Saya terbaca luahan seorang mantan anggota tentera di ruangan 'Forum' Utusan Malaysia bertarikh 14 November 2009.
Mungkin beliau salah seorang 'casevac' yang pernah saya bawa keluar dari hutan belantara semasa Ops Selamat Sawadee...satu operasi yang sungguh membawa banyak kenangan kepada saya!! Pokok luahannya ialah menagih janji sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan. Malah, saya telah menulis coretan berkaitan berita yang diperkatakannya pada 8 Julai 2009 bertajuk "Special Allowance For Ops-Inflicted Maimed Warriors" ......
'I'm happy to hear the Minister of Defence recent anouncement that the government is considering giving a special allowance to those personnel who became disabled/handicapped, or whatever you call it, during active duties. If the government can give a monthly pension to the Olympic silver medallist, this category of rakyat deserves monetory reward too. They are in their current physical state because they defended their beloved country....MALAYSIA.'
NASIB PESARA TENTERA
Friday, November 13, 2009 9:36 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "utusan-forum " forum@utusan.com.my
Saya terpanggil apabila membaca rentetan SELAMAT SAWADEE yang disiarkan dalam ruangan Forum pada 13 November 2009. Saya bersimpati dengan mereka. Sebagai seorang mantan pilot helikopter Nuri, saya dan rakan seperjuangan telah terlibat secara langsung dalam Operasi SELAMAT SAWADEE.
Salah satu tugas yang mencabar ketika itu ialah membuat penerbangan 'casevac' (casualty evacuation), iaitu mengeluarkan anggota Pasukan Keselamatan dari dalam hutan kerana ditembak pengganas komunis (PK) atau terkena jerangkap samar. Kami kerap melakukan tugas ini dengan kaedah 'winching' kerana tiada tempat untuk mendarat. Kaedah ini sungguh merbahaya kerana kami mejadi sasaran mereka. Boleh dikatakan helikopter Nuri ditembak oleh PK sudah menjadi rutin. Dalam 2 insiden, 2 orang anggota 'komando' sebagai 'escort' mengikuti Nuri, telah ditembak mati.
Ramai krew Nuri dianugerah Pingat Keberanian Negara - PTU dan KPK. Paling kecewa sekali, penerima pingat-pingat tersebut tidak 'layak' mendapat elaun sepertimana yang dinikmati oleh penerima SP dan PGB. Perkara ini telah dibawa ke Parlimen pada 11 November 2009. Jawapan dari Menteri Pertahanan tidak memberangsangkan.
Pada 7 Ogos 2009, saya ada mencadangkan kepada Ketua Pengarah PLKN agar penerima pingat-pingat keberanian - SP, PGB, JPP, PTU dan KPK - dan warga tentera yang mengalami kecacatan anggota semasa menjalani operasi menentang keganasan PK, dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka kepada remaja-remaja yang mengikuti latihan PLKN. Bayangkan, wira-wira datang berkerusi roda atau hilang penglihatan menceritakan bagaimana mereka menjadi cacat. Saya percaya kaedah ini akan memberi impak yang diharapkan oleh kerajaan.
Selain boleh meningkatkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara, bayaran yang diterima boleh menjadi sumber pendapatan kepada wira-wira veteran tersebut. Jika cadangan ini dilaksanakan, luka di hati veteran-veteran sekurang-kurangnya akan terubat kerana negara mengiktiraf mengorbanan mereka dan pengalaman-pengalaman ini tidak akan berkubur.
Sekali lagi, cadangan ini hanya tinggal cadangan sahaja. Sehingga kini, saya tidak mendapat maklum balas dari pihak PLKN selain akuan penerimaan surat.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Saperti yang dijangkakan, e-mel ini tidak disiarkan oleh Utusan Malaysia. Tetapi ini bukannya satu masalah kerana saya masih boleh menyampaikan pandangan melalui media alternatif. Saya sungguh kagum dengan kecanggihan IT!
Ini luahan SELAMAT SAWADEE yang disiar di 'Forum' melalui Utusan Online...
14 November 2009 / 26 Zulkaedah 1430
FORUM
Nasib pesara tentera tanpa pingat SP dan PGB
Bagi kami, itu adalah rezeki saudara-saudara seperjuangan.
Di sini kami ingin bertanya adakah pihak kerajaan atau ATM terlepas pandang akan nasib kami, seramai lebih kurang 270 orang pejuang yang tidak berpingat? Malah, ada di antara kami yang sama-sama berjuang dengan mereka yang dikurniakan pingat SP dan PGB.
Semasa menentang pengganas komunis sekitar tahun 70-an dan 80-an, hinggalah pihak komunis meletakkan senjata pada tahun 1989, ramai di antara kami yang kehilangan anggota badan yang menyebabkan kecacatan kekal seperti kehilangan kedua-dua kaki, tangan, mata dan cacat anggota lain akibat terpijak jerangkap samar musuh dan semasa bertempur dengan komunis.
Ketika itu, kami hanya diberikan sagu hati RM2,000 di atas kecederaan yang kami alami. Ex-gratia ialah janji kerajaan dan ATM kepada kami semua, namun sehingga kini masih belum ditunaikan.
Tanpa bantuan daripada mana-mana pertubuhan, pelbagai usaha telah kami laksanakan termasuklah menyerahkan memorandum kepada Menteri Pertahanan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi mendapatkan simpati kerajaan agar meluluskan pembayaran ex-gratia kapada kami.
Di media cetak, tersebar berita menyatakan kami akan mendapat pelbagai bantuan termasuklah elaun khas dan ex-gratia, malahan pegawai atasan ATM sendiri menyuarakannya. ‘Durian runtuh’ itulah yang diperkatakan. Adakah ini sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati kami semata-mata?
Apabila kes petualang negara, Chin Peng sibuk diperkatakan di sana-sini, pelbagai cara bantahan diadakan. Ketika itu, pejuang seperti kami dipertontonkan di televisyen dan media massa. Namun selepas itu, kami terus dilupakan.
Kami semua masih menunggu dan terus menunggu kelulusan ex-gratia daripada pihak tertentu. Kami juga berharap Perdana Menteri yang kami sanjungi dapat membuat sesuatu agar kenyataan ‘durian runtuh’ itu benar-benar menjadi realiti.
Dalam perjuangan, tanpa kerjasama daripada rakan-rakan, belum tentu keperwiraan seseorang itu terserlah.
SELAMAT SAWADEE
Kampung Datuk Ahmad Said
Ipoh, Perak
AGAKNYA INILAH YANG DIMAKSUDKAN "RAKYAT DIDAHULUKAN ..... PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"!!!
2 ulasan:
Mej Nor,
,,,just to make others aware about ex-gratia payments !. Guess, how much was given to me and family after serving for 11 bloody fighting/frightening years as a short service commission officer in the RMAF ?.
,,,rm16k and not even a thank you note my friend !. I was left on my own to survive in the dog eat dog world outside. Yes, indeed it was a struggle and a big challenge and others might say, it was my own doing yaa !. You are right.
,,,But, there was another huge battle that some of us volunteered to take individually i.e. to NATIONALISE the offshore civil helicopter market from the over paid foreign aircrew-lah. Money was flowing out of our country and even though we were not paid as much, just "local pay" as compared to them, we took it as a duty for King and Country too. We proofed to all that Malaysian pilot are second to none, in fact when we were send overseas for training and as operators, much respect /acknowledgement were finally given to our professionalism and operating skills. We were mostly ex-instructors in the RMAF and became instructors/examiners in the civil avaition field too.
,,,It was not as simple or easy for the whiteman to see a curly hair browny, "Sakai" looking black fellow in the cockpit as aircraft Captain/Commander in the early days too yaa !. Constantly having to proof ourselves and challenged/bias against BUT we held on plus gathered more and more local crews in to fill up the seats.
,,,Unfortunately, presently politics and bloody corrupted politicians are having their fingers into Civil Aviation too in this country, no tendering process, no nothing and they get FOREIGN aviation company in again into the Oil and Gas offshore flight operations business. Mostly foreign pilots again after we have fully nationalised it by having a local Malaysian Aviation Company to take over from the British Aviation Company in my time. Now, I see an "Ali Baba" Malaysian Company, just name sake but money is flowing out again from our Nation ! Geeeee. Corruption and Politicians goes hand in hand..Yeop oii !!..pretty sick of it.
,,,In fact, all those involved in corruption are enemies of the state and should be hunted down like those days when we were fighting against the CTs.
,,,A new battle begins ??
I rest my case buddy for the time being !!. We old war vet. will be back, just wait and see. JUST Watch Out..yaa ??.
You are right Pak Uban!!! Look at the sakai operating in Miri bringing the Canadian company and pilot and not allowing the Malaysian pilots to command the aircraft.
And you know who is the head in that company that got the project through all his connection!!!!!
An x 3 star general of TUDM. Surely you have heard about him.... Hahahahahha lucky you left the RMAF after 11 years or otherwise you will be cursing and wondering like a confused pirate at Pulau Kapas.
Your group had pioneered the Malaysianization of the offshore civil helicopters and now an x RMAF General dengan angkoh nya berpatah balik kebelakang kembali ke zaman kehinaan as local idiots.
What is DCA doing about it?!!!!!!!!
Catat Ulasan