Pengikut

Khamis, 3 Disember 2009

Patriotisme 5...BTN

Dengan jujurnya saya mengaku memang 'jahil' apabila media massa/elektronik banyak memperkatakan polemik BTN yang dibangkitkan oleh pihak tertentu. Setelah mengamati hujah-hujah di media massa, kesimpulan yang saya buat ialah kursus ini bertujuan untuk menaikkan semangat "PATRIOTISME.....CINTA KEPADA NEGARA MALAYSIA KITA INI"!! Saya menganggap diri saya seorang yang patriotik...itu sebabnya saya 'kurang senang' apabila terdapat pihak tertentu melobi untuk membawa Chin Peng balik ke Malaysia. Dan, coretan ini adalah yang ke 5  bertajukkan "Patriotisme".

Pada pandangan saya, ramai generasi muda perlu disuntikkan semangat menyayangi negara supaya mereka bangga yang mereka adalah ANAK MALAYSIA. Apabila membaca laporan Utusan Malaysia berikut, saya terus menghantar e-mel kepada KSN. Saya mencadangkan apa yang saya sarankan kepada Ketua Pengarah PLKN pada Ogos lalu yang sehingga kini 'sepi seribu bahasa'.



Kurikulum BTN

Tuesday, December 1, 2009 2:26 PM
From: "nor ibrahim sulaiman" nibsny@yahoo.com
To: "sidek ksn" sidek@pmo.gov.my
Cc: "Zureen bin Zubir" zureen@pmo.gov.my, "KSU Indef" abubakar@mod.gov.my, "Dato Latt Shariman" latt.shariman@treasury.gov.my

Assalamualaikum YBhg Tan Sri,

Menurut Menteri di JPM, YB Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Tan Sri telah mengarahkan pihak BTN untuk merombak kurikulum BTN selaras dengan 1Malaysia. Secara jujur, pengetahuan saya tentang apa itu BTN terlalu cetek. Tetapi bila topik ini hangat dibincangkan di media massa dan elektronik, saya berkesimpulan bahawa salah satu objektif BTN ialah untuk menanam semangat patriotisme dan cinta kepada negara.

Sekiranya diberi peluang, saya ingin mencadangkan agar BTN turut menjemput penerima-penerima anugerah keberanian negara, iaitu SP, PGB, JPP, PTU dan KPK serta anggota-anggota Pasukan Keselamatan yang cacat anggota, memceritakan pengalaman mereka.Sepertimana yang Tan Sri sedia maklum, saya telah membuat cadangan yang sama kepada Ketua Pengarah PLKN semenjak Ogos 2009. Kecewa sekali, sehingga kini tiada sebarang respons. Di sini diturunkan keratan coretan bertajuk "Sepi Seribu Bahasa!!" dari blog saya - http://xnuripilot.blogspot.com/.

 "Pada 7 Ogos 2009, saya ada mencadangkan kepada Ketua Pengarah PLKN agar penerima pingat-pingat keberanian - SP, PGB, JPP, PTU dan KPK - dan warga tentera yang mengalami kecacatan anggota semasa menjalani operasi menentang keganasan PK, dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka kepada remaja-remaja yang mengikuti latihan PLKN. Bayangkan, wira-wira datang berkerusi roda atau hilang penglihatan menceritakan bagaimana mereka menjadi cacat. Saya percaya kaedah ini akan memberi impak yang diharapkan oleh kerajaan."

 Sekian untuk pertimbangan Tan Sri.

 MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) PTU

Anda ingat 'penerima-penerima' e-mel tersebut akan meluangkan masa untuk memberi sebarang respons? Jangan buat saya ketawa...malah saya tidak hairan mereka akan 'delete' sahaja tanpa membaca e-mel ini kerana terlalu kerap menerima e-mel dari saya. Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Janji saya tetap akan mencuba!

Impian saya adalah untuk melihat rakyat Malaysia di satu hari nanti akan berdiri dengan megahnya dan turut menyanyi 'NEGARA KU' sebelum bermulanya satu-satu pertandingan...tak kiralah bola sepak ke...squash ke...dll. Biar bergema satu stadium seperti yang kita lihat di kaca tv sebelum bermulanya perlawanan 'American Football', bola keranjang, dll. Semangat begini yang sepatutnya generasi muda ikuti. Bukannya lagu kebangsaan dan 'Jalur Gemilang' dipersendakan oleh individu tertentu seperti yang kita tonton di suatu ketika dulu. Mengapa kita tidak mencontohi arwah Dato' Sudirman Arshad menyanyi dengan penuh semangat"...Tanggal 31 Ogos...". Sekiranya impian ini tercapai, sayalah satu-satunya rakyat Malaysia yang paling gembira!!




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cadangan saudara tu baik sekali tetapi nampak nya mereka yang berkuasa lebih gemar menyalah guna kan kuasa dan tidak melihat jauh kehadapan-in short due to mediocre running the country and we the people allow them to simply do what they like, those who had attended BTN course and any right thinking and GOD fearing find it very difficult to accept the brainwashing but you know la cari makan, hence this is what we have now. We, the people must take the blame too.
Hanya rakyat yang sedar sahaja akan dapat membuat perubahan ini and just like that my friend.
You are a good officer and pilot, GOD fearing.... betul tak Major? But what they do to you? zilch!!! Alahai!!!! Malaysia ku... kenapa salah langkah selalu?
Merry Xmas!!!!!

Capt's Longhouse berkata...

Nor,

,,,my take, or 2 cents worth ?
,,,‘Divide and Rule’ was the standard policy employed by the British in their dealings with India and the Indians from the very beginning, when the East India Company (EIC) first made its presence felt in the subcontinent.
,,,our Elitist running the country is just following the same foot steps unfortunately-lah. The result was/is a deepening of ethnic and racial differences and the creation of even more resentment between the communities, which the ruling elite used to their advantage.
,,,Now just imagine the difficulties facing our country with regards to "PATRIOTISM", now who to blame, the British again and again ??..bullshit !..its our Elites in high office really. They have to change their mindset and reform accordingly and perhaps incalculate such strategies/policies via BTN courses too.
,,,o.k. I rest my case..hehehe or they can come over to Kapas Island and attend my 'Team Building Courses' ?.

Katon Tin Ton berkata...

Salam tuan, saya setuju dengan cadangan tuan tentang isu BTN cuma yang menjadi masalahnya, terdapat 'ideologi' tertentu seperti pro-perkauman & pro-kepada sesuatu parti diserapkan dalam BTN sedangkan ideologi tersebut tiada dalam modul.