.
To: ben_lee@xtra.co.nz
Sent: Monday, 4 August 2014 4:37 p.m.
To: ben_lee@xtra.co.nz
Dear Mrs Lee,
Your response came as a nice surprise. To me, Mej Ben Lee's involvement in the
helicopters of the RMAF has left an indelible mark in the history of RMAF. I salute
him for being the FIRST in a series of events pertaining to 'Dragonfly'
(Aloutte 111) and the 'Iron Bird' (Nuri). 1st Malaysian QHI; 1st OC No 10 Sqn;
1st OC EU, 1st OC Heli FTS; 1st OC ILIT. Not forgetting, of course, he was also
entrusted to train Nuri pilots, and setting up of EU, Heli FTS and ILIT from scratch.
What an achievement!
I never had the opportunity to serve under him during my RMAF days. My memory
of him was confined to my flying training days at SEA Helicopter. Each time he
appeared at SEA in the blue Mazda Capella RE and smoking his Players Gold Leaf,
our hearts missed a beat for this meant we were due for the dreadful check ride.
We had our own way of determining our progress during the check ride. All we had
to do was to monitor the positioning of his legs. If he seemed relaxed and decided
to put his left leg on the window frame of the Bell 47, then we knew for certain
that we had passed the test. If he sat prim and proper with both legs down, then we
knew we had to do another check ride.
My primary objective in conducting this research is simply to document a small
fraction of the history of the RMAF, in particular the Nuri, for posterity.
Regards,
Nor Ibrahim
The function was a success. Almost all the former PTUs were there...
The Seniors and The Juniors
From left: Ailsa Lee, NIBS, Mior Zubir,
Dato' Rahim. I'm flattered when Ailsa told
me that I was the one who triggered Ben's
interest to start digging into his logbook
again and to pay a visit to KL Base.
interest to start digging into his logbook
again and to pay a visit to KL Base.
From left: Mej Jen Dato' Yahya Bidin, NIBS,
Ben Kamaruddin, Lt Jen Dato' Sabri Adam,
Khairuddin, Mej Jen Dato' Razak,
Mior Zubir
Mior Zubir
With Ben Lee
Dato' Rahim...Thank you for sponsoring the event.
Dato' Karim...Thank you for organizing and inviting me.
Label:
General
Rabu, 22 Julai 2015
Abstract
Memang dah lama tak menulis untuk blog. Al-maklum saje le, bukan apa hanya buat2 sibuk menulis untuk kajian. Salah satu keperluan ialah pelajar kena tulis 2 rencana untuk jurnel tertentu. Veteran ini mana le pernah tulis jurnel yang berbentuk 'akademik', tulis untuk blog boleh le. Gaya tulisan tu pula 'talking-writing'. Anyway, suka tak suka suka terpaksa le menulis. Cuba punya cuba, terhasil juga le walaupun tak ada lansung bunyi akademik. Ini abstraknya...he...he...he
Siap saje hanto pada supervisor untuk disaring sebelum dipanjangkan kepada penerbit UUM. Depa suruh saya pendekkan daripada 20 halaman kepada 15. Saya kata tak boleh nanti tak ada kesinambungan. Mind you, ini bahan sejarah complete dengan rujukan. Lepas tu, tak pula dengar apa2 berita dari supervisor. Harap2 depa terima seadanya le, wallahualam.
Label:
General
Ahad, 14 Jun 2015
Ops Mekong
Masa kerja bawa Nuri dulu, saya sebenonya kan kisah sangat tentang operasi-operasi yang saya sendiri terlibat. Kena detail untuk terbang....terbang. Kalau tak kena detail....tunjuk muka welfare kat Flight Commander supaya nama saya dipertimbangkan...he...he....he. Jadi, ingatkan bila Nuri FM1715 kena tembak pada 26/4/76 yang mengorbankan 11 anggota PK, kisah tu tamat sajalah.
Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.
Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.
Engkohnya tidak. Ekoran Ops Gubir 11, hubungan Malaysia dengan Thailand menjadi tegang. Pada 1/5/76, penduduk Betong telah membuat demonstrasi di Betong supaya PPH yang berada di bandar tersebut diusir (The Straits Times, 5/5/76). Yang menjadi dalangnya ialah...tak lain dan tak bukan...PKM. PM Thailand yang baru menerajui gomen tunduk terhadap desakan ini. Lebih terok lagi, beliau membatalkan Perjanjian Keselamatan Sempadan Negara yang membolehkan kehadiran PPH di Betong. Duta kita dipanggil oleh Menteri Luar depa untuk menyampaikan keputusan supaya PPH berundur dan pembatalan perjanjian tersebut. PM kita masa tu, arwah Tun Hussein Onn, panggil balik duta kita untuk berbincang.
Dipendekkan cerita, Malaysia terpaksa akur dengan kehendak Thailand. Pada 6/6/76, seramai 378 anggota PPH dan 21 anggota Cwg Khas (Lt Kol Mohd Azam bin Hanif Ghows, 2014, Reminiscenes of Insurection - Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990) berjalan kaki sejauh 9 batu (14.4 km) dari kem depa di Betong menuju ke sempadan. Difahamkan pihak Thailand tidak membenarkan kenderaan untuk membawa orang kita balik ke Malaysia.
Sumber: Muzium PDRM
Pengunduran ini, Ops Mekong (New Nation 12/6/76), melibatkan 4 buah Nuri dan 6 meriam siap sedia di landasan terbang Gerik. kesemua laras meriam dihala kepada laluan yang akan dilalui oleh konvoi nanti. Manakala, terup pula siap sedia untuk diterbangkan oleh Nuri. Di waktu yang sama, dua buah helikopter gempur Alouette 111 mengiringi konvoi dari sempadan. Selain itu, dua buah pesawat F5E membuat rondaan bagi menentukan tiada sebarang pencerobohan pesawat RTAF memasuki ruangangkasa negara.
Brig Jen Dato' Jaafar bin Onn, Panglima 2 Bde, memberi amaran kepada rakyat bahawa PGK akan menggiatkan lagi kegiatan mereka. Amaran ini berlandaskan kepada ketiadaan maklumat perisikan dari anggota CK (The Straits Times, 8/6/76). Kebimbangan ini turut diperkukuhkan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, apabila beliau menyatakan bahawa Betong akan didominasi oleh PGK sekiranya Thailand tidak menghantar pasukan keselamatan mereka bagi menggantikan PPH (The Straits Times, 7/7/76).
Saya masih tercari-cari maklumat tentang berapa orang anggota polis sempadan Thailand yang berada di Kroh dan bila mereka beredar dari bumi kita? Sapa2 yang ada maklumat, harap kongsi bersama le dengan saya. Untuk itu, didahului dengan ucapan Terima Kasih.
Supt Norizan bin Murad....Terima kasih.
Label:
Gubir Tragedy
Ahad, 7 Jun 2015
Memoir Lt Kol Dr Syed Othman
Dah lama betul tak menulis blog. Bukannya apa, fokus sekarang kepada penulisan kajian. Depa yang berkenaan komen gaya penulisan saya seperti mengarang 'cerita', bukannya penulisan akademik! Lepas tu, tulisan tu pula macam tembak saja ....bang...bang...bang. Straight to the point tanpa 'lenggok2'. Ingat menari saja ada lenggok! Almaklum sajalah, dah 25 tahun dalam tentera. Semuanya short and sharp. Prinsip yang digunakan ialah ABC: A - Accurate; B - Brief; C - Clear. Tak apalah, cuba dan terus mencuba.
Pada 5/6/15, saya terima buku hard cover ini dari Lt Kol Dr Syed Othman. Dari tahun sudah lagi, 2014, beliau telah memaklumkan pada saya yang beliau sedang berusaha untuk mencetak memoirnya dan sedang mencari penaja untuk membiayai pencetakan buku tersebut. Akhirnya, buku tersebut berjaya dicetak pada Mei 2015. Seperti saya juga, buku ini diterbitkan oleh beliau sendiri. Sebelum ini, 8 buku karyanya diterbitkan oleh penerbit2, seperti DBP.
Pada 5/6/15, saya terima buku hard cover ini dari Lt Kol Dr Syed Othman. Dari tahun sudah lagi, 2014, beliau telah memaklumkan pada saya yang beliau sedang berusaha untuk mencetak memoirnya dan sedang mencari penaja untuk membiayai pencetakan buku tersebut. Akhirnya, buku tersebut berjaya dicetak pada Mei 2015. Seperti saya juga, buku ini diterbitkan oleh beliau sendiri. Sebelum ini, 8 buku karyanya diterbitkan oleh penerbit2, seperti DBP.
Saya difahamkan buku ini tidak dijual di kedai2 buku. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di 019-2356190 untuk butiran selanjutnya. Saya harap para pembaca menyokong usaha beliau dengan membeli hasil karyanya itu. Terima kasih.
Dr Syed Othman....Terima kasih diatas pemberian buku tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)
















