Pengikut

Khamis, 17 Februari 2011

"Coretan Xnuripilot"

Betul kata saya dalam coretan ini '...(apa pun tak pasti dalam dunia ini melainkan mati)'. Selagi tidak menjadi kenyataan, jangan sama sekali menaruh harapan. Ini yang saya alami sekarang berkaitan dengan penerbitan buku. Sepertimana yang saya coretkan di sini, UKM telah bersetuju untuk menerbitkan buku tersebut. Perancangan ialah buku akan dilancarkan pada 31 Julai 2011 sempena Hari Pahlawan. Salah seorang daripada 2 'Penilai' adalah dari IPTA XXXX dan beliau berminat agar IPTA berkenaan menerbitkannya. Apabila ditanya oleh UKM, saya bersetuju XXXX menerbitkannya kerana ia relevan dengan saya ketika berkhidmat dahulu. Justeru, pergilah saya ke IPTA tersebut pada 20 Disember 2010 untuk berbincang dengan Penerbit.  Menurut beliau, buku saya akan diberi keutamaan kerana ia adalah 'pilot project' dan akan diterbit pada Mac dalam bentuk 'hard cover, glossy paper & coloured photos' dan dilancarkan oleh Pak Menteri. 

Wow...Sungguh teruja dibuatnya sehingga saya tidak kisah apabila diberitahu tiada sebarang imbuhan sebagai 'royalty'. Apa yang akan saya terima hanyalah sejumlah buku. Saya diberitahu buku-buku tersebut akan diedar kepada semua IPTA.  

Alkisah, 3 minggu sudah saya telah menalipon Penerbit XXXX tentang perkembangan mutakhir memandangkan Mac hampir tiba. Lain pula ceritanya...tiada kepastian bila buku saya akan diterbit kerana bukannya satu keutamaan dan, seperti yang biasa didengar, tiada bajet. Beliau menyatakan IPTA memang berhasrat untuk menerbitkannya tapi tak tahu bila.  Sehingga sekarang beliau tidak memberi sebarang respons kepada e-mel saya bertanya bila agaknya buku itu diterbitkan...Tahun ini...Tahun hadapan? Saya sungguh kecewa! Saya telah menghubungi semula UKM bertanyakan sama ada mereka sedia menerbitkan buku tersebut. Menurut pegawai berkenaan, masalah sikit kerana di antara semua IPTA, ada persefahaman bahawa mereka tidak akan menerbit bahan yang telah dirujuk kepada IPTA lain. Justeru, saya dengan rasminya memaklumkan kepada XXXX untuk menarik diri daripada berurusan dengan mereka.

Jadi, fikir punya fikir, saya membuat keputusan untuk menerbitkannya sendiri secara Sdn Bhd.Mulalah mencari sebut harga daripada 3 pencetak. Pencetak di Tanah Merah, Jitra, menawarkan harga yang menarik. Kesemua pencetak memaklumkan saya dikehendaki memohon ISBN sendiri dan 'minimum order' ialah 1K naskah. Edit pun kena sendiri.

Apa yang diperlukan hanyalah menghantar pen drive kepada pencetak. Pada  15 Februari, pencetak menalipon saya untuk berjumpa beliau di pejabatnya. Ada perkara yang perlu dibincangkan. Saya boleh agak apa yang nak dibincangkan. Memang tepat tekaan saya...Tersilap sebut harga! Kena tambah RM1K lagi kerana jumlah muka surat lebih kurang 300, bukannya 200. Beliau memberitahu RM1K ini boleh dibayar apabila buku tersebut sudah dijual...IOUlah. Apa nak dikatakan...setuju sajalah!

Saya telah membuat 'recce' dengan bertanya beberapa outlets untuk menjual buku-buku itu nanti.  Ada satu outlet ambil komisyen 55%; sebuah gerai di Tanah Merah dan kedai buku di Lapangan Terbang Kepala Batas caj 30%. Jawabnya, cuba jual melalui blog/facebook dan kawan-kawan sahajalah.

Pembaca...Biarlah saya berterus terang. Janganlah ada 'high expectations' terhadap buku ini. Apa yang anda baca dalam blog saya....itulah apa yang terkandung dalam buku tersebut. It's literally from my blog translated into a book...that's allDari gaya bahasa (talking writing) sehingga susunannya (format), temasuk gambar saya yang terpapar dalam 'profile'.Sementelah saya sendiri yang akan menerbitkannya, biarlah saya lakukan 'My Way'. Justeru, tajuk dan gambar di muka kulitnya kembali kepada yang asal ini.

Ini contoh deraf untuk 'proof-read'...
Untuk mengurangkan kos, tak ada 'frills' dan gambar berwarna hanya lebih kurang 5-6 keping sahaja. Pelancaran?  Jangan melawaklah tapi kalau ada sesiapa yang sudi menajanya, Syukur Alhamdulillah...Hanya terima kasih saja yang mampu saya ucapkan. Buku ini dijangka siap dicetak pada awal atau pertengahan Mac nanti, Insya-Allah.  

Pembaca...Tanpa berselindung, saya sudah terangkan kandungan "Coretan Xnuripilot". Terpulanglah kepada anda sekiranya masih mahu membelinya kerana saya tidak terniat untuk 'kelentong' sesiapa bagi melariskan buku ini. Terima kasih.

PS: 2-3 hari kebelakangan ini, akhbar melaporkan ada pihak mempersoalkan mengapa arwah Leftenan Adnan tidak dianugerahkan dengan Darjah Perkasa. Saya telah menghantar sms kepada seorang Ahli Parlimen mencadangkan agar beliau membawa perkara ini dan juga pahlawan-pahlawan Bukit Kepong (di sini) ke persidangan Parlimen Mac nanti. Harap-harap beliau tidak menghampakan saya, Insya-Allah. Mengapa wira-wira ini dipinggirkan?

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan..

Macam mana caranya utk saya membeli buku tuan itu selepas diterbitkan..utk pengetahuan sy kini bertugas di Langkawi..rest assured tuan, sy akan tetap membeli buku tuan tu..i will even try to get our peg pendidikan tentera to buy your book for our small library here..it will inspire our young sailors to uphold the RMN's motto "Ready To Sacrifice"..

Khaidir

azwazis berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Saya kagum & respect usaha tuan untuk menerbitkan buku tentang coretan tuan...

Apa kata, tuan buat e-book sebagai permulaan? Saya pasti, mesti ada yg beli & download....

Happy golfing!!

Katon Tin Ton berkata...

ya betul tu tuan. saya boleh jadi agen samada dlm bentuk softcopy @ hardcopy.
Harga pasaran brp tuan ?

Temuk berkata...

As-Salam Mej. Nor Ibrahim

Lama tak singgah. TAHNIAH, it's great to know that your book is going to be out soon! Sedih juga dgn kerenah IPTA tu. Dari dulu lagi di tempat kita ni, buku-buku bernilai tak memberi keuntungan kepada penerbit dan penulisnya. Kalau kita tulis buku yang dipakai sekolah, wow, memang penerbit suka dan penulis pun boleh kembung poket.

Nanti, semoga tak lupa memasukkan gambar buku Mej itu dalam blog, harganya & di mana boleh diperolehi. Saya jangka setiap ahli/bekas tentera wajar memilikinya.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih di atas sokongan anda. Apabila diterbitkan nanti, Insya-Allah, buku ini boleh dibeli terus daripada saya melalui phone/emel. Saya akan poskan dengan Pos Xkspres/Pos Laju tapi kenalah bayar postage RM5. Harga tidak boleh ditentukan sekarang ini sehingga buku betul-betul diterbitkan kerana kemungkinan ada tambahan sana-sini. Saya rasa tidak melebihi RM45.

Waalaikumussalam Cikgu,

Betul kata cikgu. Satu penerbit tu kata tak ada 'commercial value' untuk mereka menerbitkannya. Dua lagi langsung tak berjawab. Ramai yang tak berminat dengan sejarah; novel terutama cerita tentang 'cinta', memang boleh laris dan penerbit sedia menerbitkannya.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tk paparan ni....setuju dgn pendapat Cikgu...mereka kata tak da Commercial Value...PUN SETUJU....tu lah dunia ni dok kira DUIT saja!

Segalanya memerlukan DUIT,tapi INGAT DUIT bukan segala2nya dlm HIDUP ni....Bila tak buat buku depa kata tak da RUJUKAN.,MALAS dsgnya bila BUAT kata pula tak da VALUE !!!! Nasib badan lah ..Tanggung sendiri....!

Push On Tuan,saya boleh jadi Promoter buku ni...tak perlu komisyen???

Selamat Berjuang!

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Dah lama saya menanti perkembangan penerbitan buku berkenaan.

Despite having noted you are facing 1001 kind of difficulties in publishing the said book, allow me to suggest as follows:

Your blog readers alone have obliged to purchase the book which include myself. Let alone others who later on will purchased the book too upon recommendation by us.

Maybe you can break the ice by printing the minimum copy first at reasonable and acceptable cost. Should the demand is good, you may re-print the book with some improvement.

No matter what, you need to start the ball rolling towards opening the eyes of those people in realizing that they are what they are now because the sacrifice made by those unsung heroes.

If the book been published, then the next step is to launch it officially at no other venue except the Kem Gubir. This one we can discuss later.

Thank you Sir!!...

p/s: Mr. Khaidir, Welcome to Mawilla 3. Hope to see you in Langkawi. KS tu suka jogging.

Abah berkata...

Salam tuan,

Rujuk SMS tuan tempohari, maaf kerana saya masih tak dapat menghubungi penama-penama tsb. Ini adalah kerana nombor telepon mereka didalam Tel saya yang mengalami sedikit kerosakan dan didalam proses baikpulih. Setelah selesai dibaiki nanti saya akan menghuhungi mereka tsb. Maaf kerana sedikit kelewatan diatas perkara tsb.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Assalamualaikum Abah,

Terima kasih. Tak apa. Gambar En Husin & Kpl Yaacob saya petik daripada akhbar...dah jadi public property. Gambar Sjn Jantan yang anda e-melkan saya tak pasti sama ada beliau setuju disiarkan. Kalau tak setuju, saya tak siarkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam
Akhirnya perima PTU dapat penghormatan sebagai Pahlawan Negara.
Zamari Bin Samsudin

9w2msg berkata...

Salam Tuan,

Saya peminat blog tuan.. memang menaikkan semangat patriotik membacanya.

Saya ada juga war2kan di Group FaceBook kami "Temerloh United" tentang penjualan buku tuan ini. Kalau sudi, jenguk2 la juga group kami di FB.

Salam hormat.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Zamari & 9w2msg,

Terima kasih. Syukur alhamdulillah sekiranya blog saya ini sekurang-kurangnya dapat menaikkan semangat patriotisme terutama di kalangan golongan pasca merdeka. Saya akan jenguk group tersebut, InsyaAllah.

adios berkata...

assalamualaikum tuan, saya telah membaca buku ini dan amat berterima kasih kerana banyak mengetahui sejarah di balik tabir khususnya di Gubir. Anak2 saya pun berminat . Teruskan usaha tuan insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah S.w.t.