Followers

Friday, December 31, 2010

Pejuang Kemerdekaan?

Semasa saya pergi ke UKM pada 4 Oktober 2010, saya teringat bahawa UKM pernah menerbit buku 'Memoir Shamsiah Fakeh' dan 'Memoir Ibrahim Chik'. Saya pasti nama-nama mereka berdua ini bukan asing kepada pembaca era saya. Mereka adalah anggota Parti Komunis Malaysia (PKM). Teringin juga untuk mengetahui tulisan mereka. Justeru, saya telah membeli melalui 'mail order' dari Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya buku-buku berikut...
 
RM 30                      RM30

 
RM70                            RM18
Nota: Memoir Shamsiah Fakih & Memoir Ibrahim Chik tidak lagi diterbitkan oleh UKM tetapi sekarang diterbitkan oleh SIRD yang juga turut menerbitkan Memoir RASHID MAIDIN; alias CHING PENG oleh Media Masters, Singapura.

Saya sudah membaca 3 buku dan sekarang ini sedang membaca buku Chin Peng. Saya tidak berhasrat untuk membuat ulasan terhadap apa yang dibaca. Memadailah saya ambil petikan  arwah Shamsiah Fakeh '...Aku tidak pernah menyesal lawan British, tidak menyesal masuk hutan dan masuk Komunis'. 

Pandangan saya tentang 'pengorbanan' mereka masih tidak berganjak sepertimana yang saya luahkan dalam coretan pertama di sini. Harapan saya '....How I wish those Emergency veterans out there, MAF and Police, are willing to pen down their experiences in order to balance the one-sided stories for the benefits of the younger Malaysians...from our perspective!!' 

Kerajaan telah berjaya mengekang penjaluran komunisme melalui konsep 'KESBAN (Keselamatan & Pembangunan)'. Konsep ini diiktiraf oleh negara asing, termasuk Amerika Syarikat (AS). Lihat apa kata Jen David Petraeus, Panglima Tentera AS di Afghanistan sekarang ini...

dan Mej Jen Michael Jeffery, Governor General Australia...


Kadang-kadang terfikir juga mengapa saya tidak buat satu kajian secara ilmiah dalam isu ini. Kalau ada mereka yang sedia menyalurkan maklumat, mungkin secara serius boleh cuba memohon kepada IPTA untuk membuat pengajian PhD berpaksikan kejayaan Malaysia yang sekarang diaplikasikan oleh 'Polis Dunia'. Atau, sesiapa di luar sana sedia melaksanakan pengajian yang berteraskan kepada Patriotisme?  Ini pun satu fadhu kifayah.

7 comments:

Anonymous said...

Askum tuan, saya pernah berkhidmat di salah satu UN mission dan saya telah dapati negara luar sememangnya melihat Malaysia sebagai negara yang hebat samada dari kepemimpin, infrastuktur atau sistem (survey sendiri). Contohnya maklumat dari kawan dari Ghana mereka menyatakan walaupun usia kemerdekaan yang hampir sama tapi Malaysia telah jauh kehadapan dan terdapat segmen berkenaan Malaysia setiap minggu disiarkan di TV. Saya pernah mendapatkan pandangan tentang pemimpin negara dan secara amnya Dr. Mahathir amat dikenali. Apabila saya menerangkan sistem pendidikan dan kesihatan, saya merasakan kita adalah yang terbaik. Terima kasih.

Anonymous said...

Sila baca memoir tersebut dengan rasa tulus ikhlas demi memamahami perjuangan mereka.
Tanya hati kecil apakah perjuangan mereka? Dan jangan tutup hati mu untuk memahami keadilan yang sebenar nya.
Perjuangan itu satu pengorbanan and history is written by the victor!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Pembaca Semua,

Saya sangat menghargai dan menghormati pandangan anda...Terima kasih. Semua individu berhak menyuarakan pandangan masing-masing. Walaubagaimana pun, sepertimana yang pernah saya nyatakan, blog ini adalah 'apolitical'. Saya berharap anda juga menghormati pendapat saya.

Anonymous said...

Salam tuan...

Sewaktu saya mengikuti kursus Operational Law di US Army JAG School pada tahun 2006 seorang pegawai US Army yg berpangkat Kol dan merupakan veteran vietnam pernah bertanyakan soalan cepumas kat saya.."how on earth did malaysia managed to defeat the communist ???"...

Jawapan saya pd mase tersebut adalah konsep KESBAN dan hearts and mind ops yang turut dilaksanakan dan bukannya bergantung harap pd operasi2 search and destroy shj...

pd pendapat sy, negara2 lain berminat utk belajar dan memahami bagaimana pasukan keselamatan kita dgn peralatan yg jauh berkurangan jika dibandingkan dgn negara lain mampu menangani pemberontakan komunis sedangkan USA yg menggunakan peralatan jauh lebih canggih dr negara kita tewas di tangan vietnam.



Lt Khaidir

Arunzab said...

Sudara Nor,
I read this article in the NSTP "New army chief studied British tactics in Malaya" and this is what I wrote ................

Win the people's hearts and minds
New Straits Times, Jan 19, 2007

I REFER to the report "New army chief studied British tactics in Malaya" (NST, Jan 14) on the new American commander in Iraq, Lt-Gen David Petraeus.

After the debacle in Vietnam, where the last American soldiers fled clinging to helicopters of the waiting Seventh Fleet, one would have thought the Americans had learnt a valuable lesson.

No two battlefields are the same. But whatever the conflict, massive firepower and thousands of troops do not guarantee a win as was proved in Vietnam and is being proved in Iraq.

The main lesson we learned in Malaya, but which the Americans seem unable to comprehend in their handling of Vietnam, is that you cannot bomb communism out of existence. Nor can you blast the insurgency out of Iraq.


It just cannot be destroyed on the battlefield, only stalled. And if a misfired shot or misdirected bomb kills or maims an innocent child or civilian, it will turn a thousand against you.

Therefore, we must strive for the people's support. Where it is given, this should be rewarded; where it is not, the attending population pockets must be isolated from the insurgents.

Success will be further assured if flexible and aggressive tactics are employed against the insurgents. These may necessitate taking the war to enemy strongholds so that preferred areas are never safe for the insurgents.

In Malaya, we employed the Briggs plan, initiated by Lt-Gen Sir Harold Briggs, a Burma-campaign veteran.

By June 1950, 400,000 squatters living along jungle fringes throughout the country were resettled in well-guarded new villages.

This effectively cut them off from the insurgents who depended on them for food, clothing and information.

It was the Briggs plan that broke the back of the communists, forcing them deeper into the jungle only to be hunted down by the security forces.

We won the war largely because we succeeded in winning the hearts and minds of the people.

We gave hope to the law-abiding people of this country seeking a better future and an independent Malaya, which belonged to all races. And we delivered.

All this, the Americans failed to do in Iraq. Now they plan to deploy more troops in the country. It just might be an exercise in futility

Nota Fikir said...

Anggota2 Komunis PKM memang keras kepala dan tidak pernah menyesal dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap anggota2 tentera dan orang2 awam semasa zaman penentangan gerila Komunis dahulu di Tanah Melayu.
Mereka ini sebenar2nya adalah pengkhianat negara! Tak seharusnya diberi peluang kedua....