Pengikut

Rabu, 24 November 2010

Semoga Berjaya

Saya ada bertanyakan tentang anak kepada arwah Mejar Zainal Bin Abdul Rashid  SP dalam coretan ini...Mohd Hazem Shah...  


Pada 23 Nov, saya menerima e-mel daripada saudara mangchikla untuk klik dekat facebook. Apabila diklik, terpampanglah gambar sepasang suami-isteri. Dari butir-butir peribadi, saya yakin beliau adalah Mohd Hazem. Saya telah menalifon (# dipamerkan) beliau untuk pengesahan dan jawapannya ialah 'YA'. Inilah gambar terbaharu putera kepada Pahlawan Gubir  yang sekarang ini sudah menjadi seorang suami kepada Puan Maria Tutie dan ayah kepada 2 orang cahaya mata...

Mohd Hazem & Maria Tutie

Sekarang saudara Mohd Hazem bertugas di Accelteam Sdn Bhd sebagai Business Consultant/Manager. Bidang tugas ialah 'dealing with Corporate Performance management, Business Intelligence tools specialise in consulting and training. Trainer (Management Soft Skill C) certified by Pembangunan Sumber Manusia Berhad'....Wow...It sounds Greek to me...He...He...He.

Saudara Mohd Hazem...Saya doakan agar anda berjaya dalam kehidupan anda. 
Saudara mangchikla...Terima kasih.

18 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Alhamdullillah....

Saya rasa Almahrum Pahlawan Gubir telah memberi didikan yang terbaik sehingga anaknya Mohd Hazem berjaya menjadi seorang yang berjaya seperti yg diceritakan sekalipun banyak masa diluangkan di perbatasan.

Saya juga mendoakan kejayaan anak Almahrum Pahlawan Gubir sebagaimana saya mendoakan agar ayahanda anda berada di kalangan org yg soleh.

Amin...

Tanpa Nama berkata...

salam

saudara mohd hazem menjadi anak yatim kerana ankara komunis. beliau membesar dibawah tuk dan pah. Sepatutnya tuk dan pah juga diberi anugerah kerana membesarnya hingga ke tahap skg.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Pernah bersua dgn beliau di Jab Infantri beberapa tahun lalu...bertanya kabar ttg bapa sdr beliau En Md Zain Rashid (senior saya di STAR)...seorang yang berhemah tinggi!! Doa dan harapan beliau juga BERJAYA,Insyaallah

FMZam berkata...

Salam tuan2,

Maaf saya menyibuk sikit disini, tentang Mohd Hazem ni, tau2 dia dah besar panjang, dah kerja dan dah berkeluarga. Kita tak tau selama ini dari waktu beliau jadi yatim dan kemudian jadi yatim piatu, sebatang kara hidup sebagai anak kecil dibawah asuhan dan tanggungan datuk dan nenek, apakah beliau dipedulikan, diberi perhatian atau bantuan oleh kerajaan atau Angkatan Tentera hingga beliau membesar menjadi apa yang beliau jadi sekarang?

Ini kerana apa jua pencen dan imbuhan pingat yang diterima oleh arwah ibu beliau sebagai balu kepada Allahyarham Mej Zainal Abdul Rashid berhenti apabila ibu beliau meninggal, dan ibu beliau meninggal pada waktu Mohd Hazem masih seorang anak kecil.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam,

Menurut buku "Pahlawan Gubir", ibu Mohd Hazem, arwah Azizah, menerima pencen RM262 sebulan dan kemudian dinaikkan RM350. Bapanya pula, arwah Abdul Rashid, menerima RM87.50 sebulan. Apabila arwah Azizah meninggal dunia, Mohd Hazem pula menerima pencen RM350.25 sebulan (ketika buku tersebut ditulis). Mohd Hazem turut menerima RM127 sebulan sebagai bantuan persekolahan. Maklumat ini dipetik daripada buku berkenaan.

Mungkin saudara Mohd Hazem sedia mengesahkan maklumat ini.

FMZam berkata...

Salam tuan,

Terima kasih atas statistik tuan tu, namun kalau tuan faham maksud yang terselit di hati saya ialah tentang imbuhan pingat SP Allahyarham Mej Zainal yang tidak kesampaian kepada mana2 anggota keluarga Allahyarham selain dari sebutir pingat...entahlah Malaysia!

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Sahabat FMZam!

Gitu peka sahabat saya ni...cuma nak mencelah sikit....Imbuhan (Ex Gratia) yang di bayar dalam tahun 2002 dulu...semua penerima SP dan PGB dibayar...Yang meninggal di berikan kpd Waris Terdekat(One time payment only)....Wallahu aklam!

Tanpa Nama berkata...

Biasa la KERAjaan.... bila memerlukan disanjung, dipuja dan dibelai. Tapi bila dah tak memerlukan sebelah mata pun tak dipandang. Saya terpaksa comment begini sebab atas pengalaman saya semasa berkhidmat dulu.

FMZam berkata...

Salam Tn Hj Basri,

Terima kasih lah atas penjelasan tuan, sekurang2nya kita tau yang kerajaan kita ni masih ada rasa peri kemanusiaannya terhadap wira2 negara dari kalangan tentera. Saya seperti tuan2 semua yang simpati pada nasib Mohd Hazem yang kehilangan kedua ibubapa dan saudara kandungnya dengan cara yang trajis.

Unknown berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Bismillahirrahmanirrahim..pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Mej(B) Nor Ibrahim diatas inisiatif memperingati Arwah bapa saya Mejar Zainal Abdul Rashid. Saya,(Ex-3005760, TJP 57 Divisyen Kadet MTD),(Ex-431505, Divisyen Putera Maktab Tentera DiRaja 7th Form 1 Intake 1986-1990). Untuk makluman Tuan,Alhamdullah sekarang ini saya sudah pun bekeluarga dan mempunyai karier mengikut tahap kebolehan yang tak seberapa setakat ini,Alhamdullilah itulah rezeki saya setakat ini. Sepatutnya saya dah "join service" sewaktu di Kadet, atas sebab medical injury saya membuat keputusan utk beralih ke dunia swasta. Namun begitu hingga sekarang, saya sudah pun berumur 37 tahun,tidak dapat saya sangkal bahawa jiwa saya sebenarnya kekal abadi didalam dunia "Hijau". Kasut; masih kilat tangan,pakaian;masih lagi "sharp". Susun barang;masih lagi ke kanan lurus; gaya jalan; masih lagi short and sharp..malahan tidur masih lagi mengigau mimpi suasana diperbatasan memakai "complete FSMO siap kena bom, kena tembak pun ada!.M16 tu sehingga sekarang kalau tutup mata pun Insyaalah boleh lagi buka dan pasang balik. itulah hakikat yang saya tidak boleh lari dalam kehidupan saya.Motto; Taat Setia, Sentiasa DiHadapan, Kepada Allah Berserah.. sentiasa terngiang-ngiang ditelinga tatkala saya melangkah keluar rumah untuk menjalankan tugas. Insyaallah...dengan izin Allah mudah-mudahan diberi kekuatan baik dari segi jasmani dan rohani, saya menyahut cabaran diri saya sendiri untuk kembali menyarung baju hijau walau digelar "askar weekend" kelak (next Wataniah intake 2011).
Dengan niat tulus ikhlas selain dari mengambil bahagian dalan menjadi benteng pertahanan negara,saya juga bertujuan untuk menjadi contoh kepada semua warga Malaysia terutamanya anak-anak muda, graduan-graduan yang masih lagi belum bekerja supaya mencurahkan bakti bersama dengan saya mengambil bahagian dalam menjadi sebahagian dari benteng pertahanan negara. Insyaallah...terima kasih kepada semua atas ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya doakan Tuan-Tuan serta keluarga sekelian di blog ini diberkati Allah selalu HendakNya..
Assalamualaikum.wbt.
p.s mungkin saya boleh berkongsi paparan kehidupan saya bersama tuan-tuan dilaman facebook dengan carian Hazem Shah Zainal atau hazem_shah@yahoo.com

basri bin omar berkata...

Salam Sdr Hazem dan Keluarga!

Pada saya yang sedang meniti waktu2 senja ini AMAT tersentuh benar dgn semangat WAJA Sdr... yang ingin terus berbakti pada Negara TERCINTA...Akan saya arah Anak2 saya membaca coretan/komentar Sdr ini...untuk dijadikan sebagai pendorong kpd kejayaan dan jatidiri mereka.,Insyaallah! Doa dan harapan agar kita sentiasa diberi Allah terus ISTIQAMAH dalam perjuangan!

G.Jeyaganesh berkata...

Hazem was my one year senir in RMC and he was a good chap......his late father would have been proud of him.....eventhough he his not in the forces...

Take care hazem old buddy

G.Jeyaganesh
exboy 87-91C

aswad berkata...

assalamualaikum..
saya Muhammad Aswad bin Mhd Pauzi..and for ur info Sir..i m an OP of RMC intake 2001-2004..now i m the air movement officer n intelligence office of 17 RAMD Para..currently sy trlibat dlm pnerbitan buku sejarah ramd..sy tlh mmsukkn sej Almarhum Mej Zainal..d msa yg sma sy dan batalion dlm proses mmbaik pulih pusara pahlawan negara ini..dan untuk makluman pada 11 dis wakil dari 17 ramd akan kembali skali lg ke P.remis untuk majlis tahlil n mmbina memorial di sana..InsyaAllah..akan dimaklumkan nanti..wakil dari psk juga telah mlwat keluarga dan pusara pada 24 sept lepas..brkenaan artikel Almarhum sy xdpt ltakkn disini sblum pnerbitan buku tersebut..
InsyaAllah sy akan msukkn x lama lg..wassalam

Capt Muhammad Aswad
x boy 2001-2004 e-coy
air movement offcr 17 ramd para

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Kapt Muhammad,

Terima kasih tentang maklumat tersebut. Saya menunggu penerbitan buku sejarah RAMD itu nanti. Sekiranya anda ada gambar pusara arwah Mej Zainal, harap e-melkan kepada saya.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Mohon maklum Tuan,Kapt Aswad tu anak penakan saya...(anak adik)...mungkin ni akan ikut jejak saya ..wallahuaklam! anak2 xberjaya nak masuk Kedet sebab gagal dalam ujian Kesihatan...rezeki tempat lain kot?

dalam facebook dia ada cerita ttg tu.Tk

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Tak apalah. Rezeki mereka bukan kat ATM. Tak kisah di mana mereka bertugas selagi mereka tetap menyintai negara Malaysia ini... Syukur Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Hazem,
I am also an OP from intake 1979-1981 with Boy No 430414. Later on became REME Officer from SSC 52 with my service number 3004829. I have read about all the SP recipient inclusive of your late father. I have also stayed in 17 RAMD Officer mess while I was attached to 14 RAMD Support Batalion as an LAD Commander. There was a painting of your late father potrait hanging in the mess.
The adjutant at that time was my boy squadmate, Kapt Abdul Rahman Shamsuddin (retired as a Lt Kol and known as the 1st oversea graduate to join the RAMD). It was glad to know also that there are 3 other OPs are the SP recipient, Capt (Retired) Abd Hamid Awang, the late Capt Mohandas Chandran and the late Adbul Jalil Ibrahim (the only civilian ever awarded with SP). Good also to hear that my boy squadmate Kol Halim RAMD was also awarded with PGB in Somalia. I always wonder how would I be or reacted in combat situation in which I have never been due to my job description. Anyhow, it was nice to hear that you are an x-boy and doing well now. This eventually become the happy ending story as the last time I read about your late father, the story end with the tragic death of your mother and sibling. There was nothing else jotted down regarding your well being. Your late father as given his life to this country and it is also your responsibilities to ensure that his story to be told to the the next generation. May we met sometime in the future during OPA day.

mazri berkata...

as salam tuan...kepada capt muhammad aswad jika benar pihak 17 para ada terbitkan buku pasukan sila maklumkan pada saya lewat email mazahm17md@yahoo.com...saya adalah ex 17md tahun 1990-2007 sebelum saya bertukar ke rej 504 (2007-2010)dan di tukar kan ke rej 516 atas dasar kenaikan pangkat (2010-2011)...tapi la ni dalam peralihan le...tahun depan jadi lah pakcik muda...pas ni ble la lepak2 ngan tuan nor...orang jitra juga saya ni tuan nor...