24 Oktober 2010
YBhg Datin Seri Rosmah Mansor
Penaung
Tabung Rayuan Hari Pahlawan
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
525250 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963
Bangunan Perdana Putra
525250 PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan
Faks: 03-88883963
Assalamualaikum,
ELAUN UNTUK PENERIMA ANUGERAH KEBERANIAN JPP, PTU & KPK
Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan perghargaan saya terhadap keprihatinan Datin Seri tentang rentetan veteran anggota ATM. Dengan campur tangan pihak Datin Seri, KEMENTAH telah membuat rayuan buat kali kedua kepada JPM untuk mendapat elaun perkara di atas. Namun demikian, dukacita sekali rayuan tersebut tidak berjaya meyakinkan pembuat keputusan bertukar fikiran kerana jawapan rasminya ialah "...tidak wajar untuk dipertimbangkan".
Secara jujur dikatakan, saya bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah anugerahkan kepada saya. Tetapi yang membuat saya memperjuangkan isu ini ialah kerana bersimpati melihat penerima-penerima anugerah, terutama dari golongan Lain-Lain Pangkat, yang sangat memerlukan rezeki tambahan bagi menyara kehidupan dalam keadaan kos harian semakin meningkat tanpa penghujungnya.
Perkara ini tidak akan timbul sekiranya kelima-lima penerima Darjah Perkasa tidak diberi imbuhan. Apabila SP & PGB layak mendapat elaun, sudah pasti timbul persoalan mengapa penerima anugerah JPP, PTU & KPK didiskriminasikan? Perasaan kekecewaan bertambah apabila kerajaan mengumumkan penerima Military Medal, dll, turut diberi elaun. Ini menggambarkan negara lebih mementing anugerah dari negara asing yang pernah menjajah negara Malaysia kita ini. Adakah pemberian kepada 695 wira negara, iaitu 92 JPP, 31 PTU dan 572 KPK, daripada 27 juta rakyat Malaysia, akan membebankan kerajaan? (Jumlah sebenar adalah kurang kerana ada yang menerima secara ‘posthumous’ dan mungkin ramai sudah meninggal dunia). Adakah pengiktirafan negara lebih memihak mereka yang mengharumkan negara, seperti ‘wira’ sukan, daripada mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara supaya ‘wira’ sukan dapat mengharumkannya?
Saya tidak nampak sebarang perubahan kepada keputusan penjawat awam di JPM sekira KEMENTAH terus membuat rayuan. Kemungkinan ianya hanya akan berubah sekiranya ada ‘political will’ daripada, tak lain dan tak bukan, YAB PM sendiri. Malah, pemberian imbuhan kepada penerima SP & PGB pun adalah dengan syor YAB PM ketika menjawat Menteri Pertahanan pada suatu ketika dulu.
Sepertimana yang saya cadangkan dalam coretan yang dimajukan bersama ini (coretan ini) , JPM perlu membuat kertas kerja untuk ‘degazette’kan saja JPP, PTU & JPP bagi mengelak isu ‘remeh temeh’ ini dibangkitkan lagi. Kemungkinan selepas ini, PBTM pula akan membincangkan isu ini ketika mesyuarat agung nanti kerana Kedah dan Melaka telah menyuarakan perkara ini.
Sementelah berbicara tentang imbuhan, perlu diingatkan bahawa para veteran yang tercedera di suatu ketika dulu sedang menunggu kuantum bayaran ‘ex-gratia’ yang mereka akan terima nanti. Bayaran ini telah diumumkan oleh YAB PM pada 10 Oktober 2010 bagi mereka yang tercedera sebelum 1995 semasa perjumpaan beliau dengan ahli PBTM di Bukit Jalil. Adakah nilai kehilangan anggota tubuh badan bersamaan atau kurang dari nilai pingat emas Sukan Commonwealth di New Delhi, India, baru-baru ini?
Saya harap YAB PM, melalui Datin Seri dalam kapasiti sebagai Penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan, akan memberi respons yang mengembirakan kami seramai 695 orang. Janganlah isu ini dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.
Tindakan positif Datin Seri sangat diharapkan. Terima kasih.
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
14 ulasan:
Mohon pembetulan iaitu perjumpaan PM dalam Perhimpunan Raksasa PBTM di Stadium Bukit Jalil ialah pada 10 Oktober 2010.
Semoga Allah membuka pintu hati mereka agar menghargai para perwira negara.
Nampaknya usaha Mejar selama ini tak dipandang oleh pihak atasan. Amat dikesalkan.
Saya rasa pihak atasan ini hanya memandang tinggi kepada usaha yang mengharumkan nama negara seperti - pingat2 sukan - olimpik/komanwel, usaha2 glamour - mendaki gunung Everest / terbang keangkasa / belayar solo keliling dunia / renang Selat Inggeris dan jasa2 dikalangan penggiat seni (artis2) berbanding pengorbanan anggota2 keselamatan yang berjuang secara bermatian berkorban untuk negara.
Kalau begini memang amat malanglah nasib mereka yang telah berjuang mempertahankan negara tersebut.
Salam tuan,
Dah naik berbulu telinga asyik2 dengar layanan dingin dari pihak atasan keatas apa saja "Rayuan Pahlawan" yang tuan luahkan, ironisnya pihak atasan pandai pula buat Rayuan Hari Pahlawan tanpa gagal setiap tahun entah kemana pergi TABUNG tu, tapi tak pandai pulak nak layan RAYUAN dari anak buah sendiri...HIPOKERISnya pihak atasan kita ni. Apa nak cakap banyak lagi, bekas2 tentera memangnya tak BERBEKAS selagi negara ini tidak BERUBAH pemerintahannya.....
salam tuan,
saya pernah baca kisah mengenai Capt Mukhtiar Singh dalam blog tuan... hari ini kisahnya disoal di parlimen ... adakah tuan sudah mengetahuinya?
http://zul4kulim.blogspot.com/search/label/Kapten%20Mukhtiar%20Singh
betul Tuan FMZAM,
Nama pun bekas tentera....
hanya mengharap simpati dari pihak atasan dari mula berkhitmat sehingga dah bersara.
Memang malang nasib tentera Malaysia........
Tapi, tuan jangan risau, pasti ada yg akan membantu tuan di satu hari nanti.
Insyallah
salam tuan,
kalau pengorbanan warga ATM zaman darurat tidak dihargai oleh pihak pengurusan tertinggi negara agaknya nasib warga ATM zaman aman damai macam kami ini lagilah tidak akan diendahkan memandangkan kami tidak berpeluang utk mengorbankan diri dan nyawa utk negara...cuma sekadar peace time soldiering shj.
Lt Khaidir
Salam Tuan
Saya bersetuju dengan Lt Khaidir.
Kalaulah warga ATM zaman darurat yg telah membolehkan rakyat, punk-5, jeneral dan semua orang boleh sentiasa bermain golf dengan aman tidak dihargai, bayangkan warga ATM sekarang yg bukan saja tidak berpeluang menunjukkan keperwiraan mereka malah mungkin takut, menerima layanan selepas tamat service nanti.
Ada PBTM pun buleh dikatakan "ada tarak, no meaning" selain dari kepimpinan yg hanya tahu mencium tangan org politik saja dgn harapan dapat menggunakan platform PBTM utk dapat projek.
Minta simpang la Tuan tapi kalau ditakdirkan Malaysia ni diserang, tak sempat nak pakai full battle dress pun, dah kalah kerana moral anggota ATM bagi saya berada di tahap yang amat rendah seolah-oleh tiada hala tuju selain menuju ke padang golf, aset yg rendah kualiti, latihan peperangan di atas kerja atau guna komputer saja (mcm exercise Angsa).
Kalau kebajikan anggota dlm perkhidmatan pun dilayan mcm sampah, apatah lagi kalau dah taman perkhidmatan.
Mcm kenal ajer Lt Khaidir ni, skod Joker ker?
salam,
utk pengetahuan sy dr skim pengambilan terus(Graduate Direct Entry)TLDM pengambilan 12. minta maaf sy tak kenal dgn joker yg dimaksudkan tu.
Lt Khaidir
Mintak izin tuan tuk saya publish n3 ni dlm blog saya..kasi panjang2kan sikit...biar depa tau dunia maya pun boleh "gegarkan" diaorang nih..
Tuan/Puan semua,
Terima kasih. Untuk makluman, semenjak petang semalam streamyx saya down. Petang ini baru dibaiki.
Saya telah membetulkan tarikh perjumpaan YAM PM dengan PBTM dan telah faks kepada Datin Seri.
Saudara abu muaz,
Saya belum baca blog MP tersebut.
Saudara yastro,
Dipersilakan.
Salam Tuan
Maaf kerana menggunakan ruang ni utk berkenalan dengan Lt Khaidir tu yer.
Saja nak tanya, nama penuh Lt Khaidir Zin ker?
Salam tuanx sume...
affirmative,nama penuh sy Lt Mohd Khaidir Arif bin Mohd Zin.
Catat Ulasan