Saya percaya insiden yang beliau maksudkan ialah sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar berikut....
Insiden 8 Mac 1987 - Ihsan Kapten Dr Ahmad Damanhuri
Menurut juruterbang berkenaan, beliau telah membuat tugasan VIP pada hari tersebut dari Kuala Lumpur - Pekan - Kuala Lumpur. Ketika penerbangan balik ke Kuala Lumpur, pesawat Alouette beliau telah menghadapi masalah teknikal yang memaksa beliau membuat pendaratan kecemasan berhampiran jalan raya Bentong-KL. Masalahnya ialah, petikan daripada emel beliau '... freewheel unit failure which required an autorotation (power off landing)'. Untuk makluman, fungsi 'Input Freewheel Unit (IFWU)' adalah '...The IFWU is designed to allow the helicopter to enter autorotation in case of engine power loss or loss of drive to the main transmission.' Jadi, bila IFWU gagal, putaran rotor blades akan menurun (rotor rpm will decay) dan pesawat akan jatuh seperti buah nangka jika tindakan sewajar tidak diambil. Keseriusan kegagalan IFWU boleh dibaca di sini di mana juruterbang helikopter Lama SA315B, adik kepada 'cepung' yang berbinkan Aerospatiale, telah terkorban.
Saya difahamkan oleh seorang juruterbang Alouette yang masih 'current on type' (QHI), kegagalan IFWU tidak tercatat dalam senarai 'emergencies' dalam Flight Manual pesawat berkenaan. Ini bererti 'emergency' ini tiada dalam 'emergencies check list (ECL)' sebagai'drill' yang mesti dipatuhi ketika berhadapan masalah ini; hanya pengalaman sahaja membantu beliau. Aircrew hanya memeriksa sistemnya sahaja ketika membuat 'pre-flight checks'. Selepas insiden ini, barulah emergency tersebut dimuatkan dalam ECL di bawah kategori 'Engine Failure' (enjin tak 'fail' pun); drill untuk kegagalan IFWU per se masih tiada. QHI tersebut juga tabik terhadap kecekapan juruterbang terbabit apabila saya memaklumkan kepada beliau. (Saya tak arif tentang 'mini cooper' kerana tak pernah menjadi 'operational Alouette pilot').
Berbalik kepada soalan sijuruterbang terbabit. Asas pencalonan untuk PTU ialah '...The Pingat Tentera Udara (P.T.U.) is a gallantry decoration which is conferred on members of the Royal Malaysian Air Force for acts of gallantry and devotion to duty as pilots in or outside their line of duty.'.....Subjektif! Persoalan status 'paxs' bukanlah faktor utama bagi pencalonan kerana adalah menjadi tanggungjawab juruterbang menentukan keselamatan penumpangnya, tidak kira pangkat dan darjat.
Berbalik kepada soalan sijuruterbang terbabit. Asas pencalonan untuk PTU ialah '...The Pingat Tentera Udara (P.T.U.) is a gallantry decoration which is conferred on members of the Royal Malaysian Air Force for acts of gallantry and devotion to duty as pilots in or outside their line of duty.'.....Subjektif! Persoalan status 'paxs' bukanlah faktor utama bagi pencalonan kerana adalah menjadi tanggungjawab juruterbang menentukan keselamatan penumpangnya, tidak kira pangkat dan darjat.
Mengapa beliau tidak dicalonkan untuk dianugerah PTU atau KPK atau sebarang pingat/bintang selepas kejadian berkenaan ketika masih dalam Perkhidmatan? Jawapannya kenalah tanya 'pencalon-pencalon'. Dalam kes ini mereka adalah bos-bosnya di pangkalan. Jika pada pandangan mereka anak buah berkenaan layak dicalonkan untuk apa jua pingat/bintang, saya yakin nama beliau dah lama tercatat dalam akhbar padaSabtu, 6 Jun 1987 sempena Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong dan tidak timbullah isu ini. Lazimnya, pihak atasan jarang sekali membantah pencalanon daripada pangkalan. Malah, beliau tidak dianugerah 'Green Endorsement' pun! Pengiktirafan yang diterima oleh beliau hanyalah 'Surat Penghargaan' daripada Tun Abdullah yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan.
Kalau tak silap, saya ada terbaca beberapa tahun lalu yang melaporkan ada seorang pegawai tentera telah menulis surat kepada KEMENTAH memohon agar beliau dianugerah PGB berlandaskan kepada pengalaman beliau menentang pengganas komunis. Agensi kerajaan berkenaan telah menjawab bahawa permohonan beliau tidak memenuhi kriteria untuk penganugerahan yang dipinta. Berlandaskan kepada respons tersebut, saya terpaksa pessimistik sikit, mungkin susah bagi juruterbang ini dipertimbangkan untuk dicalonkan anugerah PTU atau KPK sepertimana yang diharapkan. Alasan utamanya ialah kerana beliau tidak lagi berkhidmat dalam TUDM!
Tapi...Jangan cepat mengaku kalah. Tiada siapa yang melarang sekiranya beliau menulis terus kepada YAB PM sendiri. Saya percaya tidak mungkin PM dah lupa insiden berkenaan. Manalah tahu surat itu terbolos daripada saringan'gate-keepers' sehingga beliau terbaca surat rayuan itu. Kalau tak cuba, mana nak tahu....Nothing to lose but more to gain. Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (tapi biarlah kena pada tempatnya).
Saya sebenarnya tidak layak dan berkedudukan untuk memberi sebarang pandangan terhadap soalan yang diajukan oleh juruterbang berkenaan. Ini kerana apa jua pandangan saya tidak relevan kepada pihak berwajib. Nukilan ini hanyalah sekadar mengajak para pembaca yang dihormati memikir soalan yang ditimbulkan. Itu sahaja...Wallahualam