Pengikut

Isnin, 16 Julai 2012

Pahlawan Iban

Masih lagi kisah penerbitan filem tentang Datuk Kanang  yang dicoretkan di sini. Saya telah menghubungi pihak tertentu bertanyakan sama ada agensi beliau terlibat dalam penerbitan filem tersebut. Jawapan beliau ialah negatif tetapi, menurutnya, difahamkan production house terbabit ialah 'Tangan Seni Sdn Bhd'. Apa lagi, saya pun menghantar emel kepada syarikat berkenaan melalui laman sesawangnya agar  mereka memikirkan cadangan saya. Sehingga kini....Faham-faham sajalahlah!

Saya juga hantar emel berikut kepada KP FINAS... 

From: nor ibrahim sulaiman 
To: Naguib KP Finas 
Cc: Hj Mohsain ; Dato Roslan TPTU ; Maj Kamarul RMAF RMAF 
Sent: Wednesday, 11 July 2012 1:07 PM
Subject: Fw: PEMBIKINAN FILEM DATO' KANANG

Assalamualaikum,

Syabas kerana kerajaan, melalui FINAS, akan turut terlibat menaja filem 'KANAN THE IBAN WARRIOR' yang akan diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn Bhd. Ramai warga tentera yang terlibat dalam operasi bersama Datuk Kanang tetapi, apakan daya, keperwiraan mereka tidak didendangkan oleh pihak berwajib. Sebagai contoh, krew helikopter Nuri yang menyelamatkan beliau. Coretan tentang dedikasi mereka melaksanakan misi menyelamat itu boleh baca di sini - http://xnuripilot.blogspot.com/2012/07/perwira-negara_10.html.

Saya ingin mencadang agar pihak tuan, penerbit dan penulis skrip turut menonjolkan peranan krew Nuri. Ini akan menjadikan jalan cerita itu nanti lebih menyeluruh dan bermakna. Kebiasaannya, penonjolan krew Nuri dalam sesebuah filem hanya sekadar helikopter 'hover' dan 'winch casevacs'....Itu sahaja. Siapa pun tidak mengetahui dilema yang dihadapi oleh krew. Dan kami pula tidak menghebahkannya! 

Sekian untuk pertimbangan tuan.  Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)  

Saya terima emel berikut daripada Mej Ishak Isa (B)...

From: ishak isa 
To: majorNor sulaiman 
Sent: Thursday, 12 July 2012 10:46 PM
Subject: kanang ak langkau

assalamualikum Tuan


kalau lah benar akan ada filem kanang ak langkau seperti tuan muatkan dalam blog tuan is a very very good news.
bersabit dgn kanang ak langkau ni, teringat saya beberapa peristiwa bersabit dgn kanang ak langkau.

1.1989 or may be 1990 actually tak berapa ingat tahun sebenar,  kami dari 8 renjer (  para )telah di tugaskan untuk membantu Dewan Bahasa dan Pustaka pelancaran Buku kanang ak langkau, penulis novel itu mejor Nordin ex Ranjer juga. tugas kami menbuat satu pentomen diDBP semasa pelancaran tersebut. Pentomen mengisahkan pertempuran Kanang ak langkau. pelancaran berjalan dgn baik. apa nasib  dgn jualan novel . Not sure ok atau tak.

2. Di tugaskan untuk mengendalikan lakonan  semula pertempuran kanang ak Langkau. lakonan ini sebagai salah satu show semasa menyambut hari TD pada tahun 1990. latihan berjalan hampir 3 bulan di padang bola 8 renjer. tetapi perkara ini di batalkan disaat saat akhir  for what reason  saya tak pasti. 

3. Semasa kanang bertempur  saya masa itu berkhidmat di 9 renjer ( penang) tetapi peristiwa itu juga menjadi satu peristiwa yg saya tidak akan lupa kerana sebelum Kanang bertempur buat kali pertama di Gunong Korbu /keramat pulai,  squad saya Ltm Abdullah bin saad terlebih dahulu bertempur dgn musuh yg sama dan beliau KIA. saya sempat menghadiri pengkebumian arwah di Penaga. 

Alangkah bagusnya kalau pihak yg hendak membuat filem kanang membuatnya dgn teliti agar ianya tidak lah menjadi satu cerita yg jadi cerita yg tak real....semasa kejadian TD guna trak Volvo, M16, LMG, M79 , spike boots, pack hijau bukan celoreng dan banyak lagi yg sudah tidak ada lagi dalam perkhitmatan sekarang.

semoga mereka berjaya.

Untuk makluman, saya difahamkan AQM terbabit berkerja di Singapura dan sekarang ini membuat 'detasmen' di Dubai. Kapten pesawat pula menjaga cucu di Kuala Lumpur setelah 'bersara' daripada MHS. Pada saya, mereka wajar  dilantik sebagai 'Technical Consultants' bagi misi menyelamat ini kerana mereka yang mengalaminya...Mana mungkin krew Nuri dewasa kini dapat menjiwai keadaan yang dilalui oleh wira-wira yang tak didendang itu.

Saya harap TUDM tidak akan melepaskan peluang bagi menonjolkan keperwiraan warga mereka dan tidak berpuas hati sekadar peranannya dalam filem, dianggarkan menelan belanja RM4 juta, hanyalah 'hover', 'winch up' dan 'up...up...and away' saja. 


Saya terharu apabila ada mereka yang menghargai peranan  krew Nuri seperti yang ditulis oleh Mej D. Swami (B). Itu sebabnya saya  paparkan petikan tersebut di kulit belakang 'Coretan Xnuripilot'. 

Orang nak kata apa pun, katalah....Tapi saya memang mengharapkan agar pengorbanan wira-wira ATM - TDM, TLDM, TUDM - diabadikan dalam sejarah negara untuk generasi akan datang. Kami  turut terlibat dalam proses membangunkan negara tercinta. Mereka (generasi muda) menikmati keselesaan kehidupan dewasa ini di atas keringat dan darah para veteran yang sedia menabur bakti. Tanpa sumbangan para veteran ini, mungkin tiada golongan 'wira' yang berjaya 'mengharumkan' negara.

Ini sajalah yang termampu mejar pencen lakukan dalam usaha mengetengahkan peranan TUDM semasa era insurgensi. Sama ada ia mendapat perhatian pihak berwajib....Wallahualam. 

6 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan,Sekitar tahun 2000 pernah diterbitkan Drama Bercorak kententeraan bertajuk INSURGENSI mengisahkan Platun B 8RRD, Drama ini memang yg terbaik pada saya yg pernah diterbitkan dengan kerjasama ATM dan RTM,dengan kesan kesan khas yg nampak REAL dan sebenar
Dari sumber berita ketika itu kos penerbitan nya menelan belanja lebih RM 1Juta dan tenaga kerja lebih kurang 3000 orang.
Peringkat pra produksi sahaja mengambil masa dua tahun manakala penggambarannya di sekitar negeri Perak (Trong-dekat Taiping) selama 6 bulan dalam tahun 2000.
tapi sayang akibat ada isu isu tertentu diantara ATM dan RTM drama ini terhenti sekerat jalan saja.

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum
Semoga usaha Mej mendapat perhatian pihak-pihak berkenaan. Dengan itu, apabila rumah siap nanti, kuranglah pahat berbunyi. Rugilah kalau sesebuah produksi penting tidak didasarkan kepada penyelidikan yang rapi, sekalipun mengambil masa yang panjang. Kita ni, selalunya hendak cepat saja, sedangkan film producers luar negara amat mementingkan 'details'.

Selamat menyambut Ramadhan yg penuh keberkatan & selamat menjalani segala ibadah di dalamnya dgn ikhlas dan sabar.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
Sorry for digressing from the topic. I had often wondered why we tend to talk about our national heroes by associating them with their race instead of their  nationality . Why should it be, "KANANG THE IBAN WARRIOR" and not be " Kanang the Malaysian Warrior." The same applies to our Tun Ibrahim who was referred in his book as " Tun Ibrahim Ismail Pahlawan Melayu. What if we have Chinese and an Indian Heros  would they then be referred as Ah Chong " Pahlawan China" or " Munandi A/L Kuppusamy "Pahlawan India. " Then it also applies to, Sikhs, Sarani, Orang Asli  etc ect .  

Yes we can have our Heros mentioned by their individual race but they should given national  recognation as Malaysians Heros. 

Any feed back will be most welcome.
Thank you and Salam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaaikumussalam Saudara Senapang Patah & Cikgu Temuk,

Terima kasih. Saya harap mereka yang terbabit mempertimbangkan cadangan ini, wallahualam.

Saudara arunzab,

Thank you for your comments. First of all, let me clarify that it's not me who gave the title "KANANG THE IBAN WARRIOR". I came to know about it through this email, quote '...Salam Tuan, berkaitan dgn projek pembikinan filem Kanang, the Iban Warrior,', unquote. Nevertheless, I strongly believe it is not the title for sure. What's the title going to be...I wouldn't know.

I agree with you that the title of any film, particularly relating to patriotism, should not reflect race and religion.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
I never meant you to have given this title to this comming flim, it was a general comment. As I had mentioned even Tun Ibrahim had been refered in this way. Any way your answer has been very reassuring and hopefully that it is carried through.

Please carry on you good work.

Salam

Tanpa Nama berkata...

babak-babak semasa F-5E dan TEBUAN bom kawasan komunis di GUBIR, selepas di bom ALLOUTTE tinjau kawasan tersebut sebelum NURI daltang untuk winchdown KOMANDO kat kawsan BANDIT saya rasa amat menarik untuk satu filem.....