Followers

Tuesday, November 23, 2010

Mejar Zainal Abdul Rashid SP


20 Nov 2010...Saya terima buku ini daripada Lt Kol Basri Omar melalui Pos Laju.
Ia mengisahkan seorang pahlawan, arwah Kapten Zainal Bin Abdul Rashid SP (gambar), Ketua Kompeni 'Alpha', 17 RAMD, yang terkorban dalam satu pertempuran, di mana lagi kalau tak bukan...GUBIR, berhampiran dengan Sg Baho, sumber air dan mandi. Pada  pagi 15 Julai 1976, Kompeni A sungguh teruja kerana si 'burung besi' akan datang untuk menghantar, bukan sahaja catuan 'government issued', tetapi juga makanan tambahan (extra messing) yang ditempah oleh mereka dan  surat-surat daripada yang tersayang. Tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan dari arah tempat anggota beliau mengambil air. Kapten Zainal pasti tembakan tersebut adalah daripada musuh. 

Beliau membuat keputusan untuk mengenal pasti punca tembakan tersebut. Dengan 4 orang anggota, Kpl Adnan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali, dengan berhati-hati mereka telah pergi ke lokasi tersebut. Tanpa disedari oleh musuh yang jumlahnya lebih kurang 15 orang, pada jam 0845, Kapt Zainal mengarahkan anak buahnya untuk menyerang musuh. Beliau sendiri telah menembak mati 4 orang PK sebelum ditembak mati; anggota beliau berjaya membunuh 2 orang musuh.   Tembak-menembak ini berlaku hampir 45 minit sebelum PK beredar. 4 orang wira ini bernasib baik kerana PK tidak mengetahui jumlah sebenar anggota Kapt Zainal. Ketika Kpl Adnan yang terpaka kembali ke pangkalan untuk melapor insiden ke Markas Taktikal dan meminta bantuan, Pbt Awang, Pbt Ariffin dan Pbt Razali menjaga jenazah Ketua Kompeni mereka. Mereka mendengar laungan PK kepada mereka..."Oi, Melayu...lebih baik lu orang serah diri...kalau tidak, kamu semua akan mati". 

Platun 1  yang diketuai oleh Lt Mohd Yassin tiba di lokasi jam lebih kurang 1000, dan diikuti oleh Lt Abdul Rahman Yat, Ketua Platun 3. Walaubagaimana pun, musuh sudah beredar dari kawasan pertempuran. Hasil penggeledahan, mereka menemui 6 mayat PK dan dipercayai ramai yang tercedera. Antara senjata yang ditinggal oleh musuh termasuk selaras 60 mm mortar, M79, 4 laras carbibe, rifle 0.22, bom tangan dan patchet. Mereka beredar balik ke pangkalan pada jam 1200 membawa bersama jenazah arwah Kapt Zainal dan mayat musuh.

Dua buah Nuri tiba untuk membawa 7 'bodevacs' dan selamat mendarat di Kem Gubir pada jam kira-kira 1545. Arwah Kapten Zainal disemadikan di Pantai Remis, Perak, tempat kelahirannya. Arwah telah dinaikkan pangkat pangkuan Mejar mulai 1 Januari 1976. Arwah meninggalkan seorang isteri, Puan Azizah Binti Ismail dan 2 orang cahaya mata, Mohd Hazem Shah dan Nurulaini. Malang tidak berbau, pada 3 April 1977, Puan Azizah, Nurulaini dan anak saudaranya, terkorban dalam satu kemalangan jalan raya Tenang, Jalan Muar-Segamat, Johor (lebih kurang 10 km dari Bandar Segamat). Mohd Hazem, ketika itu berusia 3 tahun 7 bulan, terselamat dan ...menjadi yatim piatu. Beliau telah memilih untuk tinggal bersama Tok dan Pah di Pantai Remis.

Mohd Hazem menyertai Tingkatan 1 sebagai 'Budak Boy' pada 1986. Sekarang di mana beliau berada saya tidak ketahui...Wallahualam.

Saya masih ingat insiden ini dilaporkan dalam akhbar-akhbar. Apabila mengetahui nombor tenteranya, 410488 dan ditauliahkan pada 21 September 1968, baru saya teringat bahawa arwah adalah dari Intake 13 TJP. No tentera saya ialah 410316 dan saya berada di MTD daripada Mei 1967 hingga April 1969. Ini bermakna saya 'Senior Cadet' ketika beliau berada di MTD.

Di mana saya berada semasa insiden ini? Jawabnya buka Log Book...


Masa itu saya masih "D" cat...lebih kurang lesen "P" (dulu lesen "L")...tak boleh bawa trup, hanya layak bawa 'freights' dan 'ferry flights'. Mengikut Log Book, pada 18 Jul 1976, saya telah menerbangkan pesawat FM1716 dari Kuantan ke Butterworth dan terbang balik ke Kuantan dengan FM1703 pada hari yang sama.  Ini bermakna Nuri yang membuat detasmen di TUDM Butterworth dan terlibat dalam ops di Gubir perlu diganti. Ketika itu, Skuadron Komposit masih belum wujud; Nuri hanya di No 10 Skuadron, TUDM Kuantan. 

Saya difahamkan, baru-baru ini 17 RAMD telah membuat lawatan ke rumah arwah di Pantai Remis...Inilah kali ke2 keluarga arwah diziarahi oleh pasukan di mana anaknya pernah berkhidmat selepas 34 tahun berlalu. Kali pertama semasa menyebadikan arwah Mejar Zainal. Pusara arwah dibersihkan dan ikuti dengan majlis tahlil. Adakah tindakan ini kemungkinan hasil surat saya ke Forum Utusan Malaysia? Kesan terhadap pusara Leftenan Muda Abd Hamid Bin Ismail SP (410945) memang sudah terbukti di sini. Sekiranya betul, OK jugalah coretan mejar pencen ni...Syukur Alhamdulillah. (Saya akan menyiarkan gambar pusara arwah Mejar Zainal sekiranya ada yang sudi menghantarkannya). Terfikir pula...Bagaimanakah agaknya pusara squad-mate saya, arwah Leftenan Muda Razak Hussein SP, 8 RAMD, yang terkorban di Sarawak!

Para Veteran...Banyak lagi cerita wira-wira yang tidak diketahui umum. Tiadakah sesiapa yang sedia menulis kisah wira-wira seperti arwah Lt M Abd Hamid Bin Ismail SP (410945), arwah Truper Rosli Bin Buang SP (19151), mendiang Kapten Mohan Chandran SP (200402), arwah Leftenan Kolonel Ahmad Bin Rashit PGB (410336) (difahamkan arwah dianugerah dua pingat PGB), arwah Renjer Isa Bin Hassan PGB (207770), Lans Koperal Mereng A/K Imang  PGB (929393) dan ramai lagi. Saya tabik spring squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal  Abdullah PGB (B) yang telah mengabadikan pengalaman beliau melalui autobiografinya "My Adventure".  Sesiapa yang berminat dengan buku ini boleh menghubungi beliau di 012-2751171.

Buku "Pahlawan Gubir" diterbitkan oleh DBP pada 1994 berharga RM8.00 sahaja. Lt Kol Basri...Terima kasih.

42 comments:

Robert Rizal Abdullah said...

Well done Squad. Your articles are always an interesting read. Keep on writing.

FMZam said...

Salam tuan,

Ada banyak insiden pertempuran di Gubir dalam waktu peperangan melawan insurgensi dulu, rasanya Gubirlah satu2nya lokasi yang menyimpan begitu banyak sejarah pertembungan (close encounter) dan pertempuran antara tentera kita dengan PGK, dimana ramai wira2 kita telah dianugerahkan dengan pingat2 keberanian dalam insiden2 di tempat yang satu ini. Kita semua tau betapa Gubir itu begitu HOT namun MENGAPA ianya HOT seolah-olah tempat itu tempat favorite PGK. Jika kita susun semua insiden itu mengikut aturan kronologi, kita akan dapat memprofailkan Gubir seperti sebuah antologi cerpen yang boleh dijadikan sebagai satu dokumentasi lengkap dan memungkinkan kita melihat anatomi Gubir untuk memahami mengapa Gubir was the hottest spot in our war against insurgency.

basri bin omar said...

Salam Tuan!
Tk paparan tu...sabenarnya sehari sabelum Almarhum masuk ke Gubir ,beliau menginap di Wisma Perwira 7 Renjer d Kem Lapangan Terbang ,Sg Petani...kebetulan saya juga menginap di situ kerana urus Projek Membina Perimeter Track di keliling Kem tu.Waktu Maghrib terdengar orang Wirid agak kuat...saya terus kebilik tu dan dapati Almarhum sedang Wirid salepas solat tanpa berbaju!Masyaallah!!! Almarhum memang Hebat orangnya!Tu lah kali terakhir berjumpa beliau....bangga kerana Almarhum juga bekas Kpl RAJD dan pernah berkhidmat di 10 Rejimen Latih Jurutera,d Kem Mahkota,Kluang Johor sebagai Polis Pasukan(PP)...

Alfatihah..moga2 ALLAH menempatkan Almarhum bersama PARa SYUHADAH .AMIN!

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Al-Fatihah jugak dari saya kepada Almarhum sekalipun tidak mengenalinya. Untuk saya, dah cukup utk mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan para syuhadah sekalipun hanya sekadar mengetahui jasa dan budi yg telah diberikan oleh wira-wira negara ini bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup sebagaimana sekarang sekalipun dipandang bak habis madu sepah dibuang.

Menang pingat emas pun digelar wira negara padahal tidak menyumbang apa-apa pada kehidupan rakyat. Lagu mana tu? Wira syiok sendiri jer laaaa.... Heheeheee!

xpara87 said...

saudara Kamal,
jangan cakap lagu tuuuu....
nanti depa kata, hang tak patriotik pulak...............hahahahahah

Anonymous said...

salam...

Sy bersetuju dgn pendapat saudara kamal tu...mmg atlet negara yg menang pelbagai pingat tu membuat jasa kpd negara...tp jasa mereka tak sebesar jasa dan pengorbanan yg dicurahkan oleh warga pasukan keselamatan dan mereka tak layak digelar wira negara...


Lt Khaidir

Anonymous said...

wira negara,
maskot SUKOM98

Anonymous said...

Salam Tuan,

Saya adalah bekas anggota batalion ke 17 rejimen askar melayu diraja(para) dari 'Bravo comp' iaitu bekas rejimen almarhum Mej Zainal SP. Dahulu semasa saya masih dalam perkhidmatan, saya kerap melawat muzium rejimen dan terlalu kerap melihat serta membaca kisah operasi rejimen, perjuangan arwah dan warga 17melayu serta barang rampasan anggota PGK semasa operasi dahulu. Untuk pangetahuan tuan, selama ini saya hanya memerhati dan membaca kisah perjuangan veteran2 anggota tentera(amnya) dan kisah perjuangan tuan(khasnya) dalam blog tuan. Memang saya slute dan respect habis para veteran dulu kerana sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yg terakhir tampa mengira nyawa jadi taruhan. Kalau operasi dizaman tuan iaitu 70'an dan awal 80'an, pasti ada keluarga yg menyambut kepulangan orang tersayang dengan tangisan air mata..... ITU DULUUuuuuuuuuu. Tapi sekarang, kalau masuk saja operasi siap bawa blanket, mosquito net, discman dan macam-macam barang yg tak sepatutnya dibawa ketika operasi. Siap boleh berhibur dan berlibur. Apatah lagi kalau kawasan operasi dikawasan malaysia timur(ops pasir) maka operasi itu boleh dikatakan ops melancong dan melencong sebab boleh membeli belah. Apabila pulang disambut dengan gelak keriangan dan para-para isteri(orang penang kata) siap tergedik-gedik seronok sebab yg pulang bukannya mayat seorang pewira tetapi seorang askar(susu) yang pulang dengan buah tangan(mutiara) dari Sabah. Mengenai pinggat, tuan rasa kalau saya masuk acara 'skot jump' sampai mati boleh dapat pinggat tak???

abu muaz said...

terus bongkar dan tulis kisah-kisah perajurit silam untuk tatapan umum...

keberanian yang tiada tolak bandingnya untuk agama dan negara.

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Biarlah mereka nak kata saya patriotik ka atau tidak. Kalau semangat patriotik kita ada expire date iaitu hilang selepas tamat service, rasanya semua ex-service pun tak patriotik. Tak ker naya tu?

Soklannya, patriotik sangatkah mereka yang bergelumang dengan rasuah hingga sanggup mengatakan barang siapa yg tidak masuk ash-kar dianggap tidak patriotik?

Anak-anak mereka tu patriotik sgt ker, ada masuk askar? Mengaji pun di luar negara padahal dok kata pendidikan kita yg terbaik.

Saya ingin mencabar mereka tu agar masuk Wataniah utk membuktikan yg mereka pun patriotik. Jgn hanya sekadar pakai uniform askar kerana menjadi menteri pertahanan.

Saya nak tunggu bilamana dia jadi menteri lain pulak, mahukah dia berpakaian mcm tentera...

Heheeheee....

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Semua,

Terima kasih.

Saudara Anonymous (x17RAMD),

Kalau Pak Menteri Sukan setuju 'skot jumps' dijadikan acara Sukma, buat permulaan, saya pasti negeri anda akan menganugerah pingat nanti.He..He..He.

Sebenarnya saya setuju dengan cadangan FMZam, terlalu banyak insiden berlaku di Gubir. Mengapa ya? Sesiapa yang ada cerita, sila emel kepada saya untuk kita kongsi bersama. Atau sekiranya anda ada buku berkaitan dengan keperwiraan veteran, buatkan rumusan dan emel pada saya. Nanti saya akan rumuskan buku "My Adventure", InsyaAllah.

Shafirun said...

salam tuan,

Kisah nama2 penerima SP dan PGB yang tuan nyatakan tu ada dalam buku Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia, Penerima SP dan PGB, oleh Lt Col (B) Dr Syed Omar. Kisah Lt Col (B) Basri Omar pun ada. Buku tu ada siri 1 dan 2. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Shafirun,

Terima kasih. Saya ada terlihat buku tersebut. Namun demikian, buku itu tidak menceritakan kisah peribadi pahlawan-pahlawan terbabit. Ambil buku "My Adventure" oleh Lt Kol Robert Rizal Abdullah PGB, beliau menceritakan kisah kehidupan ketika kecil di rumah panjang, persekolahan, latihan kadet, sehingga melaksanakan operasi dengan jayanya.

Sama juga "Pahlawan Gubir". Arwah Mej Zainal SP telah menjalani latihan sebagai LLP dan menjadi seorang 'sapper' sebelum mengikuti latihan Pegawai Kadet di MTD.

Anonymous said...

salam tuanx..

Ternyata negara kita tidak pernah short herox negara yg sebenar..terlalu banyak operasi menentang musuh telah dilaksanakan..terlalu banyak pertempuran berdarah dihadapi...dan telah ramai wira negara yg gugur...sepatutnya penerbit dan pengarah filem di malaysia boleh buat cerita berkaitan keperwiraan dan kepahlawanan warga ATM semasa era insurgensi..barulah anak melayu
masa kini tahu yg kita juga ada hero sendiri...ini tidak asyik mengagungkan hero barat shj...
Dahler klu buat cerita skrg nie tak abis2 psl mat rempit,bohsia dan bohjan...mcm manalah anak muda melayu skrg nie tak hanyut...

Hafizie said...

Salam tn,
Mengenai pengumpulan cerita, sebenarnya negara luar pernah buat. Saya ada beli satu buku yang tajuknya saya lupa (member pinjam x hantar). Dalam tu di compile tentang penerima pingat medal of honour yg seetaraf dengan PGB dan kisah penerima selepas menerima pingat tersebut. Saya juga pernah terbaca buku mengenai himpunan pengalaman 7 Air Cavalry semasa perang vietnam. Sepatutnya kita perlu banyakan cerita dan buku seperti itu. Saya baru-baru ni pergi ke kedai dan ada lihat satu buku bertajuk the little iban warrior. Ini sudah bagus sebab semakin banyak buku seperti itu diterbitkan. Ia boleh jadi rujukan kepada peace time soldier mcm saya. Kudos to Lt Kol Robert Rizal kerana buku beliau.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. ATM memang banyak wira-wira yang didendang. Saya tabik PDRM kerana mereka memaparkan anggota mereka. Macam-macam cerita melibatkan anggota mereka ditayang dalam program tv. ATM tak minat dan kalau ada nak menulis pula, susah nak dapat bahan cerita. Semuanya 'classified' walaupun dah 30-40 tahun berlalu. Saya cuba nak dapatkan # Nuri yang ditembak jatuh pun tak boleh (kemungkinan besar laporan BOI dah hilang). Nak dapat 'INTSUM' bukannya mudah melainkan saya xPTD.

Saudara Hafizie,

Terima kasih. Mungkin buku yang anda maksudkan ialah berkenaan Linus Lunsung. Anda dah baca buku Lt Kol Rizal? Saya kagum dengan semangat beliau mengejar pengganas komunis walaupun terpaksa mengharungi paya.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Memang betul buku Little Iban Warrior tu nukilan Lt Kol Linus Lunsung xRgr/Cdo...Hebat pengalaman menggempur Pengganas komunis di kawasan Rejang,Sarawak...Buku di jual semasa Jamuan RAFOC thn lps di KL.

PDRM akan lancar Buku Sangsaka Biru ke 2 pada 2 Dis ni,Insyaallah...mengisahkan Hero2 PDRM.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Basri,

Terima kasih di atas maklumat. Tak nak cerita sedikit kisah Lt Kol Linus? Kalau ada sinopsis, mungkin ramai orang akan membelinya...bila masa lagi kita nak promote buku wira-wira ini.

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Mohon maaf kerana buku di pinjamkan kat org ...dia tak bagi blk lagi...akan cuba dapat semula...Insyaallah akn saya kirim kat Tuan....jika tidak akn dapatkan naskah baru.tk

Anonymous said...

Slm. I am happy to read about this information of Arwah Mejar Zainal here. I've been searching for his name in the web for years and not much information is available. Usually, its just a few lines and once, I did find something intersesting but when I searched again, it was gone and not avaliable anymore. I am an educator and do teach my students on the spirit of patriotism. I would share stories like this and add on to some of the stories of people I once knew but can be considered heroes in their own ways. For your information, I personally know Hazim, the son of Arwah Mejar Zainal as my father was the ex-commandant of RMC during his time. We were very close and my sister is still in touch with him. I hear he is doing well and owns his own business.
Personally, I feel stories of our past "unsung heroes" should be told in schools in an interesting way, but we need more informaion on what happened to whom. Thanks for your effort and information.-Nik Marina Hussin

Anonymous said...

Sorry about the typing error above...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Cikgu Nik Marina,

Thank you for stopping bye. Nice to know that you take the initiative to highlight the deeds of these unsung heroes. The sacrifices of these warriors should never to forgotten by every Malaysian.

Anonymous said...

Salam, I was glad to hear that the son of the late mej zainal is doing well now. As an x-boy of RMC, at least this country has done something to honor his late father who has given his life for it. I have read about all the recipient of the SP and mej zainal story is the most sad as his wife and daughter were also gone. Only hazem survived and the story stop there as the last time I read about it. I have also came to hear about the grandson of the late Lt Adnan Saidi failed to enter the boys wing. But that was all the info I heard at that time. If anybody more about it, why not share it with us. It is not the issue whether the boy is qualified or not but more on what we can do to honor our heroes.

Capt (Retired)
EME Corp
Army

Anonymous said...

Salam, I have read the two books on the recipient of SP and PGB. It was quite sometime ago and the books are still with me. It was a good book off course for me who is having the interest in SP and PGB but not for those who dont have any idea on what is SP and PGB. If I was not mistaken, it was written by serviceman or maybe ex-serviceman. The way it is written need to be revised so that it will become interesting for those outside our world to read it. Just like in a war movie, they communicate without using the language of our Slidex Card. They have to talk in normal conversation so that the audience will understand and maintained their concentration to the movie. Just imagine if the actors were using Slidex language. Have you seen The Windtalker played by Nicholas Cage. The story about the Navajo War Cry in the pacific war. The focus on the code was a minor part to the movie to make it entertaining. Same goes to writing our our heroes stories. We might need to have the advice from the professional to make it presentable to the public with the objective to make the everybody know about the SP and PGB.

Capt (Retired)
EME Corps
Army

Anonymous said...

Salam,
Sempena dengan konsep 1Malaysia ni, why not the stories of the SP and PGB dijadikan asas. Our heroes from all races were tested for their loyalty and they have passed with flying color. Wakil UMNO/PAS , Arwah Mej Zainal, Arwah Lt M Hamid, Arwah Lt M Razak. Wakil MIC , Mendiang Kapt Mohandas Chandran, Mendiang Kapt Shanmuganathan. Wakil MCA/DAP , Mendiang Kapt Choo. Wakil Pribumi, Mendiang PW II Lenggu ak Cina. The Malay should also need to be told that some of the indian and chinese have also given their life to this country. Same goes the the Non Malay about the Malay heroes. Maybe with that we can have a better 1Malaysia.

Capt (Retired)
EME Corps
Army

Anonymous said...

Sir,
Why not somebody create 'Jejak Pahlawan' in addition to the 'Jejak Ahli Sukan Negara' yang sedia ada. This country need to be told who they were, what they have done, Why they did it, how it happened, Where they were buried, what happened to their families after they were gone and their families well being for now. Sometime, things being done by the westeners are good thing even sometime we consider that to be against something to us. The best example is The Arlington National Cemetary. If we let the family buried our heroes, the maintenance will only be for a very short period, like the grave of the late Lt M Abdul Hamid. The first grave erected in Arlington was in 1776 after the Civil War and still looked as good as the most recent grave. After 235 years, people will still walk and look to the first grave ever erected in Arlington. I'm not sure whether it is against our religion or not but I am sure there is no wrong doing in honoring our heroes. It does not matter, whether the heroes are malay, chinese, indian or pribumi, as long as we organize it properly, it should be ok.

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Anonymous said...

Sir, now that we have come to know the well being of Hazem, can we share more information on the family of the late Lt M Abdul Hamid Ismail and Lt M Abd Razak Hussain. Both of them were still bachelor when the died for this country. The SP medal for Lt M Abd Hamid was received by his late father from which the latest article I read stating that he is survived at this moment only by his mother and currently live with her grandson. With that I presumed that his father and the other two siblings have also passed away. It would be very sad for his mother after losing all that she loved. The SP medal for Lt M abdul Razak hussain was received by his sister and that was the last story i have read. There are recent informations regarding Kapt Zainal and Lt Hamid inclusive from 3 RAMD and 17 RAMD but nothing regarding Lt Abd Razak even from 8 RAMD. Maybe we can share something on this together.

Capt (Retired)
REME Corps
ARMY

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Capt (R),

Thank you for stopping by. I fully agreed about having a War Memorial. In fact, you can read my postings on this issue under the label of 'War Memorial'. I've been asking readers to share their experiences but the responses are not that encouraging.

Anonymous said...

Sir, just came back from dataran merdeka. They gave me the job to install a marquet tent for badan kesenian show tomorrow night. Thanks to our friends there who is supporting x-service. Met a lot of my friend from my boys wing batch and also cadet batch. Before leaving the square I went around to all the booths looking for REME , RAMD and also Special Service Regt as I have served with them before. The army showed everything they have and it impresses the crowd. Anyhow still missing is the SPs and PGBs corner. I'm sorry if I missed the booth but I'm positive there was none. Maybe it is not our custom to remember and pay tribute to our fallen. What more to erect a war memorial for them. TQ

Capt (Retired)
REME Corps
Army

Rozaini Abd. Rani said...

Saya pernah di ceritakan serba sedikit oleh arwah ayah saya x17 RAMD 15239 Abdul Rani Abdullah tentang pengalaman beliau semasa berkhidmat termasuklah tentang arwah Mejar Zainal. Memang arwah hebat orangnya. Apapun memang tiada nilai sebenar yang dapat di bayar dengan pengorbanan para perajurit dan anggota keluarga perajurit itu sendiri.Hanya mereka yang benar-benar memahami akan mengerti.
Teruskan usaha Tuan dalam mempertabatkan jasa pejuang-pejuang tanahair

mazri said...

assalam tuan...salam orang jitra kepada orang jitra...saya adalah ex 17md para...mulai berkhidmat di 17md pada tahun 1990-2007..dalam peralihan sekarang...2012 ni jadi la pakcik muda..cerita saya..saya adalah bekas A Coy 17md...setiap hari kami di A Coy akan berbaris di hadapan Coy Line...dan di masa yang sama pandangan mata kami akan terarah pada bendera A Coy yang dijahit bintang bucu lima komunis yang di letakkan di di sudut kanan meja OC...tahukah tuan berapa banyak bintang tersebut????
15 kesemuanya....15 bintang bermaksud 15 petualang dan pengkhianat negara telah dibunuh oleh A COY semenjak BN 17 RAMD ditubuhkan pada 1 OGOS 1970 di bawah OP PEMBENA....saya juga adalah sebahagian besar dari PERAJURIT MUDA ketika itu seramai 160 orang yang baru tamat latihan REKRUT yang terbabit secara langsung dalam tranformasi BN 17 RAMD dari BN INF STANDARD ke BN INF PARA...pada kami anggota A Coy ketika itu Allahyarham Mej.Zainal adalah idola kami...tidak boleh tidak kami mesti memperingati sesama sendiri pada ketika itu betapa susah nya orang2 terdahulu daripada kami menjaga,memelihara dan berjuang demi untuk menaik kan nama,maruah dan agama....sekarang ni?????rasanya tuan boleh lihat sendiri...lihat sahaja di pasar malam kepala batas atau tanah merah....susah nak cakap...ditegur...siapa kau....xditegur....sakit mata dan hati.....

Remi said...

Saya pernah berangan2 produser filem negara kita dengan kerjasama ATM untuk menerbitkan kisah2 keperwiraan anggota tentera kita semasa menentang insurgensi. It's really an eye opener after reading your blog sir. Saya ada seorang kawan x-komando yang selalu menyebut Gubir tetapi malangnya pada ketika itu saya tidak tahu signifikan Gubir.

Hinggalah saya berjumpa dengan blog ini baru saya faham erti Gubir. Mungkin tuan dapat melobi pengarah2 hebat kita untuk membuat filem tentang Gubir "The Unsung Heroes" atau setidak2nya dokumentari yang memaparkan keperwiraan pahlawan2 kita semasa insurgensi.

Kita kekurangan material yang bermutu untuk dipaparkan kepada golongan muda dan remaja. Kekurangan inilah yang menyebabkan ada di antara anak2 muda kita yang bersetuju supaya Chin Peng diberi kebenaran untuk pulang ke Malaysia. Apa yang banyak terpapar di kaca TV kita ialah cerita tentang WW2 dan perang Vietnam.

Kita lebih mengenali Normandy, Pearl Harbour, Iwojima, D-Day dll dari Gubir. Kalau saya seorang penerbit pasti filem tentang keperwiraan anggota tentera kita semasa insurgensi akan saya buat.

Keep writing stories about your experience sir. I will do my best to promote your blog.

Wassalam.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Remi,

Terima kasih. 'Gubir' sudah terpahat dalam minda saya. Harap ada production houses yang sedia membuat filem tentang wira-wira yang tak didendang ini.

eraictsdnbhd said...

Dalam saya membelek2 laman terjumpa blog ini. Salam perkenalan dari saya sebagai seorang bekas anggota 17 RAMD Kem Terendak. Saya menamatkan perkhidmatan 10 tahun berakhir 1989. Saya bangga kerana saya adalah seorang yang pernah berkhidmat di pasukan ini sungguh pun selepas saya menamatkan perkhidmatan saya gunakan nick ex-para.

eraictsdnbhd said...

Setelah saya membaca komen2 yang terkandung dalam blog ini, ye memang saya akui bahawa anggota ATM sekarang bukan seperti dahulu lagi kerana zaman sudah berubah.

Saya sering mengutarakan pandangan saya kepada pembaca perihal ATM dulu dengan sekarang malah kebanyakkan yang ada sekarang telah di kuasai politik di dalam anggota keselamatan kita. Saya amat membantah perilaku ini demi keaman rakyat dan negara. Boleh lawati saya dan masuk kat forum dan blog. Disana ada artikel yang saya wujudkan dan dilinkkan ke laman TKO online.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara eraictsdnbhd,

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Semua sudah berubah mengikut peredaran zaman. Apa pun, saya pasti ATM bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

eraictsdnbhd said...

Untuk makluman Mejar dan pembaca blog ini, jika tak silap saya anak kepada allahyarham Mejar Zainal juga memasuki perkhidmatan ATM. Tak tau pangkat apa dah sekarang ni. Semasa saya berada di Melaka, anak ini sedang melanjutkan pelajaran di MTD.

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara eraictsdnbhd,

Terima kasih. Anak arwah telah tamat berkhidmat dengan TDM. Sekarang beliau menjadi seorang 'consultant'. Sila baca coretan tentang beliau.

Yahyasaaid said...

Salam buat semua.

Saya seperti terpanggil untuk turut sama berbicara tentang kisah Pahlawan Gubir ini. Berita gugurnya almarhum di medan perang telah menghimpunkan kami orang-orang kampung Matang Kerian, Pantai Remis, Perak di rumah ayah bondanya.
Ketika itu saya hanya seorang anak kecil yang baru berusia 9 tahun; antara tahu dan kurang mengerti. Jenazah tiba pada awal pagi dan ditempatkan di bawah khemah di halaman, sebelum dibawa naik ke atas rumah. Dalam suasana yang sedih dan sibuk bapa Almarhum yang kini sudah arwah sempat menarik tangan saya dan bertanya "Dah tengok ka Abang Ad hang?"...(Kami orang-orang kampung memanggil almarhum sebagai Ad atau Saad) dan membawa saya melihat jenazah pahlawan negara itu yang bagai sedang tersenyum. Orang-orang yang hadir pada malam itu sehingga ke paginya tidak henti-henti mengerumuni rakan-rakan sepasukan Almarhum yang turut sama hadir dengan uniform perang. Apa yang saya lihat mereka ini begitu letih dan tersandar di pokok kelapa sambil bercerita dan menjawab pelbagai soalan. Jenazah dikebumikan dalam suasana yang cukup meriah dari kaca mata saya ketika itu....
Selepas trajedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa balu dan anak kedua almarhum, anak sulungnya yang terselamat iaitu Hazim tinggal di kampung bersama datuk dan neneknya dan membesar bersama-sama kami. Selepas tamat darjah 6, Hazim melanjutkan pelajarannya di MTD dan kami benar-benar terputus hubungan hingga kini, lebih-lebih lagi setelah kembalinya datuk dan neneknya ke rahmatullah, Hazim benar-benar menjadi sebatang kara.
Pusara almarhum tetap bersih terjaga dik aktiviti gotong-royong orang-orang kampung membersihkan tanah perkuburan saban tahun.
Kini kisah kepahlawanan ini makin dilupakan oleh orang-orang kamnpung, apatah lagi rakyat negara ini. Sesuatu perlu dilakukan agar kisah yang berharga ini tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil intipati faedah daripadanya. Usaha yang lebih serius perlu dilakukan agar seluruh rakyat negara ini lebih cinta dan menghargai tanah air ini.
Alfatihah buat Allahyarham Abang Ad, Allahyarham Pak Tih Rashid dan Allahyahammah Tok Chik.

Hisham said...

Assalamualaikum/salam sejahtera pembaca sekalian.. Saya merupakan salah seorang saudara jauh kpd Mohd Hazem Shah, anak kpd Allahyarham Mejar Zainal.. Utk makluman pembaca, Abg Hazem tidak lg berkhidmad dgn MTD, Beliau kini berkhidmat sbg seorang consuntant sebuah syarikat di Sg Besi. Spt post sebelum ni by En Yahya Said, Tok dan Pah Abg Hazem juga telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah buat kesemua mereka.

Unknown said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya berterima kasih kepada semua yg masih memperingati jasa arwah bapa saya Mej Zainal Bin Abd Rashid. Alhamdulillah saya sekarang baik-baik sahaja dan bekerja disebuah Syarikat IT bersama dengan rakan seperjuangan swaktu menuntut di Maktab Tentera DiRaja dahulu...Semoga Allah memberkati perjuangan dan perjalanan kita sehingga akhir nanti...MEj Basri Sir and all..Tabikk!

Mohd Hazem Shah Zainal
EBI Resources Sdn Bhd
Business Development Manager
0122008174

Anonymous said...

salam tuan..
nama saya aenid abdullah..dan saya seorg penulis juga..kecil2an.setakat ini..saya sedang dalam proses mengumpul kisah2 perwira negara utk diketengahkan dlm bentuk novel. antara lain, saya telah menyiuapkan kisah pw1 ielias ibrahim...dan dalam proses menyiapkan alihbahasa buku my adventure oleh lt kol rober rizal.projek seterusnya adalah utk saya mengkisahkan insiden 2 semasa di gubir ini dlm bentuk yg saya rasa sesuai utk tatapan generasi masa kini.banyak dr isinya saya ambil dr tulisan tuan..diikuti jejak mencari mereka2 yg terlibat.saya telah lama cuba menghubungi insan2 seperti tuan dan lt kol basri..tapi x rau cara.saya harap tuan dapat hubungi saya..agar banyak lagi kisah2 di gubir terutamanya..dan kisah2 operasi pasukan kita amnya dapat dikumpulkan.kalau tuan dapat hubungi saya di 0194323064, atau email ulksniper@yahoo.com atau fb saya, weaponmaster red aenid atau page saya, the realblackdaggers.terima kasih atas perhatian tuan