Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Sumbangan Kepada Wira-Wira?

Apabila membaca tulisan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, saya terpanggil untuk menghantar e-mel berikut kepada Dato' SUK Negeri Kedah. Manalah tahu, kalau ada rezeki, tut...tut...terbuka hati mereka yang berkenaan meluluskan cadangan saya itu, insya-Allah.

From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Rasli SUK Kedah
Cc: PBTM Kedah ; xsapper
Sent: Monday, 28 November 2011 1:39 PM
Subject: PENGIKTIRAFAN TERHADAP WIRA-WIRA NEGARA

Assalamualaikum Dato',

Dengan segala hormatnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kekaguman saya di atas keprihatinan negeri Kedah terhadap rakyatnya yang berpendapatan rendah. Ini terbukti apabila kerajaan negeri telah memberi sumbangan kepada kedi-kedi Kelab Kedah Diraja seperti yang disiarkan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, isu Oktober 2011. Untuk itu....SYABAS.

Di sini, saya ingin mencadangkan agar bantuan tersebut dipanjangkan kepada para veteran Pasukan Kesalamatan - ATM & PDRM - yang bermustautin di Kedah, khususnya mereka yang cacat anggota tubuh badan ketika menentang pengganas komunis di era insurgensi dan juga para penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).Sepertimana yang Dato' sedia maklum, penerima KPK terkecuali daripada menerima Elaun Kenangan yang dinikmati oleh penerima SP, PGB, JPP & PTU walaupun ia tergolong dalam kategori 'Anugerah Perkasa' Persekutuan. Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, ia mencerminkan penghargaan negeri kepada wira-wira tersebut.  

Selain pengiktirafan, sumbangan ini mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi  kesempitan kewangan dalam mengharungi kehidupan seharian. Ramai daripada wira-wira yang tidak didendang ini tidak berpencen dan kecacatan anggota badan serta tahap kesihatan juga menjadi faktor utama mereka tidak berupaya mencari nafkah. Apa jua jumlah sumbangan sudah pasti memberi makna kepada mereka. Saya boleh bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah mereka ketika disorong dengan kerusi roda atau dibantu  topang ketiak ketika nama diumumkan untuk menerima sumbangan tersebut!! Sudah pasti Hari Pahlawan setiap 31 Julai menjadi tarikh keramat yang sentiasa dinantikan oleh mereka. 

Saya tidak pasti jumlah mereka yang terlibat di negeri Kedah. Mungkin cawangan persatuan-persatuan terbabit di Kedah, seperti PBTM, Yayasan Komando Malaysia, Pertubuhan Xsappers Wilayah Utara, dan lain-lain, boleh membantu bagi mendapatkan butir-butir mereka yang layak.

Sekiranya sumbangan yang dicadangkan ini sudah dan akan terus dilaksanakan, sekali lagi saya ucapkan SYABAS DAN TERIMA KASIH. Jika sebaliknya, adalah menjadi harapan saya agar Dato' memberi pertimbangan sewajarnya.

Akhir kata, kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Apakah keberangkalian saya akan terima sebarang respons? Tiada jawapan kerana saya sudah 'masak' dengan telatah segelintir agensi kerajaan. Pokoknya....Sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Wallahualam.

3 ulasan:

Moza AQM berkata...

Good idea Tuan Nor as for the start you make the move,but you must very careful, some useless deadwood in the PBTM Kedah branch might not be very happy cos you give them extra work,at the moment what are they doing to proof their presence in Kedah? this should be done long ago by PBTM Kedah,my advice to you Tuan knowing your passion and willpower and never say die attitude, get some our good friend like Tuan Robert Rizal,Tuan Basri and few others ofcourse, you lead the way to make a courtesy call to Yb Menteri Besar Kedah about this matters cos this involved Anak Negeri Kedah,why not Tuan have a try no harm in trying for the sake of our comrade.Allah mengetahui niat murni kita,janji allah pasti akan sampai.TQ

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Nor Ibrahim,

A bold, utmost sensible good move and suggestion on behalf of all comrades cum the unsung heroes. Thumbs up for your commendable effort Tn Nor. A crusade it is! I cant agree more to what had been said and posted in your previous entries regarding the deprived, welfare of ex-servicemen , the heroes awarded the PGB etc etc. Well, those who are now considered ex-servicemen are to me heroes … brave and gallant officers and airmen. These unsung heroes too, deserved the appropriate award in recognition. You have taken so much of time and effort to dutifully serve others Tn Nor and I guess your comrades are proud of you and will by all means support your crusade. The "real heroes" should be authenticated and announced as well as should be seriously look into their welfare... better off than the singers/celebrities who were awarded the Dato’/Datuk just because they are able to please the VVIPs… May Allah the Almighty bless you - The Crusader for the Armed/Air Forces.

p/s I just wonder, are they; the celes.as brave and gallant as these ex-servicemen??? That makes me wonder further the VALUE of the award.

“BANGSA YANG BESAR IALAH BANGSA YANG MENGENANG JASA PAHLAWANNYA” - Sukarno

Tanpa Nama berkata...

Mej Nor,jangan risau cuba dulu, perkataan Keberangkalian itu dah lama,sekarang mejor mencuba nasib dengan negeri yang dibawah pimpinan PR bukan BN,dulu mejor berurusan dengan pegawai lain ok,munkin pegawai ini ada hati perut sikit,yang dulu2 tu tak ada hati perut. selamat mencuba mejar.TK