Pengikut

Isnin, 2 Julai 2012

Jantung Mekanikal

1 Julai 2012....Saya bersama adik-adik, Ahmad Kamarudin dan Wahinuddin, telah pergi ke IJN, Kuala Lumpur, untuk melawat anak penakan, Aidil Munawir@Edi, 42, anak kakak. Beliau akan menjalani pembedahan untuk memasang alat Jantung Mekanikal (JM) pada  Khamis, 5 Julai 2012, InsyaAllah.

Dari kiri: Saya, Wahinudin, Edi, Ahmad Kamarudin, Ciksu (adik bongsu)

Edi terpaksa menjalani proses pembedahan JM sementara menunggu giliran untuk pembedahan pemindahan jantung seperti yang pernah dilalui oleh adik Tee Hui Yee pada Oktober  2007 (14 tahun ketika itu) di sini. Mengapa Edi terpaksa melalui proses ini semua? Kerana denyutan jantungnya terlalu lemah; lebih kurang 14 denyutan dibandingkan sekurang-kurangnya 40 denyutan dalam keadaan biasa. Sebelum ini, beliau telah mengguna 'pacer' tetapi sekarang alat tersebut tidak boleh lagi membantu. Sebagai usaha terakhir, selain  berterusan berdoa kepada Ilahi, beliau dinasihatkan untuk menjalani pemindahan organ yang begitu kritikal sekali. 'To buy time' sebelum adanya penderma, beliau terpaksa mengguna JM.

Sekira anda masih ingat, JM yang digunakan oleh Tee disorong seperti troli kerana alat tersebut saiznya besar. Sekarang ini tidak lagi. Teknologi sudah banyak berubah. Banyak model berbagai jenama dalam pasaran sudah di'perkecil'kan dan baterinya pula dipasang pada badan pengguna. Gambaran JM seperti berikut...

2 bateri dipasang diluar badan: 2 lagi sebagai 'spare' dalam keadaan caj. 1 bateri bertahan 4 jam

Risiko? Jangan ditanya kerana sebarang pembedahan mempunyai risikonya...Tak kisahlah sama ada 'minor' atau 'major'. Apa tah lagi pembedahan seserius ini! Kita perlu bersikap positif. Mungkin ada lebih kurang 20 orang yang telah melalui proses ini dan mereka sekarang menjalani kehidupan seharian seperti kebanyakan kita. Difahamkan, dewasa ini ada 7 pengguna JM dalam senarai menunggu organ tersebut. Antara faktor diambil kira untuk proses pemindahan ialah jenis darah dan juga saiz/fisikal penderma dan penerima.   

Hari ini, Isnin 2 Julai, Edi dikehendaki membuat 'dental washout' - pemeriksaan gigi. Mana gigi yang ada lubang, terpaksa dicabut kerana takut dicemari kuman nanti.

Menurut isteri Edi, Cikgu Yati, seorang penerima jantung telah berkunjung ke rumah mereka di Shah Alam. Beliau (pelawat) telah memberi semangat kepada Edi dengan menceritakan pengalaman yang dilaluinya 11 tahun terdahulu. Sekarang ini beliau menjalani kehidupan seperti biasa. Cikgu Yati mula bercuti tanpa gaji selama 2 bulan mulai hari ini bagi menjaga suami tercinta.

Oh ya...Nak tahu kos JM? Difahamkan hampir RM500K!!! Syukur alhamdulillah, semua kos dibiayai sepenuhnya oleh gomen berdasarkan Cikgu Yati adalah seorang penjawat awam.

Edi...Ayah Ngah sentiasa berdoa kepada Allah agar diberkatiNya apa yang terbaik untuk Edi dan selamat menjalani pembedahan itu nanti, insyaAllah. Terus memohon...memohon....dan memohon keredaanNya.

Yati....Ayah Ngah tabik spring kepada Yati kerana ketabahan menghadapi dugaanNya.

Gomen....Terima kasih di atas kemudahan yang diberikan kepada penjawat dan xpenjawat awam.

3 ulasan:

wahinuddin Sulaiman berkata...

Edi akan menjalani pembedahan di mana sejenis device yang dinamakan LVAD (left ventricle assisted device) akan diletakkan sepertimana foto kartun yang dipaparkan. Fungsi jantung edi terlalu lemah dalam bahasa perubatan - poor left ventricular function - ejection fraction (LVEF) cuma 18% (normal > 40%). AICD yg edi pakai selama ini sudah semakin lemah.

Edi, acik dan semua ahli keluarga serta pak husin Taiping berdoa semuga Edi tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah, dengan berkatNya yang telah menurunkan ilmu perubatan yg tiada tandingnya kepada pakar2 bedah jantung di IJN, selamatlah hendaknya. Ingatlah Edi, Allah SWT amat sayangkan Edi!

Yati, seperti ayah ngah kata, acik juga amat kagum dgn yati yang begitu tabah tanpa linangan airmata. Kekalkan kasihsayang kpd Edi tanpa had dan batasan. Acik sendiri bermandikan airmata bila terkenangkan anak sedara acik yg acik sayang.

Arunzab berkata...

Sudara Nor,
Thank you for this very informative article, which goes to show the fragility of life which hinges on the number of heart beats. I too have been through some traumatic experience ,having had 11 spinal operations . Now I have 18 screws and rods in my neck and spine. Does it help ? No not really as every movement causes pain. But life goes on. Only those who suffer know what they go through on a daily basic. Some day I will share my experience with you.

For brother Edi let's all pray to Allah SWT for his quick recovery and for for him to enjoy some quality of life life.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Ai,

Terima kasih diatas penjelasan. Kita hanya mampu berdoa kepadaNya agar Edi selamat menjalani pembedahan itu nanti, insyaAllah.

Saudara Arunzab,

Thank you. You're right, only those who've gone through would appreciate the good health bestowed on them by the Almighty Allah. My objective when I wrote this jotting, after getting Yati's permission, is to remind readers not to take life for granted.

According to Wahi, Edi's problem was detected when he complained of being very tired. On checking, he was diagnosed of having a weak heart. He was then fitted with pacer. My golfer kaki, an xpolice officer, used to complain of being very tired too, after walking 2-3 holes. Later, he was diagnosed with kidney problem. Now he's on dialysis.

You're most welcome to email your experiences. I'll publish it in my blog for the benefit of the readers.