Eh...eh...eh...tak sangka betul kerana dek marah kepada Chin Peng boleh jadi popular sebegini...he...he!! Tak sedar koresponden majalah "PERAJURIT" mengintai blog saya dan seterusnya......tersiarlah cerita hero veteran di Jitraq ini dalam keluaran November 2009.
Terima kasih kepada En Hamzah Haji Dollah kerana sudi menulis rencana tentang diri saya. Yang buat 'syoknya', secara kebetulan rencana permulaan majalah ialah 'PERINTAH ULUNG PAT', mantan PTU, dan di akhiri dengan "Peranan Seorang Juruterbang Nuri Di Era Melawan Insurgensi", sayalah tu...mantan warga TUDM! Di akhir tulisan, beliau menyuarakan perasaan kecewa saya terhadap 'terlupanya' pihak TUDM kepada wira-wira mereka sendiri. PTU...masih tidak terlambat untuk membetulkan keadaan...renung-renungkanlah!
Jika ada kelapangan, sila baca majalah "PERAJURIT". Nampak sangat nak mempromosi majalah tersebut....yang tersirat mempromosikan saya sendirilah. Jangan marah!
7 ulasan:
Nor,
,,,finally your recent most pic. in the mag. cover !! hehehe much change indeed too. Can we have more pic. of you and family members too ?? hahaha .. nak berjumpa kita seberang lautan plus time not on our side anymore, in fact we are running late and very short in reserves too-kan.
,,,Bib sends her regards to your other half. Best wishes and good health always - jaga diet, no junk food, we will remain heathy-kan ?.
,,,ada juga rancangan nak bersara di-Kedah dekat Gunung Keriang tapi end up kat Pulau Kapas pulak !..terpaksa cari makan, tiada pencen dari mana mana Yeop Oii !!.
I could not agree more with this :"Coretan saya adalah 'the untold stories' yang tidak pernah dihebahkan. Malah, terdapat warga TUDM sendiri yang tidak menyedari sumbangan kami." Running out to the nearest newstand.
Saudara jibeng & SAZALI,
Terima kasih.
Capt's Longhouse,
My wife, Siti, remembers Bib very well and sends her salam to Bib. I've requested your permission to post your unedited comments in my blog, see comment in "Gallantry Awards Of Malaysia". Your Nuri and Alouette experiences are very inspiring.
Awaiting your response.
Tuan,
Tahniah!!! keluhan hati nurani tuan telah dimasukkan kedalam majalah Kesukaan ramai@Perajurit.
Tahniah juga kepada Sdra Hamzah@Jebat seorang mantan yang begitu aktif dengan penulis artikel menceritakan kisah-kisah perajurit Tanahir.
Teruskan usaha murni sdra Hamzah@Jebat.
Salam Tuan,
Terjumpa blog tuan dalam 2 minggu lepas. Terus terang yang baru sekarang saya tahu betapa mencabarnya tugas tuan semasa era menentang komunis dulu. Saya tabik dengan semangat juang pilot2 Nuri masa CIW dulu. Memang hati kering dan saya percaya tuan dan rakan2 telah menyumbang kepada perletakan senjata PK.
Keep blogging tuan. Wassalam
Nizarimi b. Abdul Wahab.
Saudara Remi,
Terima kasih kerana singgah di blog saya. Syukur kepada Ilahi kerana ramai yang menghargai pengorbanan warga veteran di suatu ketika dulu.
Catat Ulasan