Pembaca...Punyalah saya mencari gambar-gambar, selain yang terpapar di
sini, yang melibatkan sebuah Nuri ditimpa kemalangan di Maligan tapi tidak berhasil. Baru-baru ini, saya cubalah nak belajar semula tentang facebook. Terdapat satu mesej daripada
PW2 (B) Saifuddin, KU saya ketika di No 5 Skn. Beliau telah cuba menghubungi saya semenjak Okt 2010 tapi saya tak perasan kerana tidak membuka facebook sekian lama. Namun demikian, dengan tunjuk ajar isteri, saya telah mula buka facebook dan seterus menghubungi beliau dan mencadangkan agar menghantar gambar-gambar ketika kami berkhidmat di TUDM Labuan.
Salah satu gambar yang dihantarnya ialah Nuri yang sedang terbaring di Maligan. Sungguh sayang sekali gambar ini lambat diterima untuk dimasukkan dalam buku saya!!
M23-17 berbaring menikmati keindahan Maligan
Dari kiri: Sjn Saifuddin, mendiang Lt (U) James Tinggom, saya, Sjn Jaafar. OD H557 Juliet One pada 3-4 Ogos, 1984 (bermalam di Kota Kinabalu) - Penerbangan VVIP
Beliau turut menghantar gambar-gambar ketika pembinaan Terumbu Layang Layang. Saya akan siarkan nanti, Insya-Allah.
En Saifuddin...Terima kasih.
9 ulasan:
Tk tuan . Lamo eden tak tgk gamba James. xsilap den James ngan merejok satu intake. James kemalangan di mana tuan?
Saudara mangchikla,
Kalau tak silap saya, mendiang James terkorban di kawasan pergunungan di negeri Perak.
Diharap tuan agar dapat memuat lebih banyak lagi gambar tuan ketika masih berkhidmat dalam TUDM. Saya sebenarnya seronok melihat gambar2 tersebut.
Luke
very happy to help you out, sir...good old times....
jame meninggal kat gunung ayam
Perak area
first time tgk nuri merehatkan badan cam gitu.....
Salam Tuan
Salah satu cara utk kita menghayati kenangan lama adalah dengan melihat kembali gambar-gambar dulu.
Dan salah satu cara utk kita mengingatkan generasi ke depan mengenai pengorbanan yg telah dilakukan oleh ibubapa a.k.a perwira adalah dengan menunjukkan gambar-gambar lama jua.
I wish to record my great appreciation for the photos uploaded to be viewed by people like me & my children.
Can I download those pictures to be incorporated in my album? Campur ngan gambor yg ada ngan gambor dari blog tuan, byk skit koleksi gambor alam tentera ni.
Believe Encik Sharom was the Crewman on the Meligan Nuri.
Saudara Sanusi,
Terima kasih dan dipersilakan. Banyak lagi gambar yang dihantar ole En Saifuddin.
Saudara Faizul,
Terima kasih. Saya betul-betul lupa ko-pilot & AQM. Pilot memang saya ingat. Tak pasti pula sama ada beliau masih berkhidmat lagi.
Catat Ulasan