Followers

Monday, May 3, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan

Pembaca...Saya telah menghantar e-mel berikut kepada pengalamat-pengalamat seperti yang tercatat. Tujuannya hanyalah dengan harapan mereka yang berkuasa tidak melupai segolongan kecil rakyat Malaysia yang turut berkorban untuk nusa dan bangsa di suatu ketika dulu. Saya pasti ada yang tak akan membacanya. Sekiranya 'terbaca' sekali pun...akan di'delete' selepas itu. BOLAYAN.  Itu tidak menjadi hal kepada saya.

Ambil dari aspek positif pula. Sekiranya mereka membaca dan, manalah tahu, dengan Kuasa Allah Yang Maha Kuasa, dibukakanNya pintu hati mereka...'betul juga kata si mejar pencen ini'. Tup...tup...bulan Ogos nanti terima jemputan untuk menghadiri hari perayaan Kemerdekaan. Sama ada saya akan hadir atau tidak  bukannya satu persoalan. Mungkin ada dari kalangan penerima JPP, PTU & KPK akan hadir. Bagi saya, itu satu kejayaan...betul tak? Kalau tiada sebarang respons...BIASALAH!

Sambutan Hari Merdeka
Sun, May 2, 2010 2:21:25PM
From: nor ibrahim sulaiman Add to Contacts
To: YAB PM ; Dato' Zahid Hamidi ; YB Dato Rais yatim ; sidek ksn ; KSU Indef ; PAT ; Minister of Def sekretariat_dzh@yahoo.com
Cc: Hamzah Hussin MoD ; Muhammad Ammir PPM ; Kol Jamal Kesek ; Maj Kamarul RMAF RMAF
Assalamualaikum,

Sepertimana yang YAB/YB/ Tan Sri/Dato'/Tuan tersedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mewujudkan 5 'Anugerah Perkasa'berikut: 
G. Darjah-Darjah Gagah Perkasa

     Bintang dan Pingat di bawah kumpulan ini   adalah seperti  berikut:-
     (i)   Seri Pahlawan Gagah perkasa        S.P.
     (ii)  Panglima Gagah Berani                   P.G.B.
     (iii) Jasa Perkasa Persekutuan              J.P.P.
     (iv) Pingat Tentera Udara                        P.T.U.
     (v)  Kepujian Perutusan Keberanian   K.P.K.
Sumber: www.malaysianmonarchy.gov.my 

Namun demikian, diperhatikan penerima JPP, PTU dan KPK tidak pernah diundang untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara tercinta ini setiap 31 Ogos. Hanya penerima-penerima SP dan PGB mendapat jemputan.  Persoalannya...Mengapa mereka dipinggirkan? Adakah taraf anugerah tersebut terlalu rendah? Menerima undangan itu adalah satu penghormatan kepada mereka kerana ianya menggambarkan pengiktirafan negara terhadap pengorbanan mereka di suatu ketika dahulu. 

Mengikut rekod JPM, sehingga 2009 hanya 695 dari 28 juta rakyat Malaysia dianugerahkan darjah-darjah tersebut. Pecahan adalah seperti berikut:
  • JPP  - 92
  • PTU - 31
  • KPK - 572
Ada yang dianugerah setelah terkorban (posthumous). Kemungkinan ramai yang tidak akan hadir sekiranya diundang bukannya satu persoalan. Harus diingati, kebanyakan penerima sudah termasuk golongan melepasi waktu 'senja', uzur, hidup dalam kedaifan dan juga telah pergi menyahut panggilan Ilahi!

Di sini saya ingin mencadangkan agar pihak berwajib turut mengundang kesemua penerima 'Darjah-Darjah Perkasa' sempena menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan, tidak hanya terhad kepada penerima SP dan PGB sahaja. Sudah sampai masanya mereka tidak lagi dipinggirkan.

Fikir-fikirkanlah. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B) 
Terkejut beruk sekiranya menerima sebarang respons...He...He...He.

3 comments:

Anonymous said...

Wait and see aja lah.
hehe.. Macam biasa yang disebut sebelum ni.

Kamal Sanusi said...

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas saranan yang telah diberikan. Perkara ini akan dibincangkan dengan pihak atasan terutamanya Barrak Obama. Sekian Terima kasih!"

Salam Tuan

Mungkin itu respon yg bakal diterima. Itu pun dah cukup baik. Selalunya mcm Tuan katalah, "BOLAYAN"

Heheeheee...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara semua,

He...he..he. Depa tengok saja e-mel dari saya, terus delete!