Saya dah ketandusan cerita! Walaupun sudah beberapa kali meminta para veteran mencoretkan pengalaman 'combat' mereka untuk dibaca oleh golongan muda, namun sambutan kurang memberangsangkan. Mungkin ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tak apalah. Kepada mereka yang belum membaca coretan Mej D. Swami (B), x7 Renjer, sila baca kisah pertempuran pasukan Kompeni 'C' 7 Renjer dengan pengganas komunis di sini. Cerita mengisahkan Kompeni tersebut telah bertempur dengan segerombolan pengganas komunis. Pasukan tersebut telah berjaya membunuh Ho Pak, orang kuat Rashid Maidin dari 10 Rejimen (sini).
Saya telah memohon kebenaran Mej Swami untuk menceduk cerita-cerita dalam blog beliau untuk dijadikan bahan buku nanti. Syukur Alhamdulillah, beliau membenarkannya. Apa yang perlu saya lakukan ialah menterjemah kepada Bahasa Melayu. Sepertimana yang saya katakan, sekira dimakbulkan Allah, buku itu adalah 'KOLEKSI' pengalaman sipencerita; saya hanya mengumpulkannya sahaja.
Oh ya...Saya telah menghubungi WO 11 Abu Hassan (B), 7 Renjer, yang terlibat dalam insiden di tersebut, mencadangkan agar beliau menceritakan apa yang terjadi sehingga beliau berjaya membunuh pengganas komunis berkenaan. Menurut beliau, peristiwa tersebut telah disiarkan dalam akhbar. Saya berharap beliau sedia menghantar keratan akhbar tersebut untuk dimuatkan dalam blog ini.
Mej Swami (B)...Terima kasih.
7 ulasan:
our soldiers are good at how to use variation of 'semak samun' to be camourflaged. they also know how to hide underground. standing still or laying on the field using 'celoreng' uniform correctly will also do.
Tak sabar nak tunggu ni tuan....
Salam tuan..
Kalau berpeluang utk balik ke kampung belah emak,saya pasti akan menempek disebelah datuk utk mendengar kisah2 operasi yg beliau ikut serta dlu..Utk pengetahuan datuk saya merupakan bekas anggota infantri askar melayu..mula menyertai askar melayu semasa zaman konfrontasi dgn Indonesia..situasi yg sama juga akan berlaku sekiranya saya balik ke rumah keluarga isteri saya kerana ayah mertua saya bekas anggota PPH semasa zaman insurgensi dan pernah terlibat dgn pelbagai operasi antaranya Ops Bamboo..insyallah next balik kampung saya akan standby dgn pen dan kertas utk catatkan kisah2 perjuangan mereka tu..mungkin boleh kongsi dgn tuan di blog nie..
khaidir
Sir, I wish you the best of luck in your endeavors. WO 2 Hassan was my Sergeant Major when I was the OC of Weapons Wing in PLAW, now PUSWATAN. I was the first Ranger OC of the Weapons Wing and he was my first SM from the Ranger Corps. He also was the Provost Sergeant in 7th Ranger when in Kem Pakit, Simanggang. He was injured in a grenade throwing exercise, after I had left. I never allowed my SNCO's to conduct that, I did that myself. My SM before was an acting one, he was Sergeant Abdullah, from the RMR, I have great affection for him too. He used to stand beside the target with a pointer, while i demonstrated group size with live rounds at 25 meters, for shocked and astounded students from ROTU. They were outstanding gentlemen, a rare breed of men, with whom I had the the greatest pleasure of serving and commanding.
Saudara Khaidir,
Terima kasih. Saya sangat berharap agar kita dapat membaca pengalaman-pengalaman veteran, tak kira ATM atau pun PPH. Penglibatan saya dengan 'Bamboo Express' hanyalah membawa mereka masuk/keluar/resupply dari Lasah...itu saja.
Dear Maj Swami,
Thank you. I really hope En Abu Hassan would share his side of the story or at least send the newspaper cutting.
I will call him and remind him, first thing in the morning. I still stay connected to him.
Bagus cerita cerita pertempuran di dalam blog Sejarah 7 Renjer yang mana kebanyakannya diperolehi dari dokumen dokumen yang telah di"declassified"kan oleh Mindef dan PDRM.
Catat Ulasan