Pengikut

Sabtu, 19 Februari 2011

Sekapur Sireh

Walaupun saya bukannya seorang yang terkenal seperti Shahrukh Khan, tapi saya mengenali semua VVIP/VIP dalam Malaysia ini...daripada DYMM SP Yang Di Pertuan Agung, PM, TPM, menteri-menteri sehingga Menteri Besar/Ketua Menteri. Hanya mereka saja tak mengenali saya! Pak Menteri Pertahanan kurang bernasib baik kerana saya telah dapat # telepon beliau. Beliau menjadi  mangsa sms saya untuk mengadu dan mengkritik. Melalui sms jugalah saya telah meluahkan kekecewaan terhadap keputusan gomen tidak meluluskan isu elaun untuk penerima JPP, PTU & KPK. Tapi...saya tidak pernah mengumpat atau memaki hamun.

Saya ada sms kepada beliau memohon agar beliau menulis sepatah-dua sebagai 'Kata Pengantar' untuk buku saya. Respons dia positif. Jadi, sepertimana yang dikehendaki,  melayanglah covering letter, deraf manuskrip dan 'Kata Pengantar'. Klik untuk membacanya.


Menurut Polisek beliau, Pak Menteri telah sign 'Sekapur Sireh'. Saya telah menalipon PA Menteri agar difakskan surat tersebut sebagai bukti. Memang beliau telah sign. Melalui sms kepada Pak Menteri, saya memohon agar staf beliau menghantarkannya melalui kurier kerana surat 'OGS' sekurang-kurang mengambil masa 10 hari berkerja...Itu pun paling cepat. Dari pejabat Menteri di tingkat 5 ke CRDO...beberapa hari; CRDO ke pejabat pos...berapa hari lagi. Saya sms Polisek untuk memberikan # akaun beliau supaya saya kredit caj Pos Laju.

Macam saya katakan di sini, jangan menaruh harapan selagi surat tersebut belum dalam genggaman. Terfikir juga...agaknya Pak  Menteri ni bertanya kepada PAT/PTU siapa sibadut ni yang tak habis-habis kacau dia, menteri pun dia tak kisah. Prinsip saya mudah saja...Tak cuba tak tahu. Kalau berjaya...Syukur Alhamdulillah. Kalau tak...dah tak ada rezeki. 

4 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I still remember the advices given by my ex-GM...

1. Sky is the limit. Fight until kingdom come.
2. Make Impossible, Possible.

and last but not least

Think Internationally, Act Locally.

I have been practicing the above and Alhamdullillah, it works for me.

Therefore, don't bother what Zahid wanna say about you as long as we know that we are doing a right thing.

On the issue of waiting the said "Sekapur Sireh" to reach Bandar Darulaman, only "Sabar separuh dari iman".

There you see, progress of publishing your book is better & better now. God speed!

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum Mej
Satu perkembangan baik. Rasanya saya pernah lihat buku mengenai Malaysian Studies yg foreward nya ditulis oleh seorang bekas menteri kanan, yang kemudiannya juga melancarkan buku tersebut. Pak Menteri Dr. Zahid mungkin boleh melancarkan buku Mej nanti.

Mohd Arshad Raji berkata...

Saudara Nor,

Bilamana buka dilancarkan, mohon beritahu saya. Ingin juga saya hendak bertemu saudara dan membeli senaskah buku nuklian saudara itu.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Sanusi,

Terima kasih.

Cikgu,

Terima kasih. Seorang squad ada menceritakan rancangan beliau menyuarakan hasratnya agar Panglima tertentu di KEMENTAH melancarkan bukunya. Menurut staf Panglima tersebut, tak jadi masalah tapi beliau hendaklah membiayai semua kos terlibat. Jawabnya, lupakan saja.

Kalau Dato' Zahid lancarkan, memang elok tapi bayangkan kos dan protokol. Manalah mejar pencen ini mampu.

Dato Arshad,

Terima kasih. Saya akan memaklumkan apabila siap diterbitkan nanti, Insya-Allah. Sepertimana yang dikatakan di atas, tiada sebarang pelancaran rasmi, memadailah dengan siaran di blog melainkan ada sesiapa yang sudi menajakannya.