Pengikut

Selasa, 31 Julai 2012

Hari Pahlawan

31 Julai...

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

'....to recognise and honour those who gave up their lives in the cause for peace and freedom!' (ihsan)

Pahlawan Kemerdekaan
Ciptaan: Usman Awang

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya


Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang


Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat


Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Isnin, 30 Julai 2012

Taici-Menaici

Mungkin ada yang berpendapat apalah si 'attention seeker' ni tak habis-habis pasal perkara remeh-temeh seperti yang dicoretkan di sini. Tapi, sepertimana yang saya katakan, saya tak kisah pun...bukan saya rugi apa-apa. Tut...Tut...Petang semalam, saya terima panggilan daripada seorang penerima KPK yang memaklumkan bahawa beliau dan juga beberapa penerima SP & PGB masih belum terima jemputan ke majlis Hari Pahlawan  esok, 31 Julai. Depa ni bukan calang-calang orang...Dato'-Dato' belaka. Untuk pengesahan, saya telah menghubungi rakan penerima PTU & KPK. Jawapannya sama juga....TIADAAik...Macam mana boleh jadi macam ini? SP & PGB memang dah bertahun-tahun menjadi tetamu gomen. Kalau JPP, PTU & KPK tu mungkinlah tercicir kerana pihak berwajib memerlukan masa untuk memasukkan lebih kurang 900 orang penerima  dalam database, tapi ni SP & PGB....Eh...Eh....Eh?

Saya pun nak juga tahu mengapa. Jadi, melayanglah sms kepada individu tertentu di JPM malam semalam (kesian beliau...cuti umum pun simejar pencen ni kacau pasal kad jemputan...Eh....Eh...Eh). Saya tabik spring pada beliau kerana meminta nama-nama yang tercicir itu. No problem. Pagi tadi, beliau telah menjelaskan 'kedudukan sebenarnya'. Jemputan telah dihantar ke alamat yang diberikan oleh ATM. Mungkin betul ke ATM tak kemaskini alamat hero-hero depa? Jawabnya, melayanglah emel berikut kepada PAT (jangan ditanya responsnya...Biasalah...He...He...He)...

From: nor ibrahim sulaiman
Date: Sun, 29 Jul 2012 21:00:57 -0700 (PDT)
To: Tan Sri PAT
Cc: PTD; PTL; PTU; KP Veteran; JPM Datuk Othman; RAFOC; Dato' Zahid Hamidi; S/u Politik
Subject: JEMPUTAN KE MAJLIS HARI PAHLAWAN PADA 31 JULAI 2012

Assalamualaikum Tan Sri,
Syukur alhamdulillah, akhirnya saya terima kad ke majlis di atas walau pun JPM sudah bersetuju terhadap saranan saya agar penerima-penerima JPP, PTU dan KPK turut diundang semenjak tahun 2011 lagi. Saya telah mencoretkan penghormatan ini di http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/tetamu-gomen_5292.html.

Tanpa dijangka, saya telah dihubungi pelbagai pihak. Mereka memaklumkan bahawa mereka, penerima SP, PGB & KPK, tidak menerima kad jemputan. Ada di antara yang berbintang-bintang di bahu serta bergelar. Perkara ini telah saya panjangkan kepada pihak JPM. Petikan respons agensi tersebut '...untuk makluman jemputan yg dihantar adalah berdasarkan rekod dan alamat yg diberi oleh pihak ATM. kita minta mereka update rekod tsb.'

Sungguh aneh sekali kerana, menurut sms daripada seorang penerima KPK, beberapa penerima SP & PGB masih menetap di alamat yang sama semenjak bersara berdekad-dekad lalu! Mustahil agensi terbabit di KEMEMTAH tidak merujuk kepada JHEV bagi mendapatkan alamat terkini? Saya sungguh bersyukurlah kerana JPM mengetahui alamat saya, walaupun mereka masih mengekalkan pangkat 'Kapt (U)' yang saya sandang ketika dianugerahkan Pingat tersebut pada 1979.

Saya tidak pasti dimana silapnya dan bukan nawaitu saya untuk menuding jari. Jangan salahkan saya sekiranya beranggapan terdapatnya elemen 'taici-menaici' di antara pihak-pihak berkenaan, wallahualam. 

Diharap mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak Tan Sri. Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN

MEJAR NOR IBRAHIM SULAIMAN TUDM (B)
Sent from Yahoo! Mail on Android

Komen di coretan sebelum ini '...Tk paparan....saya baru terima jemputan Rasmi hari ni dpd AKSPA Mk ATM ..tu pun satelah buat pertanyaan kpd PS 1 Istiadat pada Hari Jumaat lps...katanya Jemputan di kendalikan oleh Bhgn Istiadat JPM....mungkin terlepas pandang kot bulan 2 Puasa ni Wallahu aklam.' membuat saya berfikir dari 2 aspek.

Pertama. Penerima-penerima memang menunggu jemputan rasmi ke majlis sebegitu. Ia menunjukkan betapa signifikannya jemputan Hari Pahlawan, Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia pada mereka. Terlalu sedih  sekali wira-wira terpaksa 'merayu' bagi menentukan mereka tidak tercicir. Sungguh mengecewakan!!!!

Kedua. Dengan teknologi yang serba moden, saya tiada jawapan mengapa wujudnya keadaan begini. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menghantar kad jemputan bagi para penerima Anugerah Perkasa - ATM atau JPM? Bagi rakyat seperti saya, jangan salahkan saya sekiranya saya berpersepsi wujudnya elemen 'taici-menaici' di antara agensi kerajaan.

OK lah...Tak guna menuding jari kepada sesiapa...Yang sudah tu...sudahlah. Apa yang perlu diingati ialah diharap ia tidak berulang lagi. Mungkin kami semua tidak perlu lagi merayu sempena 31 Ogos nanti, insyaAllah....Wallahualam. 

Jumaat, 27 Julai 2012

Tetamu Gomen

24 Julai 2012...Akhirnya saya terima kad jemputan berikut daripada JPM, syukur alhamdulillah....

Saya tak kisah sekiranya ada yang berpandangan bahawa saya seorang 'attention seeker' ke. Memang ia pun dan saya berbangga dengan sikap begitu. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri yang mesti memperjuangkan agar negara menghargai pengorbanan para veteran? Saya bersyukur kerana telah berjaya meyakinkan JPM untuk turut mengundang para penerima JPP, PTU dan KPK ke majlis tahunan Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan. Perjuangan ini telah bermula semenjak 2010 lagi, klik di sini. Jawapan rasmi JPM ketika itu dicoretkan di sini. Proses Taici menaici!! Coretan berkaitan dengan perjuangan ini boleh dibaca di siniSaya pasti ramai di antara penerima jemputan akan teruja apabila menerima jemputan tersebut.

Sebelum undangan di atas, tahun lepas lagi JPM telah memaklumkan kepada ATM untuk menjemput kami tapi manalah Pak-Pak Jeneral nak layan 'arahan' yang dimulakan oleh hanya seorang mejar pencen. Bagi menentukan nama kami tidak tercicir sekali lagi, saya telah hantarkan emel ini kepada mereka yang berwajib di JPM '.....31 Jul & 31 Ogos!!!!!'. Itu saja...Tak ada 'finesse' dan beradab langsung menulis pada orang beso-beso...Eh...Eh...Eh! Tapi terbukti berkesan apabila saya terima jemputan tersebut. Dan saya percaya kad dihantar oleh JPM sendiri berlandaskan pangkat saya masih 'Kapt (U)', iaitu pangkat saya ketika dianugerah pingat berkenaan. Mungkin agensi itu tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' sekiranya mereka berikan tugas ini kepada ATM kerana, kesannya, mereka akan terus menerima emel yang 'kurang asam' seperti ini lagi...Wallahualam. 

Orang berbudi, kita berbahasa. Saya emelkan perhargaan berikut...

  
From: nor ibrahim sulaiman 
To: Datuk Othman Bin Haji Mahmood ; Datuk Wan Hamidah 
Cc: KSN Dato' Ali ; Kamis b. Samin ; Chong KL ; khalid Ali ; Capt Murad ; Idris Hassan ; Md Som ; Tan Sri PAT ; PTU ; RAFOC ; PTL ; PTD ; KP Veteran 
Sent: Tuesday, 24 July 2012 2:03 PM
Subject: Re: HARI PAHLAWAN & KEMERDEKAAN

Assalamualaikum Tan Sri/Datuk/Dato'/Tuan,


Syukur alhamdulillah, hari ini saya terima kad jemputan ke majlis Hari Pahlawan pada 31 Julai nanti. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada pihak JPM yang telah menunaikan janjinya. Syabas kerana mempraktikkan'walk the talk'. Satu transformasi yang boleh mengubah persepsi rakyat kerdil terhadap perkhidmatan/penjawat awam.

Saya sungguh berbangga bahawa,  akhirnya, kerajaan turut memberi penghormatan kepada kami, penerima-penerima JPP, PTU dan KPK  ke upacara mengingati para wira-wira yang telah berkorban demi untuk negara tercinta. Saya akan abadikan kad berkenaan dalam buku 'scrap' saya sebagai satu kenangan.

Akhir kata, TERIMA KASIH.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Ada lagi satu sebab saya gembira. Saya ada menulis kepada PTU  mengesyorkan agar wira-wira TUDM dijemput sempena HUT TUDM baru-baru ini (klik di sini). Selepas itu, saya terima panggilan daripada seorang mejar dari PU KL bertanyakan sama ada saya mengetahui alamat xpilots  tertentu. Apabila ditanya mengapa, beliau memaklumkan bahawa TUDM akan menjemput para penerima 'Anugerah Perkasa' sempena HUT. Malah saya memberi beliau senarai kesemuanya: beliau hanya ada senarai penerima PTU sahaja. Itu pun senarai yang saya hantar kepada xbos. Sek 'C', MTU, bertanggungjawab menghantar kad undangan. Tunggu punya tunggu.....!!!! Tak apalah...Apa nak dikatakan sekiranya Perkhidmatan sendiri meminggirkan kami. Sebaliknya sekarang, gomen mengiktirafnya....Syukur alhamdulillah.

Sama ada saya akan hadir di Majlis Hari Pahlawan nanti, bukan satu persoalan. Saya percaya ramai tidak akan melepaskan peluang ini. Pokoknya dan yang paling penting sekali, gomen akhirnya turut MENGHARGAI PARA PENERIMA  JPP, PTU & KPK yang sebelum ini hanya terhad kepada para penerima SP & PGB sahaja. ITU PALING BERMAKNA PADA SAYA. Fikirkanlah....Bila masa lagi para veteran, yang tidak berkedudukan dan bergelar, nak merasa dijemput ke majlis yang begitu signifikan kepada mereka dan akan di rasmikan oleh Timbalan DYMM SPB Agong? Pada saya, itu satu penghormatan.



Datuk Othman, JPM....Terima kasih. 

Khamis, 26 Julai 2012

Cute But Homeless

My daily routine, come rain or shine, feeding these cute but neglected cats at my club, DGCC. Altogether there are 7 cats outside the caddies' room.

From left: Pak Tuah, Belang, Tam & Comot

My golfer-kaki, whose car is of the same model as mine, marvels at their Allah-given instincts. Whenever he arrives at the club for golf, these animals are just not bothered. But they would run towards my car on hearing the car's engine and follow  me:  a 'Pied Piper' of sorts  to these poor creatures. I've to be very careful when parking for fear of hitting them. It gives me  great pleasure and satisfaction to feed them and seeing them 'meowing' away after their stomachs are full.

It pains me to see whenever people ill-treat animals - be it cat, dog, tiger, etc, etc. Why must we be cruel to them? After all, they, too, have the right to live in this world. 

Back home, my wife is the caretaker of about 15 stray cats. Every day, without fail, first thing early in the morning  and late afternoon,  she would be feeding them. They stay outside the compound of our house: only 4 live within the compound. She spends quite a substantial amount of her pension on food and medical care, including family planning pills for these cute animals.

Yesterday we had to take a he-cat, 'Kaka', to the vet. For the last 2-3 days, my wife observed that  he was not the usual mischievous Kaka. The vet told her that Kaka might have food poisoning. And, as expected, he was given a jab. For those who're not familiar, vet's medical bills are exorbitant.

Syukur alhamdullah to Almighty Allah, as at today, it doesn't cause a major dent in our pockets. Maybe the cats are praying for us?...Wallahualam.

To those who have soft spot for animals, believe me, your money spends on them is worth it. I've full faith that your  benevolence would be rewarded by Allah. The 'rezeki' is not necessarily comes in the form RM, maybe among others, being able to type this jotting is also a rezeki. What more, when you're given the best of health, insya-Allah. 

Selasa, 24 Julai 2012

Mistik?

Saya terima gambar-gambar berikut daripada seorang 'Hamba Allah'. Gambar menunjukkan bangkai pesawat Nuri, M23-19, yang telah  mengakhiri hayatnya bersama dengan enam warga tentera. Walaupun telah terperap di situ selama 21 tahun, namun keadaan sebahagian bangkai pesawat masih dalam keadaan elok seperti dijaga.


Nahas berlaku di kawasan operasi Pos Belum, Perak, pada 11 Jun 1991. Misi pesawat membawa rangsum untuk unit pasukan 304 RAWMereka yang terkorban ialah:
  • Kapt (U) Tan Eng Huat - kapten pesawat (mendiang pernah bersama saya di No 5 Skn) 
  • Lt (L) Saiful Bahari Hj Baharum - ko-pilot
  • F/Sjn Subramaniam - KU
  • Kapt Sarwan Singh
  • L/Kpl Mokhtar Mohamed Zain
  • Pbt Johar Mohamed Zain
Nota:
  1. Sjn T. Balasubramaniam terselemat kerana beliau tercampak keluar.
  2. Maklumat dipetik di sini

Difahamkan rancangan untuk memusnahkan saki-baki bangkai M23-19 tidak dapat dilaksanakan kerana  terdapat unsur-unsur 'mistik'. Wallahualam.

Hamba Allah....Terima kasih.

Terkini - 27/2 jam 1422...Petikan daripada facebook 'Nostalgia TUDM' berkaitan dengan topik ini...


  • Zack Mzack Sjn T. Balasubrmaniam memang terselamat tapi beliau meninggal dunia 10 hari selapas nahas ini kerana mengalami kebakaran serious (85% of the body burn) saya adalah AQM yang pertama sampai di lokasi kejadian bersama sama SAR Team. Saya sendiri yang mengangkat Mendiang Sjn Bala kedalam pesawat dn terus ke GH Penang, tiba di padang POLO tepat jam 1920hrs. Tragedi ini masih segar lagi di ingatan saya hingga ke hari,ia adalah kenangan pahit kerana hilang sahabat2 seperjuangan, semogo roh sahabat2 ku di berkati...AMIN

Ahad, 22 Julai 2012

Kesian!

Malam Jumaat, 19 Julai, saya 'tertonton' TV2 separuh jalan majlis pelancaran 'Rayuan Hari Pahlawan 2012' yang dirasmikan oleh Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, di Wisma TV Angkasapuri.

Ini mengimbau semula ketika pihak JHEV menjemput saya untuk mempromosikan buku saya di majlis yang sama  pada 29 Julai 2011 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Sungguh mengecewakan sekali. Mana tidaknya, hanya 12 buku = RM480 sahaja yang berjaya dijual...tak berbaloi langsung. Kos perjalanan dan penginapan melebihi pendapatan. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada KP JHEV diatas jemputan tersebut. Eh...Eh...Eh...Kesian saya!

Tapi bukan kekesalan tersebut yang nak diluahkan di sini. Saya hanya sekadar mahu memberi 2 komen terhadap majlis kutipan derma di atas.

Para Dermawan. Saya perhatikan mereka yang menyumbang pada hari pelancaran hanya syarikat-syarikat yang terbabit secara langsung dengan KEMENTAH, seperti LTAT, Bank Affin, Boustead. Mana perginya lain-lain GLC, institusi kewangan, syarikat-syarikat gergasi swasta, pemaju-pemaju perumahan? Mana dia syarikat-syarikat penerbangan, pengangkutan, perkapalan, telco, pemonopoli-pemonopoli pelbagai industri? Mereka ini untung berjuta-juta dan berbilion-lion RM. Takkan RM1 juta akan merobek kantung kut! Lagi pula, sumbangan mendapat pengecualian cukai pendapatan. Tak nak ke mereka mengiktiraf pengorbanan wira-wira yang majoritinya tak didendang? Ramai pula hidup bak kata 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan ada yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan kecacatan anggota tubuh badan.

Sungguh ironis sekali...Ada pihak yang sedia 'top-up'  RM1 juta kepada pemenang pingat emas Olympics, iaitu tambahan kepada jumlah yang sama yang dijanjikan oleh gomen. Mengharumkan  negara mendapat sanjungan yang begitu tinggi dibandingkan dengan berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatannya. Fikir macam ini sajalah...Derma kepada wira sukan, hanya individu berkenaan yang mengecapinya, sebaliknya, jika menderma kepada rayuan di atas, akan dimanfaatkan untuk kebajikan lebih daripada 200k veteran yang ada dikalangan mereka hidup dalam keadaan begitu daif. Kan ini lebih afdal? 

Saya tabik spring kepada gomen diatas keprihatinannya terhadap kami para veteran. Dahlah diberi pencen (yang layak) dan kemahiran, paling mustahak sekali, kemudahan perubatan PERCUMA. Ketika usia dah di ambang sore ini,  kebanyakan para veteran menjadikan hospital untuk 'berehat'. Dengan adanya sumbangan kepada rayuan tersebut, nasib  para veteran akan lebih terbela. Eh...Eh...Eh...Kesian kami!

Gambar. Semasa majlis tahun lepas, saya kecewa dengan tiada langsung elemen TUDM pada banner yang tersergam di atas pentas. Sebaliknya, gambar helikopter 'Wessex' serta beberapa anggota RAF dijadikan hiasan. Saya meluahkan perasaan ini kepada seorang pegawai JHEV. Tiada sebarang respons. Biasalah tu. Tut...Tut...Malam tadi (19/7) saya lihat gambar Wessex yang sama! 
Kompleks Kraf pada 29 Julai 2011

Saya sama sekali tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh mat saleh di era insurgensi. Tapi, mereka tidak terlibat sehingga berakhirnya era tersebut pada Disember 1989. Saya tidak menyalahkan golongan cetek pengetahuan sejarah negara tercinta ini sekiranya mereka beranggapan bahawa hanya dengan bantuan orang putihlah negara mengecapi keamanan dewasa ini. Oh...Mengapalah terwujudnya situasi yang boleh membawa persepsi bahawa kita masih di bawah bayangan penjajah!!!  Dan TUDM pula tidak memainkan peranan penting dalam usaha negara menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Eh...Eh...Eh...Kesian TUDM! 

Apalah salahnya menggunakan gambar seperti berikut?
 Memasukkan seorang casevac dalam  Nuri - satu-satunya 'Talian Hayat'  

Saya hanya sekadar mampu meluahkan kekecewaan yang mungkin ramai menganggapnya sebagai isu remeh-temeh. Tapi, manalah tahu, mungkin gambar sebegini boleh menginsafkan golongan remaja dan seterusnya membakar semangat patriotisme mereka. Entahlah...Saya hanya boleh mengharapkan agar coretan mejar pencen ini mendapat pertimbangan positif daripada pihak berwajib dan akan lebih prihatin di masa akan datang....Wallahualam.

Percayalah, saya tetap berbangga bahawa saya adalah seorang mantan anggota tentera. Dan turut terlibat secara langsung menentang musuh negara. Syukur alhamdulillah.

Rabu, 18 Julai 2012

Harap Menjadi Kenyataan

Hari Pahlawan, 31 Julai, dan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos, akan tiba tak lama lagi. Setiap hari riuh satu negara bercakap pasal patriotisme. Baguslah tu. Jadi, dengan gaya sendiri, saya cuba menyemarakkan semangat kecintaan terhadap negara tercinta dengan menonjolkan  sumbangan para veteran tentera dalam proses membangunkan negara. Seperti peranan ATM menentukan atol-atol tertentu di Laut China Selatan tidak dituntut oleh negara yang berkepentingan. Umum mengetahui kewujudan konflik di antara negara-negara yang menuntut 'hak milik' terhadap terumbu-terumbu di kawasan berkenaan. 

Bagi tujuan itu, saya telah menghantar emel berikut kepada Arkib Negara Malaysia (ANM)...
From: nor ibrahim sulaiman [mailto:nibsny@yahoo.com

Sent: Wednesday, June 27, 2012 1:44 PM
To: Hajah Derasah KP ANM
Cc: Md Farizal ANM; Puan Yatimah ANM; Sulasteri; Hj Noh; Lt Kol (B) Basri RAJD
Subject: DARIPADA ATOL KEPADA SEBUAH PULAU

Assalamualaikum,

Berhubung perkara di atas, saya berpendapat ramai rakyat Malaysia hanya mengetahui kewujudan Pulau Layang-Layang melalui laporan kaji cuaca, Berita Perdana di TV1. Manakala mereka yang membaca 'A Doctor In The House', memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, menyedari pulau tersebut diisytiharkan sebagai hak Malaysia pada 1981 apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Menurutnya, salah satu keputusan terpenting sebaik sahaja menjawat PM ialah menuntut atol 'Swallow Reef'  (nama asal Pulau Layang-Layang) di tengah Laut China Selatan. Bagi menentukan tiada negara lain turut menuntutnya, pasukan keselamatan telah ditempat di atol berkenaan.

Sebelum pembinaan modul kediaman oleh warga Jurutera ATM, warga komando/PASKAL yang bertugas di sana terpaksa mendapat perlindungan di celah-celah batu ketika keadaan bergelora atau tidur di atas batu apabila air pasang. Bagaimana warga Jurutera yang membina modul berkenaan berkerja ketika air pasang dan sang suria membakar tubuh tanpa sebarang perlindungan. Hammock pula dibina di atas scaffolding yang berlantaikan air. Siburung besi,Nuri, digunakan untuk mengangkut barang/alat binaan dari kapal ke terumbu!

Hasil Tun Mahathir  bermalam di 'humble hut' (halaman 344 buku berkenaan) pada 1983,  beliau telah membuat keputusan untuk menjadikan Terumbu Layang-Layang kepada apa yang ada sekarang ini....syurga untuk penyelam berenang dengan 'hammerhead sharks'. 

Saya ada masukkan gambar-gambar proses transformasi ini dalam coretan berikut:

Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak ANM agar dapat menganjurkan majlis pengkisahan proses transformasi Pulau Layang-Layang. Para pengkisah termasuk warga TLDM, krew Nuri dan Jurutera. Saya berpendapat sejarah ini harus disimpan di ANM. Untuk makluman, saya berhasrat untuk mendokumentasikan peristiwa ini jika bahan mencukupi. Untuk itu, saya telah memohan kerjasama daripada Panglima Tentera Laut (surat dikepilkan).

Akhir kata, diharap cadangan ini mendapat pertimbangan Puan sewajarnya. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Respons agak menggalakkan. Petikan emel pertama...

'...Salam Tuan,
Saya terpegun melihat gambar-gambar yang disertakan, amat menarik sekali. Saya akan berbincang lanjut dengan KP Arkib berkaitan hal ini. Buat masa ini  KP dan Sulasteri berada di Bangkok atas urusan rasmi. Kami akan susuli kemudian. Terima kasih atas segala maklumat dan bantuan tuan kepada Arkib Negara.'

Dan petikan ke2...

'...Terima kasih diatas sokongan dan perkongsian maklumat dengan kami di Arkib Negara. Amat menarik sekali pengalaman mereka. Insyaallah jika diizinkan Allah tahun depan mungkin kita boleh rancangkan sesuatu untuk merakam maklumat ini dengan lebih tersusun. Untuk tahun ini mungkin tidak bersempatan kerana beberapa perancangan awal telah ada. Walau bagaimana pun saya dan kawan-kawan di Arkib sentiasa seronok untuk berkongsi dengan tuan segala maklumat yang ada.

Semoga tuan akan terus bersama dengan Arkib dalam mengumpul dan menyebatkan maklumat bersejarah yang amat  berguna untuk bangsa dan Negara'.

SELAMAT BERPUASA

Jika majlis tersebut menjadi kenyataan, pada saya, agensi yang memainkan peranan penting ialah  TLDM, selain Jurutera dan No 5 Skn (mana boleh saya ketepikan xSkn saya...He...He...He). Biasalah, melayanglah emel berikut kepada PTL ....

From: nor ibrahim sulaiman 
To: PTL 
Cc: Kept Mohd Zaman 
Sent: Tuesday, 17 July 2012 6:46 PM
Subject: Fw: RE: Jottings of Xnuripilot:'Seasonal' Patriotism

Assalamualaikum Tan Sri,
Pertama sekali saya mengucapkan terima kepada Tan Sri kerana sudi melayan kerenah saya ini. Agensi TLDM ada menghungi saya dan memberi kerjasama yang diperlukan.
Untuk makluman, saya telah menghubungi Arkib Negara mencadangkan agar mereka menganjur seminar/pengkisahan berkenaan Pulau Layang-Layang. Syukur alhamdulillah, respons memberangsangkan. Sekiranya ia menjadi kenyataan, saya akan terharu kerana penglibatan warga ATM dalam pembinaan negara tercinta ini, seperti Pulau berkenaan, akan diabadikan di ANM.
Akhir kata, sekali lagi...TERIMA KASIH.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)
Sent from Yahoo! Mail on Android

Saya tidak pasti apa kaedah yang akan dirancangkan. Mungkinkah satu majlis pengkisahan? Biarlah ANM yang menentukannya. Apa yang saya impikan ialah sejarah transformasi Pulau Layang-Layang diabadikan di ANM. Itu saja. Dan sekiranya majlis tersebut menjadi kenyataan, pada saya, ia adalah satu pengiktirafan dan penghargaan buat saya. Dan jika dibekalkan dengan bahan yang dipinta, saya akan jadikannya satu bab dalam buku ke2 yang saya rancangkan, insyaAllah.

ANM...Didahului dengan ucapan TERIMA KASIH.