Followers

Saturday, April 14, 2012

HANDAU...Misi SAR Pertama

Saya membaca pengkisahan Mej Mior Rosli TUDM (B) dalam forum 'NOSTALGIA TUDM' bagaimana beliau serta anggota 'HANDAU' (PASKAU mulai 1 Jun 1993) membuat Ops SAR yang melibatkan arwah Tun Ghazali Shafie. Ha...Ini boleh dijadikan satu posting. Jawabnya, carilah bahan tentang insiden tersebut kerana mungkin ramai yang belum dilahirkan ketika insiden tersebut atau pun sudah lupa. Dalam nahas itu, Tun terselamat tetapi dua orang lagi terkorban.

Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 (9M-AVI), kepunyaan Kelab Penerbangan Selangor (KPS), dengan 3 POB (Persons On Board), iaitu Tan Sri Ghazali (Menteri Dalam Negeri), ASP Charon Daam, ADCnya dan juruterbang Vergis Chacko, telah berlepas dari Sempang (TUDM KL) pada jam 0855 menuju ke Benta di Kuala Lipis, Pahang. Apabila beliau tidak tiba di destinasi pada waktu yang dijangkakan, operasi 'SAR (Search & Rescue)' pun dilancarkan. (Gambar hiasan: 2000 model Cessna 206H Stationair).

Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada TUDM. Aset yang diaturgerak ke Janda Baik ialah tiga buah Nuri, sebuah Alouette 111 (No 10 Skn) dan No 103 Skn (HANDAU).  Kol (U) Tunku Jaafar, Pegawai Memerintah TUDM Kuatan, mengetuai misi ini dan Lt Kol (U) Agil, Ketua No 10 Skn turut terlibat bersama. 'Ground search party' dipertanggungjawabkan kepada anggota HANDAU dibawah OC Sknnya, Kapt (U) Mior Rosli. Chalet kepunyaan syarikat 'Carpet Malaysia' dijadikan 'base camp'.

Pada lewat petang, Alouette telah berjaya mengesan Cessna tersebut di rabung gunung Kg Sum-Sum Ulu, Janda Baik, bersempadan Selangor. Sebuah Nuri telah dihantar ke lokasi nahas. Menurut Mior '.... saya menyediakan dua kumpulan penyelamat yang diketuai oleh Lt M (U) Ismail Maluri (sekarang Kol) dan satu lagi diketuai oleh arwah Sarjan Yahaya (Pak Ya - xRGK). Hari dah jam 1830 dan sudah mulai gelap. Juruterbang hanya mampu menurunkan, melalui kaedah 'winching', satu kumpulan dua orang sahaja di atas dua buah bukit yang berasingan tanpa 'support equipment' dan radio. Juruterbang terpaksa meninggalkan mereka kerana hari sudah gelap (last light). Ini telah membuat saya sangat marah apabila lain-lain anggota saya tidak dapat diturunkan, dan kembali dengan semua peralatan SAR mereka ke base camp. Ini kerana mereka yang tinggal di hutan hanya dilengkapi dengan senjata persendirian sahaja. Dua orang bagi satu bukit. Saya bimbang kemungkinan mereka diserang oleh anggota PKM.' Keadaan ini sangat membimbangkan beliau kerana, menurut taklimat perisikan, kawasan itu adalah kawasan hitam - kawasan CPM Chong Chor. 

Keesokan hari, 11 Januari....Terpaparlah berita ini yang menggemparkan negara...

Laporan The Star pada 11 Januari 1982. Berita ini tersiar berlandaskan kepada pemerhatian sarjan ketika dalam proses winching di lokasi nahas. Kemungkinan isyarat beliau telah disalahtafsir. 

Keadaan menjadi kecuh. Mior mengumpul anggota HANDAU untuk diterbangkan ke lokasi nahas. Tetapi '...kumpulan penyelamat telah dipaksa keluar dari pesawat untuk VVIP dan media terbang yang mahu melihat bangkai pesawat dari udara. Setelah bertegang leher dengan VVIP dan media, barulah kami dapat balik dua buah Nuri untuk abseil turun ke tapak kemalangan tetapi Tan Sri tiada ada dalam pesawat yang terhempas.' Mior bersyukur kerana kesemua anakbuahnya selamat apabila 'reinforcement' tiba pada waktu tengah hari. Setelah mencari, '...anggota handau terjumpa Tan Sri duduk di bawah batu yang besar di bawah bukit berkenaan'.  

Menurut Tan Sri, beliau telah menendang pintu pesawat dan terjun apabila pesawat terlalu hampir dengan pokok-pokok setelah terkeluar dari awan. Beliau jatuh dirumpun buluh dan kesan 'cushioning' ini telah menyelamatkannya. Beliau perpaksa minum air embun walaupun sungai hanya berhampiran saja. Ini kerana beliau takut dikesan oleh pengganas komunis.  

Ini adalah misi  SAR pertama bagi HANDAU semenjak ditubuhkan pada 1 April 1979. Dalam masa hanya lebih kurang 48 jam, bangkai pesawat telah dikesan dan mangsa-mangsa nahas diselamatkan.

Menurut xMej Razak, Kapten KPS ketika itu dan berada di lokasi tersebut,  quote "...I kept wondering why should the aircraft be flying into the clouds at 3,000 ft. when the safety height is about 7,000ft", unquote ("KING GHAZ A MAN OF HIS TIME" ms 241). Saya juga mempunyai 'afterthought' yang sama! Tun Ghazali Shafie telah pulang the rahmatullah pada 24 Januari 2010...Al-Fatihah.

Mej Mior Rosli....Terima kasih.

28 comments:

SENAPANG PATAH said...

saya masih dibangku sekolah lagi tuan ketika peristwa ini berlaku.. terima kasih atas entry kali ini

Anonymous said...

saya ada pernah terdengar org mengatakan yang cessna itu dipandu sendiri oleh Tan Sri... tak tau le betul ke tidak

basri bin omar said...

Salam Tuan!

Tk paparan....masih ingat peristiwa tu..tika tu saya bertugas di Rejimen 40 Pengendalian Pelabuhan (Askar Wataniah)di Bukit Haigate..KL. Mendiang ASP Charon Nai Daam tu X STARIAN,Ipoh, Senior saya.!

Mior Rosli said...

Assalammualaikum Tuan Nor Ibrahim,

Terima Kasih kerana mempaparkan cerita ini kepada umum setelah hampir 30 tahun ianya berlalu. Ini lah satu-satu nya tugas SAR kami yang membawa balik mangsa yang masih hidup... Squad RMC saya Razak fighter pilot eject dua kali dan masih hidup hingga kini..

Saya sebagai salah seorang pertama yang bertanggongjawab menubuhkan HANDAU dan juga PASKAU rasa sangan terharu kerana ada juga orang yang masih mengenag jasa kami yang terdahulu...Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada keperihatinan tuan

Saya kadangkala mengalir air mata bila baca blog tuan kerana terdapat beberapa juruterbang yang terkorban adalah senior yang sangat rapat dengan saya terutama yang dari detactmen 3 skn..

Saya juga menumpang sedih keatas perjuangan Tuan supaya penerima 5 anugerah keberanian di beri keutamaan dan di beri penghormatan sebagai hero negara yang sepatunya di kenang melebihi dari artis dan ahli sukan dan ahli politik negara... tanpa mereka berkemungkinan artis, ahli sukan dan juga ahli politik ini tidak merasa menjadi selibriti..

Saya juga ingin merakamkan kata-kata Kol Dul Najis RGK Bersara semasa satu perhimpunan RAFOC "Kenapa kami yang tidak cerdera, dan tidak terkorban semasa melawan PKM demi mempertahankan kedaulatan negara tidak di kenang jasa kami? Kami hidup kerana kami terlatih, tetapi kenapa kami tidak di kenang?..."

Dalam kita sebuk berhujah kenapa kita tidak di jemput di HUT TUDM..esoknya Ketua Jurulatih Cawangan Payung terjun PASKAU menalipon saya dan memberi tahu bahawa PTU meminta beberapa bekas HANDAU membuat penerjunan di HUT TUDM tahun ini...Kalau yang OTAI2 ini saya tak tahu lah...tapi saya memberi tahu jika TUDM mahukan saya terjun Insyallah saya terjun dan saya minta izin dari Isteri saya dan dia benarkan...Alhamdulilah

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan apa yang tuan perjuangkan akan dilihat oleh anak muda kini dan akan datang..

Wassalam

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara)

Bere Hijau SWTC Sungai Udang, Melaka Malaysia
Bere Hijau US Army Special Forces
Ft Bragg NC USA
KOPASGAT TNI AU

SIRIH akan pasti BALIK ke GANGGANG...insyallah

Katon Tin Ton said...

salam
sapa yg terkorban dalam insiden ni?

Anonymous said...

Tn Mior, Nama penuh adalah "Dul Ngajis Amat Supeni" , tk.

Peminat XNuripilot

Arunzab said...

Dear Nor,
I remember this incident very well and the follow up of the coroner verdict. In fact 
the coroner blamed the accident on what the coroner found to be Ghazali's negligence. As the pilot in command  Tan Sri Ghazali  was negligent  in allowing the plane to fly low in a cloud filled route when he nor the co pilot  were qualified to use instruments in poor visibility. This probably answers why the plane was flying in the clouds at 3000 ft when the safety hight was 7000 ft.The coroner gave a verdict of accidental death of ASP Charon and pilot Chacko. I also remember the families of Chacko and Charon took it very badly in the way the accident happened and the lost of their loved ones.

The moral of the story is that passengers what ever their positions and flying ability should leave the flying to the assigned professional  pilot. Being a qualified pilot is no comparation to the ability of a proffesional pilot.

On a different subject thank you for the article "From teaching to soldiering" yes it brings me many fond memories . Yes I remember ABAH  and am very proud of him especially that he too took up soldiering like his Che Gu. ABAH you can contact me at  ltcolidris@yahoo.com. I have some news for you from Chenor.

Anonymous said...

dan saya ade terbaca kisah tan sri yang tejatuh kat rumpun buluh mase tehempas ni dan rumpun buluh tu jadik beselarak macam kene timpa bende berat(dkabarkan pesawat tu tak kene pun rumpun buloh tu)..dan ade jugak dalam kisah tu kate tan sri tejatuh atas jerumun babi(sarang babi cam iglu tapi dibuat dari rumput kering)..walahualam...

Arunzab said...

Sudara Anonymous ,
The official version is that Ghazali survived because he landed on a clump of bamboos when he jumped out of the plane just before it hit the ground. The other two died while still strapped to their seats in the plane. As to what actually happened only arwah Ghazali and God knew as there were no other survivors to tell the tale.

Salam

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

Saya pernah mengikuti berita ini walaupun masih muda ketika itu dengan guidance dari ibubapa. Penceritaan semula kisah sebegini mampu membuatkan kisah di sebalik tabir didengari dan diketahui terutama "Keadaan menjadi kecoh".

Saya tertarik dengan kekecohan yang berlaku di antara pihak yg nak menyelamat dengan pihak yang nak menengok saja.

Perkara ini bukannya berlaku dulu saja malah sekarang ni pun masih berlaku cuma org tak tahu dan mana berani disiarkan di media massa.

Tiap kali berlaku bencana alam seperti banjir besar, "burung besi" hanya digunakan utk VVIP nak melawat kawasan dan media yg nak buat coverage. Assult boat a.k.a rintis serang pun digunakan utk membawa mereka jugak.

Kerja menyelamat menjadi terganggu, bantuan lambat disampaikan. Byk pengikut yg pakai pakaian pejabat pun ada memenuhi bot dari pekerja penyelamat.

Dulu peg & anggota berani bertegang leher utk pergi menyelamat, sekarang ni peg & anggota penyelamat "YES BOSS". Bagi VVIP dulu, selamat org jadi secondary assignment.

Ini berdasarkan pengalaman saya membantu mangsa banjir di Kubang Pasu suatu ketika dulu.

Anonymous said...

Kamal,
depa berebut nak masuk TV...

Arunzab said...

Saudara K. Sansui,
With respect  I  cannot agree with all  of what you have said. I too as a soldier had been involved for many years in flood rescue operations using assault boats  in areas like Maran, Dungun, Pakar during the annual  floods when my Battalion was stationed in Seberang Takir from 1967- 1980

 VVIPs have often visited our flood  operation centre usually at Balai Polis using Nuri for briefing on current situation. When we refer to VVIP I would say we mean, the State Secretary, Mentri Besar, royalty the  Raja Muda, the Sultan usually accompanied by a senior army officer. After the briefing if such VVIPs insist on wanting to visit a particular flood stricken area in our boats even if other priorities have been explained to them you don't seriously think as you put it that a junior Officer or an Other Rank would dare refuse to do so. From my experience Not Dulu and not Sekarang it does not happen. If VVIPs of such stature are unable to understand the urgency of the situation the junior commanders on the ground have no option but to comply. All we can hope is that in such situations our VVIPs do not put us in a spot where we are torn between the urgency of the mission,  or indulging the whims of the VVIPs . This is always a tough call and I do understand what you mean.

Salam

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Love reading your entries Tn and also the share of experiences of your other comrades in the military.

After Arunzab, "As to what actually happened only arwah Ghazali and God knew as there were no other survivors to tell the tale", really touched me. True enough...if all these ex-servicemen were to be forgotten and their stories untold, its an invaluable treasure the nation would be missing and lost.

p/s BRAVO and MERCI BEAUCOUP to all these ex-servicemen, the unsung heroes - May u and your kind deeds, your acts of valor - be blessed!

To Tn Mejar Nor Ibrahim, keep up the good work and having us readers walk down with u and other comrades down memory lane ...The way i see it, its the esprit de corp amongst all of U Tn. CONGRATULATIONS!sockgr

Arunzab said...

Saudari Nur,
As always "VOUS etes les bienvenus Madame"

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

"....All we can hope is that in such situations our VVIPs do not put us in a spot where we are torn between the urgency of the mission, or indulging the whims of the VVIPs . This is always a tough call and I do understand what you mean." by Arunzab...

At least I know that what I'm saying has a truth behind it. Yes, we are torn between two roses and hope that those said "people" do understand how to handle the "torn".

nur_emyinda12 said...

Arunzab,

Mon plaisir monseiur. Les membres des forces armees meritent tout le respect par la nation. Leurs sacrifices sont au-dela de mentionner.

mon monseiur plaisir. Les membres des forces armées méritent tout le respect par la nation. Leurs sacrifices sont au-dela de mentionner.

Majeur Nor Ibrahim ... Je salue u Sir pour l'effort sans fin.

nur_emyinda12 said...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim and Arunzab,

Maaf sangat - ter 'double click' the comments ;-D. Toutes mes excuses pour ce que monsieur ...

Kamal Sanusi said...

Salam Tuan

J'apprécie vraiment ce que vous avez fait dans le partage de toutes les histoires de ces héros méconnus et ceux derrière le rideau.

Nous espérons que de lire des histoires de plus en plus.

Merci.

This is the beauty of ICT, heheeheee.....

Arunzab said...

Saudari Nur,

Merci, Madame vos paroles nous inspirent.

nur_emyinda12 said...

Tn Mejar Nor and Arunzab,

Si ce n'est pas a cause de la paix, la nation proteges par les militaires dans l'armee, je ne serai pas en mesure d'avoir toute l'inspiration - a meme de penser et de profiter de l'air frais et les chants des oiseaux chanteurs. ...Je suis vraiment reconnaissante pour tous les heros meconnus! Que dieu vous benisse tous! ;-D

Arunzab said...

Madame J'aimerais que notre pays avait plus agréable, les gens comme vous qui sont redevable à nos forces armées. Que Dieu bénisse toujours vous trop madame avec santé et hapiness.

mangchikla said...

Cher Maj Nor Sulaiman monsieur,

Très certainement vous ferez l'expérience «vertige» en voyant «français» dans tous les sens et que je vous recommande 2 comprimés de Panadol supplémentaires. Je vous remercie. Wassalamu 'alaikum. :D

mangchikla said...

Perhaps u should translate your 'About Me' to french. Sounded elagante heheh

'Ex-pilote d'hélicoptère Nuri. Maintenant un pensionné à 100%. Tous les jours de golf et le golf et le golf - la quantité, oui, la qualité? Ne demandez pas.'

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara & Saudari,

Terima kasih. Saya harap ramai lagi sudi berkongsi pengalaman untuk bacaan generasi X & Y. Saya sedang menunggu cerita penubuhan HANDAU dan juga pengalaman Kol Ismail semasa hahas tersebut. Sekiranya ditaktirkan menerbitkan buku ke2, saya nak masukkan cerita ini, insya-Allah.

Nampak gayanya saya terpaksa belajar Frenchlah lepas ini. Dulu ada belajar Arabic dan Kantonis di INTAN JLN Ilmu tapi habis lupa kerana tak dipraktikkan.

Anonymous said...

salam tuan..

tuan ada jual lagi x buku coretan xnuri pilot..saya nk beli tuan..klu yang reject pnya pn xpe asalkan dpt baca..klu ada lagi apa no.account tuan insyaallah nanti sy bank-in..
salam..

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara Anonymous,

Waalaikumussalam,

Terima kasih kerana berminat untuk membeli buku saya. Maaf kerana kesemua 2000 naskah telah habis dijual. Sila pinjam di Perpustakaan Awam.

Anonymous said...

Hi Mej Ibrahim,

I was the Nuri pilot who sling out the wreckage of the Cessna 206 which crashed in Bt tinggi. Actually this was my Cat Ride from C to B and the examiner was mej Khalid. It was a 200 ft long line job ..something which we seldom do but non the less we got the wreckage to the Bt tinggi padang. And I got my B cat!

Capt YF Wong (Rtd)

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Dear Capt Wong,

Thank you. I would appreciate if you care to write & e-mail this experience of yours to me. When did you underslung the aircraft? It would be nice if you've some photographs.