Pengikut

Jumaat, 12 Februari 2010

Melopong Sajalah...!

Tanpa  ragu-ragu lagi...Sudah sah...Kerajaan memang menghargai 'NAMA' dari 'NYAWA'!! Maksud saya...Rakyat Malaysia yang 'mengharumkan' negara gerenti mendapat 'imbuhan' sama ada dalam bentuk kewangan atau gelaran. Manakala, wira-wira negara - dalam kata erti sebenarnya - (kecuali penerima SP & PGB) yang berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara melopong sajalah...!

Masihkah Kau Ingat...Isnin 26 April 1976, jam 1030 di kawasan operasi Gubir...

Aircrew yang terkorban telah dianugerah Pingat Keberanian Negara - PGB, PTU & KPKKapt (U) Choo Yeok Boo dianugerah PGB dan warisnya mendapat 'one time payment' pada Jun 2002; waris penerima PTU dan KPK tidak menerima walau satu sen pun...kerana pingat-pingat tersebut tidak 'berpristij'! Mengapalah  penerima JPP, PTU & KPK didiskriminasikan...Kesihan!

Sebaliknya...Tanpa ribut taufan...Pada 6 Februari 2010 YAB PM mengumumkan pemberian 'insentif'  RM2000 sebulan sepanjang hayat kepada qari/qariah negara yang menjadi johan tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan berkuat kuasa Oktober 2009. Ini bererti kesemua mereka yang pernah menjuarai kejohanan tersebut semenjak 1961 layak menerima imbuhan yang diumumkan...Syukur Alhamdulillah.


Pembaca...Tolong...Tolong...Jangan samasekali dipersamakan wira-wira tersebut semua dengan ahli-ahli kelab eksklusif ini...
Sekiranya badan Olympic mewujudkan satu lagi pingat - 'aluminium' - saya yakin Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk penerimanya.

Begitulah nilainya pengorbanan wira-wira negara dari kaca mata Kerajaan!!

10 ulasan:

G.Jeyaganesh berkata...

Hats off to you sir...it tooks guts to fly Nuri during the insurgency period.....my salutes to your and the merry men of nuri pilots who flew to hell and back..

I lways have high regards for ex-servicemen....and have written artcile honoring them. Pls visit http://rivetjoint.blogspot.com/

G.Jeyaganesh

Tanpa Nama berkata...

Apakan daya kerana Malaysia Tanah Air Ku....
Mej! Ini lah akibat nya apabila mereka yang menerajui TUDM sekarang ini langsung tidak tahu apa yang berlaku, mereka tidak mengalami apa yang saudara pernah lalui.
Tanya sama Panglima Angkatan Tentera... apa latar belakang operasi beliau? Kesian Angkatan Tentera Malaysia, kalau ada peperangan, perancang utama nya kelabu asap atau bukan sahaja injin pesawat hilang, besar kemungkinan semua pesawat hilang, kapal selam terus tenggelam, APC pun hilang mungkin bolih hantar ke Dubai!!!
Yang jadi Panglima Tentera Udara sekarang.... alahai... malu kalau nak cerita..... dia sendiri tak tahu mana kan pula general yang bertanggung jawab selalu nya dari Bahagian Tadbir tahu apa nak buat. Mej pun tahu mereka yang jadi ...as usual "admin cock up".
Kalau nak harapkan KSU!!! Mej pun tahu kerana dia dah jawab surat Mej...kata nya tak berprestij.
ATM berada di tahap masuk angin keluar asap.... Alahai nasib jadi askar.... melopong sajalah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear G. Jeyagasesh,

Thank you. Now you know why I'm so much against Chin Peng coming back to Malaysia.

Saudara Anonymous,

Apa hendak dikatakan! Sekurang-kurangnya pembaca mengetahui keamanan/keselesaan/kemakmuran yang mereka kecapi sekarang ini tidak datang menggolek begitu saja.

mohd arshad raji berkata...

Dear Nor,

Keep pursuing the matter. I am with you. Jangan harap sangat PTU atu PAT. Mereka mempunyai banyak urusan lain untuk berfikir kepentingan wira wira yang dah bersara.

Alpha Tango Six Niner berkata...

Sir, when you try to google our national heroes over the internet you won't found much information on them in any official website unless personal blogs...and not all of them had their stories published over the internet or books..

Abah berkata...

Tuan,

Moga dengan kelahiran beberapa blog dalam memperjuang Nasib mantan Perwira/Perajurit akan membuahkan hasil dalam sedikit masa lagi. Keluhan demi keluhan telah zahirkan.

Apa yang diharapkan kalau tidak semuakeluhan ini dapat didengari oleh Orang di PUTRAJAYA sana, setidak-tidaknya sebahagian dapat ditembusi dan didengari oleh mereka.

Begitu apa yang diharapkan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Dato',

Thank you for your support. I'll keep on pursuing this case, InsyaAllah.

Abah,

Terima kasih atas galakan anda. Begitulah harapnya agar pihak berwajib mengambil tindakan positif terhadap rentetan ini. Terima kasih juga atas sumbangan cerita "Tragedi 26 April 1976".

Tanpa Nama berkata...

Nampak nya tragedi Nuri ditembak jatuh ini benar-benar dikenang oleh tuan sehingga dalam kebanyakan posting tuan tentu ada diselitkan kisah ini.
Saya percaya tuan tentu amat rapat dengan mereka yang telah gugur ini.
Seperti kenangan yang lalui oleh Capt Longhouse pada pagi mereka mandi bersama. Tentu setiap pagi apabila mandi, kenangan tersebut akan datang.
Saya sendiri selepas beberapa kali membaca cerita tuan turut berminat untuk mengetahui apa terjadi pada 26 April 1976 tersebut.
Sebahagiannya telah saya tahu dalam posting tuan yang lalu iatu "RMAF's Recipients Of PGB & KPK Awards" di mana tuan Nor, Capt Long House dan Abah telah menceritakan apa yang berlaku.
Cuma yang saya tidak berapa faham ( mungkin kerana saya orang awam , ialah tuan Nor menyatakan ( info dari pilot 7 Skn )kedua-dua pilot dari 7 Skn tersebut sedang menjalankan tugasan membiasakan diri dengan kawasan operasi Gubir, dan terbang dalam satu pesawat bersama dua pilot dari 10 Skn ( yang saya percaya telah biasa dengan kawasan operasi Gubir )
Tetapi dalam komen tuan Capt Longhouse, Capt Choo telah pun terbang sebelum itu bersama beliau di mana Capt Choo telah menawarkan dirinya menjadi decoy utk ditembak komunis dalam usaha untuk menurunkan MSSR.
Bagaimana kisahnya tuan?
Pertanyaan kepada tuan Abah,
adakah tuan Abah berada didalam pesawat nuri tersebut sebelum pesawat tersebut terhempas?
Juga, adakah pesawat tersebut terhempas dalam kawasan jiran kita?
Sebenarnya saya pernah juga mendengar tentang cerita ini satu masa dulu ( dari siapa dah tak ingat tetapi dari seorang bekas tentera , lagipun pada masa itu saya tidak tahu akan kisah ini ),
iatu semasa post mortem dijalankan di Sg Petani ( adakah jenazah semua dibawa ke Sg Petani, bukan Kem Gubir? ),terdapat banyak kesan tembakan senjata pada tubuh sesetengah dari mereka, sehingga dipercayai jika pesawat tersebut berjaya mendarat sekali pun, mereka yang ada dalam pesawat tersebut mungkin tidak akan selamat.
Walaubagaimana pun, ini adalah janji mereka, semoga roh-roh bunga
ini dicucuri rahmat.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Insiden ini berlaku 34 tahun dahulu. Sepertimana yang dikatakan, saya sendiri tidak mengetahui secara mendalam. Mungkin Capt Longhouse boleh menjelaskannya.

Saya akan 'muat-turun'kan komen-komen menceritakan kisah ini dalam coretan nanti. Harapan saya ialah supaya TUDM mengabadikan mereka ini, sekurang-kurangnya di Muzium TUDM.

Abah berkata...

Untuk Anon....

Sila rujuk kepada penulisan saya sebelum ini. Ada saya nyatakan Lokasi diamana saya berada ketika NURI tersebut terhempas.

Nuri yang mana suatu saya naiki ketika menjalani Gerakan itu, saya tidak pasti kerana ada tiga buah NURI yang digunakan sekaligus semasa diturunkan serentak di Pengkalan tersebut. Yang mana saya diturun betul-betul diatas Pangkalan tersebut iaitu berhampiran dengan Tanah Lapang yang dipercayai seakan-akan Gelanggang Bola Keranjang, manakala 2 buah NURI lagi disebelah kanan dan kiri kumpulan saya.