Pada 5 Mac, Pak Menteri Pertahanan telah menyematkan PJM kepada 11 orang warga tentera, termasuk 'Abah' yang telah memohon semenjak 2008 lagi. Tahniah Encik. Mungkin saya akan menerimanya apabila ada PRK di Jitra/Kubang Pasu atau pun PRU 13 nanti....Wallahualam....He...He...He.
Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah apa yang Pak Menteri nyatakan seperti yang terpapar dalam laporan akhbar - 'Pembayaran Ex-gratia'. Salah satu daripada 2 berita yang pasti mengembirakan para warga veteran ATM yang diumumkan oleh YAB PM pada 10 Oktober 2010 (di sini) ialah pembayaran ex-gratia ini. Engkohnya baru nak bincang dengan PM...Eh...Eh...Eh!!!
Anda ingat saya nak duduk diam saja apabila membaca berita tersebut? Sudah tentu tidak. Mana boleh saya melepaskan peluang ini. Jadi, pada 5 Mac jam 2018, melayanglah sms ini kepada Pak Menteri '...Assalamualaikum Dato'. Mohon Dato' turut membawa sekali isu elaun untuk JPP, PTU & KPK kpd YAB PM. Hanya beliau saja yang boleh menangani 'kedegilan' JPM menentang pemberian elaun tersebut. Terima kasih.'
Sepertimana yang 100% dijangkakan, sepi-sesepinya. Tak jadi masalah....Kalau tak cuba mana nak tahu!
Saya telah mengesyorkan kepada RAFOC agar membawa isu ini kepada KP JHEV ketika pertemuan AJK RAFOC dengan KP pada 18 Februari 2011. RAFOC tidak memberi sebarang maklum balas kepada e-mel saya yang bertanyakan hasil pertemuan tersebut. Jadi, saya telah menghantar e-mel kepada KP untuk bertanyakan kedudukan isu berkenaan. Menurut beliau (tanpa edit) '....Dan d antara lain perkara yg telah d kemukakan adalah isu JPP,PTU,KPP. Saya tlh menjelaskan dgn agak panjang lebar bahawa Jhev melalui Mindef telah memperjuangkan isu ini dgn begitu gigih sekali. Isu ini d sokong sepenuhnya oleh PAT. Tetapi saperti yg Tuan ketahui JPM masih lagi tidak berganjak dgn pendiriannya mengenai hal ini. Tuan.saya rasa kita bersesama harus terus memperjuangkannya dan melobi agar JPM mengubahkan kedudukan mereka berkaitan dgn perkara tsb'.
Itulah maklumat mutakhir tentang isu elaun yang tak tahu bila nak di'sayonara'kan!
20 ulasan:
Salam Tuan,
TK, katanya demi menjimatkan kos, maka penyampaian PJM dilakukan ketika adanya sesuatu PRK disatu-satu kwsn. Maka kebetulan pulak ada PRK dinegeri ini, secara tak langsung saya dianatara 11 orang otai-otai penerima PJM buat kali ini. Trend ini dilaksanakan kebetulan pada masa yang sama Pak-pak Menteri datang bertandang ke kwsn tsb berkempen. Bab kata orang 'Sambil menyelam, minum air'
Minta maaf Mejar jika saya agak mengganggu.
Saya nak tanya - apa maksud perkataan
" Engkohnya " tu?
Terima kasih jika tuan dapat membantu.
Saudara Abah,
Terima kasih. Mungkin saya akan terima pada PRU 13 nanti agaknya.He..He..He.
Saudara Anonymous,
"Engkohnya" loghat orang Perak. Lebih kurang bermakna "Sebenarnya". Pelat Perak tu susah nak diketepikan walaupun dalam penulisan.
Salam Tuan
Tertanya-tanya jugak saya kenapa PJM ni perlu dipohon dan bukannya diberikan terus kepada yg layak menerimanya?
Mereka kan dah ada database mengenai semua ex-service yang layak, makanya ianya secara automatic melayakkan mereka yg layak utk menerimanya dan bukan melalui permohonan utk mendapatkannya. Melainkan mereka tiada database berkenaanlah.
Rasa lain macam pulak bila kita membuat jasa lepaih tu kena minta pulak pingat. Sepatutnya, mereka terus saja memberi pingat sebagai tanda penghargaan melainkan mereka sebenarnya tidak menghargai jasa yg telah dibuat.
saudara kamal...betul juga kata saudara. mengapa perlu memohon padahal MINDEF tahu siapa yg telah berkhitmat pada era itu......JHEV pasti ada rekod yg terkini......
Saudara Kamal & Anonymous,
Terima kasih. Betul ke depa ada database? Kalau ada, rasanya tak payahlah veteran saya 'merayu' sana sini!
Bercakap tentang IT. Jangan hairan ada agensi-agensi gomen tertentu yang masih menghendaki pemohon sesuatu dibuat melalui SURAT (sama ada pos atau fax)...e-mel depa tak layan! Cakap ini melalui pengalaman. Inikan pula database...Apa dia tu?
Salam tuan/Sdra Kamal serta Sdra Anon,
Perkara ini telah pernah dibangkitkan salah salah Ahli kelab KVKM ketika AGM kelab beberapa pada tahun 2007/2008. Beliau bertanya kenapa seseorang itu perlu memohon PJM kerana mereka yang berkaitan telah membuktikan perkhidmatan mereka selama tempoh syarat tsb.
Maka jawapan dari salah seorang Mantan yang juga seorang AJK PBTM Negeri menyatakan bahawa, syarat-syarat itu adalah syarat yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Entah ya ke tidak..... Waallahuwaalam.
Salam Tuan, Abah & semua
Pelik & masih tidak diterima akal justifikasi kenapa Kerajaan mengenakan syarat berkenaan. Jawapan dari AJK PBTM Negeri tersebut tak lain dan tak bukan hanya untuk melepaskan diri saja takut kantoi...
Pingat-pingat perkhidmatan yang lain tidak pula memerlukan permohonan dari anggota.
Rasanya, mungkin syarat ini ada kaitan dengan politik kut kerana diriwayatkan bahawa byk ex-service ni cenderung ke arah lain lepas tamat perkhidmatan. Jadinya, dengan permohonan PJM dpt jugak mereka mengenali si pemohon dgn harapan dapat satu undi. Disematkan pulak masa ada PRK.
Maybe I was wrong on this.
Waallahuwaalam....
saudara kamal,
Hang memang cekap..
Betoi la apa hang kata tu.
Umpan untuk PRU akan datang.
Salam tuan2 semua...sepatutnya PJM dianugerahkan kpd semua bekas tentera yang terlibat menentang komunis semasa era insurgensi dahulu tanpa mengambil kira fahaman politik semasa...kalau betulpun ramai bekas tentera lebih cenderung untuk menyokong parti pembangkang itu adalah hak mereka...yg pentingnya mereka telah berjuang menentang komunis satu ketika dahulu...semasa dalam service pun mereka tidak berkhidmat untuk mana2 parti politik, perkhidmatan mereka adalah untuk SPB Yang DiPertuan Agung...jd saya berpendapat tidak menjadi salah kalau selepas service mereka nak menyokong mana2 parti politik...
Part database utk pesara ATM kat JHEV tu agak meragukan...sy percaya utk mereka yg tamat perkhidmatan dalam 10 thn kebelakang ini mungkin ada nama dlm database...tp mana yg bersara dlm penghujung 80an dan 90an tu MUNGKIN tiada dlm database maklumlah fasiliti ICT kita belum mantap pd masa tersebut..walau bagaimanapun ini cuma pendapat saya...
Khaidir
Salam Tuan
Saya sependapat dengan Tok Sidang MAWILLA 3 Lt. Khaidir tu.
There are so many ways to skin a cat. Database tidak bermaksud ianya memerlukan komputer saja. Komputer ni hanya membantu mempercepatkan proses.
Pastinya mereka mempunyai rekod yg disimpan secara manual. Apa salah disediakan seorang kerani atau pegawai utk menyemak semula fail-fail atau rekod berkenaan.
Sambil semakan dibuat, bolehlah data tersebut dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data sekarang ni.
Ini bukan isu ada database atau tidak. Ini adalah isu kalau nak seribu daya, kalo tak nak seribu dalih.
Tak dak insiatif dan kreativiti langsung dlm menjalankan tugas.
This is the first time in the history of Armed Forces that I hear one has to apply for a medal for which you are already qualified for. It is quite easy really. First ensure there are enough medals, then appoint various authorised distributions points all over the country and give every Awand,Bawang,Kachang, Kobis who can show proof in his service record his medal, habis cherita. What is even more shocking was when I witnessed our Gen Tun Ibrahim when he was alive coming in a military ambulance and lowered on a stretcher just to receive his medal from the Minister of Defence at the RMR club house. Sudara Kamal Sanusi and Sudara Kadir have made valid points. This is after all a just a campaign medal not a decoration Lets not politicise the whole exercise.
Salam buat Abah dan En Kamal Sanusi,
Saya ni wakil ayah saya yg pernah berkhidmat selama 21 thn dlm ATM dan skrg OKU (tidak pernah terima pencen kurang upaya), hanya pencen pangkat kpl (RM700++) sgt setuju sekiranya dpt ex-gratia tu. Beliau pencen pd 1992 tp cedera semasa berkhidmat dlm tahun 1970an.
Pada pendapat sya, ATM sepatutnya byr pampasan ni kpd pesara yg lama bersara dahulu kerana mereka dh tua (atau mgkn skrg ramai yg dh meninggal dunia).Bg mereka nikmati faedah dari hasil kerja dan perjuangan mereka dlm ATM. Ni kena mohon utk dpt pampasan tu, pas tu kena call Mindef utk dpt salinan laporan perubatan yg berkurun tu sebelum hantar borang, dll yg kena attached skali. Pd sya ini amat menyusahkan bg pesara yg OKU spt ayah sya.Hantar borang bulan 11 thn lepas, smp skrg tiada berita. Kesian beliau, dh juga pesara2 cedera (1970an) yg lain..
Salam sdra Izanor,
Nasihat saya adalah sdra sentiasa bertanya klhabar atau berhubung dengan PBTM atau Pej JHEV berdekatan bertanya-tanya hal sedemikian. Depa ini kalau tak dikejutkan selalu mungkin depa terlena dibuai mimpi. Salah lagi saya cadangkan supaya sdra memberi butir-butir lengkap kepada Mej Nor supaya beliau boleh berhubung terus dengan "Top Level management" di JHEV atau PBTM. Tak gitu Tuan Nor????
Saudara Izanor,
Betul kata Abah. Sila hubung JHEV Cawangan Negeri berhampiran. Melalui pengalaman, KP JHEV seorang yang prihatin tentang kebajikan para veteran.
Saudara Abah...Terima kasih. Janganlah menaruh harapan terlalu tinggi tentang usaha saya. Saya hanya boleh memanjangkan kepada KP untuk perhatian dan, mungkin, tindakannya, Insya-Allah. Itu saja.
Salam Buat Abah dan Tuan Nor,
Terima kasih kerana menjawap pertanyaan sya. Untuk butir2 lengkap yg Tuan No perlukan untuk ayah sya, dimana sya bole hantarkan? Bole x Tuan Nor beri sya alamat email Tuan Nor?
Saudara izanor,
nibsny@yahoo.com. Saya tak boleh janji apa-apa, hanya sekadar memanjangkan rentetan para veteran kepada KP JHEV sahaja, Insya-Allah.
Ex-gratia ni satu drama aje bro. Gua putus kaki masa ops baru dpt duitnya and nak tahu brp byk? Kalau kita tgk dlm paper Komando retak tempurung lutut dapat RM22k anggota putus kaki semasa mengejar bandit pada tahun 1985/86 dpt RM8 ribu...bersamaan RM23.333 sebulan sejak tarikh insiden berlaku. Dah rezeki kita wei tapi mmg kecewa baget!
Bak kata omputih, in all fairness, ganjaran dr SOCSO lagi byk mungkin sebab diaorg menabung. Neway, good blog bro and keep up the good stuff. Nanti kalau gua balik utara, insya Allah kita singgah and lepak gan bro!
Saudara gorilla,
Terima kasih di atas komen anda. Apa kata anda emelkan pada saya pengalaman anda sehingga terpaksa menjadi OKU.
You're most welcome to contact me whenever you're back north and have teh tarik on me, Insya-Allah.
Catat Ulasan