Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Berakhirnya Satu Perjuangan!

Saya ingatkan selepas coretan bertajuk "Auld Lang Syne", berakhirlah topik 'Elaun Untuk JPP, PTU Dan KPK' ini dari ingatan. Masalahnya, saya mengatakan '..almost exhausted all avenues....', jadi masih ada ruang untuk menonjolkan kisah ini. Semangat tidak mudah mengaku kalah sebelum benar-benar kalah dalam memperjuangkan sesuatu isu terlalu tebal...!

Pada 6 November 2009, saya telah menghantar e-mel kepada YAB Perdana Menteri dan salinan kepada YB Menteri Pertahanan. Dan juga sms kepada YB Dato' Ibrahim Ali, MP Pasir Mas, agar beliau membawa perkara ini di sidang Parlimen. YB berjanji isu ini akan dibawa di peringkat Jawatankuasa nanti dan meminta difakskan maklumat berkaitan. Isi kandungan e-mel kepada YAB PM adalah lebih kurang sama dengan surat yang saya fakskan ke pejabat YB di Kuala Lumpur.

E-mel kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri...saya sudah pasti e-mel ini tidak akan melepasi 'Gate Keepers' ....tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba!

ELAUN UNTUK JPP, PTU & KPK

Friday, November 6, 2009 4:16 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: najib@pmo.gov.my
Cc: "Dato\' Zahid Hamidi" , "Mininter of Def" , "sidek ksn" , "KSU Indef" , "khalid Ali" , "Chong KL" ... more

Surat saya kepada YB Dato' Ibrahim Ali...

08 November 2009

YB Dato’ Ibrahim Ali
Ahli Parlimen Pasir Mas
Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

 ELAUN UNTUK PENERIMA-PENERIMA JPP, PTU DAN KPK

 Berhubung perkara di atas, saya memohon agar YB Dato’ membawa rentetan kami penerima anugerah tersebut semasa sessi Parlimen kini. Seperti yang YB Dato’ sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan hanya 5 Anugerah Keberanian, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK (Kembaran A - coretan dari blog saya, xnuripilot.blogspot.com). YAB PM telah mengumumkan kenaikan kadar baru untuk penerima-penerima SP dan PGB pada 31 Julai 2009 lalu; RM2000 untuk penerima SP dan RM1500 untuk PGB. Dukacita sekali, kami penerima JPP, PTU dan KPK seperti tidak wujud sama sekali.

 Saya telah menghantar e-mel kepada YB Menteri Pertahanan, KSN dan KSU KEMENTAH merayu agar kami turut menikmati imbuhan bulanan (Kembaran B-coretan dari blog saya). Pada 26 Jun 2009, KSU telah memajukan sokongan KEMENTAH agar kami diberi elaun tersebut ke JPM. Ini memberi harapan yang menggunung kepada saya. Tetapi, pada 20 Ogos 2009, jawapan dari KSU kepada saya telah menghancurkan segala harapan...TIDAK LULUS!!

 Kami telah berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini. Negara telah mengiktiraf pengorbanan tersebut dengan menganugerah pingat-pingat keberanian. Tetapi, persoalannya ialah, mengapa kami didiskriminasikan? Penerima pingat ‘perak’ sukan Olympic menerima pencen RM3000 sebulan. Kerana pengorbanan kamilah yang membolehkan ahli-ahli sukan mengharumkan nama negara. Apakah pengiktirafan negara....NYAWA ATAU NAMA?

 Akhir kata, penghargaan saya sekiranya YB Dato’ membawa perkara ini ke sidang Parlimen. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Pada 11 November 2009, jam 1800, saya menerima sms dari YB '...Saya dah bawa dlm perbahasan hari ini semasa Menteri Pertahanan gulung kem nya d parlimen. Jawabnya JPM tolak kerana kewangan dan katanya Kem Pertahanan maseh berusaha.saya desak supaya timbang dan terus usaha.k..dato ibrahim ali' (teks tanpa edit). Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana bersedia membawa perkara ini ke Parlimen.

Pada malam yang sama, pada jam 1907, saya menerima respons dari YB Menteri Pertahanan terhadap sms yang saya hantar kepada beliau '...Jawapan saya di Parlimen tadi Mindef masih mengusahakannya. Apabila ekonomi pulih insya-Allah akan berjaya' (teks tanpa edit).

Bercanggah betul dengan jawapan rasmi KSU beliau pada 20 Ogos 2009, quote'...adalah kerana nilai pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan terhadap penerima Darjah Kebesaran atau Bintang/Pingat Persekutuan mempunyai nilai prestij dan martabatnya yang tersendiri' unquote. 

Mana satu yang betul...TIADA ONGKOS  ATAU TIADA PRESTIJ??

Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk memperjuangkan isu ini sehingga ke peringkat tertinggi di negara tercinta ini - PARLIMEN. Saya percaya kebanyakan YB MP dan juga rakyat mulai sedar yang 'Pingat Keberanian'  negara tidak hanya terhad kepada SP dan PGB sahaja. Bagi saya, ini adalah...KEKALAHAN DALAM KEJAYAAN!!

Maka berakhirlah perjuangan saya...sudah tiada rezeki! Sila klik pada link ini sebagai akhir kata daripada saya....http://www.youtube.com/watch?v=6E2hYDIFDIU





5 ulasan:

Capt's Longhouse berkata...

Nor,
,,,don't ever give-up on this noble course of action of yours, with some discretion may I suggest that you write-in to PM's 1Malaysia blog site or/plus send a copy of your note to the PM himself ?.
,,,its not a matter of just money but the principle of subject matter that matters !. When the nation honours the recipients fairly i.e. Heroes of the nation are given equal respect accordingly, it sets an example for other Malaysian to follow-lah.
,,,am sure, this subject issue was not properly thought of or debated in such detail by those involved, for reasons best known to them. However, its how one explains the morality issue plus morale consequences of subject matter that counts.
,,,Morale, also known as esprit de corps when discussing the morale of a group, is an intangible term used for the capacity of people to maintain belief in an institution or a goal, or even in oneself and others. The second term applies particularly to military personnel and to members of sports teams, but is also applicable in business and in any other organizational context, particularly in times of stress or controversy.

,,,however, "morale is the capacity of a group of people to pull together persistently and consistently in pursuit of a common purpose".

,,,Morale is unrelated to morality (the ability to distinguish right and wrong).

,,,my take is that you have to redraft some of your future notes to the political powers above in such light inorder for the message be sunk in for positive result ??.

.....TAK AKAN "Berakhirnya Satu Perjuangan!"..jika niat nya baik untuk semua !..never ever give-up buddy !!.

Abah berkata...

Tuan,

Semoga keluhan, rintihan, desakan permintaan, permohonan ini akan memperolihi sesuatu yang memberangsang suatu ketika nanti. Insyaallah

Tanpa Nama berkata...

I am not one of the recipient but the fight must go on as I know what it takes to be the NUri pilot those days and in fact many of the Nuri pilot that contributed to the nation kept silently without any complain and most of them were simply dumped and sideline in the RMAF... too sad and those you know who "tak malu" claim they are the champion!!!!!
Even the answer given by the minister is "macam melepas batuk di tangga" and always the case and believe me if there is no follow up it will just be gone with the wind and to expect the serving generals to push the issue, well... might as well forget it.
It is very sad when the KSU responded to your earlier query and minister should take this guy to task for being ignorance or did he even brief the minister?!!!
Who is this KSU? or is he the buddy buddy of PAT???
Common Minister zahid!!! don't tell me you have no control!!!..... For Maj Nor let us fight until we are satisfied or else kita tukar kerajaan sahaja lah. Jangan marah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan belum berakhir selagi hayat di kandung badan.
Nostalgia!!! Dimana dan apa yang mereka lakukan sekarang anak anak kapal No 3, 5,7 dan 10 skn and the ground soldiers yang berjuang menentang komunis di penghujung tahun 70an!!! Di mana mereka???
Apakah yang berlaku kepada isteri dan anak anak mereka yang terkorban semasa ayahanda mereka mengambil risiko dalam mempertahankan negara?. Entah lah... mungkin seperti kata pepatah Melayu untung sabut timbul dan untung batu tenggelam atau mereka terus di beri peringatan bahawa ulat dalam batu pun bolih hidup atau memang benar lah habis madu sepah di buang.
Mungkin ramai yang telah hilang kemegahan berkhidmat dalam ATM dan tidak kurang juga kecewa dengan sikap pimpinan ATM yang ada sekarang. Apa lah nasib bekas perajurit negara ku!!! Tiada siapa yang akan menghormati mu kerana memang benar lah bahawa Melayu mudah lupa kerana majoriti kepimpinan tentera ada lah orang melayu!!! Kamu hanya di kenang dengan kepura puraan di tugu negara semasa hari pahlawan satu amalan yang menjelikkan dan penuh hipokrasi!!!
Too many pretenders with so many stars walking around looking important dan maka bertepatan lah kata hikmah in the armed forces, it is not the brain that counts tetapi apa yang ada di bahu anda.
Alahai ATM.... wake up PAT, KSU and menteri pertahanan negara ku. Masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.
Saudara Nor!!! perjuangan belum selesai selagi hayat di kandung badan!!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara-saudara semua,

Terima kasih di atas kata-kata yang sungguh memberangsangkan. Saya akan terus memperjuangkan isu ini, InsyaAllah.