Pengikut

Khamis, 31 Mac 2011

Terumbu Semarang Barat Kecil

Selain Pulau Layang Layang, Malaysia turut menuntut Terumbu Semarang Barat Kecil. Nuri dari No 5 Skuadron terlibat ketika pembinaan tugu di atol tersebut.

Nuri membuat detasmen di atas KD SRI BANGGI MAHAWANGSA

Bermulanya pembinaan tugu

Bahan pembinaan diangkut dari kapal ke atol dengan 'burung besi'

Hak Malaysia. Wira-wira di belakang tabir - anggota RAJD, PASKAL, TUDM, TLDM

Satu pemandangan yang mengusik jiwa - 'in the middle of nowhere'

Ini berita mutakhir tentang terumbu yang dituntut oleh Filipina...


En Saifuddin...Terima kasih.

Nota: Saya teruja apabila melihat buku sedang dicetak. Tapi, dua hari sudah, pencetak memberitahu bahawa mesin mengalami kerosakan dan mereka terpaksa 'outsource' ke pencetak lain. Menurut beliau, buku mungkin siap pertengahan April, Insya-Allah. Apa nak dikatakan...Cubaan! Selain itu, ketika ini saya sedang menunggu respons daripada pihak tertentu terhadap rayuan saya...Cubaan! Sesiapa yang berhajat untuk menulis dan menerbit buku bersendirian DAN JAHIL tentang prosidur, hubungilah 'Consultant' ini, jangan risau - FOC. 

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu kd mahawangsa (1504).sila betulkan fakta.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..

Betul tu tuan..1504 adalah KD MAHAWANGSA dan bukannya KD SRI BANGI...

mangchikla berkata...

Sape pilot and sidekick die tuan, tk.

paehinc berkata...

Assalamualaikum,

Tuan, dalam gambar yang ke5 tu.. nampak macam Nuri landing atas air.. betul ke?

Unknown berkata...

Gambar nuri atas air tu mmg betul2 membuatkan saya rasa kagum laa....

Katon Tin Ton berkata...

ex-USS Hunterdon County, KD Sri Banggi (A1501)sama mcm KD SERI LANGKAWI, ni gambarnya lebih kurang cam ni
http://alutsista.blogspot.com/2011/03/upacara-pelepasan-kri-teluk-bayur-502.html

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih di atas teguran. Saya memohon maaf terhadap kesilapan fakta. Saya difahamkan kapal itu ialah KD Sri Banggi. Saya akan betulkan nanti, Insya-Allah.

En Saifuddin, boleh beritahu siapa anak kapal dan bila detasmen tersebut? Terima kasih.

Nuri tersebut bukan 'float' di atas laut. Ia sedang hover dan boleh lihat penumpang dekat 'cargo door'.

Tanpa Nama berkata...

Salam TUAN,

Berkenaan dengan komen Tuan tentang mencetak buku, Uncle Mong Kong pun dah terbit buku dia, mungkin Uncle Mong Kong tidak mengalami banyak DUGAAN dalam pencetakan buku dia tapi daripada apa yg difahamkan Uncle Mong Kong juga byk dugaan masa nak meng"editing" buku beliau.

Apa-apapun tahniah Tuan dan harap buku Tuan dapat diterbitkan pada pertengahan bulan ini insyaallah dan saya amat berminat untuk memilikinya.

Xairlinepilot

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Xairlinepilot,

Uncle Mong Kong tidak mengguna keratan akhbar seperti yang saya lakukan (sebenarnya tak perlu pun). Saya terpaksa 'tampal' di muka surat tertentu. Apa nak dikatakan...tak elok mata memandang pun tak apalah.

trooper_knife berkata...

terima kasih buat wira-wira negara yang telah terlibat didalam projek khas ini. kudrat dan pengorbanan mereka semua amat besar buat negara.

j4l4k berkata...

Tuan...

Dari apa yang saya dengar komando mengawal di tugu tersebut siang dan malam betul ke?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara j4j4k,

Maaf. Saya kurang pasti sama ada PASKAL ditempatkan di situ. Sesiapa boleh membantu?