Pengikut

Rabu, 14 Julai 2010

Masih Berusaha...Allah Menentukan

31 Julai 2010...Hari Pahlawan hampir tiba. Namun sehingga kini tiada sebarang khabar berita dari pihak berwajib berkaitan dengan elaun yang saya perjuangkan melebihi satu tahun. Menurut maklumat terkini, tiada sebarang respons dari JPM terhadap rayuan KEMENTAH yang dihantar pada 31 Mei 2010.

Tanpa mengetahui alamat e-mel KP JPA yang baru, mantan KSU KEMENTAH, saya agak-agak saja alamat beliau dan melayanglah e-mel berikut...

From: nor ibrahim sulaiman [nibsny@yahoo.com]
Sent: Wednesday, July 07, 2010 5:24 PM
To: DATO' ABU BAKAR BIN OTHMAN
Cc: sidek ksn
Subject: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK

Assalamualaikum Dato',

Harap Dato' dapat mempertimbangkan pemberian elaun untuk penerima Darjah Perkasa di atas sementelah menjawat Ketua Pengarah JPA. Saya pasti kesemua penerima, anggota awam, warga ATM dan PDRM, sudah pasti berterima kasih kepada Dato' sekiranya YAB PM mengumumkan pemberian elaun tersebut sempena Hari Pahlawan pada 31 Julai nanti, InsyaAllah.

Pertimbangan positif Dato sangat diharapkan. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Terkejut beruk saya dibuatnya apabila menerima respons dari beliau...prihatin juga KP  terhadap rentetan mejar bersara ini!

RE: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
Thursday, 8 July 2010 6:54:45
From: DATO' ABU BAKAR BIN OTHMAN View Contact
To: nor ibrahim sulaiman
Cc: sidek ksn ; DATO' BASARUDDIN BIN SADALI


SALAM. SAYA SUDAH PANJANGKAN E. EMAIL TUAN KEPADA PENGARAH, BAHAGIAN SARAAN UNTUK PERTIMBANGAN SEWAJARNYA.Y.BHG DATO BASARUDDIN, PENGARAH SARAAN AKAN MEMBERI APA-APA KEPUTUSAN MENGENAI PERKARA ITU. TERIMA KASIH.
 
Mana boleh saya duduk diam sahaja...sudah pasti saya mengambil kesempatan ini untuk
 
'merayu' kepada pegawai berkaitan dengan menghantar e-mel berikut...

Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
Thursday, 8 July 2010 16:55:57
From: nor ibrahim sulaiman Add to Contacts
To: Dato' Basaruddin JPA
Cc: sidek ksn ; Dato Abu Bakar JPA ; Dato' Zahid Hamidi ; Dato Latt Shariman ; Hamzah Hussin MoD ; YAB PM ... more
attachment.docx (3206KB)

Assalamualaikum Dato',

Berhubung perkara di atas, saya berharap keputusan yang akan dibuat oleh pihak Dato' akan memihak kepada kami seramai 695 orang - JPP (92), PTU (31), KPK (572) - dari 27 juta rakyat Malaysia. Sepertimana yang Dato' sedia maklum, KSU KEMENTAH, KP JPA sekarang ini, telah membuat rayuan agar cadangan pemberian elaun tersebut dipertimbangkan semula.

Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang pengorbanan warga tentera di suatu ketika dulu. Justeru, bersama ini dimajukan petikan dari manuskrip saya - "coretan xnuripilot". Sekiranya ada masa terluang, saya harap Dato' dapat membacanya untuk mengimbau kembali keadaan yang kami lalui. Untuk makluman, saya telah menyiapkan manuskrip berkaitan pengalaman saya dan rakan seperjuangan ketika negara menghadapi ancaman pengganas komunis. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk mencari penaja bagi menerbitkannya. Mungkinkah pihak Dato' dapat membantu saya untuk menerbitkannya?

Akhir kata, saya hanya mampu berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar YAB Perdana Menteri akan mengumumkan satu berita yang akan mengembirakan penerima-penerima Darjah Perkasa berkenaan pada 31 Julai 2010 sempena Hari Pahlawan di Dataran Merdeka nanti, InsyaAllah. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Oh ya, masih sempat bertanya sama ada Dato' boleh menaja untuk menerbit buku...sungguh kurang asam. He...He...He. Tiba-tiba, terima respons berikut...

Re: Elaun Untuk Penerima JPP, PTU & KPK
Friday, 9 July 2010 8:54:25
From: Dato' Basaruddin
To: nor ibrahim sulaiman

Salam n permohonan berkenaan telah d kemukakan kpd Bhg Istisdat JPM untuk pertimbangan sewajarnya. Boleh hubungi Ybhg Datuk Wan Hamidah tel 03 88726601. Tk. Basaruddin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

12 Julai 2010...Apa lagi, saya pun menalifon Dato' Wan Hamidah dan dapat bercakap dengan beliau. Rumusannya begini sajalah '...dalam pertimbangan kami' (rasa pernah dengar tak?)

Penerima Darjah Perkasa JPP, PTU & KPK...Saya menerima hakikat bahawa tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan isu ini pada 31 Julai nanti. Saya difahamkan sehingga kini pihak berwajib tidak memanggil KEMENTAH untuk menghadiri sebarang mesyurat untuk membincangkan perkara ini. Kalau ada rezeki, mungkinkah pengumuman akan dibuat pada 16 September 2010 sempena Hari Angkatan Tentera nanti? Tunggu dan lihat sajalah, InsyaAllah.

11 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

You have done your part which towards the end of the day it very much depend on their part.

Having done your part has shown how much do you care for those medal recipients.

This is a clear example that we should not give-up in any thing we do as the sky is the limit. I remembered one ustaz was saying "If Muhammad cannot go to the mountain, the mountain will come to Muhammad"

Again, I really support your intention to publish the said manuscript, By the way, any news from UPM?

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!
Setuju dgn pandangan Sdr Kamal...moga Allah terus memberi kekuatan pada Tuan dalam memperjuangkan Elaun ini.Ingin memetik maksud Surah Yusuf ayat 87"Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat serta pertolongan Allah,sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang KAFIR."

Moga2 kita sentiasa beristiqamah,Insyaallah.....Allah pasti melembutkan hati2 orang di JPM tu lambat laun!

n berkata...

Saudara Sanusi & Basri,

Terima kasih kerana memberi semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Tengah hari tadi telah menalifon UKM tetapa Prof berkenaan tiada di pejabat. Menurut stafnya, manuskrip masih dengan penilai.

Arunzab berkata...

Saudara Kamal Sanusi'
With respect I think your ustaz has got it wrong. It is NOT that "If Muhammad cannot go to the mountain, the mountain will come to Muhammad" It is more like, IF THE MOUNTAIN WILL NOT COME TO MOHAMMED, MOHAMMED WILL GO TO THE MOUNTAIN -It showed how humble our Nabi Mohammed was, meaning "If one cannot get ones own way, one must adjust to the inevitable.
Salam

FMZam berkata...

Salam tuan,

Rasanya tuan kena mulakan lagi sekali sebab KSU Kementah ialah Dr Ismail Ahmad bukan lagi Abu Bakar Othman. KSU yang lepas pun nama Abu Bakar tapi binnya Abdullah telah ke jawatan lain berkuatkuasa 1 Julai 2010. Macamana pulak Dato Abu Bakar Othman baru jadi KSU Kementah tiba2 dah diganti dengan Dr Ismail Ahmad ni? Atau Abu bakar Othman ni hanya memangku? Patutlah dalam website gambar KSU Kementah kosong saja. Dr Ismail Ahmad jadi KSU Kementah pun baru tadi keluar newsflash di Astro Awani.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Terima kasih atas maklumat tersebut. Walaubagaimana pun, rayuan KEMENTAH dah berada di Bhg Istiadat, JPM.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Thanks Arunzab for your comment. I not pretty sure either my ustaz quoted it wrong or I heard it incorrectly. Anyway, it is hope that the message is clear is understandable by us.

Oppsss, sorry Tuan. It's UKM not UPM as commented.

FMZam berkata...

Sdr Arunzab, Kamal,

Saya sentiasa ingat saudara Arunzab kata kalau nak tau apa2 tentang sesuatu "quote" yang digunapakai oleh sesiapa saja, cara yang senang ialah klik quote itu di internet dan dapatlah jawapannya. Saudara memang betul, apa saja quote atau caption yang kita klik selalunya ada dalam internet. Taip atau paste kat dalam box dan klik Search, sekejap lagi keluarlah dia.

Tak caya cuba saudara klik tentang Muhammad and the mountain, maka akan keluarlah quote berkenaan lengkap dengan maksudnya sekali. Saudara berdua jangan gaduh, cuba klik dan akan keluarlah yang betul berbunyi begini:


If the mountain will not come to Muhammad, then Muhammad will go to the mountain.

Salam.

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Thanks to FMZam for the useful tips.

Kami tak gaduh pun just exchanging information, heheeheee...

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman tuan,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) ialah Dato Seri Abu Bakar bin Abdullah.

Yang bernama Dato Abu Bakar bin Othman tu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Gunasama). Beliau bertanggungjawab untuk naik-turun pangkat dan tukar-pindah jabatan

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih di atas maklumat. Sekarang ini saya cuba 'melobi' Datuk Wan Hamidah, Bhg Istiadat & Urusetia.