Pengikut

Jumaat, 25 September 2009

Beringat Sebelum Terlambat


ANGGOTA TENTERA.....APA DAH JADI NI.....? DI MANA SILAPNYA?


Laporan Utusan Malaysia pada 23 September, 2009

....."Anggota tentera kini memperoleh gaji yang agak lumayan dan mencukupi berbanding dahulu, jika berpangkat koperal ingin hidup seperti seorang leftenan memanglah gaji tidak mencukupi"....Betul kata-kata Datuk Muhammad Abdul Ghani, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 September, 2009.

Sekiranya anda berpegang kepada kata-kata 'BUKAN SENANG NAK JADI SENANG.....BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH', InsyaAllah anda tidak akan menghadapi masalah kewangan. Ingat, tok nenek kita dahulu lagi telah mengingatkan kita..... 'ukur baju dibadan sendiri'.  Tetapi, mengapa masih ada segelintar dari kita mudah lupa? Pada saya, NAK KAYA CEPAT DAN KURANG PENGETAHUAN MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN. Itu sahaja.

Anggota tentera.....Di mana dan bagaimana anda membelanjakan gaji anda? Mengapa 'take-home pay' anda hanya tinggal beberapa puluh RM sahaja? Saya sudah lama bersara dari ATM dan memang sudah kurang pengatahuan tentang gaji/elaun anggota tentera dan lain-lain  kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan sekarang ini. Apa yang dicatatkan ini berlandas kepada pengetahuan semasa masih berkhidmat dahulu.  

Kos sewa rumah tinggi? Untuk makluman pembaca, di kebanyakan kem tentera, ATM menyediakan rumah kelamin (RK) untuk mereka yang sudah berkahwin dan mes/bilik bagi yang bujang. Ini bermakna, mereka tidak perlu membelanjakan sebahagian besar dari pendapatan bulanan mereka untuk membayar sewa rumah/bilik. Mereka ini sungguh bertuah sekiranya dibandingkan dengan lain-lain kakitangan kerajaan.

Kos pengangkutan tinggi? Pada pandangan saya.....Tidak. Sebagai contoh, ambil unit yang berada di Kepala Batas, Kedah. Jarak dari RK ke kem tidak sampai 3 km untuk RAMD dan lebih kurang 8 km untuk anggota LLP TUDM. Kenderaan yang paling sesuai ialah 'kapcai' sahaja...bukan kereta! Penggunaan kapcai menjimatkan kos petrol dan senggaraan. Semasa saya masih di TUDM, inilah pengangkutan utama saya....di Kuantan, Butterworth, Labuan dan Kuala Lumpur.

Kos pengangkutan anak kesekolah tinggi? Janganlah beri alasan itu. Kita semua tahu, unit menyediakan bas/trak untuk anak-anak anda. Minta maaflah, saya kurang pasti tentang bayaran. Sekiranya dikena bayaran, mungkin sangat berpatutan. Di kem-kem tertentu, diwujudkan sekolah rendah dan menengah untuk 'anak-anak askar', termasuk MRSM.

Kos rawatan perubatan tinggi?  Ini sudah melampau. Mana ada organisasi yang menyediakan hospital khusus untuk warga ATM? Bukan itu sahaja, hospital pula dilengkap dengan peralatan moden dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam berbagai bidang....! Sebagai seorang pesara ATM,  saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh mengguna kemudahan ini, terutama RSAT. Semua ini adalah......PERCUMA!

Kos bercuti tinggi?  Adakah anggota awam bercuti dibiayai atau diberi subsidi oleh kerajaan? Tentu tidak.  Anda? Ya. Seingat saya, kerajaan memberi subsidi untuk bercuti setahun sekali dengan keluarga. Sekiranya anda memilih KTM, waran perjalanan diberi percuma untuk mana-mana destinisi anda. Sekiranya mengguna kenderaan persendirian, anda mendapat subsidi petrol. ATM ada menyediakan rumah-rumah persinggahan di tempat-tempat tertentu. Mengapa tidak mengambil peluang ini?

Pakaian kerja?  Pakaian seragam.....percuma! Malah kemudahan dobi juga percuma. Bagi mereka yang diperlukan memakai pakaian awam, elaun pakaian diberi. Jadi, anda membeli pakaian apabila diperlukan sahaja. Berbeza dengan anggota awam - mereka terpaksa membeli pakaian untuk berkerja.

Kos tinggi untuk menyambut hari lebaran?  Saya ada memberi pandangan kepada program Awani - U-Wartawan, saluran 501, yang membincangkan topik 'Hemah Berbelanja Ramadhan dan Syawal' baru-baru ini. Di bawah adalah pandangan saya.

Assalamualaikum,

Saya tidak pernah terbaca hadis/sunah yang menyarankan berbuka puasa dan menyambut hari lebaran mesti berbelanja lebih. Tetapi, hadis menekankan kebersihan....separuh dari iman. Ini sepatutnya menjadi pegangan untuk kebanyakan kaum Muslim. Tidak malu, malah berbangga, saya menyatakan....saya masih mengguna langsir dan perabot semenjak 9 tahun lalu. Saya tidak boleh menjustifikasikan kepada diri sendiri mengapa saya perlu menukar perkakas tersebut. Peralatan masih baik. Tetapi, saya tekankan disini, perabot dan langsir dalam keadaan BERSIH. Apa orang lain fikirkan, bukannya satu masalah bagi saya. Kesusahan saya....hanya saya yang akan menanggungnya. Kesenangan saya...saya boleh membantu mereka yang memerlukan. Dengan kata lain, tak luak walau sedikit pun apa yang saya ada. Keafdalan puasa bukannya membazir makanan mengikut nafsu. Manakala kemeriahan Hari Raya tidak terletak kepada perkakas baru.


September 5, 2009 2:07 PM

Anda sepatutnya mesti dapat membahagikan apa yang perlu dan apa yang dikehendaki. Perlu? Keperluan untuk hidup seperti tempat tinggal (rumahlah tu), makan, pakaian, mungkin kenderaan. Membeli rumah adalah satu pelaburan. Tetapi, ingat, lokasinya sangat penting. Silap lokasi, ia akan menjadi liabiliti pula. Lagi satu, anda mesti ambil tahu siapa pemajunya.....takut nanti projek perumahan terbengkalai! Kenderaan juga perlu. Belilah yang termampu. Ambil kira bayaran bulanan dan kos senggaraan.

Dikehendaki? Tanpanya anda masih boleh hidup, seperti kereta Jaguar, jam Rolex, makan di hotel 5 bintang, pakaian berjenama, tv skrin leper, telefon bimbit yang tercanggih, dan apa-apa yang ada dalam dunia. Adakah anda sanggup berhutang untuk mendapatkan barang-barang dikehendaki hanya kerana jiran/kawan anda mempunyainya? Sekiranya itulah prinsip hidup anda.....good luck to you! 

Menyentuh pinjaman koperasi.....Mengapa anda mesti mengambil pinjaman koperasi sekiranya tidak terdesak? Saya sedar ramai dari ahli-ahli koperasi meminjam hanya kerana wujudnya kemudahan untuk meminjam, itu saja......bukan kerana terdesak. Di mana lojiknya?

Ingat, bagi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), anda berkhidmat  hanya selama 21 tahun untuk melayakkan anda menerima pencen SEPARUH GAJI POKOK. Sekiranya anda ada masa terluang, baca blog saya bertajuk 'ANGGOTA TENTERA LLP.....21 TAHUN KEMUDIAN'.  Mungkin anda akan kembali ke alam nyata.

Pembaca semua, pada pandangan saya, tak kira berapa banyak sekali pun pendapatan anda, sekiranya anda tidak pandai mengurus kewangan anda.......MASIH TAK MENCUKUPI! Berhati-hatilah apabila ada orang mengajak anda melabur dalam projek mereka. Silap langkah.....lingkup! YANG PALING MUSTAHAK SEKALI, TENTUKAN REZEKI ITU HALAL....ANDA AKAN SELAMAT, INSYALLAH.

Maaf sekiranya saya menyinggung perasaan anda. Tiada niat untuk memandang rendah terhadap sesiapa. Coretan ini tidak terhad kepada anggota LLP sahaja.....kepada semua.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nor,

Saya amat suka membaca artikel saudara membincangkan tentang topik ini. Ini mengingatkan kepada saya kepada abang ipar saya, iaitu seorang anggota tentera berpangkat lans koperal dengan kor rejimen renjer. Mmg akui gaji yang diterima beliau mmg lumayan, jika termasuk elaun ialah hampir rm3000. Walau bagaimanapun, oleh kerana gaya hidupnya yang tak pandai ukur baju sendiri, dia telah banyak mengambil pinjaman bank ketika masih bujang, sehinggakan setelah ditolak gajinya untuk membayar beberapa pinjaman, hanya tinggal rm300 sahaja. Hampir diisytiharkan muflis lagi tu. Nasib baik kakak saya bekerja, dan kakak saya selama ini yang banyak menolong abang ipar saya membayar pinjaman2nya dan membeli keperluan dapur. Mmg diakui ramai di kalangan anggota tentera sekarang yang banyak dibelenggui masalah hutang keliling pinggang.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Berikut adalah respons dari KSU KEMENTAH terhadap coretan ini yang saya e-melkan kepada beliau.

RE: xnuripilot : Beringat Sebelum Terlambat
Friday, September 25, 2009 6:18:19 PM
From: Dato' Hj Abu Bakar bin Abdullah abubakar@mod.gov.my
To: Maj (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman nibsny@yahoo.com

Assalamualaikum tuan,

Terima kasih di atas pandangan yang iklas dan penuh dengan pengajaran serta peringatan tersebut. Di peringkat MINDEF pelbagai usaha telah dibuat untuk mempastikan segala kemudahan samada infrastruktur atau pun perkhidmatan disediakan menggunakan peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan. Seterusnya terpulang lah kepada individu itu sendiri untuk mengatur corak kehidupan sehariannya.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF sekiranya ada apa-apa kesalahan dan kesilapan.

Wassalam.

Robert Rizal Abdullah berkata...

Saudara Anonymous,

Saya ingin membetulkan tanggapan Saudara yang malebelkan "Hai-O Marketing" sebagai skim cepat kaya.

Tahukah Saudara Hai-O Marketing adalah tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Malaysia? Mempunyai fixed deposit melebihi RM200 juta dan asset berbayar melebihi RM500 juta? Telah di tubuh kan semenjak 35 tahun lalu? Prestasinya adalah di belakang AMWAY? Ia adalah perniagaan sah berbentuk Multi Level Marketing (bukan single level) ( lesen no: 242478-M (AJL 93033))Tahukah anda ia sudah melahirkan 300 usahawan Bumiputera setakat ini? Dan jumlah ini semakin meningkat bulan demi bulan.

Jika anda ingin mengetahu dengan lebih lanjut sila tel pejabat Hq kami: 03 - 3342 3322

HANYA YG BERKERJA KERAS SAHAJA BOLEH BERJAYA. DUIT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK KEPADA ANDA JIKA ANDA TIDAK BERKERJA KERAS!!!!

Robert Rizal Abdullah berkata...

Anonymous,

Correction: telah melahirkan usahawan "jutawan" bumiputera......

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Squad,

Terima kasih diatas komen anda. Dengan penjelasan anda, saya pasti 'Anonymous' sekarang sudah mengetahui yang Hai-O Marketing adalah sebuah syarikat yang disenarai di KLSE.

Untuk Anonymous, maaf saya terpaksa simpan dulu komen anda. Mungkin akan diposkan semula setelah diedit. Bagaimana pun, terima kasih diatas komen anda. Malah saya telah poskan satu coretan berlandas dari komen anda -'Skim Lambat Kaya'. Dicadangkan, cuba elak dari menamakan syarikat-syarikat terbabit.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Diposkan semula komen Anonymous setelah diedit (nama syarikat-syarikat dipadamkan).

Anonymous said...
Salam Tuan,

Memang benar seperti yang dilaporkan akhbar ramai anggota tentera yang menyertai skim cepat kaya ini dengan bermodalkan bukan sahaja ribuan ribu ringgit, tetapi puluhan ribu ringgit. Anggota ini melabur pada jumlah yang amat tinggi akibat terpengaruh kepada seorang dua rakan anggota yang telah berjaya hanya untuk sementara waktu sahaja.

Di atas pengaruh faktor ini, mereka tanpa segan silu menggadaikan risiko yang tinggi dengan modal pelaburan yang berjumlah ribuan dan puluhan ribu ringgit. Mereka dengan mudah membuat pinjaman koperasi atau institusi kewangan yang mana akhirnya memakan diri sendiri. Ada yang terpaksa menyara hidup dengan gaji bersih hanya RM5 sahaja! Macam mana pula hendak menanggung keluarga dengan jumlah yang amat sedikit ini...Kesian...

Mereka ini terpengaruh apabila melihat rakan mereka yang bernasib baik menyertai skim ini pada peringkat awal memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan. Tetapi mereka tidak sedar bahawa pulangan skim cepat kaya ini hanya untuk sementara waktu sahaja.

Kesan yang teruk apabila mereka terlalu ghairah dengan skim tersebut sehinggakan banyak mengabaikan kerja-kerja di skuadron atau pejabat.

Memang sukar untuk membendung masalah pengaruh skim cepat kaya ini kerana apabila sudah berkubur ia akan muncul skim yang lain pula. Tetapi konsepnya masih sama... SKIM CEPAT KAYA! Mana ada orang mahu ambil SKIM LAMBAT KAYA seperti yang ditawarkan kerajaan seperti ASB, Tabung Haji, Public Mutual dan sebagainya. Ini kerana sikap TAMAK yang melanda diri mereka yang tidak mahu bersyukur dengan insentif yang telah ATM berikan.

Oleh itu setiap anggota perlu berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan skim seumpama ini pada masa akan datang. Jadikan ia sebagai pengajaran kepada sesiapa yang telah terkena. Kepada sesiapa yang belum terlibat dengan skim ini, TOLONG JANGAN CUBA! Biarlah orang kata kita tentera ini pengecut untuk merisikokan diri kita dengan pelaburan tak berfaedah ini, tetapi jangan pengecut untuk pergi berperang mempertahankan negara.

'BERINGAT SEBELUM KENA'

Sekian. Wasalam.

Young Nuri Pilot
xflying tigers
September 25, 2009 10:53 AM