Followers

Thursday, October 21, 2010

Sungguh Ironis!

Penerima anugerah JPP, PTU & KPK...Satu pengumuman...Dengan ini, dimaklumkan bahawa JPM secara rasminya menyatakan "...tidak wajar untuk dipertimbangkan" rayuan KEMENTAH untuk memberi elaun kepada penerima-penerima ketiga-tiga Darjah Perkasa tersebut. Jawapan rasmi ini ditandatangani oleh Dato' Wan Hamidah, Bahagian Istiadat, JPM, telah dihantar ke kementerian (di sini)

Sungguh ironis...Mak Dato' berkenaan tidak meluluskan rayuan yang dibuat oleh bos beliau sendiri, iaitu KP JPA ketika beliau (KP) menjawat KSU KEMENTAH sebelum memegang jawatan sekarang! Tapi ialah...Mak Dato' hanya menurut perintah sahaja. Sebenarnya, si Perayu (KP) yang menolak rayuannya sendiri! Mungkin sebagai KSU, beliau melihat dari perspektif 'mikro' tetapi sekarang  dengan jawatan yang lebih tinggi, sudah pasti secara 'makro'. Jadi...pandangan beliau berubah 180*. Ini adalah persepsi saya sahaja sebagai seorang rakyat kerdil tidak ternama dan bergelar yang tidak memahami prosidur agensi kerajaan.

Tak apalah...apa nak dikatakan...dah tak ada rezeki! Apalah nak hiraukan sangat  kedukaan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh waris wira-wira yang terkorkan seperti mereka ini kerana mempertahankan negara tercinta Malaysia ini...



...atau cacat anggota tubuh badan...



....atau semuanya menjadi gelap gulita kerana kehilangan kedua-dua pancaindera...


Itu hanyalah satu kisah silam. Lebih berfaedah mengiktiraf wira-wira sukan yang mengharumkan negara....

...selain imbuhan RM1juta untuk pingat mas!

...paling tidak pun, RM80K (tolong perbetulkan sekiranya tersilap fakta) untuk pemenang pingat mas Sukan Commonwealth baru-baru ini!

Atau pun....menyanjung pingat yang di impot, terutama yang dianugerahkan oleh negara penjajah kita sebelum Merdeka dulu seperti Military Medal, George Cross. Apalah sangat JPP, PTU & KPK!

Pada 19 Oktober, jam 2013, saya telah menghantar sms ini kepada Pak Menteri Pertahanan '...Salam. Sungguh kecewa. Dato Wan Hamidah, JPM, dgn rasminya menolak rayuan KEMENTAH utk elaun JPP, PTU & KPK. Jujur saya kata bahawa saya begitu hampa dgn YB Dato'. Siapa lagi yg kami boleh harapkan? Tiada sebab saya harus berterima kasih pada Dato'.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada JPM agar membuat satu kertas kerja bagi 'degazette' ketiga-tiga anugerah tersebut dari senarai Darjah Perkasa Persekutuan; memadailah SP & PGB sahaja. Sekiranya dipersetujui, kerajaan tidak lagi dihujani dengan permohonan yang 'remeh-temeh' dan mejar pencen ini pun tiada ruang lagi untuk buat bising!

Sekarang tunggu dan lihat sama ada PBTM akan mengambil tindakan terhadap usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahlinya dari Kedah dan Melaka terhadap isu ini.

11 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

sy sentiasa mengikuti blog tuan cuma tak pernah komen. sy amat berterima kasih kpd tuan dan rakan2 seperjuangan tuan yg lain. tanpa perjuangan para wira negara suatu masa dlu mana mungkin malaysia aman,makmur dan stabil spt hr ini.
sy juga merasa amat sedih dan kecewa bila pihak kerajaan pd masa kini gagal memberikan sebarang imbuhan kewangan bagi mengenang jasa wira-wira negara spt tuan dan rakan2 seperjuangan yg lain. lebih menyakitkan hati bila ahli sukan yg tak seberapa sumbangannya kpd negara pula yg diangkat sebagai wira negara.pd sy ini menunjukkan bahawa kita ketandusan wira negara yg sebenar pd masa kini.

Lt Khaidir TLDM

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Tk paparan tu.....sudah sampai penghujung? Belum,nnt tgk apa PBTM buat pula ...tempohari blh anjurkan Perhimpunan cuma UMUM untuk nak bagi Khairat...tu pun lps mati? Kenaikan PENCEN???? (Ramai kawan2 merungut...mcm di tipu HIDUP2)

Apa nak di pertimbangkan ..Mereka tak buta mata..yang BUTA bekas anggota
keselamatan ..yang cacatnya juga bukan mereka...juga org lain...PEDULI apa!!!! Manusia yang Tak Ada RASA KESIAN BELAS gitulah....org Kedah kata HATI KERING atu mati!
Wallahuaklam!

Hafizie said...

Salam tn,
saya rasa depa pak pak menteri nie kena byk baca buku la. Salahudin Al Ayubi setelah menjadi khalifah pergi meronda2 di kawasan kota. Dia terlihat seorang wanita tua sedang meminta sedekah. Lantas beliau menanyakan kenapa dia meminta sedekah dan wanita tua tersebut menjawab bahawa anak dan suami dia telah syahid dalam peperangan yang lepas dan dia tiada tempat bergantung. Wanita tu menyatakan bahawa kerajaan tidak mengambil tahu mengenai nasib mereka. Salahudin terkejut dan lantas beliau telah memperkenalkan satu sistem pencen untuk keluarga tentera yang syahid tadi. Jadi moral cerita tersebut, apa yang kita kecapi adalah hasil keringat, air mata dan darah perwira -perwira dahulu

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

I'm too sad to comment further. Need to control myself from using hash language to them.

I will write in my blog to express my feeling later on.

This bloody stupid PBTM, what are you doing to support this?

Sorry Tuan, terkasaq skit.

Anonymous said...

Salam Tuan,
Sunguh dukacita bila baca apa yg terjadi pada pejuang2 negara.kerajaan tidak mengendahkan dan tidak mengenang jasa pejuang yg pernah pertahankan negara.
Apa lah nasib kami yg masih dan sedang berkhidmat ni pada masa akan datang.
pahlawan dan pejuang negara di zaman komunis di layan sedemikian rupa,apa nasib kami nanti yg tidak berperang lansung sekarang ni....
kepada ADUN2,Ahli Parlimen,dato2,tan sri2........sekira nya ada terbaca, please lah.....'DO SOMETHING...........'

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

Terima kasih. Galakkan anak yang berminat terhadap sukan sehingga berjaya. Dahlah dapat melancong ke luar negara FOC, jika menang di sambut di KLIA oleh pak Menteri & makan di Sri Perdana, anugerah Dato', dan yang best sekali, imbuhan dan pencen seumur hidup. Inilah 'wira' negara alaf baru!!

Anonymous said...

salam tuan,

definisi wira negara tu kena ubah..kalau suatu mase dlu wira negara adalah dr kalangan warga ATM dan PDRM yg berkorban nyawa utk negara tercinta maka kini wira negara adalah sportsmen walaupun sumbangan mereka hanya sekecil kuman kalau dibandingkan dgn pengorbanan dan sumbangan
anggota pasukan keselamatan mase darurat dahulu.

Lt Khaidir TLDM

Nota Fikir said...

Wira2 negara yang selamat, tercedera dan terbunuh semasa era perjuangan menentang anggota komunis sepatutnya diberi penghargaan dan bantuan yang sepatutnya dari pihak kerajaan dan orang2 awam. Kerana pengorbanan dari merekalah kita mendapat suasana yang aman dan makmur seperti sekarang.
Adakah semua orang fikir apa yang akan terjadi jika kita hidup dalam ketakutan akibat ancaman komunis? Jangan haraplah kita boleh duduk dihadapan komputer/laptop untuk melayari internet, memandu kereta mewah dengan selesa dijalanraya, enak makan pizza atau ayam goreng dibawah restoran yang berhawa dingin, menonton acara hiburan didalam/diluar rumah atau tidur dengan nyenyak dimalam hari.
Semua orang harus membantu apa yang patut disamping berterima kasih dan bersyukur pada tuhan.

abu muaz said...

berita yang sangat dukacita, kalaulah mereka ini hidup di negara lain !!!!!!

Faizul said...

Mej,

Our political leaders are not interested to take care of our wira-wira.

They are more interested in building 100 story buildings so that they can siphon off money into their own pockets.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

Terima kasih diatas simpati anda semua. Agak-agaknya berapalah kuantum bayaran 'ex gratia' yang diumumkan oleh PM pada 10 Sep tempuh hari bagi mereka yang cedera sebelum 1995? Adakah jumlahnya=pingat mas Sukan Commonwealth? Tunggu & lihat sajalah!