Pengikut

Ahad, 29 November 2009

Petikan Hansard

Ingat lagi coretan saya bertajuk "Berakhirnya Satu Perjuangan"? Saya menyatakan bahawa YB Dato' Ibrahim Ali telah membawa isu elaun untuk penerima JPP, PTU dan KPK ke sessi persidangan Parlimen pada 11 November 2009 semasa penggulungan Menteri Pertahanan terhadap KEMENTAH. Berikut diturunkan petikan 'Hansard' Dewan Rakyat berkaitan perkara tersebut.....

DR. 11.11.2009

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat hendak gulung, saya ada dua perkara pendek sahaja. Satu, saya hendak tanya apakah Yang Berhormat ......itu yang pertama.

DR. 11.11.2009

120

Yang kedua, saya terpaksa bawa ini. Ada satu surat pada saya, ini bekas  tentera yang terima pingat. Saya sedih, sedih dan dukacita sebab pingat SP dengan PGB diberi pencen RM2,000 dan SP – RM1,500. JPP, PTU dan KPK tidak dapat apa-apa, pingat perak Olimpik RM3,000 sebulan. Ini dia bergadai nyawa tak boleh ke timbang, kalaupun tidak banyak, secara token juga diberi pencen.

Dan yang akhir, pendek sahaja....

Sekian, terima kasih.

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:

Mengenai elaun selain daripada SP dan PGB ini, kami telah kemukakan pada JPA untuk pertimbangan-pertimbangan diberikan. Namun oleh kerana kedudukan kewangan negara belum mengizinkan elaun-elaun berkenaan diberikan, pihak Kementerian Pertahanan masih terus mengusahakan agar pengiktirafan ini dapat diberikan kepada penerima-penerima anugerah berkenaan.

Nota: Anda boleh membaca soalan dan jawapan sepenuhnya di http://www.parlimen.gov.my/ , 11 November 2009, ms 119 dan 120.

Saya banyak menghantar e-mel kepada Pak-Pak Menteri/Timbalan Menteri ....jangan diharap sebarang respons pun!! Saya tidak menyalahi mereka kerana saya percaya KEMUNGKINAN e-mel tersebut tidak melepasi 'Gate-Keepers (GK)' mereka. Mungkin jangkaan saya silap....mereka (GK) ini agaknya mahu 'bos' mereka dengar apa yang 'sedap' didengar sahaja, terutama kepujian. Maklumlah....'carma' (cari makan -pinjam istilah warga tentera)! Jika hendak rentetan didengar, lebih baik menulis ke media massa/elektronik atau menulis kepada MP Bebas....lebih berkesan. Sekira disiarkan, satu negara akan mengetahuinya....betul tak?


2 ulasan:

Arunzab berkata...

YB Dato’ Ibrahim Ali's [Pasir Mas]support in high lighting this case in parliment must be applauded . YB Dato'Zahid Hamidi's under takeing that this matter will be persued by his ministry is also encouraging. As for you Major Nor you have done a fantastic job so far and you can be very proud of your self.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohd Idris,

Terima kasih.