Followers

Wednesday, March 14, 2012

Di Memorial TAR

13 Mac 2012...
Wartawan silap lapor. Bukannya 'Ops Bamboo'

Dari kiri: Puan Hajah Derasah, Datuk Ab. Ghaffar, Datuk Maglin D. D'Cruz, Nor Ibrahim, PW1 Mohsain, DSP (B) Mior Roslan

Kapt Murad tidak hadir atas urusan

Cenderahati daripada ANM

Lt Kol Husaini TUDM (B) (klik di sini) yang turut hadir, telah naik ke pentas untuk menceritakan pengalaman beliau ketika berkhidmat di No 7 Skuadron, TUDM Kuching dan di Kampuchea.
Dari kiri: Mohd Farizal, Mej Harison TUDM, Lt Kol Husaini TUDM (B), PW1 Mohsain, Nor Ibrahim,  Puan Sulastri, Puan Yatimah

Saya telah mencadangkan kepada Pengerusi Sesi, DSP (B) Mior Roslan daripada UPNM, agar UPNM turut menganjurkan majlis sebegini. Universiti Pertahananlah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam usaha menobatkan sejarah perjuangan pasukan ATM. Beliau berjanji akan membawa cadangan ini ke pihak atasan. Tunggu dan lihat sajalah. 

Apa pun, saya bersyukur kepada Ilahi kerana telah berjaya mengabadikan peranan TUDM dalam simpanan ANM untuk dijadikan bahan rujukan kepada mereka yang berminat. Walau apalah sangat yang diceritakan, ianya tetap sebagai langkah pertama. Memetik sms seorang pegawai TUDM '....Tahniah tuan...diatas kewibawaan dan keprihatinan tuan terhadap p'juangan dan p'ngorbanan demi negara, bangsa dan Agama...Nama TUDM akan terpahat di Arkib Negara..'. Satu penghormatan bagi saya.

Saya cuba sedaya upaya menonjolkan TUDM kepada umum. Adakah TUDM pula 'sudi' mendengar pengalaman para veteran mereka sendiri untuk warga mereka yang masih berkhidmat? Saya pasti ramai daripada kalangan anggota TUDM yang masih berkhidmat 'jahil' tentang peranan Tentera Udara di era insurgensi. Tapi, ialah....Masa sudah berubah. Ini hanyalah sekadar sejarah sahaja dan yang penting....Air Force Next Generation!!

KP dan warga ANM , terutama Puan Sulastri dan En Mohd Farizal....Terima kasih.

5 comments:

Arunzab said...

Sudara Nor,
The backbone of all operations especially those conducted deep in the jungles were the Nuri Helicopters and the magnificent men who flew them. I am a vetren of many such ops like those at Fort Belum Kelentan/ Perak border,Ops Indra in Bentong Phg, Naga Tada area Rascom, to name a few.The success of the grounds could not have been achieved without the sheer skills of the chopper pilots who often landed or hovered on near impossible to land or approach, LPs to medivac,reinforce troops, and resupply.

Ther younger generation of RMAF Chopper Pilots will have a lot to learn from old timers like you. Well done we are all very proud of you for sharing your experience.

zulfatah said...

salam tuan nor n uncle arunzab... i m especially interested on uncle arunzab's mention of ops INDRA at bentong,Pahang.this is because i brought a DBP book entitled GERAKAN HENTAM INDERA written by zakaria salleh published in 2005.sadly no reprint.maybe x dpt sambutan kot.adakah buku ni merujuk kepada ops yg sama spt uncle arunzab's ops Indra? sy jumpa buku ni pn ms ada DBP bukak gerai kecik jual lambak buku kt KL Sentral.ini rare buku ttg keperwiraan anggota ATM.err uncle arunzab...boleh crite sket?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Arunzab,

As an xnuripilot, I really appreciate your comments....THANK YOU. Harap anda boleh menjawab pertanyaan saudara Zulfatah.

Arunzab said...

 Saudara Zulfatha, 
Ops INDERA were a series of operations conducted under 4 BIM for almost a a decade. The book you mentioned is written in 2005 by  Zakaria Salleh, a Malaysian novelist and former army major. He has interviewed various personalties about the jungles operations under Ops INDERA and compiled their exploits into a book. As far as I know he personally was not involved in ops INDERA.

Thank you for your interest in military affairs.
Salam

Anonymous said...

I remember Ops Indera. It was a series of ops as mentioned by arunzab.one incident that i can still remember a PULADA's tracker dog was killed in this ops.several food dump was discovered and destroyed.Lain lain sudah lupa .